Islam Hadhari

Biro Agama Yayasan Pekida Malaysia

Islam Hadhari

Al-Quran; Surah 16 , An-Nahl( Lebah ) Ayat 125, (Terjemahan) “ Panggillah (dakwah) mereka kepada jalan Tuhan dengan bijaksana dan pengajaran yang baik, dan bertukar fikiranlah dengan mereka menurut cara sebaik-baiknya . Sesungguhnya Tuhan engkau lebih tahu siapa yang tersesat jalannya, dan Dia lebih tahu pula orang –orang yang menuruti jalan yang benar. “

Islam Hadhari

Pendekatan Islam Hadhari
Keimanan & ketakwaan kepada Ilahi Kerajaan adil & beramanah Rakyat berjiwa merdeka Penguasaan ilmu pengetahuan Pembangunan ekonomi seimbang & komprehensif Kehidupan berkualiti Pembelaan hak kumpulan minoriti & wanita Keutuhan budaya & moral Pemeliharaan alam semula jadi Kekuatan pertahanan

Islam Hadhari
Malaysia yang merdeka sejak
1957 telah melaksanakan dasar dan program ke arah menjadi sebuah negara yang maju dan makmur berteraskan Islam menjelang tahun 2020. Sehubungan ini Malaysia telah diistiharkan sebagai negara Islam pada tahun 2001. Sebagai sebuah negara Islam maka pembangunan Malaysia perlu melalui model Islam. Dengan keperluan ini maka YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yangmana masa itu selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan secara rasmi Pelancaran Islam Hadhari pada September 2002 Islam Hadhari adalah modul pembangunan Islam yang dipraktikkan pada zaman keagungan Islam di Baghdad dan Andalusia. Pembangunan Islam di Andalusia adalah merupakan sumber kepada Kebangkitan Eropah ( Renaissance ) yangmana melahirkan pemodenan Eropah melalui Revolusi Industri yang seterusnya telah menjadi model utama dan pemangkin kepada pembangunan dunia moden sehingga hari ini.

Islam Hadhari
Sudut Etomologi Islam – berasal daripada perkataan Arab iaitu aslama yang bermaksud selamat sejahtera. Hadhari – yakni bermaksud maju serta kadangkala dirujuk sebagai hadhara iaitu bermaksud keseimbangan di antara pembangunan material dengan akhlak dan spiritual.

DEFINISI Islam Hadhari dapat didefinisikan sebagai satu pendekatan serta perancangan, perlaksanaan dan pemantauan program pembangunan yang holistik, komprehensif dan mampan secara sistematik bagi kemajuan, susunan dan kehidupan umat Islam dan manusia ke arah tamadun dan budaya yang berpaksikan Al-Quran dan Sunah Nabi Muhammad s.a.w di mana kesyumulannya telah , sedang dan akan terbukti serta sesuai sepanjang zaman tanpa batas bangsa, masa dan sempadan.

Islam Hadhari
Islam Hadhari sebagai pendekatan baru ( re-engineering ) bagi pembangunan umat Islam Malaysia dan dunia Islam Hadhari tidak mengubah prinsip-prinsip asas dan nilai teras dalam Islam yang bersifat suci, murni, kekal dan signifikan dalam apa juga keadaan. Perlaksanaan Islam Hadhari adalah satu langkah ke hadapan yang lebih fokus dan utama ( aulawiyat ) berdasarkan keperluan dan cabaran pembangunan semasa melalui pandangan hidup ( tasawwur ) yang jelas, tepat dan dituntut oleh akidah dan syariat Islam.

Islam Hadhari

Proses pembangunan dalam Islam Ibnu Khaldun dalam tulisannya Kitab Al-Ibar di dalam Muqaddimah menerangkan keperluan keseimbangan kemajuan dan pembangunan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual. Di dalam kitab ini juga Ibnu Khaldun membicarakan tahap perkembangan dan kemajuan masyarakat yang bermula dari Badwi ( darat/hulu ) membawa kepada Hadhari ( maju/semasa ) , kemudiannya Madani ( bandar/bertamadun ) dan berakhir dengan Misri ( kota/berbudaya ).

Islam Hadhari
SKOP ISLAM HADHARI Program Islam Hadhari merangkumi pembangunan kesemua skop kehidupan manusia sejajar dengan Islam sebagai cara hidup ( A-din ) sebagaimana di bawah :• Pembangunan Insan • Pembangunan Sosial • Pembangunan Ekonomi • Pembangunan Sains, Teknologi & ICT • Pembangunan Infrastruktur • Pembangunan Mampan

Islam Hadhari
Apabila perlaksanaan Islam Hadhari antara lain menekankan kepada pembangunan dari segi ilmu, pembangunan fisikal dan insan, kesihatan, sistem ekonomi dan kewangan direalisasikan maka Islam dilihat sebagai satu tamadun dan cara hidup yang bersepadu, menyeluruh dan holistik sebagaimana Firman Allah s.w.t; Surah Al-Maidah, Ayat 3 ( Terjemahan ) “ Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu. Aku telah mencukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah merasa senang , Islam itu menjadi agamaMu ”

