You are on page 1of 11

HNP 2012

WAWASAN 2020
LATAR BELAKANG
Wawasan 2020 ialah satu pemikiran & rangka
kerja mengenai matlamat Malaysia untuk menjadi
sebuah negara maju pada tahun 2020.
Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar
khas tetapi tindak balas kepada perkembangan
ekonomi, sosial & politik yang berlaku di peringkat
nasional & antarabangsa.


OBJEKTIF
Pembentukan sebuah negara Malaysia yang
benar-benar maju menjelang tahun 2020,
bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja
tetapi meliputi pelbagai aspek lain seperti
politik, sosial, kebudayaan mahupun
kemajuan dalam jiwa rakyat Malaysia.


CABARAN WAWASAN 2020
Cabaran 1
Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Cabaran 2
Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.

Cabaran 3
Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.


Cabaran 4
Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan
beretika.

Cabaran 5
Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan
bertoleransi.

Cabaran 6
Membina masyarakat yang maju dan saintifik.


Cabaran 7
Mewujudkan masyarakat dan budaya penyayang.

Cabaran 8
Menjamin masyarakat yang adil dan saksama
ekonominya.

Cabaran 9
Memupuk dan membina masyarakat makmur.

Isu isu Dalam Mencapai
Negara Maju.
I) Pembentukan satu negara bangsa Malaysia.
Prasyarat kepada kemajuan kerana bentuk kerjasama
untuk maju tidak akan terjalin sekiranya rakyat
tidak mempunyai satu pemikiran terhadap satu
negara dan bangsa.
Istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada
negara, keharmoian dan toleransi perlulah difahami
dan diamalkan.


II) Negara perindustrian.
Negara yang boleh mengubah corak ekonomi
dan kehidupan harian daripada pertanian
kepada perindustrian akan lebih mudah
untuk mencapai status negara maju.
Rakyat Malaysia perlu melakukan
tranformasi daripada bertani kepada
perindustrian yang melibatkan perubahan
teknologi, sosial dan kebudayaan.


III) Keadilan ekonomi dan sosial.
Dalam sesebuah negara maju tidak patut wujud keadaan
di mana satu golongan rakyat mempunyai segala-
galanya manakala satu golongan lagi tercicir.

IV) Moral dan etika.


Negara maju ala-Malaysia yang dicita-citakan
seharusnya berpegang kepada falsafah moral dan etika
yang tinggi berasaskan kepercayaan agama.
Pengamalan nilai-nilai murni amat penting supaya tidak
menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.


V) Pembangunan masyarakat berdasarkan
sistem

kekeluargaan.
Keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat
dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan
negara.
Mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat
dan pemimpin sesebuah negara.
Budaya bangsa yang merangkumi nilai dan cara
hidup ini hendaklah digerakkan dari awal lagi.

Penutup
Wawasan 2020 merupakan rangka kerja
tindakan untuk memastikan Malaysia menjadi
negara yg benar-benar maju dan makmur.
Wawasan 2020 memerlukan kualiti tenaga,
perubahan sikap dan nilai, penekanan kepada
sains dan teknologi, perancangan, dan peranan
sektor swasta yang lebih dinamik.

You might also like