You are on page 1of 21

Salah satu masalah pembangunan

politik di Thai berpunca daripada
kelemahan sistem berparti.
Bincangkan

RUJUKAN
Kobkua Suwannathat, Sejarah Thai Zaman Bangkok, Pulau Pinang: Sinaran Bros
Sdn.Bhd, 1991
Thawatt Mokarapong, Sejarah Revolusi Thai, Kuala Lumpur: Mas’adah Sdn.Bhd,
1987
Batson Benjamin. A, The End of The Absolute Monarchy in Siam, Australia: Asian
Studies Associatio of Australia, 1984.

Rakyat harus yakin dan percaya dengan prinsip-prinsip asas demokrasi. Salah satu masalah perkembangan politik Thai menghadapi kesukaran menginstitusikan demokrasi perlembagaan.Pengenalan Thai merupakan sebuah Negara yang tidak pernah dijajah. pelbagai langkah yang telah diambil antaranya adalah penubuhan parti-parti politik. Parti-parti politik menjalankan pilihanraya dan banyak usaha diambil oleh kerajaan. Negara Thai yang berada dibawah pemerintahan monarki mutlak telah digantikan kepada monarki perlembagaan selepas revelosi 1932. Bagi mewujudkan satu sistem demokrasi yang kukuh. Proses politik sebegitu tidak berjaya kerana sikap politik rakyat thai yang tidak cenderung kepada sistem demokratik kerana amalan politik mereka yang tidak demokratik. a) b) c) d) Pemerintahan majoriti Kebebasan bersuara Persamaan hak Hak minoriti .

sikap demokratik tidak akan berkembang sepenuhnya. 2) Tahap penyertaan rakyat dalam politik adalah rendah. Mereka harus ada tahap kepercayaan dalam persekitaran politik serta kepercayaan kepada institusi awam. Dengan perkataan lain. Dalam kes ini Negara thai ada dua ciri utama: 1) Sikap politik tradisional di kalangan rakyat thai tidak bersesuaian atau menguntungkan perjalanan proses demokrasi. . Satu kerajaan popular akan menghadapi masalah untuk terus hidup sekiranya majoriti daripada rakyatnya memiliki personaliti ‘autoritarian’. Penyertaan rakyat yang aktif dalam politik adalah penting. Seharusnya wujud tahap toleransi yang rendah bagi sikap ‘autoritarian’ di kalangan rakyat.

Parti – parti politik adalah penting dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi kerana ia memainkan peranan penting sebagai penjalin hubungan antara pemerintah dan rakyat. Parti politik di Thai telah bergerak dengan bebas dan mula berfungsi sebagai sebuah parti politik pada 5 Ogos 1946. .PARTI POLITIK  Parti politik ialah suatu pertubuhan politik di mana ahlinya mempunyai ideologi serta agendanya yang tersendiri. Parti – parti politik di Thai gagal menginstitusikan parti mereka.  Tetapi. Matlamat utama ialah untuk membentuk kerajaan. Oleh itu ahli-ahli parti politik biasanya akan bertanding di dalam pilihan raya.  Parti politik pertama yang ditubuhkan di Thailand adalah pada tahun 1932 iaitu ‘Parti Rakyat’. supaya ideologi mereka boleh dijadikan dasar kerajaan dan diamalkan oleh rakyat jelata.

KELEMAHAN SISTEM BERPARTI .

Ini akan membawa kepada kerajaan campuran.dewan perhimpunan maka. Akhirnya. wujudlah pelbagai idea daripada pelbagai parti. Parti yang bergabung adalah Social Justice Party. Chart Thai. Perdebatan akan berlaku bagi mengambil sesebuah keputusan. 1976 – 39 parti politik telah mengambil bahagian. Parti Demokrat. Dengan ini. Parti Demokrat menang 72 (daripada 272 kerusi). Social Action Party dan Social Nationalist Party. tiada parti politik yang menang majoriti. Ini menyebabkan dalam pilihan raya. Cth : Dalam pilihanraya 1975. Kerajaan campuran gagal mendapat sokongan parti-parti kecil untuk bergabung dengan mereka. Kukrit Pramoj (adik kepada Seni Pramoj) ketua Parti Tindakan Sosial (SAP) yang mendapat sokongan semua parti telah menubuhkan kerajaan campuran.Sistem politik berparti merosot kerana :- a)Kelemahan berorganisasi Cth : Pilihan raya 1975 – 42 parti politik mengambil bahagian. Disebabkan masalah tidak puas hati mengenai pengagihan kuasa dan jawatan dalam kabinet di kalangan ahli. 70 % kerusi dimenangi oleh 7 parti. . Kukrit memansuhkan dewan pada 12 Januari 1976 dan mengumumkan pilihanraya pada 4 April 1976. Dengan ini setelah gagal mendapat undi percaya. tiada keputusan yang kukuh boleh diambil. merupakan parti tertua yang ditubuhkan sejak 1946 lagi dan disebabkan kemenangan mereka walaupun bukan satu majoriti dan terpaksa menubuhkan satu kerajaan campuran tetapi Seni. Ketua Parti Demokrat dilantik menubuhkan karajaan pada 13 Februari 1975.

