Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi

dalam susunan tatabahasa dan mengandungi
makna yang lengkap.
Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan
atau susunan beberapa perkataan yang
pengucapannya
dimulakan
dengan
kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan
serta mengandungi intonasi yang sempurna.

Ayat bahasa Melayu boleh dibahagikan
kepada empat jenis seperti yang berikut, iaitu:
(a) Ayat penyata
(b) Ayat tanya
(c) Ayat perintah
(d) Ayat seruan

(Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga)

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan
maksud membuat satu penyataan.
Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau
memberikan keterangan tentang sesuatu hal.
Ayat jenis ini juga disebut sebagai ayat berita atau
ayat keterangan.

Yang berikut ialah contoh-contohnya:
•Nadia jurutaip.
•Dia wartawan.
•Abdullah sedang tidur.
•Penjual ikan itu sentiasa tersenyum.
•Guru mengajar murid.
•Norlia membeli pakaian dari kedai itu.
•Pesakit itu berada di hospital.
•Musa menjadi pegawai polis.
•Bunga cempaka itu wangi.
•Pokok di hadapan sekolah itu amat tinggi.

(Nahu Melayu Moden)

Ayat berita ialah ayat yang menceritakan suatu
kejadian / peristiwa, pandangan atau perasaan
seseorang.

Di bawah ini diberikan beberapa contoh lagi.
•Datuk Penghulu itu bapa saudara saya.
•Ini buku saya.
•Hujan pagi ini lebat.
•Badan saya terlampau gemuk.
•Dia suka makan durian.
•Semua orang tahu hal itu.
Ayat berita sebenarnya boleh dibahagikan menjadi ayat ya
dan ayat tidak.
Ayat ya ialah ayat yang menyungguhkan sesuatu berita
atau pernyataan.
Ayat tidak ialah ayat yang menafikan sesuatu berita atau
pernyataan.

Contoh contoh ayat di atas ialah ayat ya.
Ayat ya boleh dijadikan ayat tidak dengan menyisipkan
kata nafi tidak atau bukan antara subjek dengan predikat,
misalnya ayat ya yang diberi sebelum ini boleh dijadikan
ayat tidak seperti berikut:
Berikut ialah contoh-contoh ayat tidak yang wujud sebagai
ayat penyata:
•Datuk Penghulu itu bukan bapa saudara saya.
•Ini bukan buku saya.
•Hujan pagi ini tidak lebat.
•Badan saya tidak terlampau gemuk.
•Dia tidak suka makan durian.
•Semua orang tidak tahu hal itu.

(Nahu Melayu Mutakhir Edisi Keempat)

Ayat berita ialah ayat yang tujuannya menyampaikan berita dan
tidak mensyaratkan adanya gerak balas, baik yang bersifat
kebahasaan mahupun yang bersifat perbuatan fizikal.
Ayat berita dalam bahasa Melayu ditandai oleh intonasi yang
tersendiri, yakni yang mempunyai nada yang menurun sebelum
kesenyapan.
Ayat jenis ini boleh dibahagikan kepada jenis-jenis menurut
sistem-sistem yang berlaku dalam strukturnya. Di samping itu,
ayat berita boleh dijeniskan menurut judul dan fokus, dan juga
menurut jumlah klausa.

Maklumat yang
disampaikan melalui ayat
berita, tentang apa sahaja,
baik konkrit mahupun
abstrak. Pernyataan jenis
ini boleh mempunyai apa
sahaja sistem.
•Kerbau ialah sejenis binatang.
•Padi ialah sejenis tanaman kawasan
tropika.

Pernyataan yang
menghuraikan sesuatu konsep
dengan memberi ciri-ciri atau
sifat -sifat khusus yang dimiliki
oleh konsep itu, yang dengan
sendirinya membezakan
konsep itu dari konsep lain.
•Orang itu guru saya
•Dia adik saya

Berdasarkan cerita pemenang tempat pertama
bagi setiap kategori:
a)Kategori Sekolah Rendah
b)Kategori Sekolah Menengah
c)Kategori Guru-guru

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful