Jawapan Soalan Esei

Jelaskan ciri-ciri Tamadun Hwang Ho dari aspek berikut Sistem pemerintahan   • Dinasti Shang mengamalkan sistem pemerintahan beraja • Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda/anak putera raja • Raja mempunyai kewibawaan politik/sosial/ekonomi • Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran • Kuasa raja merupakan mandate daripada tuhan • Golongan bangsawan/pegawai kerajaan membantu urusan pentadbiran raja .

• Golongan bangsawan mentadbir wilayah • Golongan bangsawan berhak dalam hal pungutan cukai/ pertahanan/undang-undang • Raja-raja Dinasti Chou melantik pembesar di setiap wilayah • Pembesar diikat melalui ikrar taat setia/ memberikan hadiah/kereta kuda/ senjata gangsa/hamba/ bantuan tentera • Pembesar juga bertindak sebagai ketua agama [Mana-mana 3 x 1] .

Agama dan kepercayaan   • Mengamalkan banyak kepercayaan • Animisme/politiesme • Penyembahan roh nenek moyang • Menyembah tuhan syurga/tuhan bumi • Menyembah sungai/bukit/gunung • Bomoh mengetuai upacara penyembahan • Penilikan tulang oracle untuk meramal sesuatu keadaan [Mana-mana 3 x 1] .

Sejauhmana Tamadun Hwang Ho menyumbang kepada masyarakat dunia F1.Pembinaan sitem pengairan/Sistem terusan • Dibina sejak zaman Shang • Diteruskan pada zaman Chin ke barat daya China • Untuk mengairkan kawasan pertanian • Mengelakkan berlakunya banjir • Terusan dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian .

F2 Kemajuan dalam teknologi pembajakan F3 Penciptaan cangkul dan sabit F4 Menggunakan batas untuk tujuan penanaman F5 Menggunakan alat pertanian besi • Secara evolusi menggantikan alat pertanian kayu .

F6 Sistem tulisan • Sistem tulisan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan • Sistem tulisan diajar di sekolah-sekolah China • Sistem tulisan dgunakan oleh orang Korea dan Jepun F7 Pemujaan roh nenek moyang • Unsur pemujaan diteruskan mengikut kesesuaian masa F8 Mengamalkan konsep Yin dan Yang F9 Mengamalkan konsep Feng Shui .

F10 Amalan menggunakan calendar ciptaan Shang diteruskan • Terdapat 30 hari dalam sebulan • 360 hari dalam setahun • Digunakan untuk menentukan musim menanam/ musim menuai • Untuk menjalankan aktiviti harian/ upacara perkahwinan/ perburuan/ pengebumian F11 Falsafah perang Sun Tzu The Art of War telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa • Diaplikasikan sebagai taktik dalam urusan perniagaan [Mana-mana 8 x 1] .

Pada pandangan anda. apakah nilai yang dapat diteladani daripada masyarakat Tamadun Hwang Ho untuk membina tamadun masa kini? • Kecekalan para pemimpin dan masyarakat mengawal aliran sungai • Kegigihan masyarakat dalam mengatasi alam sekitar • Tabah menghadapi cabaran hidup • Tidak putus asa dalam mengatasi masalah • Kreatif dan inovatif menghasilkan ciptaan baru • Berusaha gigih memajukan ekonomi Negara   (Mana-mana jawapan munasabah) [Mana-mana 6 x 1m] .