Ini memberikan kesan negatif kepada perkembangan parti politik di negara Thai). e) Pembelian undi Cth : Pilihan Raya : Pibul (Parti Seri Manangkasila) vs Khuang Aphawong (Parti Demokrat). Seterusnya. Thanom Kittikachon menjadi PM. d) Memberi keutamaan kepada personaliti daripada isu-isu kenegaraan. Berlaku kudeta pada 16 September 1957 dan Pote Serasin menjadi PM. Kukrit. 26% daripada calon-calon yang berjaya menukar parti semasa pilihanraya 1976. berlaku kudeta 20 Oktober 1958. adik Seni mengundurkan diri daripada Parti Demokratik dan menubuhkan satu parti berasingan iaitu Parti Tindakan Sosial (Social Action Party). Ketika pilihan raya. . Gejala melompat parti disebabkan oleh kesetiaan kepada rakan ( Cliques kadangkala parti yang berkemampuan boleh membeli ahli-ahli politik.b) Masalah disiplin Cth : Ramai pemimpin yang menukar parti ( lompat Parti ) bila melihat ada peluang yang lebih menguntunkan mereka seperti dalam pilihanraya 1975. c) Bertindak secara kumpulan asingan Cth : 1974. 2000 pelajar Universiti Chulalangkorn membuat bantahan di hadapan pejabat kerajaan kerana ‘pilihan raya kotor’.berlaku perselisihan dalaman Parti Demokratik.

Sebanyak 15 parti bukan kerajaan menyertai pilihan raya tersebut termasuk Parti Demokrat. kepentingan setempat mereka. UTPP secara langsung menjadi parti kerajaan. Cth: Thanom dan Praphat yang mempunyai kedudukan tinggi dalam tentera telah membentuk Parti Bersatu Rakyat Thai ( UTPP ) Disember 1968.34% daripada kerusi yang dipertandingkan. Parti-parti lain yang ditubuhkan di bawah perlembagaan baru bersaing dengan UTPP di dalam pilihan raya Februari 1969. .f) Parti diwujudkan atas keinginan sendiri. kepentingan keluarga. Thanom sebagai Perdana Menteri. pegawai awam dan ahli peniaga. Demokrat . UTPP . Keahliannya terdiri daripada pegawai tentera.26 % UTPP akhirnya dibubarkan oleh pemimpinnya sendiri  Ini juga menyebabkan rakyat tidak percaya parti politik dan ketua politik. kepentingan kumpulan.

BUDAYA POLITIK THAI .

Raja dianggap sebagai bapa kepada semua rakyat dan raja dibantu oleh pegawai-pegawainya yang menghormati dan mematuhi Raja. . dan sikap emosional berkaitan dengan tindakan politik.  Walaubagaimanapun.  Sejak 1932.  Era Ayudhya – konsep perajaan kudus (Divine Kingship). Konsep ini diamalkan sehingga ke Dinasti Chakri. Raja dianggap sebagai seorang yang mulia dan mempunyai kuasa mutlak.  Raja Rama IV(Mongkut) & Raja Rama V(Chulalangkorn) – sistem paternalistik.  Semasa era Sukhotai – sistem kerajaan – Paternalistik berdasarkan sistem Khun (Father Lord). Gabriel Almond mendifinasikan budaya politik sebagai satu carak orientasi dan sikap individu terhadap sistem politik. Raja dilihat bapa kepada rakyatnya. percubaan untuk menggantikan prinsip keesahan tradisi kepada demokrasi telah dibuat. sistem kepercayaan. Ia juga boleh merujuk kepada nilai. kepercayaan lama terus kekal dan meninggalkan kesan ke atas politik Thai sehingga kini.  Kepercayaan Thai masih mempengaruhi kehidupan politik semasa terutama sekali berkenaan dengan hak mutlak dan paternalism.  Negara Thai – 7 abad(1237-1932) – di bawah pemerintahan monarki.

AMALAN AGAMA BUDDHA YANG DIAMALKAN OLEH RAKYAT THAI .

5. membuat pengorbanan dan melayan tetamu atau orang luar dengan ikhlas dan baik. Mai pen rai (it doesn’t matter) – kesopanan . Nam Chai – keikhlasan hati seseorang kepada orang lain.Agama Buddha mengajar rakyat Thai untuk menerima keamanaan dan bukan keganasan. 3. . Jai Yen (Cool Heart) – seseorang itu harus pandai mengawal perasaan marah dan emosi diri bagi mengelakkan konflik terbuka. rakyat Thai dan pegawai dalam birokrat sukar untuk mengkritik masalah kepimpinan secara terbuka. Mereka dipupuk dengan beberapa nilai-nilai :1. Greng Chai – sikap rakyat Thai yang pasif. Oleh itu. Sebarang tindakan yang boleh menjatuhkan air muka seseorang harus dielakkan. Self Discipline – Ini adalah keinginan untuk tidak memalukan sesiapa dan mengambilkira perasaan orang lain. 4. . tidak pandai mengkritik 2. Rakyat Thai bertindak terhadap masalah kepimpinan bukan secara terbuka tetapi mengelak secara pasif. akur.

