You are on page 1of 71

Tokoh-tokoh

Tamadun
Islam dan Asia
Islam
Cina
India
Jepun
Disediakan Oleh:
Kiu Sze Ling
Wong Ik Ying
SUMBANGAN TOKOH-
TOKOH TAMADUN

- Tamadun Islam -
IBN KHALDUN
Nama sebenar ialah Abd al-Rahman bin
Muhammad bin Khaldun al-Hadrami.
Dilahirkan di Tunis pada tahun 732 H/1331 M
dan meninggal dunia pada 808 H/1406 M.
Seorang sarjana Islam dalam bidang Islam
dalam bidang sejarah, sosiologi, politik, dan
seorang tokoh agama.
Ilmu agama yang dipelajari ialah fikah, tafsir,
hadis, dan ilmu-ilmu yang berbentuk akliah
seperti logik, falsafah, matematik, serta ilmu
bahasa Arab.
Beliau telah memegang jawatan-jawatan penting di
Tunis,Algeria,Maghribi, dan Mesir.
Pernah dilantik sebagai Ahli Persuratan di Istana Fas,
menjadi hajib(taraf jawatan sama dengan Perdana
Menteri) di Bougie, dan bertugas sebagai kadi,khatib.
Beliau turut dilantik sebagai hakim mahkamah-
mahkamah raja.
Setelah menunaikan haji pada 789 H/1387 M, beliau
memberi penumpuan dalam bidang penulisan.
Ramai sarjana Barat menganggap Ibn Khaldun
sebagai tokoh dan ahli fikir yang tiada bandingannya.
Seorang sarjana Barat, Toynbee berpendapat bahawa
Ibn Khaldun merupakan seorang ahli fikir yang agung
kerana telah menghasilkan flasafah sejarah yang
memberi sumbangan besar kepada manusia.
Menurut G. Sarton, Ibn Khaldun merupakan ahli

sejarah dan ahli falsafah agung sepanjang zaman yang


bermula dari zaman ahli sejarah klasik hinggalah ke
zaman Machiavelli, Bodin Vico.
R. Nicholson pula berpendapat bahawa hanya Ibn
Khaldun yang mengkaji tentang sebab-sebab peristiwa
yang berlaku bagi mendedahkan kuasa-kuasa moral
dan spiritual untuk mentakdiskan undang-undang
tentang jatuh bangunnya sesuatu bangsa atau
peradaban.
Buku Muqaddinah,iaitu pendahuluan kepada

