BAB TIGA

NILAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Dr Mohd Afendi Bin Mat Rani

NILAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN
      

ISLAM KRISTIAN BUDDHA HINDU SIKH TAOISME KONFUSIANISME

ISLAM

Bahasa: Islam berasal daripada perkataan Arab yang bererti berserah, tunduk, dan patuh kepada Allah S.W.T Tuhan semesta alam dan dilakukan secara rela, bukan terpaksa atau dipaksa. Istilah: mentauhidkan (mengesakan) Allah s.w.t, patuh, tunduk dan jujur hati kepadaNya serta beriman dengan ajaran-Nya yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

TIGA KOMPONEN ISLAM
AKIDAH

ISLAM AKHLAK

SYARIAH

ISLAM

Ajaran Islam mengandungi 3 komponen besar iaitu

Aqidah - iaitu keimanan dan kepercayaan terhadap Allah s.w.t., Tuhan yang wajib disembah dan tiada Tuhan melainkan-Nya. Syariat atau ibadah - ajaran-ajaran yang berkaitan dengan amalan praktikal yang diperintahkan oleh Allah meliputi soal ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat. Akhlak - ajaran-ajaran yang berkaitan dengan prinsip-prinsip tingkah laku manusia yang dituntut oleh agama.

RUKUN ISLAM Mengucap dua kalimah syahadah Sembahyang lima waktu Puasa di bulan Ramadhan Mengeluarkan zakat Menunaikan haji bagi yang mampu

RUKUN IMAN Beriman kepada Allah s..w.t. Beriman kepada Malaikat Beriman kepada Kitab Beriman kepada Rasul Beriman kepada hari kiamat Beriman kepada qada’ dan qadar

INSAN BERMORAL DALAM ISLAM
IMAN

IHSAN

TAQWA

ISLAM

Iman membawa maksud kepercayaan, tunduk, patuh serta pengakuan hati dan lidah disertai dengan amalan anggota badan. Takwa bermaksud melindungi atau memelihara diri daripada bahaya atau keburukan serta menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. Ihsan bermaksud mengelokkan perbuatan zahir dengan ibadah dan perbuatan batin dengan keikhlasan

DASAR AKHLAK ISLAM
  

AL-ILZAM SYUMUL DASAR KESEIMBANGAN ANTARA TUNTUTAN JASMANI DAN ROHANI SERTA KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT. MUDAH DAN TIDAK MENYUSAHKAN.

AL-QURAN

SUMBER AKHLAK

IJTIHAD

AL-HADITH

ISLAM

PRINSIP ETIKA

KESYUMULAN ETIKA

  

BERIMAN KEPADA ALLAH PERSAMAAN KEBEBASAN MEMILIH TANGGUNGJAWAB

ETIKA TERHADAP DIRI SENDIRI ETIKA TERHADAP KELUARGA ETIKA TERHADAP MASYARAKAT ETIKA TERHADAP ALAM SEKITAR ETIKA TERHADAP ALLAH

KRISTIAN
 


Pengasasnya ialah Jesus Christ. Kitab suci Kristian dipanggil Bible dan terdapat juga Kitab Injil Lama (ditulis sebelum kelahiran Jesus) dan Kitab Injil Baru (ditulis oleh pengikut Jesus). Rukun dalam ajaran Kristian :
Cintai tuhan dengan sekuat hati, jiwa raga dan minda. Cintai jiranmu seperti kamu menyintai diri sendiri.

KRISTIAN

EMPAT GOSPEL
   

Gospel Mark Gospel Matthew Gospel Luke Gospel John

EMPAT TEMA UTAMA
   

Kemuliaan Tuhan Imej Christ Rohaniah Tuhan Kehidupan Abadi

TEN COMMANDMENTS (sepuluh rukun)
         

Satu-satunya Tuhan ialah Tuhan kita Jangan menyembah berhala dalam apa pun bentuk Jangan salah guna nama Tuhan Hormati hari Sabbath dengan memuliakannya Hormati ibubapa Jangan membunuh Jangan berzina Jangan mencuri Jangan memberi keterangan palsu Jangan mengingini isteri atau harta benda jiran

BUDDHA

Diasaskan oleh Siddharta Gautama (563-483 S.M) yang digelar Buddha iaitu bererti ‘Pemberi Cahaya’ setelah beliau mendapat ilham, pemakluman atau pengajaran agung TIGA asas utama dalam ajaran Buddha, iaitu
  

Jalan Tengah Jalan Lapan Lapis Mulia Empat Kebenaran Yang Agung.

AJARAN BUDDHA

Sesuatu itu tidak kekal dan saling bergantung antara satu sama lain. Setiap individu perlu melatih diri sendiri supaya mendapat kesedaran untuk melihat bukan sahaja sesuatu kejadian alam tetapi hubungan kejadian alam itu dengan dirinya sendiri. Individu bebas mengubah takdir walaupun dia telah mewarisinya daripada kehidupan masa lalu.

