You are on page 1of 8

LANGKAH-LANGKAH AWAL

SEBELUM MEMULAKAN KAJIAN

Madzniyah et.al (1995) pula telah mengemukakan prosedur atau proses


pelaksanaan kajian tindakan mengikut langkah-langkah berikut:
Mengenal pasti isu atau masalah atau situasi
merancang tindakan
melaksanakan langkah-langkah tindakan
meninjau dan mengutip data
tindakan untuk gelungan atau kitaran kedua

McNiff et al (1996) pula berpandangan bahawa asas proses kajian tindakan boleh
digambarkan sebagai:
meninjau amalan semasa
mengenal pasti sesuatu aspek yang hendak diperbaiki
membayangkan langkah ke hadapan
cuba membuat atau mengambil catatan apa yang berlaku
mengubah suai perancangan berdasarkan apa yang ditemui dan meneruskan tindakan
menilai model yang telah diubah suai dan seterusnya sehingga berpuas hati dengan
semua aspek dalam kajian

1. Idea Permulaan

Suatu kajian tindakan bermula dengan satu idea bahawa suatu perubahan
atau penambahbaikan diperlukan dalam amalan guru. Idea tersebut akan
terbit daripada rasa prihatin guru terhadap sesuatu perkara praktikal
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilakui, di mana
suatu masalah sedang dihadapi.

2. Membina Rancangan Tindakan


Setelah mendapat idea awal untuk memulakan langkah kajian tindakan, penyelidik (guru) perlu
membina rancangan untuk bertindak ke arah penambahbaikan. Sebagai permulaan, penyelidik
perlu menilai situasi sedia ada bagi mendapatkan maklumat yang akan membantunya merancang
tindakan yang bakal diambil. Contohnya, apabila hampir separuh daripada sekumpulan gagal
dalam ujian topikal yang ditadbir, maklumat terperinci diperlukan tentang soalan-soalan yang
gagal dijawab oleh kumpulan pelajar berkenaan. Maklumat ini dapat diketahui dengan merujuk
kepada isi kandungan yang gagal difahami oleh pelajar sehinggakan tidak dapat menjawab soalan
yang berkaitan dengan topik berkenaan dalam ujiian topikal. Kemudian berdasarkan maklumat
yang terkumpul, penyelidik boleh membentuk soalan penyelidikan:
Apakah aspek-aspek yang belum difahami oleh pelajar tentang topik yang diajar?
Apakah kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami aspek-aspek tersebut?
Bolehkah masalah ini diatasi dengan mengajar semula topik tersebut dengan kaedah
pembelajaran masteri?

3. Melaksana Tindakan
Setelah membina rancangan tindakan, tiba masanya bagi pelaksanaan.
Penyelidik (guru) perlu menyemak kembali kertas jawapan pelajar bagi
mengenal pasti soalan-soalan yang gagal dijawab oleh kebanyakan
mereka, diikuti oleh ujian diagnostik bagi mengesan kesukaran serta
kekeliruan yang dihadapi oleh pelajar tentang topik yang diajar. Setelah itu,
penyelidik akan mengajar semula topik berkenaan dengan memberi
contoh-contoh yang lebih mudah difahami oleh pelajar serta disertai
dengan latihan dan bimbingan bagi setiap pelajar secara individu.

4. Memerhati Kesan Pelaksanaan

Semasa tindakan sedang diambil, penyelidik akan mula mengesan


perubahan dalam kalangan pelajar terbabit, jika ada. Tindak balas yang
diberikan oleh pelajar semasa pengajaran semula yang memberi fokus
terhadap aspek-aspek yang sukar difahami akan memberi maklum balas
kepada penyelidik. Akhir sekali, keputusan ujian setara tentang topik yang
diajar akan memberi maklum balas sama ada tindakan yang dilaksanakan
berjaya mengurangkan bilangan pelajar yang gagal kepada hanya 20%
daripada keseluruhan pelajar.

5. Mereflek
Kesan yang berlaku dalam sesuatu penyelidikan walaupun positif masih
boleh dipertingkatkan lagi. Hal ini dapat dilakukan melalui refleksi yang
dapat membantu penyelidik mengenal pasti kelemahan dalam ujian
diagnostik yang tidak dapat mengesan kelemahan tertentu dalam kalangan
pelajar. Di samping itu, pelajar mungkin gagal menjawab aspek-aspek lain
dalam ujian setara, berikutan kefahaman pelajar yang tidak kekal untuk
tempoh masa panjang. Secara amnya, penyelidik perlu mencari idea untuk
mengatasi masalah retention kefahaman pula, dan ini akan menjurus
kepada satu lagi pusingan penyelidikan baru yang perlu dirancang untuk
tindakan seterusnya.