KONSEP FALSAFAH

‡ Berasal daripada perkataan Yunani; philos bermaksud mencintai dan sophia bermakna kebijaksanaan.Jadi istilah Falsafah bermaksud perihal mencintai kebijaksanaan.

‡ Russel (1946), falsafah diertikan sebagai sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains. Teologi:perkara yang belum tepat dibukti, sains; berusaha menggunakan taakulan dan logik untuk membuktikan fahamannya.

‡ E.D. Miller(buku Questions That Matter, 1984) ± falsafah ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang penting.

TAFSIRAN SHARIFAH ALWIYAH ALSAGOFF(1984)
‡ Falsafah ialah pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara yang penting. ‡ Mempersoalkan prinsip- prinsip realiti, ilmu dan nilai. ‡ Cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sistem-sistenm pemikiran.

TAFSIRAN SHARIFAH ALWIYAH ALSAGOFF(1984) ‡ pendekatan yang rasional terhadap sesuatu masalah atau persoalan. ‡ sesuatu penyiasatan yang komprehensif dan logikal mengenai asas-asas pemikiran atas semua aktiviti manusia, khususnya dalam bidang seni, sains, agama dan pendidikan.

RUMUSAN
Falsafah merupakan ‡ pemikiran atau pandangan yang benar, rasional, dan bernas. ‡ dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. ‡ membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.

Pendidikan
Professor Gurrey proses mengeluarkan manusia-manusia yang mempunyai kebudayaan dan pengetahuan yang luas. menggali dan mengambil segala seni dan pengetahuan yang amat luas.

W.O.I Smith
pendidikan adalah berubah mengikut masa, tempat dan mengikut adat resam satu-satu masyarakat dan iklim manusia itu. satu proses menyampaikan segala anasir kehidupan sesuatu masyarakat itu kepada generasi mudanya bagi melanjutkan warisan agar dipertinggikan dan disampaikan pula kepada generasi lain.

Mohammad Qath
Pendidikan membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan.

Cabang Falsafah Dengan Falsafah Pendidikan

Metafizik ( kajian realiti )

Epistemologi ( kajian ilmu )

Aksiologi ( kajian nilai )

Logik ( penaakulan )

1.Metafizik
‡ Berasal daripada karya Aristotle (Prinsip Pertama)- meta ta physica. ‡ Kajian sifat dan asal usul mengenai realiti mutlak. ‡ Mempersoalkan perkara seperti:
Apa itu alam semester? Apa Itu kehidupan? Apa dia pemikiran? Apa itu demokrasi?

2. Epistemologi

‡ Mengkaji ilmu pengetahuan. ‡ Mempersoalkan perkara seperti Apa itu ilmu? Bagaimanakah kita memperolehi ilmu? Bagaimana kita membuktikan kesahihannya? ‡ Menekankan penguasaan ilmu daripada kesedaran kepada kefahaman. ‡ Ilmu didapati daripada pemikiran rasional atau pengalaman yang subjektif. ‡ Menolak ilmu sebagai refleksi otak manusia terhadap dunia dengan secara objektif.

3. Aksiologi

‡ Kajian terhadap nilai,dengan mempersoalkan perkara seperti : Apakah yang bernilai? ‡ Dua bahagian: etika dan estetika ‡ Cabang etika - nilai moral, prinsip moral dan tingkah laku serta sifat murninya. ‡ Cabang estetika kecantikan dan seni (persepsi deria)

4. Logik

‡ Mengkaji perkara yang membentuk penaakulan sah. ‡ Aristotle ahli falsafah yang pertama mengorganisasikan hukum-hukum penaakulan / idea logik aristotle. diberi dua premis , sesuatu kesimpulan (inferens) akan diikutinya ‡ Contoh:
Premis 1: Semua manusia ialah makhluk yang fana. Premis 2: Socrates ialah seorang manusia. Premis 3: Jadi, Socrates ialah makhluk yang fana.

Konsep Falsafah Pendidikan

Falsafah : pemikiran atau taakul Pendidikan : pelaksanaan.

‡ Suatu proses yang berbentuk bipolar ( yang dididik dan yang mendidik / pendidik ) ‡ Sekolah sebagai satu tempat untuk menyampaikan pendidikan kepada pelajar ‡ Pendidikan merupakan proses sosial yang tiada kesudahan.

FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Konfusianisme 
Berasas daripada pemikiran Confucius (551479 SM) dan pengikut-pengikutnya seperti Mengzi (372-289 SM), Xunzi (313-238 SM) dan Hanyu (768-824 SM) dari negeri China  Peranan utama pendidikan ialah membina tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia, mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara 

Chenghao (1032-1085), Chengyi (1033-1107) dan Zhuxi (1130-1200) memperkenalkan unsur rasionalisme dalam falsafah pendidikan konfusianisme  Menggabungkan mentalnya pemikiran rasional dengan 

Menyarankan kaedah inkuiri  Tujuan pendidikan sebagai perkembangan kecerdasan individu, pembentukan individu bermoral tinggi dan berbudaya sempurna 

Wang Shouren (1472-1528), menentang pengggunaan kaedah inkuiri tetapi pelajar hendaklah menggunakan ilmu intuitif yang berada dalam jiwa mentalnya untuk mengkaji perkara-perkara alam sekitar  Menentang hukum dera dan mengurungkan kanak-kanak sebagai pendekatan pengajaran  Menyarankan motivasi

teknik

peneguhan

dan 

Hushi (1891-1962), seorang pengikut Dewey, memperkenalkan idea-idea pragmatisme dan progresivisme dalam kurikulum sekolah  Beliau menyarankan kaedah induktif dan mengutarakan pendekatan Berani membentuk hipotesis, berhati mencari bukti  Menyarankan persepaduan mata pelajaran kemanusiaan dengan sains

Nasionalisme dan Internasionalisme  Rabindranath Tagore (1861-1941),

mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan 
banyak dipengaruhi pula oleh falsafah pragmatism dan progresivisme

FALSAFAH PENDIDIKAN DI INDIA
‡ Asasnya ditumpukan kepada ajaran agama iaitu Hinduisme dan Buddhisme.

Falsafah pendidikan Rabindranath Tagore; ‡ Pendidikan tubuh badan-melatih deria dan kecerdasan fizikal secara am, cekap dan berkemahiran. ‡ Pendidikan intelek‡ Pendidikan kerohanian ‡ Pendidikan realistik ‡ Pendidikan harus hidup dan dinamik, bukan mekanikal dan tidak bermaya

‡ Pendidikan dalam perkara-perkara semula jadi ‡ Pendidikan untuk nasionalisme yang tulen ‡ Pendidikan untuk internasionalisme ‡ Pendidikan untuk perkembangan individu ‡ Pendidikan untuk perkhidmatan sosial dan kecekapan

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Berasaskan ajaran al-Quran Mengikut Hassan Langgung (1979), perkara-perkara yang menjadi dasar Pendidikan Islam ialah: ‡ Keesaan Tuhan (Tauhid); ‡Kepercayaan pesuruh-pesuruhNya; ‡Kepercayaan kepada wahyu-wahyu Tuhan kepada Nabi-nabi; ‡Manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan kerohanian;

‡ Setiap individu bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri; ‡Kehidupan keduniaan dan akhirat; dan ‡Persamaan dan persaudaraan sejagat di antara semua umat Islam.

Pendidikan menurut Islam merupakan usaha-usaha membaiki diri Juga menyepadukan pendidikan ilmu keduniaan dengan ilmu akhirat

Pandangan tokoh ‡ Mohammad Qatb ‡ Dr. Mohd Athiyah al Abrasyi ‡ Amal al-Shaibani ‡ Al-Ghazali ‡ Haji Abdul Malik Karim Amrullah

Perbandingan Mazhab-Mahzab Falsafah dengan Falsafah Pendidikan Di Malaysia  Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai yang murni  falsafah pendidikan di Malaysia merupakan sesuatu falsafah pendidikan yang mempunyai ciri tersendiri 

Falsafah pendidikan kebangsaan adalah lebih mirip dengan falsafah pendidikan rekonstruktivisme  Falsafah pendidikan di Malaysia pula mengandungi ciri-ciri progresivisme dan pragmatisme  Menitiberatkan penggunaan kaedah praktik dan kaedah inkuiri 

Falsafah pendidikan di Malaysia boleh dikatakan pula mengandungi unsur essensialisme yang bercorak tradisional  Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa (1994) merumuskan falsafah pendidikan di Malaysia sebenarnya dikenali sebagai falsafah eklektisme

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

TRADISIONAL

MODEN 

Perenialisme  Essensialisme 

Progresivisme  Rekonstruktivisme  Eksistensialisme

1. Perenialisme
‡ Dipengaruhi oleh fahaman idealisme Plato dan Aristotle dan penyokong utamanya seperti Adler dan Richard Livingston. ‡ Berpendapat bahawa nilai moral dan rasional manusia semakin merosot disebabkan materialisme, pragmatisme dan fahaman sains ‡ Tamadun manusia perlu diselamatkan melalui pendidikan yang mengutamakan perkembangan potensi rasional individu yang melibatkan prinsipprinsip mutlak agar mereka memahami dunia yang sebenar.

Prinsip-prinsip Fahaman Perennialisme  Manusia pada amnya adalah sama dan pendidikan haruslah sama untuk semua manusia.  Rasionaliti adalah ciri utama manusia.  Tugas pendidikan ialah menyelaraskan manusia pada kebenaran dengan mendisiplin / mendidik mental dan jiwa murid supaya menjadi rasional. Tujuan utama pendidikan adalah mengajar nilai dan pengetahuan yang berbentuk universal dan tiada had masa. 

Kanak-kanak hendaklah diajar dengan subjek asas yang khusus supaya dapat digunakan dalam kehidupannya di dunia ini.  Pendidikan hendaklah memperkenalkan murid kepada hal yang universal melalui kesusasteraan, falsafah, sejarah dan sains yang dilahirkan oleh penulis terkenal.

2. Essentialisme
‡ Tokoh-tokoh penting seperti William C. Bagley, Thomas Briggs, Frederick Breed, Issac L. Kandel, James B. Conant ‡ Berasaskan idealisme dan realisme ( melihat apa yang perlu dan penting dalam hidup untuk kehidupan yang sempurna dan baik ) ‡ Berusaha mengkaji semula keadaan kurikulum dan rancangan-rancangan sekolah, dan menentukan semula kuasa guru dalam bilik darjah.

Berusaha mengekalkan sekolah sebagai fungsi akademik dan guru dianggap berkuasa dalam subjek dan pengajarannya. Guru bertanggungjawab mengajar nilai-nilai tradisional ( kaedah disiplin tradisional ) justeru dianggap sebagai model yang bernilai untuk dicontohi. ( William Bagley )

Menitikberatkan subjek asas tradisional yang berguna pada masa lampau dan akan tetap berguna pada masa akan datang ( membaca, menulis, mengira, bahasa, sastera, matematik, seni, sejarah, muzik dan sains ) Prinsip pengajaran adalah berbentuk ansur maju iaitu daripada yang senang kepada lebih susah.

Pendapat Essensialisme

‡ Fitrah manusia kekurangan nilai-nilai murni yang sempurna. ‡ Perlu latihan intelek dan mental (pengaruh kebudayaan masyarakat) untuk membentuk personaliti dan mental mereka ke tahap keharmonian dan penyempurnaan.

