PENGENALAN ISLAM HADHARI

ISLAM HADHARI MENJANA KECEMERLANGAN UMMAH CABARAN PENERAPAN ISLAM HADHARI DALAM BUDAYA KERJA CEMERLANG

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu” [Maksud Terjemahan Al-Baqarah: 208]

 Islam Hadhari yang diumumkan pada bulan

September 2003 di peringkat nasional oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum beliau menjawat jawatan Perdana Menteri (NST, Jun 26, 2004: 11)

Islam Sebagai Sebuah Cara Hidup

Islam adalah Agama yang diturunkan Allah kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW untuk mengatur hubungan manusia dengan Khaliqnya, dengan dirinya dan dengan manusia sesamanya. Hubungan manusia dengan Khaliq-nya mencakup peraturan-peraturan yang berkaitan dengan akidah dan ibadah. Hubungan manusia dengan dirinya mencakup peraturan-peraturan yang berkaitan dengan akhlak, makanan, dan pakaian. Hubungan manusia dengan sesama manusia mencakupi peraturan-peraturan yang berkaitan dengan mu’amalah dan uqubat. [ Taqiuddin An-Nabhani, Sistem Islam, ms 69]

Dari definisi ini, ia menjelaskan bahawa Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhamad SAW yang mana ia adalah agama samawi yang mengatur; Hubungan Allah dengan hambanya, meliputi aspek akidah dan ibadah mahdah (solat, puasa, zakat, Haji dll)

 Hubungan individu dengan dirinya sendiri

iaitu menyangkut apa yang perlu dia lakukan untuk keperluan dirinya seperti aspek makanan, pakaian dan akhlak.  Hubungan individu dengan individu lain iaitu meliputi aspek mu’amalah dan uqubat.

 Hubungan tiga dimensi ini terkandung di

dalam ajaran Islam yang melayakkannya untuk dijadikan cara hidup sempurna kepada manusia yang menganutnya, yang menerbitkan lima sistem asas bernegara, iaitu sistem pemerintahan, ekonomi, sosial, polisi luar negara dan polisi pendidikan negara.

 Islam sebagai sebuah cara hidup yang

sempurna dan tidak memerlukan ideologi atau sistem lain dari luar sistem Islam, kerana ideologi Islam itu telah sempurna sebagai sebuah cara hidup yang diredhai oleh Allah SWT Firman Allah Ta’ala;

 Sesungguhnya agama yang diterima Allah

adalah Islam (MTQ Ali-Imran 3 : 18). Ayat ini, ia menerangkan bahawa cara hidup yang diredhai oleh Allah hanyalah  Islam, bukan cara hidup lain seperti kapitalisme, komunisme, Darwinisme, Socialisme dan bermacam-macam isme-isme rekaan atau buatan manusia. Ini adalah kerana semestinya sebuah ideologi yang lengkap sebagaimana Firman Allah;  3]

 “Hari ini telah Aku sempurnakan bagimu

Deen kamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu bagimu, serta Aku redhai Islam sebagai Deen bagimu.” [Maksud Terjemahan Al-Maidah:

 Islam sebagai sebuah cara hidup ini meliputi

dua doktrin asas;
Akidah ruhiyyah iaitu meliputi perkara ibadah dan akidah (hubungan langsung dengan Allah).  Akidah siyasiyah iaitu meliputi perkara yang mengatur urusan hidup seperti makanan, pakaian, akhlak dan perkara yang meliputi 90% urusan hidup kita iaitu mu’amalat dan ‘uqubat.

ISTILAH
 Dalam segi istilah, perkataan "Hadhari"

membawa maksud "yang bertamadun", manakala ta'rif secara lengkap ialah, "sesuatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam".

DEFINISI TAMADUN
 Berasal daripada perkataan Arab yang bererti

kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku.  Berpunca dari kata kerja “maddana” yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku.  Juga membawa erti membuka bandar.  Terbit pula perkataan “madinah” yang bermaksud bandar dan juga “madani” iaitu orang yang berkelakuan seperti orang bandar yang bersifat halus dalam budi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku.

 Kesimpulannya, istilah “tamadun” boleh

ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa. Ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya tinggi.

ELEMEN-ELEMEN ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN
 Penempatan manusia di satu atau beberapa pusat bandar yang  

strategik. Hayat penghidupan stabil yang panjang. Wujud organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi, sosialisasi dan pendidikan yang teratur dan sistematik. Adanya satu bahasa atau bebarapa bahasa serumpun dengan sistem tulisan tersendiri yang menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewaris khazanah ilmunya. Adanya undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal perlakuan dan tindak tanduk anggota masyarakatnya. Lahir dan berkembangnya daya kekreatifan seperti seni, sastera, falsafah dan lain-lain juga meningkatnya penciptaan sains dan teknologi.

CIRI-CIRI TAMADUN

Mengikut pendapat Lucien Goldmann, unsur utama yang menjadi pembeza antara sesebuah dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta (world view/weltanschauung). Berdasarkan konsep pandangan semesta, tamadun manusia secara tipologi dapat dibahagikan kepada empat ciri yang utama :
   

tamadun materialistik tamadun intelektual tamadun mistik tamadun berasaskan wahyu

 Namun dalam perkembangan sesebuah tamadun,

terdapat tahap-tahap peningkatannya yang boleh diukur berdasarkan dua asas utama iaitu;

pencapaian fizikal ; boleh dilihat dari segi penubuhan sebuah kerajaan atau empayar yang luas melalui penggabungan beberapa pusat perbandaran yang berdekatan, peluasan sempadan atau melalui penaklukan. pencapaian intelektual ; boleh diliaht dari segi penemuan fikiran yang baru ataupun penemuan, penyuburan dan penafsiran kembali fikiran yang lama yang membuahkan sistem falsafah, pemikiran, sains dan teknologi.

KONSEP ISLAM HADHARI
 Konsep Islam hadhari ini merupakan suatu gagasan

wawasan Islam yang bermatlamat mambawa perubahan yang menyeluruh berdasaran pemikiran Islam mengikut panduan yang ditetapkan oleh AlQuran dan Al-Sunnah.  Di samping untuk mengembalikan imej Islam dan umatnya yang cukup terhina dan dikaitkan dengan gejala negatif dengan pelbagai ungkapan, seperti miskin, mundur, tidak berilmu pengetahuan, ganas serta bermacam-macam lagi.  Persoalannya apakah dan bagaimanakah wawasan murni ini dapat direalisasikan?.

 Antara matlamatNya sebagai usaha untuk

mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam dan bertujuan untuk meningkatkan mutu kehidupan yang bersepadu dan melahirkan umat yang berilmu, beriman, beramal serta bertamadun, berbudi bahasa dan berakhlak mulia, jujur lagi amanah serta tidak ketinggalan juga dapat menghadapi ujian dan menanggani cabaran semasa.

 Ia juga merupakan suatu tanggungjawab bagi

melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah, umat Islam akan dapat menghadapi cabaran dan realiti semasa, pintu ijtihad perlu dibuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan mengikut tempat.

Islam Hadhari aims to achieve ten main principles:
         

Faith and piety in Allah A just and trustworthy government A free and independent People Mastery of knowledge Balanced and comprehensive economic development A good quality of life Protection of the rights of minority groups and women Cultural and moral integrity Safeguarding the environment Strong defenses

PRINSIP-PRINSIP
 Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.  Kerajaan adil dan beramanah.  Rakyat berjiwa merdeka.  Penguasaan ilmu pengetahuan.  Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif  Kehidupan berkualiti.  Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.  Keutuhan budaya dan moral.  Pemeliharaan alam semulajadi.  Kekuatan pertahanan.

 Jesteru itu, Islam hadhari memberi

penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban, iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan dan fizikal.

 Sesungguhnya pendekatan ini dapat memperkasakan umat

Islam berupaya menghadapi cabaran semasa secara syumul dan komprehensif dengan menitikberatkan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun yang menyeluruh dan peningkatan daya saing umat ke arah kecemerlangan sesuai dengan firman Allah Swt yang bermaksud :

 "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan

Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; Dan berbuat baiklah (kepada hambahamba Allah) dengan pemberian nikmat-nikmatnya yang melimpah) : Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orangorang yang berbuat kerosakan." (Al-Qasas:7)

 Konsep ini selaras juga dengan konsep hidup kita

seharian, sebagai tugas pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah perlulah menseimbangkan kekuatan dalam semua bidang kehidupan, perlu dititikberatkan mengikut prinsip maqasidusyar'iah berkaitan dengan lima perkara seperti berikut :
    

Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama, Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal, Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa, Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta, Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan.