 Mengisahkan tentang Tuanku Malim Deman bersembunyi di bawah kawah memerhati tujuh puteri mandi.

 Tuanku Malim Deman ingin memikat tuan puteri ketujuh.  Tuanku Malim Deman menyamar sebagai orang tua hodoh dan mencuri baju layang tuan puteri.  Tuanku Malim Deman berpakat dengan nenek kebayan.  Tuan Puteri Bongsu mencari baju layangnya dan bertemu dengan orang tua yang hodoh.  Tuan Puteri Bongsu mengesyaki orang tua itu yang mencurinya dan mengadu kepada nenek kebayan.  Tuan Puteri jatuh hati apabila terpandang Tuanku Malim Demam.  Nenek kebayan terus melamarnya bagi pihak Tuanku Malim Deman.  Tuan Puteri Bongsu berkahwin dengan Tuanku Malim Deman.

Ia bertemakan percintaan. Ini dilihat bagaimana Tuanku Malim Deman cuba memikat Tuan Puteri Bongsu dengan mengambil baju layangnya. Namun demikian, tuan puteri akhirnya jatuh cinta apabila terpandang wajah Tuanku Malim Deman. Mereka kemudiannya berkahwin.

-Tuanku Malim Deman bersungguh-sungguh memikat Tuan Puteri Bongsu.

 Kegigihan mencapai sesuatu.

-Tuanku Malim Deman bijak mencari helah untuk
memikat Tuan Puteri Bongsu.  Mencari calon isteri. -Tuanku Malim Deman berusaha mencari calon isteri yang baik.

 Kebijaksanaan mencari helah.

1.

Tuanku Malim Deman
Tuanku Malim Deman merupakan anakanda kepada Tuanku Gombang Malim Dewa. Ia digambarkan Tuan Puteri Bongsu sebagai terlalu elok dan kacak. Tuanku Malim Deman gigih berusaha mendapatkan tuan puteri itu dengan pelbagai helah. Akhirnya usahanya berjaya.

1. Tuan Puteri Bongsu
Tuan Puteri Bongsu digambarkan amat cantik. Tuanku Malim Deman amat mencintai Tuan Puteri Bongsu apabila dilihatnya kecantikan Tuan Puteri Bongsu. Tuan Puteri Bongsu apabila diminta mengahwini Tuanku Malim Deman terus bersetuju dan patuh kepada permintaan nenek kebayan.

1. Nenek Kebayan
Dia telah memberi tumpang tidur di rumahnya kepada Tuanku Malim Deman dan Tuan Puteri. Dia yang bertanggungjawab mempertemukan Tuanku Malim Deman dan Tuan Puteri untuk berkahwin. Dia telah membantu Tuanku Malim Deman untuk mencari akal memikat Tuan Puteri Bongsu. Dia amat bijak menggunakan pelbagai helah yang akhirnya telah mempertemukan Tuanku Malim Deman dan Tuan Puteri Bongsu.

 Latar tempat
Rumah nenek kebayan, di rumah ini Tuan Puteri Bongsu pertama kali bertemu dengan Tuanku Malim Deman. Taman, merupakan tempat Tuan Puteri Bongsu dan kekandanya bersiram. Sungai pula merupakan tempat pengail tua (Malim Deman) memancing dan berjumpa dengan Tuan Puteri Bongsu.

 Latar masa

 Latar masyarakat

Zaman Melayu Tradisional. Beberapa hari. a. Hari Tuan Puteri Bongsu bersama kekandanya mandi. b. Tuan Puteri Bongsu bermalam di rumah nenek kebayan. c. Tuan Puteri Bongsu berkahwin dengan Malim Deman. Masyarakat raja dari negara kayangan. Masyarakat biasa – nenek kebayan.

Penggunaan puisi a. Pantun
Ketika si pengail (Tuanku Malim Deman) memberitahu tentang baju yang telah dicurinya kepada Tuan Puteri Bongsu.
“ Orang mengail berumpan lokan, Sampan dikayuh terlalu laju; Orang mengail dapat ikan, Saya mengail dapat baju.”

Ayat panjang
Penggunaan ayat yang panjang dan meleret-meleret merupakan bahasa Melayu Klasik. Oleh kerana ia sebuah prosa tradisional maka ia tidak boleh lari dari keadaan ini. •

Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Klasik ini dapat dilihat daripada penggunaan perkataan yang digunakan dalam cerita ini. Contohnya : Hatta,maka, dan sebagainya.

Simile
Penggunaan unsur ini dapat dilihat kepada beberapa ayat di dalam puisi iaitu:
“Pada fikiran nenek bertuah besarlah Tuan Puteri dapat bersuamikan dia, laksana sesuai bagai cincin”. •

Hiperbola
Unsur ini dapat dilihat apabila menyatakan perasaan Tuan Puteri apabila melihat wajah Malim Deman lain. Iaitu :
… maka berdebarlah hati tuan puteri, melayang roh semangatnya, jadilah rohnya kasih sayang yang tiada dapat diperikan lagi.

