You are on page 1of 21

KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

PENDIDIKAN MORAL
PROGRAM SATU TAHUN
SESI 2016/2017

BAB 2-NILAI-NILAI MURNI


MASYARAKAT MALAYSIA
TAJUK : ISU-ISU GOLONGAN
GELANDANGAN

PENDAHULUAN
Isu gelandangan sering berlaku di Kuala Lumpur. Kini telah mencapai 2,500 orang
dan ada lebih 500 orang adalah gelandangan tegar. Perkara yang amat menyedihkan
ialah, hampir 80 peratus gelandangan
adalah terdiri daripada orang Melayu. Antara faktor belakunya
kebanjiran gelandangan ini ialah kemiskinan.
Golongan gelandangan adalah berbeza dengan "pengemis". Anon
(1980) menyatakan"Gelandangan" ialah orang-orang yang hidup dalam keadaan tidak
sesuai dengan norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat, serta tidak
mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap di wilayah tertentu dan hidup
mengembara di tempat umum. Sedangkan, pengemis meminta-minta di muka umum
dengan pelbagai kaedah dan alasan untuk mengharapkan belas kasihan daripada
orang lain bertujuan untuk mendapatkan penghasilan daripada orang-orang lain.

DEFINISI GOLONGAN GELANDANGAN :


-Orang-orang yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap.
-Mereka hidup secara berpindah-randah, tiada tempat tinggal yang selamat dan lengkap.
-Mereka biasanya bermalam di tempat perteduhan, pondok sementara atau kediaman ad
hoc yang seumpamanya.
-Lebih kurang 100 juta orang di seluruh dunia ketiadaan tempat kediaman pada tahun
2005.

PUNCA-PUNCA KEWUJUDAN GOLONGAN


GELANDANGAN :
-Masalah kemiskinan
-Kesusahan mendapat pekerjaan
-Pembangunan ekonomi dan sosial yang tidak sekata
-Masyarakat yang ingin bebas daripada keluarga dan tanggungjawab
-Masyarakat yang tidak produktif, enggan berubah dan tidak kisah dengan kehidupan
miskin

MASALAH KEMISKINAN
Mereka yang tidak mempunyai kelayakan tidak mampu menuntut pekerjaan yang
memberi ganjaran baik, keadaan ini mengakibatkan mereka terus berada di bawah
paras
kemiskinan. Kos sara hidup yang semakin meningkat, kadar sewa rumah yang
melampau menyebabkan mereka terpaksa tinggal di tempat luar dari rumah seperti
lorong-lorong, di bawah jambatan, atas jejantas sebagai tempat perlindungan mereka.
Keadaan ini boleh mendedahkan mereka kepada pelbagai risiko sosial yang akan
memburukkan lagi keadaan mereka yang kasihan ini.

KESUSAHANMENDAPAT PEKERJAAN
Kesukaranmendapat pekerjaan yang sesuai juga mendorong kewujudan golongan
gelandangan di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Mereka yang datang dari kawasan desa
yang cuba mengadu nasib di bandar telah menjerumuskan mereka kepada golongan
gelandangan . Gaji bulanan yang sedikit menyebabkan mereka tidak berkeupayaan untuk
mencari tempat kediaman yang lebih selesa. Sebagai langkah jangka pendek, mereka
memilih untuk meninggal di lorong-lorong atau jejantas sebagai tempat berteduh.

PEMBANGUNAN EKONOMI DAN

SOSIAL YANG TIDAK SEKATA

Dikatakan punca wujudnya ketidakstabilan ekonomi adalah disebabkan individu


bertindak bersendirian secara bebas tanpa perancangan. Kesan daripada penawaran
dan permintaan yang kerap berubah menyebabkan harga barangan tidak stabil.
Ketidakstabilan harga ini akan menyebabkan ekonomi mengalami inflasi atau
kemelesetan serta masalah defisit dalam imbangan pembayaran. Semua ini memberi
kesan negatif terhadap rakyat dan negara.

