BAB 5:UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU

Š

Š

Š

Bahasa melayu mula menerima pengaruh bahasa asing sejak zaman bahasa melayu kuno lagi.Pada abad ke-7,bahasa melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa sanskrit. Selain bahasa sanskrit,bahasa melayu juga banyak dipengaruhi oleh bahasa arab apabila agama islam bertapak di tanah melayu. Kedatangan bangsa eropah juga secara tidak langsung telah banyak mempengaruhi bahasa melayu khususnya bahasa2 portugis,belanda dan inggeris.

Š

Š

Sifat bahasa melayu yang mudah menerima pengaruh bahasa asing ini dikenal sebagai sifat dinamik.Kerana sifat ini bahasa melayu menjadi terus hidup dan berkembang sejajar dengan peredaran zaman. Peminjaman bahasa asing secara tidak langsung telah memperkaya kosa kata bahasa melayu.

Š

Š

Š

Peminjaman bahasa asing dilakukan melalui peminjaman terus atau menerusi penterjemahan. Peminjaman terus dillakukan dengan menyesuaikan ejaan dan sebutan sesuatu kata asing dengan sistem bahasa melayu. Sebagai contoh psychology dalam bahasa inggeris dan dalam bahasa melayunya dieja psikologi.

Š

Š

Peminjaman penterjemahan pula dilakukan dengan mengambil makna atau konsep perkataan asing itu,kemudian makna atau konsep tersebut diberi padanannya dalam perkataan bahasa melayu. Antara perkataan yang dipinjam menerusi penterjemahan termasuklah perkataan daya pengeluaran yang diterjemahkan daripada perkataan bahasa inggeris productivity.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful