You are on page 1of 16

SIRAH SAHABAT

NABI
Thumamah bin Uthal

BIODATA
Nama penuhnya Tsumamah bin Atsal bin anNuman al-Yamamy.
Nama panggilannya Abu Umamah.
Pada masa jahiliah beliau termasuk
penguasa/pempimpin di Yamamah, Arab. Dan
orang berpengaruh di bani Hanifah

KISAH SILAM
Pada tahun 6 Hijriah Rasulullah berkeinginan
untuk meluaskan misi dakwahnya. Maka
diantara caranya adalah menulis surat kepada
raja-raja Arab dan bukan Arab disertai dengan
seorang alim yang dapat mengajarkan Islam.
Waktu itu Rasulullah mengirim delapan surat.
Diantara raja/penguasa yang mendapat surat
dari Rasulullah adalah Tsumamah bin Utsal.

Setelah beliau menerima surat dari Rasulullah


dan membacanya, beliau tersinggung dan merasa
dihina. Darahnya naik. Kemarahan nampak
diwajahnya. Telingganya seolah-olah tertutupi
oleh syetan sehingga tidak mau mendengar
ajakan Rasul. Hingga akhirnya memutuskan untuk
membunuh Rasulullah. Di setiap waktu beliau
mencari-cari kesempatan untuk dapat
menghabisi nyawa Rasulullah. Hampir saja niat
untuk membunuh Rasulullah terwujud. Tapi Allah
selamatkan melalui pertolongan salah seorang
pamannya. Paman beliau berhasil merayu dengan
pujiannya untuk mengagalkan rencana itu.

Hanya saja beliau tetap menyimpan dendam


kesumat kepada para sahabat Rasulullah. Di
setiap kesempatan para sahabat dibunuh
dengan cara yang sadis. Akhirnya Rasulullah
mengumumkan bahwa darah beliau halal
untuk dibunuh

SAAT DITANGKAP
Thumamah bin Uthal, ketua Bani Hanifah datang ke
Madinah dalam keadaan yang mencurigakan lalu di
ditangkap. Setelah disoal siasat akhirnya lelaki itu
mengaku diupah Abu Sufian supaya membunuh
Rasulullah SAW. Pada sahabat mahu membunuhnya
tetapi dilarang oleh baginda.
Rasulullah SAW menyuruh lelaki itu diikat pada tiang
masjid selepas tiga kali diajak memeluk Islam tetapi dia
enggan. Walaupun Thumamah bin Uthal diikat pada
tiang masjid, Namun dia diberi layanan yang baik.

Nabi berpesan supaya Thumamah diberi makanan dan


minuman yang lazat. Apabila makanan yang enak dan
susu unta yang segar dihidangkan, dia memakannya
dengan begitu gelojoh dan banyaknya. Kemudian dia
minta ditambah lagi sehingga dikatakan makanan yang
diberikan kepada Thumamah cukup sebagai hidangan
sebuah keluarga kecil.
Para sahabat berasa hairan melihat perlakuan tawanan
itu yang begitu pelahap memakan dan meminum susu,
lalu disampaikan kepada Rasulullah SAW. Beliau cuma
tersenyum lalu menyuruh para sahabat terus memberi
layanan yang baik kepada ketua Bani Hanifah itu.

Ketika itu, ada antara para sahabat yang


hairan dan tertanya-tanya kenapa Nabi
Muhammad SAW menyuruh mereka mengikat
Thumamah pada tiang masjid dan diberi pula
layanan yang baik. Diberi makanan yang enak
serta minuman susu unta yang segar.
Thumamah juga dibenarkan pergi ke bilik air
apabila memerlukan. Kemudian diikat semula
pada tiang masjid itu. Namun tiada siapa yang
mengetahui apa tujuan nabi berbuat begitu.

Apabila masuk waktu sembahyang Maghrib,


azan pun dilaungkan oleh Bilal bin Rabah. Buat
pertama kalinya Thumamah mendengar
alunan suara yang begitu merdu didengar
hingga meresap ke dalam kalbunya.
Kemudian, dia menyaksikan pemandangan
yang begitu mempesonakan apabila orang
ramai datang ke masjid bagi menunaikan
sembahyang secara berjemaah. Apabila Nabi
Muhammad SAW datang bagi menjadi imam,
orang ramai dalam masjid itu berdiri
menunjukkan rasa hormat kepada beliau.

Kemudian, Nabi Muhammad SAW menjadi imam


sembahyang berjemaah. Thumamah mendengar
betapa merdunya suara Nabi Muhammad SAW
apabila membaca ayat al-Quran. Apabila beliau
rukuk, orang ramai di belakangnya rukuk. Apabila
beliau sujud, orang ramai dibelakangnya sujud
dengan begitu tertib dan kusyuk. Thumamah
berasa kagum kerana pemandangan yang begitu
hebat belum pernah disaksikannya. Walaupun dia
adalah ketua Bani Hanifah, namun tidak pernah
diberikan penghormatan yang sebegitu rupa oleh
kaumnya.

Selesai sembahyang Isyak, Nabi Muhammad SAW


dan para sahabat terus pulang ke rumah tanpa
seorang pun menyapa Thumamah. Menjelang
tengah malam, para sahabat datang semula ke
masjid bagi beramal ibadat hingga masuk waktu
sembahyang Subuh. Sekali lagi azan
dikumandangkan oleh Bilal bin Rabah dan sekali
lagi Nabi Muhammad SAW tampil ke hadapan
menjadi imam. Thumamah melihat semua itu
dengan rasa kagum.

KEISLAMANNYA
Kemudian Nabi Muhamad SAW menyuruh
supaya Thumamah dibebaskan tanpa syarat
dan tanpa apa-apa perjanjian. Thumamah
pergi mandi dan membersihkan dirinya.
Kemudian, dia meminta diberikan pakaian
yang bersih bagi menggantikan pakaiannya
yang sudah kotor. Selepas itu, Thumamah
mengadap Rasulullah SAW lalu berkata,
Wahai Rasulullah, saya mahu menjadi
pengikutmu.

Thumamah pun mengucapkan kalimah


syahadah, mengaku tidak ada tuhan yang
disembah selain Allah dan mengaku Nabi
Muhammad SAW itu pesuruh Allah.

Wahai Rasulullah, dengarkanlah pengakuan


saya ini. Demi Allah, sebelum ini tidak ada
wajah yang paling saya benci selain wajah
tuan, tetapi sekarang tidak ada wajah yang
paling saya cintai di atas muka bumi ini selain
daripada wajah tuan. Demi Allah, sebelum ini
tidak ada agama yang paling saya benci selain
agama yang tuan bawa, dan sekarang tidak
ada agama yang lebih saya cintai selain Islam.
Demi Allah, sebelum ini tidak ada negeri yang
paling saya benci selain negeri tuan, tetapi
sekarang tidak ada negeri yang lebih saya
cintai selain negeri tuan, kata Thumamah.

Thumamah orang pertama di bumi ini yang


masuk Mekkah dengan membaca
talbiah Labbaikallahumma labbaik, labbaika
laa syarika labbaik, innal hamda wannimata
laka wal mul. Laa syariikalak
Pemuda Quraisy ingin membunuhnya tetapi
terbantut niatnya kerana Thumamah
merupakan pemerintah Yamamah.
Patuh akan kata Rasulullah.

Tegas dan tetap pendirian


Kes murtad beramai-ramai (musailamah alkadzab mengaku sebagai nabi)
Wahai bani Hanifah, hati-hati dengan orang
ini yang tidak ada kebenaran sama sekali.
Kelak akan ditimpakan kesengsaran bagi yang
mengikutinya. Tidak mungkin dalam satu
waktu ada dua nabi. Dan Muhammad adalah
nabi Allah yang terakhir.