You are on page 1of 29

Undang-undang

Dan
pentadbiran sukan

Disediakan oleh:
Muhammad waqiyuddin

-rbt 2-
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KAITAN UNDANG-
UNDANG DENGAN SUKAN
Undang-undang merupakan sesuatu yang penting dalam sesuatu kejohanan. Ia berfungsi untuk menjadikan kejohanan atau pesta permainan
dikendalikan dengan adil dan tersusun.

Terdapat dua jenis undang-undang yang biasanya terdapat dalam sesuatu kejohanan iaitu :-

i. undang-undang permainan dan

ii. peraturan am kejohanan.

Apakah perbezaan
di antara undang2
dan peraturan?.....
 Undang-undang permainan adalah piawai dan
diguna pakai dalam setiap kejohanan naungan
badan atau persatuan sukan antarabangsa.

 Peraturan am dicipta oleh penganjur kejohanan bagi


melicinkan kejohanan atau pesta permainan dari
segi pentadbiran.
 Penganjuran sesuatu kejohanan mempunyai set peraturan
untuk menjadikan kejohanan lebih tersusun dari segi
penganjuran. Set peraturan ini akan menjadi rujukan utama
sekiranya terdapat masalah dalam sesuatu kejohanan.

 Undang-undang dan peraturan am pertandingan berfungsi


mengawal perjalanan perlawanan atau pertandingan

 Undang-undang dan peraturan am pertandingan


akan dijadikan panduan untuk keseluruhan
pengelolaan dan pertandingan dalam sesuatu
kejohanan.
Undang-undang
permainan
 Bertujuan untuk mengawal peraturan teknikal pertandingan ketika
permainan dijalankan dalam permainan.

 Diguna pakai oleh semua badan sukan yag mengganggotai badan


induk persatuan sukan antarabangsa(setiap disiplin sukan
mempunyai badan induk antarabangsanya sendiri)

 Undang-undang permainan merupakan undang-undang piawai


atau standard yang diguna pakai dalam setiap permainan yang
dianjurkan oleh badan sukan yang mengganggotai badan induk
persatuan sukan antarabangsa.

 Contohnya: Federation International de Football (FIFA) telah


menetapkan undang-undang bola sepak. Oleh itu setiap kejohanan
yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) yang
merupakan persatuan sukan yang mengganggotai FIFA perlu
berlandaskan undang-undang yang telah digariskan oleh badan
teknikal FIFA.
 Undang-undang dan peraturan permainan telah
dibina oleh lembaga teknikal bagi setiap persatuan-
persatuan sukan antarabangsa.

 Undang-undang permainan dibina berlandaskan


beberapa faktor utama iaitu
- Keselamatan
 Keadilan
 Keseronokan
 Etika pertandingan
• Biasanya undang-undang ini diterbitkan dalam
bentuk buku.

• Pengutakuasa undang-undang permainan ialah


pegawai pertandingan yang akan diiktiraf sebagai
pegawai yang bertauliah setelah mereka lulus
peperiksaan kepengadilan atau kepegawaian yang
dianjurkan oleh persatuan sukan antarabngsa atau
badan gabungannya.
Tujuan undang-undang permainan
 Memastikan pertandingan dijalankan mengikut standard
yang telah ditetapkan di mana-mana sahaja

 Menjadi bahan rujukan semua pihak sekiranya berlaku


masalah teknikal dalam sesuatu pertandingan

 Menjadikan rujukan utama kepada pegawai yang


menguatkuasakan undang-undang permainan

 Memastikan pertandingan dapat dijalankan dengan lancar


dan selamat serta mencapai objektif
PERATURAN AM
Peraturan Am
 Undang-undang yang telah dibina oleh pihak penganjur bagi mengawal
sistem pertandingan sesuatu kejohanan.

 Menekankan pengelolaan sesuatu kejohanan

 Sekiranya terdapat percanggahan antara peraturan am dan undang-


undang permainan tentang perkara-perkara teknikal, biasanya undang-
undang permainan akan diambil pakai.

 Pengecualian boleh diterima sekiranya terdapat perubahan dari segi


jumlah pemain dan gantian atau lain-lain perkara yang telah mendapat
persetujuan pengurus-pengurus pasukan.

 Bergantung kepada pihak penganjur dan tiada pegawai yang tetap.


 Faktor sekitaran diambil kira sebagai faktor utama dalam
merangka peraturan am.

 Berbeza mengikut tempat.

 Walaupun peraturan am merupakan hak mutlak penganjur,


namun penganjur yang beretika perlu memastikan peraturan
yang dirangka jelas dan tidak menguntungkan mana-mana
pihak.

 Sebaliknya bertujuan untuk mengawal perjalanan kejohanan


dari segi pentadbiran.
 Pegawai yang terlibat dalam menguatkuasakan
peraturan am pertandingan ialah jawatankuasa
teknikal disiplin yang dilantik dalam sesuatu
kejohanan

 Peraturan am kejohanan juga seharusnya tidak


membelakangi undang-undang permainan yang
telah termaktub dalam undang-undang persatuan
sukan dan badan teknikal sukan dunia.
Peraturan Am Pertandingan Majlis
Sukan Sekolah-sekolah Malaysia
(MSSM)
Undang-undang

Bantahan

Lembaga tatatertib
Peraturan-peraturan
Pendaftaran
am pertandingan

Kalayakan

Had umur peserta

Pakaian
1. Undang-undang
 Undang2 permainan Antarabangsa yang berkuatkuasa
semasa akan menjadi undang2 rasmi pertandingan
peringkat umur 18 tahun dan ke bawah kecuali ada undang2
khas yang menguasai pertandingan permainan MSSM.

 Manakala bagi peringkat umur 12 tahun dan ke bawah


undang-undang permainan yang diluluskan oleh
jawatankuasa kerja MSSM dan jawatankuasa Teknik
Permainan MSSM semasa akan menjadi undang-undang
rasmi pertandingan.
2. Kelayakan
a) Peserta
 Pelajar2 yang menghadiri kursus penuh di sekolah2 rendah dan
menengah yang berdaftar dan menjadi ahli majlis sukan sekolah-
sekolah negeri layak menyertai pertandingan permainan MSSM.

 Pelajar2 yang menunggu keputusan peperiksaan SPM/SPMV/STPM


tidak layak menyertai semua pertandingan MSSM.

 Mereka yang berdaftar dengan sekolah2 swasta selepas mendapat


keputusan SPM/SPMV/STPM layak menyertai pertandingan permainan
MSSM dengan syarat sekolah swasta berkenaan bergabung dengan
Majlis sukan sekolah2 Negeri.

 Pelajar2 yang ditempatkan di akademi permainan kebangsaan dan


sekolah sukan kementerian pendidikan malaysia hendaklah mewakili
negeri asal tempat ia bersekolah di dalam pertandingan MSSM.
 Jika berkhidmat pelajar berkenaan tidak diperlukan oleh negeri asalnya
maka ia dibenarkan bermain dengan negeri lain dengan syarat MSS
Negeri lain berkenaan mendapatkan kebenaran daripada MSS Negeri
asal pemain.

 Pemain yang mewakili MSS negeri lain tanpa mendapat kebenaran


daripada MSS negeri asalnya tidak dibenarkan bertanding ke kejohanan
MSSM dan tindakan disiplin hendaklah diambil terhadapnya oleh
urusetia MSSM.

 Pemain yang bukan warganegara Malaysia dibenarkan mengambil


bahagian di peringkat sekolah, daerah, dan negeri sahaja. Kejohanan
peringkat MSSM hanya untuk warganegara malaysia.
b) Sekolah
 Sekolah2 yang berdaftar dan menjadi ahli gabungan Majlis
Sukan Sekolah2 Negeri layak menyertai prtandingan
permainan MSSM.

C) Negeri
 Majlis Sukan Sekolah2 Negeri adalah layak mengambil
bahagian dalam pertandingan ini. Setiap negeri hanya
berhak menghantar satu pasukan sahaja mengikut
kumpulan umur dalam sesuatu pertandingan melainkan ada
sesuatu ketetapan khas.
3. Had umur peserta
 Had umur peserta2 bagi pertandingan permainan MSSM adalah seperti
berikut:
 18 tahun dan ke bawah
 15 tahun dan ke bawah
 12 tahun dan ke bawah

 Kiraan umur 18 tahun dan ke bawah, 15 tahun dan ke bawah, 12 tahun


dan ke bawah adalah pada 1 jan tahun pertandingan.
 Bagi peserta yang terbukti lewat pendaftaran kelahiran pada peringkat
umur yang disertainya tidak layak menyertai pertandingan permainan
MSSM.
 Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu
kumpulan umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang
sama.
 Selain daripada yang disebutkan seseorang peserta tidak dibenarkan
menyertai pertandingan dalam kumpulan umur yang lebih tinggi
daripada kumpulan umurnya melainkan ada sesuatu ketetapan khas.