MASYARAKAT YANG INGIN BEBAS

DARIPADA KELUARGA DAN

TANGGUNGJAWAB

Masalah ini mulai daripada permasalahan psikologi individu, kerenggangan


hubungan dengan orang tua atau keinginan untuk hidup bebas tanpa kekangan
keluarga. Selain itu, mereka yang ingin bebas daripada tanggungjawab sebagai
warganegara. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat orang yang tidak mempunyai
alamat tidak dipaksa untuk menjadi anggota tentera. Biasanya pemuda yang
berumur antara 18 hingga 27 tahun akan dipaksa menjadi tentera.

MASYARAKAT YANG TIDAK PRODUKTIF, ENGGAN BERUBAH


DENGAN
KEHIDUPAN MISKIN

DAN TIDAK KISAH

Kewujudan golongan gelandangan juga diakibatkan agihan pendapatan kekayaan


negara yang tidak setara. Dalam sistem ekonomi yang kaya bertambah kaya dan
yang miskin bertambah miskin. Tambahan pula, Mereka yang miskin tidak
berkeinginan untuk meningkat taraf hidup mereka malahan tidak kisah dengan
kehidupan yang sukar.

KESAN-KESAN ISU
GOLONGAN
GELANDANGAN

Keselamatan orang gelandangan tidak


dilindungi

Memudaratkan kesihatan golongan


gelandangan

Kadar kes-kes jenayah akan mendadak


Imej negara kita akan terjejas
Ekonomi negara akan terjejas

LANGKAH-LANGKAH
PENYELESAIAN

MENGUATKUASAKAN
UNDANG-UNDANG
Membuat rondaan di tempat tumpuan golongan
gelandangan dengan kerap

Mengenakan hukuman terhadap waris yang tidak


menunaikan tanggungjawab terhadap ahli keluarga
terutamanya golongan remaja

MENYEDIAKAN TEMPAT PENGINAPAN


SEMENTARA

Menyediakan keperluan-keperluan asas seperti


makanan, minuman, pakaian dan tempat
perlindungan untuk jangka masa pendek

Bagi penyelesaian jangka masa panjang pula, pihak


berkuasa boleh menyediakan rumah mampu milik

MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN


Mengehadkan pengambilan pekerja asing
Mengisi kekosongan dalam sektor yang memerlukan tenaga buruh
kasar

Menubuhkan kaunter Jabatan Tenaga Kerja bagi mereka yang ingin


mencari kerja

MENUBUHKAN BADAN BUKAN


KERAJAAN

Rich Organization yang memperjuangkan isu-isu


gelandangan

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan


Masyarakat yang menubuhkan Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan Institut Sosial Malaysia

Menganjurkan kempen-kempen untuk mengumpul dana


Hal ini akan meningkatkan kebajikan golongan tidak
berupaya

MENINGKATKAN SUBSIDI UNTUK BARANG


KEPERLUAN
Pihak kerajaan boleh mengurangkan harga barangan keperluan
harian seperti bil bayaran dan sewa rumah

Golongan gelandangan tidak merasakan beban dari kos sara


hidup yang tinggi

Membaiki dan meningkatkan taraf hidup mereka

RUJUKAN
http://pengajianamkertas2cikgusue.blogspot.my/2011/03/g

elandangan-homeless.html?m=1
http://annerawk19.blogspot.my/2015/11/esei-golongan-gel
andangan.html?m=1
https://youtu.be/NZp6erGWJiU

PENUTUP

KESIMPULANYA, ISU GOLONGAN GELANDANGAN


INI HARUS DIBERI PERHATIAN YANG SEWAJARNYA
OLEH MASYARAKAT DAN PIHAK BERKUASA SUPAYA
TIDAK BERLELUASA. DENGAN KERJASAMA SEMUA,
TIDAK MUSTAHIL SUATU MASA NANTI NEGARA
KITA AKAN BEBAS DARIPADA KEWUJUDAN
GOLONGAN GELANDANGAN.