Bahasa Arab
Cerita ini juga menggunakan unsur bahasa Arab iaitu: Allah, Rasul, sabda, dan roh. • Bahasa istana juga turut digunakan dalam cerita ini. Contohnya : Bersiram, santap beradat, takut dimurkai, ayahanda, bonda, dan beta. • Unsur metafora juga digunakan dalam cerita ini. Contohnya : “Laksana sesuai bagai cincin.”

Bahasa Istana

Metafora

teknit plot untuk menceritakan jalan cerita dalam bentuk peranan yang meleret-meleret dan panjang. b. Dialog. Unsur dialog jug digunakan di dalam prosa ini. Ia bertujuan menambahkan keyakinan kepada pembaca selain daripada dapat mengurangkan rasa bosan pembaca.

a. Pemerian. Di dalam prosa, kebanyakan

TEKNIT PLOT

– Eksposisi - Pengenalan watak Tuanku Malim Deman dan Tuan Puteri Bongsu. – Perkembangan - Tuanku Malim Deman mencuri baju layang Tuan Puteri. - Tuan Puteri mancari baju layangnya. – Konfliks - Tuanku Malim Deman enggan mengaku mencuri baju layang Tuan Puteri. - Tuan Puteri mengadu pada Nenek Kebayan. – Klimaks - Tuan Puteri tertarik dengan Tuanku Malim Deman. – Peleraian - Tuanku Malim Deman berkahwin dengan Tuan Puteri.

BINAAN PLOT

Hormat-menghormati
Kita mesti hormat-menghormati antara satu sama lain. Ini yang berlaku kepada Tuan Puteri Bongsu dan Tuanku Malim Deman yang amat menghormati Nenek Kebayan.

Sikap Nenek Kebayan yang berusaha untuk menjodohkan Tuan Puteri Bongsu dan Tuanku Malim Deman. Ini menunjuk Nenek Kebayan ini seorang yang bertanggungjawab.

Tanggungjawab

• Berdikari Usaha yang dilakukan oleh Tuanku Malim Deman yang berusaha mendapatkan Tuan Puteri Bongsu. Dia sanggup mencuri baju layang Tuan Puteri Bongsu. Usaha itu dilakukannya sendiri • Kegigihan Usaha yang telah dilakukan oleh Tuanku Malim Deman untuk mendapatkan Tuan Puteri Bongsu amat gigih. Ia menunjukkan dia berusaha bersungguh-sungguh. Begitu juga, Tuan Puteri Bongsu yang telah kehilangan baju berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari kembali baju yang hilang.

Berbudi bahasa
Nilai berbudi bahasa ini dapat kita lihat pada watak Tuan Puteri Bongsu. • Kesabaran Nilai kesabaran dapat kita lihat pada watak Tuan Puteri Bongsu yang bersabar dengan sikap Tuanku Malim Deman yang tidak mahu menyerahkan baju layangnya. • Sikap saling bantu-membantu Persolan ini dapat kita lihat pada watak Nenek Kebayan yang membantu Tuanku Malim Deman sehingga dia dapat bertemu jodoh dengan Tuan Puteri Bongsu.

Kita hendaklah tabah menghadapi sesuatu dugaan.
Kita hendaklah tabah menghadapi sebarang kesulitan kerana di sebalik kesukaran itu tersembunyi kebaikan di sebaliknya. Sebagai contoh, Tuan Puteri Bongsu menghadapi kesukaran mencari kain layangnya akhirnya dia bertemu jodoh dengan Malim Deman.

Kita hendaklah mengamalkan sikap bekerjasama.

Kita hendaklah mengamalkan sikap bekerjasama dalam segala hal. Contohnya Nenek Kebayan bekerjasama dengan Tuanku Malim Deman untuk memikat Tuan Puteri Bongsu. Akhirnya Tuanku Malim Deman dapat berkahwin dengan Tuan Puteri Bongsu.

Kita hendaklah berbudi bahasa dalam keadaan apa sekalipun.

Walau dalam keadaan bagaimana sekalipun kita hendaklah sentiasa berbudi bahasa. Hal ini dapat kita lihat pada watak Tuan Puteri Bongsu yang tetap berbudi bahasa walaupun si pengail itu menipu dan mempermain-mainkannya.

– Kita hendaklah berusaha untuk

mencapai matlama kita. Untuk mencapai cita-cita, kita hendaklah berusaha sedaya upaya. Hal ini dapat kita lihat pada watak Tuanku Malim Deman yang berusaha untuk mendapatkan Tuan Puteri Bongsu. Berkat usahanya itu, dia berjaya mengahwini Tuan Puteri Bongsu itu.