Professional Documents
Culture Documents
OLEH ITU,
PERANAN IBUBAPA
semoga:
Jangan biarkan anak-anak belajar hanya untuk lulus.
Jangan biarkan anak-anak untuk memilih bidang
pengajian dengan mod cukup la tu.
Tetapi teroka minda anak-anak serta bimbing mereka
untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang yang
boleh meletakkan martabat kerjaya dan taraf
kehidupannya ke tahap yang paling tinggi sebolehnya.
Di sekolah..
Ibubapa sekalian, mungkin ada yang ingin berkata:
di sekolah kan ada Guru Kauseling ? merekalah
yang menasihati dan membimbingnya! benar, tetapi
anak-anak kita bukan anak-anak mereka, tak sama.
Guru-guru itu membimbing secara kelompok! Tak
sama. Semangat agama, semangat tanah air,
semangat bangsa dan keturunan, tak sama!
Cara mereka cara touch-and-go! tak sama. Cara
kita cara darah-daging! Samakah?
Mesti ada rasa! (Perjuangan yang berterusan)
Maksudnya:
Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara
kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
beberapa darjat dan Allah mengetahui apa-apa yang kamu
kerjakan. [sebahagian daripada ayat 11, Surah Al-Mujadilah]
Maksudnya:
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah
beku.
[sebahagian daripada ayat 2,
Surah Al-Alaq]
Maksudnya:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada)
pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang
belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat
kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah
turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuhtumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya
dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada)
peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah)
terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya
(pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan
keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan
rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
[Surah Al-Baqarah, Ayat 164]
Dalam ayat ini sudah pun terdapat saranan Allah S.W.T untuk
kita berfikir lalu menimba ilmu pengetahuan tetang:
Apakah yang ada dilangit dan dibumi?
Bagaimana berlaku pertukaran malam dan siang?
Bagaimana hujan boleh menghidupkan tumbuh-tumbuhan?
Bagaimana peredaran angin dan awan?
Pentingnya pengajian geologi, astronomi(falaq)
Pentingnya botani & agronomi
Pentingnya metrologi dan kajibumi
Maksudnya:
Maksudnya:
Maksudnya:
KESIMPULANNYA..
Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W sendiri mempelupuri terlampau
banyak kecermelangan akademik untuk kita bicarakan disini. Namun
untuk menyebut sedikit darinya, saya dapat kemukakan hanya 2
sabdanya dalam konteks syariah yang hingga sekarang menjadi ikutan
dan praktis oleh penggiat/pengamal undang-undang konvensional
(Common Laws) di Barat dan seluruh dunia, mahupun oleh penggiat
undang-undang itu sendiri
Contohnya:
Dalam hal kejujuran Jual Beli:
(1532) Dari Hakim bin Hizam, dari Nabi S.A.W, beliau bersabda, Penjual
dan pembeli berhak melakukan khiyar selama mereka belum berpisah. Jika
mereka berlaku jujur dan berterus terang (tentang kondisi barang yang
diperjualbelikan), maka mereka akan mendapat keberkatan dalam jual beli
keduannya. Namun jika mereka berbohong dan menyembunyikan (tentang
kondisi barang yang diperjualbelikan), maka keberkatan jual beli mereka
akan terhapus.
Sahih Muslim; Jilid 3
Dalam konteks ini bolehlah saya terjemahkan sabda Baginda dengan izin
Allah S.W.T bahawa sabda Baginda berbunyi jika mereka (penjual dan
pembeli) berbohong atau menyembunyikan sesuatu, maka kontrak
jual-beli tersebut menjadi tidak sah akan terhapus atau dalam bahasa
Inggeris, NULL & VOID, iaitu kembali kepada asal. Dibawah kenyataan
undang-undang konvensional disebut MISREPRESENTATION. Jika
bohongan atau penyembunyian itu dilakukan dengan sengaja,
maka salah laku itu dipanggil FRAUDULENT MISREPRESENTATION dan
harus menerima tafsiran hukuman atau hudud kerana bil-Batilnya,
sejajar dengan firman Allah dalam Surah An-Nisa, Ayat 29.
Firman Allah
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan
(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan
yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan
perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di
antara kamu [Surah An-Nisa, Ayat 29]
Sabda Nabi S.A.W tadi, yang disokong pula oleh Firman Allah
S.W.T yang baru dibaca tadi, telah menunjukkan kepada kita
bahawa sabda baginda itu hingga sekarang diikuti oleh
semua penggiat undang-undang baik konvensional mahupun
syariah.
Bezanya hanya undang-undang konvensional sekarang
menyusulinya dengan penghakiman yang membenarkan
gantirugi yang dipanggil sebagai remedy kepada pengadu.
Tetapi Rasulullah S.A.W melafazkannya dalam bentuk nasihat
kepada kedua-dua penjual dan pembeli supaya sentiasa
berlaku adil dan mengelakkan penipuan.
Inilah kehebatan Rasulullah S.A.W. Selain dari kehebatankehebatan yang banyak lagi, yang tidak terikut oleh kita!
Allahu Akhbar.
Terima Kasih