bukunya yang kedua yang berjudul, alIbar wa Diwan


al-Khabar fi Ayyam al-Arabwa al-Ajam wa al-Barbar
merupakan karya teragung beliau dalam bidang
persejarahan.
Menurut B. Lewis, buku ini merupakan ensiklopesia
sintesis mengenai metodologi sains kebudayaan yang
penting dan dapatt membantu ahli sejarah
menghasilkan kajian yang sebenar dan ilmiah.
Buku Muqaddimah merupakan percubaan awal ahli
sejarah untuk memahami pola perubahan yang
berlaku pada organisasi politik dan sosial manusia.
Buku ini turut menjelaskan bagaimana sesuatu
peristiwa sejarah harus di kaji dan difahami.
KAEDAH PENYELIDIKAN
Ibn Khaldun menekankan sifat-sifat semula jadi
dan seba-sebab sejarah berlaku. Menurut beliau,
jika pengkaji hanya mengkaji sesuatu peristiwa
tanpa mengetahui latar belakangnya, maka para
pengkaji itu hanya menghasilkan sejarah am.
Sebaliknya, jika seseorang pengkaji
menitikberatkan kedua-duanya, maka sejarah
itu dianggap sejarah khas.
Beliau membahagikan sejarah khas ini kepada
dua iaitu zahir dan batin.
Zahir yang dimaksudkan ialah tentang kejadian
sesuatu peristiwa seperti berita-berita perang, jatuh
bangunnya sesebuah kerajaan, atau kemajuan
sesebuah masyarakat.
Batin pula bermaksud tinjauan dan penyelidikan
serta keterangan-keterangan yang nyata tentang
kehidupan manusia dan pengetahuan yang mendalam
tentang sesuatu kejadian dan sebab musababnya.
Ibn Khaldun berpendapat bahawa manusia
merupakan makhluk sosial yang mempunyai roh,akal,
dan tubuh yang masing-masing mempunyai tugas dan
keperluan. Unsur-unsur tersebut perlu bekerjasama
untuk mendapat kesejahteraan dan kebahagian hidup.
Ibn Khaldun memberi penekanan dalam aspek-aspek
dalaman bagi sesuatu peristiwa kerana sejarah
berhubung rapat dengan latar belakang masyarakat.
Para pengkaji sebelum Ibn Khaldun kurang
mengetahui tentang sosiologi masyarakat dan mereka
menulis berdasarkan maklumat-maklumat yang
diberikan tanpa mengetahui tentang asal-usul, sifat
semula jadi, atau sebab-sebab berlakunya sesuatu
kejadian. Keadaan ini menyebabkan mereka
menghasilkan sejarah am sahaja.
SEJARAH DAN MASYARAKAT
Ibn Khaldun mendefinisikan sejarah sebagai
catatan atau maklumat tentang masyarakat
manusia.
Secara ringkasnya, sejarah dan masyarakat adalah
satu kesatuan yang mempunyai realiti yang sama
dan berhubung kait antara satu sama lain.
Menurut Ibn Khaldun, terdapat beberapa prinsip
untuk mengkaji sejarah. Contohnya, apabila
mengkaji peristiwa kebangkitan dan kejatuhan
sesebuah kerajaan,pasti akan melibatkan sebab
dan akibat kejadian itu berlaku. Keadaan ini
menunjukkan hubungan secara langsung antara
sebab dan akibat.
AL- BIRUNI
Nama penuhnya ialah Abu Rayhan Muhammad bin
Ahmad al- Biruni.
Dilahirkan pada 3 Zulhijah 362 H(4 September 973 M)
di negeri Parsi. Beliau adalah orang asing dalam
kalangan penduduk Khawarizm.
Oleh sebab itulah beliau digelar al- Biruni yang
bermaksud orang asing dalam bahasa Parsi.
Beliau sangat terkenal di kawasan Khawarizm
sehingga diberi gelaran Khawarizmi bersempena
dengan nama kawasan itu.
Beliau belajar daripada putera Raja Parsi yang
bernama Abu Nasr Mansur bin Ali Jilani, seorang
pakar matematik. Al- Biruni yang hidup sezaman
dengan dengan Ibn Sina merupakan sarjana agung
dalam bidang astronomi, sejarah, dan bahasa.
Hasil daripada kesungguhannya itu, beliau dapat
menguasai tamadun Arab dan tamadun Yunani.
Beliau juga mempunyai hubungan yang earat dengan
intelek Islam dan saudagar Kristian Syria.
Tujuan belaiu menjalinkan hubungan dengan
saudagar Kristian ialah untuk mempelajari nama
nama orang Yunani dan sebutan serta ejaan istilah
perubatan yang betul.
SEBAGAI AHLI ASTRONOMI
Al- Biruni amat berminat dalam melakukan aktiviti-
aktiviti yang berkaitan dengan teori- teori abstrak,
falsafah, sains praktis matematik, geografi, fizik, dan
astronomi.
Beliau lebih memberi penumpuan terhadap bidang
astronomi. Ini dibuktikan melalui pengakuannya
sendiri : oleh kerana saya berminat dalam bidang
astronomi,malah saya dikenali dalam bidang ini,
maka saya tidak berniat untuk keluar daripada
bidang ini dan mahu berkhidmat kepada
perbendaharaan baginda (Masud) yang dikenali
sebagai nikmat, dengan menulis undang-undang
astronomi.
Beliau telah mengemukakan beberapa teori astronomi
yang penting. Pertamanya teori alam semesta yang
mana beliau menganggap alam ini terletak di luar
permukaan sfera yang terhad. Beliau tidak bersetuju
dengan konsep graviti alam semesta sebagai kuasa
sebenar.
Teori yang kedua ialah kosmogoni. Beliau

membincangkan asal usul alam semesta secara


terperinci dalam bukunya al- Tahdid. Beliau tidak
bersetuju dengan pandangan yang mengatakan bumi
ini kekal. Beliau telah melengkapkan karya Abdul al-
Malik al- Tayyib al- Busi dengan mengumpulkan
pelbagai arus pertukaran bumi pada zamannya.
Teori astronomi beliau yang seterusnya ialah teori
geosentrik. Menurut beliau,sebarang teori baru tidak
dapat diterima tanpa bukti sains yang kukuh. Hal ini
kerana selagi sesuatu teori tidak dapat diterima
alternatif yang sebenarnya belum ditemu, maka
wajarlah teori dan penerangan yang terdahulu
diterima dan dipercayai.
Berdasarkan idea ini, beliau telah menulis hal-hal
tentang pergerakan matahari dalam kitab al- Tatbiq fi
Tahqiq Harakat al- Syam.
Teori beliau yang keempat ialah tentang kalendar dan
kronologi. Al- Biruni teleah menulis risalah kecil yang
menerangkan kejadian siang dan malam. Beliau juga
telah berjaya mencipta alat untuk mengukur masa
dan waktu siang.
Teori terakhir yang dikemukan oleh a-Biruni ialah
tentang matahari. Beliau telah mengkaji sifat fizikal
waktu matahari. Menurut beliau, matahari ialah
jasad yang pantas bagi letusan solar yang boleh
diperhatikan semasa gerhana penuh.
Al- Biruni mempercayai teori gensentrik dan
berpendapat bahawa matahari bergerak mengelilingi
bumi beliau menyatakan bahawa gerakan matahari
yang lambat dan cepat menggambarkan sesuatu orbit.
Al-Biruni turut membincangkan alasan bagi tempoh
fajar dan senja. Senja terjadi apabila matahari berada
pada 18 darjah di bawah ufuk. Teori ini disahkan
benar dalam penyelidikan moden.
SEBAGAI AHLI SAINS
Walaupun al-Biruni lebih cenderung dalam
bidang astronomi, beliau juga dpat menguasai
geometri arimetik dan menggunakan algebra
dengan mahir. Beliau telah menulis kitab
Maqalid ilm al- Haiah fi Basit al-Kurah yang
setanding dengan buku astronomi berjudul al-
Tafhim.
Beliau turut mengarang sebuah kitab yang
berjudul Qanun al-Masudi yang berkaitan
dengan trigonometri.
Beliau turut menguasai aritmetik dari orang India
dan telah menulis beberapa buah buku berkenaan
subjek tersebut.
Al- Biruni percaya bahawa cahaya adalah lebih laju
daripada bunyi.
Beliau menolak pendapat Aristotle yang mengatakan
bahawa langit tidak mempunyai kuasa graviti. Begitu
juga dengan pendapat yang mengatakan bahawa
tempat asal air ialah di atas bumi kerana tidak ada
tempat asal bagi sesuatu objek.
Al-Biruni juga berjaya mencipta suatu alat yang
berfungsi sebagai dosimeter untuk menyukat
ketumpatan. Beliau telah dapat menyukat air dengan
ukuran yang tepat sehingga hasilnya itu hampir
menyamai dengan nilai moden.
Malah, beliau turut memberi sumbangan dalam
bidang hidrostatik. Beliau berjaya menerangkan
fenomena tentang banjir, mata air, dan prinsip-prinsip
yang berkaitan dengannya. Al- Biruni telah
menggunakan emas, zamrud dan kuartza untuk
mengukur ketumpatan.
Dalam bidang mekanik pula, beliau telah berjaya
mengukur ketumpatan relatif beberapa logam dan
bahan bukan logam dengan kejituan yang tinggi. Al-
Biruni telah berjaya mencipta alat,iaitu pengimbang
hidrostatik.
Alat ini digunakan untuk mencari ketumpatan 18
bahan. Satu lagi alat ciptaan beliau ialah sejenis balai
cerap baru yang dinamakan al- Ustawani yang
digunakan untuk mengukur bintang, ketinggian
menara, bukit, kedalaman telaga,atau sungai.
Minat yangg mendlam dalam bidang matematik
mendorong al Biruni untuk mempelajari tentang
berat dan ukuran. Ini kerana ilmu ini berkaitan
dengan bidang kajian astronomi dan fizik.
Ketumpatan 18 bahan yang diukur oleh beliau
menunjukkan kepakarannya dalamm menyediakan
berat dan ukuran yang tepat.
Al- Biruni turut memberi sumbangan dalam bidang
geografi. Beliau telah berjaya menerangkan perbezaan
anatara kuala dan teluk.
Al- Biruni telah berjaya mengarang beberapa karya

geografi seperti Tahdid Nihayat al-Amakin (Penentu


Batas Daerah)
AL- BATTANI
Nama sebenarnya beliau adalah Abu Abdullah
Mohd b. Jabir b. Sinan Al Harani.
Beliau putera Arab dan juga pemerintahan
Syria.
Beliau digelar Batlimous Arab disebabkan
kegeniusan beliau dalaam bidang astronomi
Islam yang menjadi medan penyatuan antara
keteltian kajian dan kemampuan
mengembangkan teori astronomi.
Meninggal dunia di Samarak,Iraq
Beliau merupakan orang pertama menggunakan
kosain dan garis sendeng dalam segitiga dan sudut
juga penggunaan lambang dan trigonometri ke barat.
Beliau banyak mengkaji tentang astronomi dan telah
mengariskan dengan cukup teliti mengenai pusingan
tahun dan musim,kadar peredaran matahari justeru
menggariskan miring buruh di garis khatulistiwa.
Berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang
tinggi dan merupakan orang pertama yang
menghasilkan jadual contangents.
Memperbetulkan hasil Baltimous dalam bukunya Al
Zaiju al- Sabik
Antaranya bukunya terdiri daripada muqqaddimah
dan 57 bahagian tentang cara-cara pengiraan, sifat
buruj, kadar miring, bintang dan pemasalahannya,
berjenis-jenis taqwim, ukuran masa dan tempoh
tahunan, alat-alat astronomi dan cara membuatnya.
TOKOH-TOKOH TAMADUN
CHINA

1. Confucius
2. Meng Tze
3. Lao Tze
CONFUCIUS
Pengasas ajaran agama utama di dunia
agama Confucianisme

Lahir pada 551 s.m di negeri Lu (di Shantung)

Muncul sebelum kelahiraan Socrates mahupun


Plato.
Berasal dari sebuah keluarga bangsawan yang
telah dipecat dan berada dalam kemiskinan.
Falsafah dan buah fikirannya amat luar biasa dan
disanjung oleh orang ramai.
Meninggal dunia pada umur 72(479 sebelum
Masihi)
Mempunyai banyak pelajar dan pengikut.
Zaman Masyarakat Confucius:
Kolot dan mudah putus harap terhadap apa-apa
sahaja.
Mementingkan diri sendiri sahaja.

Tidak suka menolong orang lain mahupun saudara-


mara diri sendiri.
Kadaar jenayah juga semakin hari semakin
meningkat.
SUMBANGAN CONFUCIUS
Kemunculan confucius boleh dikatakan sebagai
penyelamat akhlak masyarakat China pada
masa itu.
Ajaran dan Falsafah beliau yang mementingkan
kasih sayang, sopan-santun dan bertimbang
rasa.
Mementingkan keharmonian, perpaduan dan
konsep ren.
Salah seorang ahli falsafah yang bernama Zhu Xi
telah menghasilkan 4 buah buku itu:
a) The Analects,
b) MengZi
c) Daxue(The Great Learning) dan
d) Zhong Yong
)Merupakan kurikulum penting untuk peperiksaan
awam yang merupakan salur utama untuk para cerdik
menjadi pegawai kerajaan.
Beliau mengatakan bahawa keperibadian seseorang
manusia bukannya asal dan lahir sejak keluar dari
badan ibu.
Mengemukan bahawa peribadi individu boleh berubah
dan ditumbuh melalui pendidikan dan pemupukan.
Menyumbangkan sebahagian dari umur hidup beliau
demi mendidik dan mengajar falsafah beliau.
Mempengaruhi pemikir dalam bidang moral,
mahupunya dalam bidang politik.
Berharap raja dapat mentadbir negara dengan cara
yang lebih lembut dan mentadbir dengan diri sendiri
sebagai contoh kepada rakyat.
Bukannya dengan cara yang kejam, zalim dan ketat
dengan undang-undang.
Kepentingan rakyat adalah setanding dengan
kepentingan raja di sebuah negara.
Falsafah beliau yang bertujuan untuk mengajar orang
ramai menjadi orang yang mulia, sopan- santun,
bertimbang rasa dan menjaga kepentingan orang lain.
Ajaran dan falsafah beliau lebih kepada pembangunan

mental manusia dan keharmonian masyarakat.


MENG TZE( MENCIUS)
Pengganti Kong Fu Tzu
Ajaran-ajarannya dibentangkan dalam buku
Book of Mencius dihargai di Tiongkok selama
berabad-abad.
Sering dijuluki The Second Sage, manusia
bijak kedua
Dilahirkan sekitar tahun 371 SM di negeri kecil
Tsou (Shantung)
Masa beliau dilahirkan babak akhir dinassti Chou,
disebut oleh Orang Cina dengan julukan Masa
perang antara negeri
Menghabiskan banyak masa dewasanya melakukan
perjalanan di negeri Cina dan menawarkan
nasihatnya kepada pelbagai penguasa.
Tahun 312 SM, pada umur 59 tahun, dia kembali ke
kampungnya di negeri Tsou dan tinggal menetap di
situ sampai meninggal dunia.
SUMBANGAN MENG TZE
Pengaruhnya ke atas tamadun Cina tercatat di Book
of Menciusnya
Citra Book of Mencius lebih kepada idealistis dan
optimis.
Memantulkan keyakinan teguh Meng-tse bahawa sifat
manusia itu pada dasarnya baik.
Idea politiknya serupa dengan Kong Fu Tzu

Langit melihat seperti rakyat melihat,langit


mendengar seperti rakyat mendengar, adalah salah
satu pernyataannya yang terbaik.
Menekankan bahawa komponen paling penting dari
setiap negara adalah rakyat dan bukannya penguasa
Di antara politik pemerintahan dia menganjurkan:

i. Perdagangan bebas;
ii. Pajak ringan;
iii. Pelestarian sumber alam;

iv. Pemerataan kekayaan yang sama daripada keadaan


sekarang;
v. Dan persediaan pemerintah buat kesejahteraan
orang-orang tua dan orang miskin.
Percaya bahawa kekuasaan seorang Raj berasal dari
langit, tetapi seorang Raja yang mengabaikan
kesejahteraan rakyat akan kehilangan mandat dari
langit
Berpendapat bahawa rakyat mempunyai hak
memberontak melawan penguasa yang tidak adil
Pandangan-pandangannya menjadi semakin popular