 Peserta peringkat umur 18 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia


menunjukkan k/p jika diminta oleh pihak pengelola pertandingan.
Seseorang yang hilang k/p mesti mempunyai surat pengesanan dengan
gambar dari pejabat pendaftaran dan salinan sijil beranak yang disahkan
oleh pengetua sekolah peserta berkenaan.

 Peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah


melengkapkan borang pendaftaran pertandingan individu beserta
gambar dengan menyertakan salinan sijil beranak yang disahkan oleh
guru besar sekolah peserta berkenaan serta setiausaha agung MSS N
egeri tersebut.
4. Pendaftaran
a) Setiap MSS Negeri hanya dibenarkan menghantar bilangan pegawai
pasukan dan peserta seperti yang ditetapkan.

b) Pasukan yang ada peserta perempuan mesti ditemani oleh seorang


penolong pengurus atau jurulatih wanita.

c) Pendaftaran pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran yang


tertentu hendaklah disampaikan kepada pihak jawatankuasa pengelola
sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh pertandingan dimulakan.
Sebarang pindaan diborang pendaftaran tersebut hendaklah
ditandatangani oleh Yang di pertua/setiausaha agung majlis sukan
sekolah2 negari dengan cop rasmi.

d) Setiap MSS Negeri dikehendaki menghantar pengerusi teknik


permainan masing-masing ke mesyuarat pengerusi teknik permainan
berkenaan yang diadakan serentak dengan kejohanan MSSM.
e) Setiap MSS Negeri dikehendaki menghantar
pengadil/hakim bertauliah yang terdiri daripada pegawai
perkhidmatan pendidikan sepertimana bilangan yang
ditetapkan.

f) Sekiranya MSS Negeri yang mengelolakan pertandingan


MSSM memerlukan khidmat pengadil/hakim selain daripada
pegawai perkhidmatan pendidikan, kebenaran daripada
urusetia MSSM hendaklah diperolehi.

g) Semua pengurus/pegawai pasukan MSS Negeri hendakalah


hadir di majlis taklimat yang diadakan oleh jawatankuasa
pengelola.
5. Pakaian
 Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama
warnanya, pasukan yang mula-mula tercatat dalam
jadual pertandingan hendaklah menukar warna
bajunya.

 Bagi permainan yang telah ditetapkan warna


khusus jersi MSS negeri oleh jawatankuasa Teknik
MSSM maka peraturan tersebut hendaklah
dipatuhi.
6. Bantahan
 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang
pegawai pasukan berdaftar hendaklah diserahkan kepada
setiausaha jawatankuasa pengelola pertandingan atau
wakilnya dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak RM
200.00. wang tersebut akan dikembalikan jika bantahan
yang dibuat ditolak.

 Tempoh penyerahan bantahan rasmi tertakluk kepada


peraturan dan undang2 permainan/sukan berkenaan.

 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan


mereka selepas itu hendaklah dijalankan dengan keadaan
bermain dalam bantahan.
7. Lembaga Tatatertib
 Lembaga ini terdiri daripada:

Timbalan ketua pengarah jabatan sekolah atau wakilnya


sebagai pengerusi.
Pengerusi jawatankuasa teknik MSSM atau wakilnya.
Pengarah bahagian sekolah atau wakilnya.
Setiausaha agung MSSM atau wakilnya.
Pengerusi teknik permainan berkenaan.
Lembaga ini bertanggungjawab untuk :
 Mengambil tindakan mengenai disiplin murid, guru dan pegawai2
kejohanan yang berkenaan bagi perkara2 seperti berikut:
 Memberi amaran
 Menggantung penyertaan bagi jangkamasa tertentu
 Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan

 Menghantar laporan kepada urusetia MSSM mengenai peristiwa yang


telah berlaku selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan dan
membuat cadangan mengenai jenis tindakan yang sewajarnya. Kes2
yang lebih berat melibatkan disiplin pegawai hendaklah dilaporkan
kepada jawatankuasa kerja MSSM untuk tindakan selanjutnya.

 Pasukan, pegawai atau peserta yang digantung oleh


MSSD,MSSN,MSSM hendaklah dilaporkan kepada persatuan permainan
negeri atau kebangsaan yang berkenaan.
Tujuan Peraturan Am
• Memberi panduan keada semua yang terlibat mengenai
perjalanan sesuatu kejohanan

 Menjadi salah satu sumber rujukan utama sekiranya timbul


sesuatu masalah dalam mengendalikan sesuatu kejohanan

 Menjadi salah satu rujukan utama sekiranya terdapat


bantahan terhadap mana pihak tertentu dalam
mengendalikan kejohanan

 Membolehkan kejohanan diuruskan dengan licin dan lancar

You might also like