You are on page 1of 22

Bahasa Melayu Penulisan 012

 Bahagian A Memindahkan Maklumat 

Bahagian B Menulis Karangan 

Bahagian C Merumus Petikan

Memindahkan Maklumat: (10 markah)
1. Baca dan fahami arahan soalan.
‡Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah. ‡Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah. ‡Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi dalam gambar di bawah.

2. Kenal pasti eleman dalam bahan grafik. (Unsur keseluruhan)

3. Kenal pasti idea dalam bahan grafik. 4. Bina 5 a at gramatis.

5. Luaskan subjek.
‡Penga as ang bertanggung ja ab itu . ‡Lelaki ang bert ngkat itu

6. uaskan predikat. ‡ Murid perempuan yang rajin itu menyapu lantai (agar, untuk, supaya, kerana, sambil, sementara, manakala ) 7. Beri perhatian terhadap kosa kata, imbuhan, kata ganda, kata majmuk dan struktur ayat. 8. Semak ejaan dan tanda baca.

1
Jangan 2 gunakan sebahagian daripada ayat arahan. Jangan 3 gunakan frasa keterangan dalam bahan grafik.

Ayat mesti ada subjek atau pelaku (manusia).

Tip untuk perhatia n: Nisbah ayat mesti 4 seimbang bagi
gambar bersiri. Jika tidak seimbang, jatuh aras B.

Bina 5 ayat sahaja. Jika ada 2 ayat dalam 1 n mb r, ayat ke-2 dikira n mb r berikutnya.

5

2:3

atau

3:2

1:2:2

atau

2:1:2

atau

2:2:1

Pemarkahan: 5 Ayat = 9 10 markah. 4 Ayat = 7 8 markah. 2 3 Ayat = 4 6 markah. 1 Ayat = 1 3 markah.

Menulis Karangan: (30 markah)
1.Fahami tajuk. Pilih tajuk yang anda tahu. 2.Buat rangka yang ringkas. 3.Beri 3 isi, pendahuluan dan penutup.

4. Mula dengan ayat isi. 5. Beri 2 huraian atau 1 huraian dan 1 contoh atau lebih. 6. Kelompokkan isi dengan huraian-huraiannya dalam 1 perenggan. Olahan yang bercampur aduk menjatuhkan aras.

7. Gunakan penanda wacana bagi karangan fakta.     Selain itu, Seterusnya, Akhir sekali, Sebagai konklusi,

8. Penggunakan simpulan bahasa atau peribahasa amat digalakkan.

9. Gunakan kosa kata atau rangkai kata yang menarik. 10. Semak ejaan dan tanda baca.

Tip untuk peringatan:

Bagi karangan berformat, jika format tidak lengkap, ditolak 2 markah maksimum. Bagi karangan memulakan cerita, jika calon mengubah, menukar atau menambah penutup, ditolak 1 markah. (TAA)

Bagi karangan pengalaman, jika calon menggunakan pengalaman orang lain, didenda turun ke aras Baik.

Bagi karangan yang tiada kaitan dengan tajuk (terpesong), maksimum 5 markah.

Calon mengolah 1 isi dengan pelbagai huraian yang lengkap, layak mendapat markah cemerlang.

Calon menyalin soalan sahaja, diberi 1 markah.

Merumus Petikan:

(20 markah)

1. Baca arahan. Hati-hati terhadap jumlah perkataan yang ditetapkan. 2. Baca petikan dan fahami. 3. Garis 5 pernyataan baik atau 5 pernyataan tidak baik. 4. Jelmakan nilai berdasarkan pernyataan tersebut.

5. Jangan ciplak nilai atau ambil nilai yang tertera dalam petikan. Nilai yang diciplak tidak diambil kira. 6. Rumus petikan dengan 5 nilai berserta contoh (pernyataan) yang merujuk petikan. 7. Gunakan kata bantu.  

   

Kita mestilah haruslah hendaklah wajarlah perlulah patutlah

8. Gunakan penanda wacana untuk kesinambungan ayat rumusan. 
Jangan Sesekali Ingat Semua Nilai Agak Susah.  juga, Selain itu, Seterusnya, Akhir sekali,

Contoh Rumusan:
Kita mestilah N1 H1 Kita juga N2 H2 ______________________________________ Selain itu, N3 H3 _______________________________ ______ Seterusnya, N4 H4 ______________________________________ Akhir sekali, N5 H5

Panduan Pemarkahan: 5 Nilai = 18 4 Nilai = 15 3 Nilai = 12 2 Nilai = 06 1 Nilai = 01 20 markah 17 markah 14 markah 11 markah 05 markah

Tip untuk peringatan:

1. Jangan ciplak nilai yang tertera dalam
petikan. Nilai tidak diambil kira. 2. Setiap nilai mesti disertai dengan hurian berdasarkan petikan. Jawapan dengan huraian di luar petikan turun aras memuaskan. 3. Calon yang merumus kurang daripada 50 patah perkataan, olahan dianggap tidak cemerlang.

4. Calon memberikan semua nilai yang salah, markah maksimum 03. 5. Calon yang menyalin petikan mendapat markah maksimum 02.

Semoga Berjaya Meraih ´Aµ

Puan Norzehan Binti Hanafiah Sekolah Kebangsaan Sungai Bunyi, Km 56, Jalan Johor, Pontian, Johor.