Islam Hadhari
Sudahkan program Islam dilaksanakan ? Hadhari

Program dan juga aktiviti sebagaimana falsafah dan konsep serta matlamat Islam Hadhari sebenarnya telah , sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia sebagaimana antara lain dicatatkan di bawah. Pembangunan –pembangunan ini juga adalah pembangunan akhirat walaupun ianya pada zahir berbentuk duniawi. Pembangunan Insan • Pusat Islam • Sekolah • Politeknik • Maktab • Universiti Islam • Masjid Pembangunan Sosial • Hospital • Biasiswa • Stadium • Balairaya • Dewan • Derma Pembangunan Ekonomi • Subsidi • Tabung Haji • DEB • Bank Islam • Automobil • FELDA • Lapangan Terbang • Pelabuhan Pembangunan Sains, Teknologi & ICT • Pusat Sains & Atom • Koridor Multimedia Pembangunan Infrastruktur Pembangunan Mampan • Deklarasi Rio • Local Agenda • Kitar Semula • Alam Sekitar • Hijau • Sungai Kita

Islam Hadhari

Bagaimana untuk menjadikan pembangunan sebagai suatu ibadah di dalam Islam? Bagi menjadikan pembangunan sebagai ibadah maka ianya perlu memenuhi 5 kriteria di bawah :• Perlaksanaan pembangunan tersebut dengan niat baik; iaitu untuk mencari keredhaan Allah s.w.t; • Pembangunan tersebut adalah sah atau halal di sisi Islam; • Pembangunan tersebut dilaksanakan mengikut syariat Islam; • Kesan pembangunan tersebut adalah positif untuk syiar dan tuntutan Islam serta memberi manfaat untuk rakyat; dan • Perancangan dan perlaksanaan pembangunan tersebut tidak meninggalkan perkara fardu asas dalam Islam. Ibadah tanpa mengira besar atau kecil akan tetap memberikan keuntungan di dunia dan ianya merupakan saham kebahagian di akhirat ( pahala ) sebagaimana Sabda Nabi Muhammad s.a.w; “Dunia ini adalah tanam-tanaman di akhirat”

Islam Hadhari
HALANGAN DAN CABARAN PERLAKSANAAN ISLAM HADHARI Firman Allah s.w.t; Surah Al-Ankabut, Ayat 1-2 ( Terjemahan) “Alif Laam Miim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi” Dalam melaksanakan sesuatu maka kita akan diuji oleh Allah. Allah tidak akan memasukkan kita ke syurga tanpa menguji keimanan kita sebagai makhlukNya. Sehubungan itu di antara cabaran bagi melaksanakan Islam Hadhari di Malaysia adalah sebagaimana di bawah :• Tentangan sesama Islam ( dengki ) • Keliru • Kewangan • Birokrasi ( bersih, cekap &amanah ) • Sistem • Musuh Islam ( nampak dan tidak nampak )

Islam Hadhari

Millennium Development Goals Persidangan UNDP, Sept. 2000, deklarasi dibuat bagi mencapai 8 sasaran menjelang tahun 2015
• • • • • • • • Mencapai pendidikan rendah secara universal Mempromosi kesamaan ‘gender’ & hak wanita Mengurangkan kadar kematian bayi Membasmi kemiskinan mutlak & kebuluran Memperbaiki kesihatan ibu mengandung Menghapuskan HIV/AIDS, malaria &wabak lain Memastikan persekitan mapan Membangunkan ‘global partnership’ bagi pembangunan (termasuk sistem perdagangan & kewangan terbuka)

Sasaran ‘Millennium Development Goals’ oleh UN menjelang 2015 telah dicapai di Malaysia pada masa ini, kecuali HIV. Ini membuktikan Malaysia menghampiri taraf sebuah negara maju.

Islam Hadhari

Islam Hadhari sebagaimana 10 pendekatan dinyatakan di atas dapat dirumuskan sebagai 1. Hubungan Manusia dengan Allah ( hablum min Allah );

2. Hubungan Manusia dengan Manusia ( hablum minnannas ); dan

3. Hubungan Alam.

Manusia

dengan

Islam Hadhari
KESIMPULAN Islam Hadhari perlu diperjelaskan kepada umat Islam dan bukan Islam di Malaysia sebagai satu kaedah penyelesaian pembangunan dunia yang juga akan membawa kebaikan ke akhirat. Tanpa Islam maka kemajuan dan pembangunan akan tiada matlamat. Realiti kehidupan yang kita dapat gambarkan kesan perlaksanaan Islam Hadhari adalah bahawa :Malaysia adalah sebuah negara di mana rakyatnya dapat beribadat dengan ikhlas, dapat berkeluarga dengan penuh kasih sayang, dapat hidup dalam masyarakat yang penuh keamanan, negara yang dikawal undang-undang penuh keadilan dan menyedut udara yang nyaman serta persekitaran yang indah mata memandang serta terhindar dari kemiskinan, kekacauan dan kelemahan sebagaimana Firman Allah s.w.t ; Surah Saba, Ayat 15 ( Terjemahan ) “……. Negara yang aman makmur serta mendapat keampunan Allah”