‡ Guru memainkan peranan utama dalam proses pendidikan, membantu pelajar memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa, agar berjaya hidup pada masa depan.

Ciri-ciri guru essensialisme

‡ Pimpinan demokratik ‡ Inisiatif dan kreatif membentuk iklim kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. ‡ Mahir menggunakan teknik peneguhan ataupun ganjaran dan denda. ‡ Mempunyai kelayakan akademik yang berpatutan, emosi stabil, dan juga memahami psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja

Ciri-ciri pelajar essensialisme

‡ Pelajar yang berjaya adalah rajin dan memberi perhatian dalam pembelajaran. ‡ Minat bukan kunci kejayaan tetapi boleh dipupuk selepas berusaha bersungguhsungguh daripada bimbingan guru. ‡ Memahami dan mematuhi kewibawaan dan pimpinan guru.

Ciri-ciri Kurikulum
Kurikulum sekolah hendaklah dibentuk berdasarkan keperluan masyarakat: Bahan-bahan pelajaran hendaklah dirancang secara rapi dan logikal; Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang secara sistematik dan mengikut sekuen yang sesuai; Kriteria kenaikan darjah hendaklah ditetapkan secara rapi mengikut pencapaian peperiksaan.

Peringkat sekolah rendah, pendidikan 3M merupakan perkara-perkara yang asas diikuti dengan mata pelajaran tambahan seperti sejarah, ilmu alam, sains, dan bahasa asing.

sambungan

Peringkat sekolah menengah,pendidikan membaca dan menulis ditekan, diikuti dengan mata pelajaran seperti arithmetik, algebra, geometri, fizik, kimia

Mata pelajaran kurang penting adalah seperti pendidikan seni, pendidikan jasmani, muzik, mata pelajaran vokasional, dan kokurikulum.

Nilai-nilai masyarakat juga disarankan seperti nilai sosial, kebudayaan, politik, cerdikiawan, penulisan dan sebagainya.

3. Progressivisme
Berkembang daripada pragmatisme (John Dewey) iaitu berfikir tentang penyelesaian masalah dengan cara praktikal dan munasabah. Menentang pendidikan tradisional yang dianggap pasif ( mengutamakan kemahiran mengingat dan latihan yang rapi) Berpendapat bahawa pengetahuan akan membawa kepada pertumbuhan dan perkembangan, justeru kanak-kanak harus diajar bagaimana cara berfikir bukannya apa yang perlu difikirkan. Segala P&P hendaklah dirancang berdasarkan minat, keperluan dan kebolehan pelajar. Guru harus membimbing pelajar menggunakan kaedah inkuiri dan penemuan untuk memperolehi ilmu pengetahuan melalui usaha sendiri. Falsafah Pendidikan oleh John Dewey pendidikan di sekolah merupakan sebahagian daripada kehidupan itu sendiri.

‡ Pengajaran kurikulum haruslah berdasarkan
± ± ± ± ± ± ±
minat pelajar melibatkan aplikasi masalah manusia menggalakkan kepelbagaian aktiviti menekankan pengalaman langsung murid penyelesaian masalah kaedah projek tumpuan pada pembelajaran aktif dan relevan.

‡ Guru berperanan sebagai pembimbing kepada penyelesaian masalah dan pelajar digalakkan membina penerangan serta kefahaman sendiri tentang sesuatu perkara. ‡ Pihak sekolah / guru harus menggalakkan pembelajaran kolaboratif dan kurangkan pembelajaran persaingan individu

4. REKONSTRUKSIONISME
‡ Muncul pada tahun 1920-an. Dipelopori oleh John Child,George Counts, Harold Rugg & Theodore Bremald. ‡ Pendidikan adalah untuk perubahan dan reformasi. Bertujuan membaiki dan membina semula masyarakat kerana mereka mempunyai daya usaha yang kuat. ‡ Mengutamakan pengalaman yang didapati daripada interaksi dengan alam sekitar. (Pengalaman ² menimbulkan nilai asas)

sambungan

‡ Mementingkan amalan demokrasi. ‡ Sekolah juga menyediakan kemudahan asas yang cukup untuk membolehkan murid mengembangkan bakat & kemahiran. ‡ Mengutamakan subjek dan kemahiran untuk mengenal dan menyelesaikan masalah masyarakat ‡ Guru sebagai agen perubahan

sambungan

‡ Guru mengemukakan isu-isu sosial ( kebangsaan / antarbangsa ) untuk dibincangkan dan diselesaikan bersama-sama pelajar. ‡ Dalam kurikulum memberi tumpuan pada sains sosial, kaedah penyelidikan sosial, ekonomi, politik, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

5. EKSISTENSIALISME
‡ Pendidikan didasari oleh Metafizik ( manusia sendiri memberi takrifan terhadap kewujudannya sendiri di dunia ini berlandaskan pemahaman sendiri ) ‡ Dari aspek etika moral dan akhlak, individu adalah bebas dan tidak perlu mengikut /mematuhi norma atau nilai masyarakat.

Perbandingan Antara Falsafah Pendidikan Tradisional dan Moden
Mazhab Tradisional
Parenialisme Secara semula jadi, ciri manusia bersifat sejagat dan tidak berubah-ubah. Mengajar ilmu dan nilai bersifat sejagat dan abadi Kurikulum: bidang kemanusiaan dan kesusasteraan Guru: Penyampai ilmu yang pakar Kaedah mengajar: didaktif Murid :Penerima ilmu yang bersifat pasif Kurikulum: Kemahiran asas (membaca, menulis dan mengira) Guru: Penyampai ilmu yang mahir Kaeadah mengajar:didaktif Murid: penerima ilmu yang bersifat pasif

Konsep

Matlamat Pendidikan

Tumpuan

Esensialisme

Penekanan diberi kepada perkara-perkara asas

Mengajar ilmu dan budaya yang bersifat asas sahaja

Moden
Mazhab
Progresivisme

Konsep
Manusia berupayamenyesuaikan diri terhadap perubahan

Matlamat pendidikan
Menghasilkan individu yang sedia menghadapi perubahan dalam kehidupan sehari.

Tumpuan
Kurikulum:kebebasan untuk memilih matapelajaran yang ingin dipelajari Guru: pembimbing dan pengurus Kaedah : mengajar induktif Murid : mencari ilmu dan bersifat aktif Kurikulum:Bidang sains sosial. Guru:Agen perubahan Kaedah Mengajar: berpusatkan murid Murid: berani mencuba dan bersifat aktif Kurikulum:bidang estetik dan falsafah Guru: pemangkin ilmu Kaedah mengajar:berpusatkan murid dan aktiviti Murid: penerima ilmu yang bersifat aktif

Kekonstruktisvisme

Sekolah landasan membentuk baharu

merupakan untuk masyarakat

Mengasaskan corak budaya baharu

Eksistentialisme

Manusia bertanggungjawab ke atas diri sendiri

Tidak digariskan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

‡ Dirangka berdasarkan ideologi dan falsafah yang terkandung dalam - Laporan Pendidikan - Akta Pendidikan - Rukun Negara - Ideologi dan budaya masyarakat Malaysia - sebelum itu, pendidikan negara kita belum mempunyai satu falsafah pendidikan yang lengkap. -

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Pendidikan adalah suatu usaha berterusan. Individu mempunyai potensi yang sedia ada dan tugas serta peranan pendidikan adalah untuk memperkembangkan potensi tersebut Proses memperkembangkan potensi perlu dilakukan secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani agar lahir individu yang harmoni dan stabil

Proses memperkembangkan potensi ini perlu berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tujuannya adalah untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri Kesejahteraan diri individu akan mempengaruhinya untuk memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Matlamat Pendidikan Kebangsaan
‡ Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. ‡ Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera. ‡ Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. ‡ Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Pendidikan Suatu Usaha Berterusan
‡ Secara berterusan dalam diri seseorang sejak kecil hingga ke akhir hayat. ‡ Pendidikan berterusan pada peringkat selepas sekolah. ‡ Perkembangan teknologi adalah pesat. ‡ Seseorang perlu meningkatkan kemahiran dari semasa ke semasa.