CAMPUR TANGAN TENTERA .

Ia dilakukan melalui rampasan kuasa.  Tentera thai aktif dalam sistem politik. Hal ini dapat dilihat apabila hampir setiap kali berlaku perubahan dalam kepimpinan dan dalam kerajaan. ketidakseimbangan sosial juga telah menyebabkan berlaku rampasan kuasa oleh pihak tentera. Dan hal ini menunjukkan politik thai telah mengurangkan kuasa rakyat dan kuasa tentera semakin meningkat. sejak tahun 1932 secara puratanya setiap satu dekad berlaku dua kali rampasan kuasa. Rampasan kuasa telah digunakan sebagai alat untuk mengubah corak politik.  Sebagai contohnya.  Pada tahun 1947 telah berlaku kerana kerajaan yang sedia ada tidak dapat menyelesaikan masalah ekonomi seperti inflasi dan pengganguran .  Selain itu. Rampasan kuasa yang berlaku 1932 telah menggantikan kuasa daripada golongan monarki ke tangan tentera.

. Perkara yang sama juga telah berlaku pada tahun 1957 yang menyebabkan Sarit menjalankan rampasan kuasa. disanjung tinggi. Kuasa pridi sebagai pegawai kerajaan pada 1947 telah diancam dengan krisis sosial dan ekonomi. dan banyak peruntukan telah diberikan kepada pihak tentera.  Rakyat hilang kepercayaan terhadap wakil kerajaan.  Contohnya.  Organisasi tentera thai ini merupakan sebuah badan yang kuat. Pada 1957 pula Sarit telah merampas kuasa kerana Phibun telah melakukan penipuan dalam pilihanraya. Contohnya pada tahun 1976 dan 1982 sebanyak 20% daripada bajet keseluruhan telah diperuntukkan untuk tentera.  Kekuatan dan keistimewaan yang ada pada organisasi tentera juga membolehkan mereka campur tangan dalam politik thai. Hal ini menyebabkan proses demokrasi tergangngu.

KEKURANGAN KUMPULAN SEKEPENTINGAN .

 Ciri rakyat Thai yang mementingkan autonomi individu menyebabkan kerjasama dalam kumpulan sukar dicapai. mereka tidak dibenarkan mempunyai matlamat politik dan kesemua aktiviti politik dilarang.  Pengawalan media massa oleh pihak kerajaan menyukarkan proses sosialis. Sepanjang sejarah pemerintahan monarki mutlak tidak ada persatuan sosial dan aktiviti yang bersaing dengan Raja tidak dibenarkan.  Pegawai tinggi kerajaan akan dipilih sebagai pemimpin kumpulan sekepentingan ini dan dengan cara ini mereka menyebarkan pengaruh birokratik. dengan ini ia juga melambatkan proses kemunculan sikap dan tingkah laku politik baru .  Undang-undang menghadkan keberkesanan kumpulan sekepentingan ini.

SIKAP RAKYAT THAI YANG PASIF .

kekurangan pengalaman dalam penyertaan politik dan tahap penyertaan masyarakat thai adalah rendah. pemerintahan majoriti. Sebahagian rakyat Thai adalah pasif dan bersikap dingin terhadap politik kebangsaan.  Rampasan kuasa yang sering berlaku sejak 1932 mengganggu peluang rakyat untuk menyertai demokrasi. Ini kerana. Oleh itu. Ini menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dan bosan untuk melibatkan diri dalam politik. persamaan hak dan hak minoriti.  80% masyarakat Thai kurang berpendidikan. rakyat kurang memahami prinsip moden politik atau prinsip-prinsip asas demokrasi. Contohnya dalam pilihanra yang keluar untuk mengundi adalah 40.7% . kebebasan bersuara. Seperti.

Perkembangan parti selalu sahaja ditentukan oleh rampasan kuasa. Rampasan kuasa menyulitkan perkembangan dan pertapakan parti-pati politik. Mereka memonopoli kuasa-kuasa fizikal dan tidak seperti golongan awam yang tidak bersatu padu seperti golongan tentera dan tanpa sokongan rakyat.  Suasana politik Thai yang sentiasa bergolak dan tidak stabil telah melemahkan keberkesanan parti-parti politik. Tentera menganggap mereka sebagai pembela tanah air. Golongan tentera menganggap parti politik sebagai penyebab kepada kekacauan negara.KESIMPULAN  Ketidakstabilan sistem dan parti politik ialah perebutan dan pergelutan kuasa antara golongan tentera dan golongan awam. . Ini membawa kepada ketidaksinambungan parti politik.