PENGELOLAAN DAN PENTADBIRAN DALAM SUKAN

AHLI KUMPULAN: •Aini •Shiha •Saharudin

PENGELOLAAN / PENGORAGANISASIAN
• Melibatkan penugasan kerja kepada ahli-ahli organisasi,mengumpulkan mereka ke dalam jabatan,seksyen dan unit tertentu. • Pengorganisasian biasanya dinyatakan dalam bentuk carta alir. • Apabila pihak pengurus telah menentukan objektif dan memajukan rancangan atau program bagi mencapainya,mereka mestilah juga mereka bentuk dan mewujudkan satu organisasi yang dapat melaksanakan programprogram dengan jayanya.

• Objektif-objektif yang berlainan memerlukan bentuk organisasi yangberbeza. • Perbezaan organisasi ini bukan sahaja menyebabkan operasinya berlainan malahan melibatkan corak latihan yang berbeza bakal diterima.

DEFINISI PENTADBIRAN
• Cara sesebuah organisasi membuat keputusan dan mendorong kegiatan ke arah mencapai tujuan dan matlamat yang dikehendaki melalui kerjasama sesama ahli. • Pentadbiran berfungsi mendorong kegiatan kerjasama yang berkesan bagi mencapai tujuan-tujuan sesuatu organisasi

• Pentadbiran organisasi yang berkesan bertujuan memastikan organisasi tesebut dapat mencapai visi dan misinya. • Keberkesanan prntadbiran haruslah mengikut kefahaman teori-teori sebelum mengaplikasikannya di dunia sebenar. • Pengalaman mentadbir juga perlu ada bagi seorang pentadbir sebagai pelengkap kepada ilmu pentdbiran ynag dipelajari. • Pentadbiran secara tidak formal tidak menjamin seorang itu menjadi pentadbiran yang cekap dan efektif.

• Pentadbiran yang berjaya ialah pentadiran yang mempunyai idea kreatif,kemahiran kemanusiaan,dan ilmu khusus dalam pengurusan pentadbiran. • Sokongan yang berkesan daripada pentadbir berwibawa amat diperlukan bagi memastikan pentadbiran berjalan dengan jayanya.

Ciri-ciri pentadbir yang berwibawa
• Memiliki idea dan pengetahuan untuk merancang,mengorganisasi,memimpi n,dan mengawal ahli-ahli organisasinya. • Perlu cekap mengaplikasikan ilmu dan pengalaman dunia kerja sebanar,lebih-lebih lagi dalam organisasi sukan itu sendiri.

DEFINISI POLISI
• Suatu pernyataan tentang tindakan bijak yang boleh diambil oleh sesebuah organisasi. • Polisi bukannya peraturan yang ketat ataupun suatu konsep yang terikat.Ianya harus rasional,fleksibel dan lengkap denagn garis-garis panduan. • Polisi ynag baik disokong oleh strategi perlaksanaanya dan mekanisme penilaian ke atasnya.

Tujuan menentukan ragkaian polisi:
• Mengemukan tujuan sesebuah unit atau agensi. • Membenarkan kakitanagn menterjemahkan peilihan kepada kegiatan-kegiatan tertentu. • Mengelakkan ketidak tekalan proses penyelesaian masalah. • Membenarkan suatu peringkat fleksibiliti dalam proses penyelesaian masalah setiap unit atau bahagian.ini membolehkan kumpulan yang berlainan pandangan beroperasi dalam lingkungan rangkaian mereka.

• Memainkan fungsi perhubungan awam yang baik.Semua pihak harus dimaklumkan tentang asas-asas keputusan yang berbeza dengan mereka. • Membantu menyedarkan kakitanagn bahawa keputusan yang memberi kesannegatif kepada mereka,tidak dibuat berdasarkan kehendak peribadi.

TEORI PENTADBIRAN

Pentadbiran Autokratik
• Jenis kepimpian tunggal yang mana semua keputusan dan kuasa daripada ketua kumpulan adalah mutlak. • Pemimpin memberi arahan dan kawalan yang ketat terhadap individu atau kumpulan bawah jagaannya. • Pentadbiran seperyi ni tidak memberi peluang kepada kakitangan bawahan bertanya atau membuat sebarang cadangan. • Kakitangannya kurang bermotivasi. • Tidak berinisiatif dan bersikap pasif terhadap arahan yang diberikan.

Pentadbiran Demokratik
• Pemimpin yang mengikut ideologi ini membentangkan segala maslah secara perbincangan. • Mesyuarat antara kakitangan diadakan secara tetap dan berkala. • Ahli bebas menyuarakan pendapat masing-masing. • Keputusan terakhir bergantung kepada persetujuan bersama dalam kumpulan. • Sistem demokrasi kadangkala gagal membawa golongan pelampau dan pakatan dalaman sehingga menyebabkan petukaran pemimpin yang terlalu kerap.

Pentadbiran Laissze faire
• Pemimpin yang mengikut ideologi ini akan memberi bimbingannnya kepada ahli,tetapi memulangkan kepada ahliahli kumpulannya membuat keputusan. • Pemimpin seperti ini tidak dianggap sebagai pemimpin sejati. • Beliau tidak menggunakan kuasa kewibawaanya dan tidak menggunkan sepenuhnya ciri-ciri kepmpinannya. • Ideologi pentadbiran seperti ni mudah mnyebabkan keadaan yang tidak terkawal dan boleh merugikan organisasi sepenuhnya.

Sekian,terima kasih