TIGA PRINSIP

Prinsip Pertama : Menyeru para pengikut hidup secara sederhana dan tidak melampau dalam mengatur langkah hidup kerana hidup mengikut hawa nafsu punca hidup manusia menderita. Prinsip Kedua : Untuk mencapainya, manusia harus menempuh 8 jenis jalan iaitu kefahaman yang benar, pemikiran yang benar, kata-kata yang benar, tingkah laku yang benar, usaha yang benar, kehidupan yang benar, kesedaran yang benar dan meditasi yang benar. Prinsip Ketiga: menceritakan tentang penderitaan, asal-usul penderitaan, penghapusan penderitaan dan cara menghapuskan penceritaan adalah dengan mengekang hawa nafsu.

LIMA RUKUN (PANCASILA)
    

Jangan membunuh Jangan mencuri Jangan berzina Jangan berbohong Jangan mengambil dadah atau arak yang boleh mengelirukan akal.

AMALAN-AMALAN LAIN

HUKUM KARMA NIRWANA

hidup kekal abadi tanpa kelahiran semula dan pemusnahan mententeramkan pemikiran yang suka melayanglayang

MEDITASI

HINDU

Agama tertua di dunia dan ia memaparkan evolusi pemikiran manusia dari satu zaman ke satu zaman. Kitab dan ajaran terawal yang ditulis dalam Bahasa Sanskrit adalah dalam bentuk empat Veda (kebijaksanaan daripada cahaya putih).
   

Rig Veda Yajur Veda Atharva Veda Sama Veda.

HINDU

Veda adalah kitab agama yang mengandungi nyanyian dan pujian terhadap Tuhan, lagenda Tuhan dan lain-lain. Setiap Veda mempunyai empat bahagian iaitu Samhita, Brahmana, Aranyaka dan Upanishad. Dalam kitab Veda, Tuhan teragung ialah Brahman.

HINDU

Agama Hindu mempercayai kewujudan satu tuhan yang paling agung yang dinamakan Brahman. Dalam diri Brahman wujudnya sifat-sifat :Keujudan yang asli (Sat )  Kebijaksanaan asli (cit)  Keseronokan asli ( ananda) DEWA-DEWA HINDU  Dewa Siva  Dewa Vishnu

Doktrin Karma berkait rapat dengan Hukum kelahiran semula (reinkarnasi). Ia merupakan salah satu bentuk Hukum Sebab dan Akibat. Dalam ajaran agama Hindu, kehidupan di dunia ini merupakan satu kesengsaraan kerana seseorang itu akan menghadapi kelahiran semula yang berulang-ulang selagi mereka belum mencapai ketahap Nirvana. Lingkaran Kelahiran semula ini dinamakan Samsara. Kelahiran ini memberi peluang kepada jiwa untuk membayar segala dosa dan mendapat pahala

Manakala kebebasan dari rantaian kelahiran ini dinamakan Mokhsa. Penganut Hindu berharap akan dapat terlepas dari rantai kelahiran ini. Thaipusam dirayakan ketika bulan purnama dalam bulan Thai (bulan sepuluh dalam calendar Tamil) iaitu sewaktu bulan purnama Thai melintasi bintang bersinar yang bernama Pusam. Deepavali dirayakan pada bulan Aipasi dalam calendar Tamil. Ia bermaksud sebarisan pelita.

NILAI Dharma (tanggungjawab

KETERANGAN Segala tugas dan tanggungjawab dgn sempurna serta amanah. Tiada kekejaman terhadap sebarang mahkluk sama ada manusia atau binatang Berani dan mempunyai hati yang tetap untuk menghadapi sbrg cabaran dalam kehidupan

Ahimsa (kasih sayang)

Dhruti (keberanian dan ketetapan)

SIKH

Guru Nanak (1469-1504) iaitu guru pertama dalam agama Sikh. Guru dalam agama Sikh tidak dianggap sebagai penjelmaan Tuhan tetapi seorang yang menunjukkan kepada orang ramai jalan ke arah kebenaran dan kesejahteraan. Ajaran guru-guru ini terdapat dalam kitab Adi Granth atau Sri Guru Granth Sahib.

KITAB ADI GRANTH

Ditulis dalam bentuk puisi yang mengandungi ajaran etika dan kerohanian. Ia boleh diringkaskan kepada 3 bahagian :
  

Keperluan memajukan manusia Hubungan sesama manusia Keselarasan dengan roh yang merupakan matlamat paling tinggi yang patut dicapai.

Setiap orang dalam kehidupannya yang nyata memenuhi masanya dengan pandangan yang kosong, sempit dan terhad dan ini dikenali dengan houmai (keakuan). Seseorang yang baik dan bermoral ialah individu yang berusaha meningkatkan diri dengan bergerak jauh (swadiri) daripada houmai dalam kehidupan untuk menuju sachiara (swadiri yang paling tinggi)

Penyempurnaan swadiri melibatkan aspek berikut yang dikenali sebagai khand.

