HUBUNGKAIT

FASA-FASA
KAUNSELING
KELOMPOK
TUGASAN KUMPULAN

■ Dalam proses perkembangan Kaunseling
Kelompok, terdapat beberapa fasa atau
peringkat yang perlu berlaku dan perlu dilalui
oleh kaunselor dan klien-kliennya untuk
memastikan sesuatu Kaunseling Kelompok itu
mencapai kejayaan serta keberkesanannya.
■ Fasa-fasa yang perlu berlaku dalam proses
Kanseling Kelompok ialah fasa pengenalan atau
permulaan, fasa konflik dan konfrontasi, fasa
perkembangan dan bersepadu, fasa hasil dan
akhir sekali ialah fasa penamatan.
■ Setiap fasa-fasa dalam proses perkembangan
Kaunseling Kelompok ini mempunyai sifat-sifat
dan ciri-cirinya yang tersendiri dalam
menentukan sesi Kanseling Kelompok itu
mencapai matlamatnya.

FASA PENGENALAN .

■ Peringkat ini biasanya akan dimulakan dengan sesi berkenalan secara ringkas oleh ahli-ahli kelompok.FASA PENGENALAN DALAM PROSES KAUNSELING KELOMPOK ■ Fasa yang pertama ialah fasa pengenalan atau peringkat permulaan. ■ Kepercayaan di antara ahli-ahli kelompok masih belum wujud dan masih diragui. Selain itu. ahli-ahli kelompok juga akan menerangkan tujuan mengikuti sesi  itu dan apa yang ingin mereka capai melalui .

terbuka .2007). ahli-ahli kelompok dengan kaunselornya boleh membina hubungan yang mesra.■ Matlamat dan tujuan utama fasa pengenalan ini adalah untuk mengekalkan kelompok dan  membina asas yang kukuh dalam sesuatu kelompok yang dibentuk. ikhlas  serta jujur  di mana hubungan ini boleh menambahkan kejelikitan di antara mereka dalam menghadapi dan mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi (Malek. bebas. . ■ Dalam tahap ini juga.

3. Penglibatan dan mencari identiti diri di mana ahli menyeimbangkan identiti diri dengan komitmen kepada kelompok. . 2. Membina kepercayaan di kalangan ahli. Ahli juga perlu memiliki tahap kepercayaan yang tinggi bagi menggalakkan penglibatan mereka dalam sesi Kaunseling Kelompok. Setiap ahli digalakkan untuk berkenalan dengan ahli kelompok supaya mereka berasa lebih selesa untuk berkongsi maklumat sepanjang sesi kelompok berlangsung.Tugas-tugas ahli pada peringkat permulaan 1.

Pemimpin juga perlu membantu mengenal pasti matlamat kelompok 5. keterbukaan dan lain-lain. 6. Pemimpin mesti membuat penstrukturan 4. 3. Pemimpin juga perlu mengajar kemahiran komunikasi . kejujuran. Peranan Pemimpin pada peringkat permulaan Memulakan proses  berkenal-kenalan antara satu sama lain. Menjadi model dalam sesi kaunseling seperti cara percakapan. penerimaan tanpa syarat.1. Pemimpin perlu menjelaskan soal peranan dan batasbatas kemampuan serta etika setiap ahli daripada segi penglibatan dalam kelompok. 2.

FASA KONFLIK .

■ Pada fasa ini. ■ Akibatnya. ragu dan berasa tidak selamat. timbullah tingkah-tingkah laku yang bertentangan seperti menarik diri. ■ Menurut  Zuraidah Abdul Rahman (2006). suka menyalahkan orang lain dan rendah diri. berprasangka buruk. fasa konflik timbul apabila sifat-sifat tidak puas hati terhadap ketua kumpulan (Kaunselor) dan kegagalan kumpulan mengemukakan sesuatu pembaharuan dalam kumpulan itu. . berasa gemuruh. ahli-ahli masih lagi ‘bertopeng”.■ Fasa konflik adalah peringkat kedua selepas peringkat pertama iaitu selepas fasa pengenalan atau orientasi. ■ Pada peringkat ini juga timbulnya ahli yang bersifat monopoli dan memusuhi kelompok dan ditunjukkan melalui tingkah laku berjenaka dan sindiran secara sinis.

3. 1. Konflik yang berlaku antara ahli dengan pemimpin kelompok . Konflik yang berpunca daripada dalaman diri ahli. 2. Konflik yang wujud antara ahli kelompok.Terdapat tiga kategori konflik yang biasanya dialami dalam kelompok.

. ahli mula bertelingkah. 6. 3.Beberapa tanda-tanda peringkat konflik 1. mula mengeji dan mengkritik ahli lain serta kaunselor di luar kelompok 2. ahli yang berhasrat meninggalkan kelompok dan cuba mempengaruhi rakan lain. ahli kurang mendengar dan tidak begitu menyokong. 5. ahli yang mula datang lewat dan tidak hadir. ahli suka merungut dan mengatakan kelompok tidak berfaedah. 4. ahli kurang rela mengambil bahagian.

Kaunselor perlu mantap menguruskan kelompok yang menghadapi konflik dengan cara yang sesuai dan berkesan.  Antara tindakan kaunselor yang sepatutnya 1.Peringkat ini merupakan peringkat yang paling mencabar dan sukar bagi kaunselor tetapi dia harus sedar bahawa kehadirannya adalah penting bagi kelompok. Buat rumusan berkaitan perbezaan pendapat 4. Mendengar dengan aktif 3. Nilai kesan konflik kepada anda dan . Bersikap positif 2.

FASA BERSEPADU .

■ Ahli-ahli kelompok dapat bekerjasama. memahami dan menghormati antara satu sama lain. fasa bersepadu yang merupakan peringkat di mana wujudnya suasana kemesraan dan kepercayaan bersama.■ Hansen dalam Mohamed Fadzil dan Rasidah (2002). peringkat ini memperlihatkan penyatuan di kalangan ahli di mana mereka menerima antara satu sama lain dan bermulanya satu hubungan yang lebih produktif dan seterusnya memudahkan kelompok digerakkan ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. . saling percaya. ■ Menurut Ida Hartina (2006). ■ Ini disebabkan ahli-ahli dalam kelompok mula berasa selesa dan boleh berinteraksi dengan lebih terbuka sesama mereka.

. menerokai masalah. ■ Menurut Corey dalam Ida Hartina (2006).Ciri-ciri fasa ini: ■ kewujudan rasa kepercayaan yang tinggi akan memberi keyakinan dan keselesaan di kalangan ahli-ahli. ■ Ahli-ahli tidak berasa kekok atau terancam untuk meluahkan perkara yang ingin dibincangkan. pengalaman dan bekerjasama memberi pendapat yang jujur . ■ Menurut Malek Muhamat Said (2007) keadaan ini menggalakkan ahli-ahli melibatkan diri dalam komunikasi terbuka. berkongsi emosi. berlaku interaksi yang lebih bebas dan berterus-terang.

kasih mesra dan kejelikitan menyebabkan kelompok semakin matang. ■ Menurut Zuraidah Abdul Rahman (1999) ahli-ahli kelompok akan mengelakkan perselisihan faham dan mengurangkan amalan memihak sebaliknya pada peringkat ini. ikhlas. jujur. . ahli mementingkan norma-norma kumpulan.■ Ahli kelompok bersedia mengambil risiko dengan membuat pendedahan rahsia diri dan merasakan hak kepunyaan bersama dalam sesebuah kelompok itu. ■ Maklumbalas ahli lain diterima atau ditolak dengan berhati-hati tanpa perasaan defensif atau kecil hati. ■ Wujudnya empati. penerimaan.

.Kaunselor yang berfungsi sebagai pemimpin juga memainkan peranan: ■ membekalkan pengukuhan secara sistematik pada tingkah laku yang meningkatkan perpaduan dan produktiviti. ■ bijak mengawal isu agar isu yang dibincangkan dapat dikongsi di kalangan ahli dan tidak tertumpu kepada seseorang ahli atau sesuatu topik sahaja. ■ memodelkan sikap yang bersesuaian untuk dicontohi oleh ahli. menggalak dan menyokong kesediaan ahli mengambil risiko serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. ■ mendorong. ■ menggalakkan ahli menumpukan kepada matlamat dan berusaha mencapainya selain melakukan perubahan positif dan berterusan.

FASA KEJAYAAN .

berbincang tentang pilihan resolusi dan mencuba tingkahlaku baharu. Fasa kejayaan ini juga turut dikenali sebagai Fasa penyelesaian masalah.  ■ Peringkat ini memperlihatkan peringkat berfungsi dan produktiviti.  ■ Peringkat ini memecahkan masalah dan semua mesti terlibat dan sama-sama merancang. .  ■ Menurut Tang Chee Yee (1989). ■ Kaunselor dalam fasa ini haruslah pandai memainkan peranannya terutama dalam memastikan kejayaan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya sekiranya kaunselor dapat membantu klien meletakkan keutamaan ke atas masalah yang telah dikenal pasti.■ Salah satu peringkat yang penting dalam kaunseling kelompok ini ialah peringkat keempat iaitu Fasa Kejayaan. ■ Ahli menyokong sesama sendiri dan kerjasama erat sekali.  ■ Ahli-ahli diberi peluang menyelidik masalahnya lebih dekat.

FASA PENAMATAN .

■ Penamatan ini memang disedari oleh ahli kerana mereka telah diberitahu sejak awal lagi tentang bilangan sesi yang akan dijalankan. ■ Seorang kaunselor harus belajar menamatkan sesi kaunseling dengan berkesan.■ Fasa Penamatan berlaku apabila keseluruhan sesi perjumpaan kelompok telah mengisi keperluan kelompok atau ahli. Kaunselor harus biasa dengan isu-isu dan kemahiran yang terlibat secara langsung dalam proses .

Fungsi kaunselor pada fasa ini ialah: 1. Membuat rumusan perjalanan sesi kelompok. . Menekankan semula kepentingan menjaga kerahsiaan sesi walaupun selepas sesi berakhir. 4. Membantu ahli menangani perasaan berkaitan penamatan atau feelings related. 2. 3. Membuka peluang kepada ahli bagi menyelesaikan unfinished business dalam kelompok.

■ Ketua kelompok yang sentiasa peka dengan perkembangan ahli-ahlinya akan menjadi orang pertama yang menyuarakan supaya kelompok itu ditamatkan pada masa yang sesuai dan ditetapkan selepas merasakan matlamat kelompok telah tercapai. ■ Ketua kelompok akan cuba mengingatkan ahli-ahli kelompok bahawa sesi telah hampir kepada penamatan. . ■ Dengan itu. keseluruhan kelompok akan cuba pula untuk menyesuaikan dengan keadaan dan bersedia untuk berpisah.

TERIMA KASIH .