K Peringkat Awal O N Pendidikan asas di S Rumah E P Tadika P Peringkat Sekolah E N Pendidikan di D Sekolah rendah I Sekolah menengah D I K A Peringkat Selepas Sekolah N B E R T E R U S A N
Pendidikan di IPT Tempat kerja Dalam komuniti Secara pembelajaran kendiri Berbentuk ICT Secara On-line Bantuan media masa

P E N E K A N A N

Pertuturan Bimbingan agama Asuhan budi pekerti Penjagaan kesihatan Perhubungan fizikal Perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran Penghayatan agama & nilai Perkembangan bakat & potensi Pembentukan jati diri Peningkatan perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran Penghayatan agama & nilai Penyesuaian hidup Perkembangan bakat & potensi murni murni

PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

Perkembangan Potensi Secara Menyeluruh dan Bersepadu
‡ ‡ Tidak semua keupayaan dapat dilihat dengan jelas kerana terpendam dalam diri individu. Dalam perkembangan potensi, 4 aspek perlu diambil kira.

EMOSI

INTELEK

POTENSI INDIVIDU

ROHANI

JASMANI

Insan yang Seimbang dan Harmonis
‡ memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan ‡ berakhlak mulia ‡ kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan ‡ fikiran dan jiwa yang tenteram ‡ tubuh badan yang sihat dan cergas

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
‡ FPG digubal sebagai panduan dalam pelaksanaan FPK. FPG menggariskan jenis guru yang diperlukan oleh negara bagi merealisasikan kandungan FPK yang ideal.
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

³ Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju kepada arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa penting saha menuju kepada arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya

TUJUAN UTAMA PENDIDIKAN  pembentukan warganegara  berilmu,  taat setia,  bertanggungjawab  berkebolehan,  menyedari betapa penting usaha menuju  kebenaran  pencapaian hasrat yang gemilang  percaya kepada demokrasi, kebebesan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. ³

Matlamat FPG
‡ Melahirkan guru yang
± profesional, tinggi daya tahan, beretika, berfikiran kreatif, mengamalkan nilai murni, berkemahiran, berpengetahuan teknologi

‡ Menegakkan warisan negara seperti
± demokrasi, integrasi, budaya yang harmoni

‡ Menghasilkan murid yang sesuai dengan pembinaan negara ‡ Pendidikan guru meliputi aspek pembinaan kemahiran dalam mata pelajaran utama, pedagogi serta pengurusan pembelajaran

Implikasi FPK dan FPG kepada guru

‡ Menggalakkan guru memahami sistem pendidikan dan membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan ‡ Guru sebagai agen perubahan untuk mendidik dan melahirkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi FPK dan Visi 2020

‡ Guru perlu bertanggungjawab sepenuhnya, bersifat akauntabiliti, sentiasa berusaha memperoleh dan mengamalkan apa yg telah dipelajari dan bertindak sebagai pengawal aktiviti negatif ‡ Guru perlu sentiasa mengikuti perkembangan trend pendidikan terkini serta dapat membina dan memperkaya pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah

SOALAN
‡ Lima unsur penting yang terkandung dalam FPK. ‡ FPK berhasrat mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang melalui perkembangan individu yang menyeluruh serta pembelajaran sepanjang hayat. Jelaskan lima tindakan yang boleh dilakukan oleh guru boleh membantu murid-murid mencapai matlamat FPK tersebut.

Terima kasih