You are on page 1of 15

SEJARAH

DISEDIAKAN OLEH:
Amir dan Saiful sekepala
MAKSUD
- penyajak menyatakan bahawa sejarah
berlaku pada masa dan tempat yang
tertentu dan akan berlalu apabila tiba
masanya
- sejarah mencatat pelbagai peristiwa
yang benar, termasuklah kisah
kejatuhan pemimpin zalim / diktator
yang pernah berkuasa.
- walaupun sesuatu kejadian semakin
dilupakan tetapi sejarah yang telah
berlalu itu menimbulkan kesedaran
untuk membuat pertimbangan semasa
membuat sebarang keputusan / dapat
dijadikan iktibar
- walaupun sejarah (aku) dikatakan tidak
penting tetapi sepanjang riwayat hidup ,
sejarah tetap berlaku.
- sejarah tetap akan merakamkan
segala peristiwa sebab sejarah tidak
dapat dihalang dan tidak akan menipu.
TEMA
 Sejarah yang tetap akan berlaku
serta tidak boleh dihalang
PERSOALAN
 1. Sesuatu peristiwa yang
berlaku akan kekal sebagai
sejarah
2. Sejarah tidak pernah menipu
atau berbohong
3. Peristiwa sejarah dapat
dijadikan iktibar.
4. Manusia boleh melakukan
perubahan untuk mencipta
sejarah
BENTUK
 1. Terdiri daripada 5 rangkap.
2. 3 baris hingga 8 baris
serangkap.
3. 1 hingga 6 patah kata
sebaris.
4. 5 hingga 14 suku kata
sebaris.
GAYA
BAHASA
 1. Aliterasi.
Contohnya; kerana sejarah itu simpang
siur (pengulangan konsonan ?s?)
2. Asonansi.
Contohnya; tapi detik ini maha penting
(pengulangan vokal ?i?)
3. Pengulangan kata.
Contohnya; pada tempatnya,pada
waktunya,pada ukuran keutamaan.
4. Metafora.
Contohnya; sungai marah,air peristiwa.
5. Sinkof.
Contohnya; kewujudanku.
6. Personifikasi.
Contohnya; batu pada sungai marah.
7. Inversi.
Contohnya; juga akan tenggelam
(sepatutnya akan tenggelam juga)
NILAI
 1. Ketabahan.
Contohnya , kita mesti tabah menerima
sesuatu peristiwa,terutamanya peristiwa
sedih.
2. Kebijaksanaan.
Contohnya , penyajak digambarkan
sebagai orang yang bijak belajar daripada
peristiwa sejarah.
3. Keberanian.
Contohnya , walaupun penyajak
menganggap dirinya kerdil dan tiada
kedudukan tetapi dia tetap berani
berjuang menentang kezaliman.
PENGAJARA
N
1. Kita hendaklah mengingati
peristiwa bersejarah kerana kita
dapat iktibar daripadanya.
2. Kita mestilah berusaha
mencipta sejarah yang baik.
3. Seorang pemerintah
hendaklah adil semasa
memerintah.
4. Kita mestilah berani
menentang ketidakadilan

You might also like