Dharam Khand  Situasi ke arah kemajuan iaitu kewajipan sosial yang ditetapkan dan dilakukan mengikut kemampuan diri. Gian Khand  Memperolehi ilmu yang menuju kepada asimilasi kebijaksanaan Saram Khand  Pencapaian keharmonian dan keselarasan diri termasuklah kesedaran etika.

Karam Khand  Swadiri menjadi lebih matang dan mantap menyebabkan tindakkannya lebih komprehensif apabila kuasa roh dan tenaga menjadikan Swadiri hampir sempurna. Sach Khand  Kejayaan Swadiri iaitu penyatuan di antara pemikiran, pandangan dan estetika.

Perayaan : Vasakhi pada 13 April setiap tahun.

LIMA K
 

kes (rambut yang tidak dicukur), kangha (satu sikat untuk memastikan bahawa rambutnya sentiasa bersih) kada (gelang besi waja sebagai tanda ketaatan kepada guru) kach (memakai seluar pendek yang labuh hingga ke bawah lutut) kirpan (satu pedang untuk menandakan gagah berani seperti singa).

NILAI MURNI
Kebijaksanaan Kejujuran Kearifan boleh dicapai menerusi pendengaran dan ilmu rohani. Persetujuan antara pertuturan dan pemikiran serta keyakinan dan tindakan seseorang. Mengawal diri secara sederhana, tidak kejam atau keterlaluan. Meliputi kesamaan sosial, hormat terhadap hak orang lain dan tidak mengeksploitasi orang lain. Penyuaraan kebenaran kerohanian tanpa permusuhan dgn sesiapa.

Kesederhanaan Keadilan

Keberanian

TAOISME

 

Ianya bukan merupakan ajaran agama tetapi merupakan ajaran falsafah tentang moral dan hubungan manusia dengan alam sekitarnya. Diasaskan oleh Lao Tze (575-485 S.M) Buku karangan Lao Tze iaitu Tao Te Ching yang bermakna Jalan dan Kekuasaan.

EMPAT KONSEP PENTING
   

Tao melahirkan yang Satu Yang Satu melahirkan Yang Dua Yang Dua melahirkan Yang Tiga Yang Tiga melahirkan semua makhluk.

Untuk mencapai perpaduan dengan Tao, penganut Taoisme mengamalkan Wu-Wei yang bermaksud ‘cara bukan tindakan’. Ia bermaksud, melakukan sesuatu bukanlah untuk diri sendiri sahaja bahkan untuk orang lain juga. Ia juga bermaksud kehidupan yang sederhana, bebas dan tidak dikongkong oleh hawa nafsu. ‘jalan yang benar membawa ke hadapan, yang salah ke belakang’, ‘jangan meneruskan atas jalan yang jahat’ dan ‘jangan berdosa secara sulit, tambahkan sifat mulia dan pertingkatkan kebaktian’.

CONFUCIUSNISME

Ajaran ini diasaskan oleh Kung Fu Tze atau Confucius yang bermaksud Guru Agung. Ianya merupakan ajaran tentang moral. Ianya bukan agama tetapi merupakan tertib bagaimana manusia harus bertingkah laku, berhubung dengan orang lain dan hidup sebagai anggota masyarakat. Ajaran Confucius terkandung dalam buku yang dikenali sebagai Lima Klasik dan Empat Buku yang memberi ajaran etika dari segi kesejahteraan manusia, sosial, politik dan agama.

LAPAN NILAI MURNI DALAM BUKU LUN YU.

Ren atau baik hati yang bermaksud sikap menyayangi semua orang, kemanusiaan, kebajikan, kerelaan dan murah hati terhadap semua orang. Shu yang meliputi murah hati, toleransi dan belas kasihan serta melibatkan hubungan diri individu dengan orang lain. Chung yang bermaksud kesedaran dalam melakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan orang lain.

LAPAN NILAI MURNI DALAM BUKU LUN YU.

Li meliputi nilai sopan santun, budi bahasa dan adat dalam istiadat atau upacara, peraturan dan tingkah laku seseorang. Yi yang ditakrifkan sebagai membuat sesuatu dengan cara betul dan patut dalam situasi tertentu yang motif sesuatu perbuatan lebih penting daripada hasilnya. Ming yang menegaskan bahawa individu patut melakukan semua tugas dengan sedaya upaya dengan tidak menghiraukan hasilnya kerana manusia tidak mampu mengelak kehadiran mandat ketuhanan.

LAPAN NILAI MURNI DALAM BUKU LUN YU.

Xiao yang bermaksud ketaatan kepada ibu bapa dengan menyanjung serta secara ikhlas mengambil berat emosi dan jiwa mereka. Zhi yang bermaksud ketulusan dan ketegahan dalam tingkah laku.