UNIT 12

VHS -

Sistem Kawalan Dram Servo & Kapstan Servo

ASAS
• Servo AFC & APC yang mengawal motor silinder drum untuk: i. kawalan kelajuan tepat ii. pemasaan yang sejajar (gelung fasa).

• •
• •

Isyarat V sync diterima daripada isyarat kepala kawalan apabila motor mencapai kelajuan optima & kelajuan pita tetap. Isyarat ini dibandingkan dengan gelung fasa untuk membuat pembetulan.
Pembetulan fasa dilakukan dengan memperlahankan atau mencepatkan kelajuan motor. Pembetulan dibuat pada tiap-tiap kali imbasan dilakukan.

Servo Dram
• Fungsi gelung kelajuan servo • memutarkan silinder kepala video • menggerakkan penjana frekuensi FG (frekuensi generator) • penjana denyut PG(Pulse Generator). • FG mengeluarkan isyarat memancar, seterusnya dibandingkan pada titik set pada op-amp bagi mengekalkan kelajuan yang tetap melalui penguat pacuan motor. • Gelung servo fasa berfungsi membandingkan 2 isyarat pemasaan semasa rakaman • Isyarat video komposit dari isyarat penyegerakan pugak dikesan oleh kepala kawalan. Isyarat dari penjana denyut menunjukkan kedudukan penjajaran kepala video agar pemasaan tepat pada setiap imbasan pada pita.

Gelombang Pada Keluaran Penjana Denyut

Denyut keluaran dari PG
• Output PG ialah denyut + & -- . Denyut positif untuk gelung fasa. Denyut + & -- untuk pensuisan kepala video A & B semasa mainbalik.

Denyut keluaran dari PG
• Semasa mainbalik isyarat dari kepala A & kepala B diasingkan secara elektrik melalui pra penguat. Tujuannya untuk mengurangkan kesan gambar dari rakaman yang dibuat bertindih. kaedah pensuisan iaitu memilih hanya kepala yang sedang digunakan sahaja dibenarkan beroperasi. Bekalan kuasa ke pra- penguat dikawal pada 25 Hz dari penjana isyarat berselang seli. Pemasaan pensuisan dibuat supaya isyarat bersambung tanpa celahan atau gangguan.

Sistem Servo Kapstan
• Rujukan masa digunakan bagi menentukan trek yang telah dirakam berada tepat pada kepala video di mana isyarat segerak pugak telah dirakam. • Penjejakan memastikan pita bergerak pada kelajuan yang sama dengan semasa rakaman. Denyut penjejakan diletakkan sebelum tiang kapstan / pinch roller.