Disertai dengan bangkitnya ceo- Cunfucianisme di


abad ke-11 dan ke-12.
LAO TZE
LATAR BELAKANG LAO TZE
Pengasa kepada agama Taoisme
Lahir di negeri Chu pada sekitar tahun 604 SM

Pernah bekerja di negeri Chou dan akhirnya


mengemabara ke luar untuk menyebar
pengaruhnya.
SUMBANGAN LAO TZE
Menghasilkan buku yang bertajuk Tao Te
Ching mengandungi idea falsafah Taoisme.
Dasar ajaran ini menumpukan konsep Tao yang
bermaksud jalan.
Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao, jadi
manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa
yang berlaku.
Jika manusia bertindak, ini akan bertentangan
dengan prinsip Wu-Wei yang akan merosakkan dunia.
Oleh itu, Lao Tze menyetujui bahawa manusia boleh
mengubah sesuatu ke arah kebaikan.
Tokoh-tokoh India
Mahatma Gandhi
Asoka Piyadassi
Chandra Gupta II
MAHATMA GHANDI
Namasebenar : Mohandas
Karamchand Gandhi
Nama gelaran Mahatma Ghandi

(jiwa agung).
Beliau lahir pada 2 Oktober 1869
dan meninggal pada 30 Januari
1948.
Lahir dalam keluarga Vaisya di
Gujerat.
Dipengaruhi doktrin Jainisme,
Buddhisme dan Hinduisme
mengenai ahimsa (menolak kekejaman).
Beliau belajar undang-undang di England & pergi ke
Afrika Selatan sebagai peguam kepada seorang
pedagang Islam Gujerat.
Beliau melihat diskriminasi perkauman lalu menetap

dan berjuang untuk hak asasi orang India.


Di Afrika Selatan beliau mengembangkan tindakan
satyagraha (kuasa kebenaran) tetapi dipenjarakan.
Beliau menukar cara kehidupan dari segi makanan,
pakaian dan menubuhkan ashram.
Tahun Peristiwa
1915 Kembali di India.
1917 Memulakan perjuangannya menyokong para petani &
menentang tuan tanah British.
1918 Mengadakan mogok buruh menentang tuan kilang di
Ahmedabad.
Melibatkan rakyat dalam pergerakan kemerdekaan
secara beransur-ansur.
1919 Melancarkan pergerakan satyagraha pertama
menentang Rowlatt Bill.
1920 Mengisytiharkan swaraj (pemerintahan sendiri).
Menjalankan beberapa kempen satyagraha.
1947 Menjalankan kempen satyagraha sehingga mencapai
kemerdekaan.
SUMBANGAN-SUMBANGAN:
Mencapai swaraj dan sarvodaya (kebajikan
semua rakyat).
Menegaskan penghormatan kepada tenaga
buruh manual.
Menegaskan hubungan tujuan dan cara
berdasarkan satya (kebenaran), ahimsa (menolak
kekejaman), tapasya (mengawal dan menyeksa
diri sendiri).
Satyagraha meliputi usaha menggunakan segala
cara, menjalankan aktiviti membantu penentang
dan mengambil tindakan konstruktif yang
memberi faedah kepada umum serta mencari
penyelesaian dengan memenuhi kehendakan
semua parti yang terlibat.
Memperkenalkan cara baharu dalam mengatasi

konflik dan memberi definisi baru kepada kuasa,


iaitu kepimpinan tanpa pejabat & autoriti tanpa
paksaan.
ASOKA PIYADASSI
Merupakan pemimpin unggul dalam sejarah
India awal.
Merupakan putera kepada Bindusara, iaitu
pemerintah empayar Maurya (kuasa besar yang
menguasai sejumlah besar kawasan di India)
yang kedua.
Dilantik sebagai maharaja pada tahun 269 SM

setelah membunuh saudaranya.


SUMBANGAN-SUMBANGAN:
Politik:
Menyusun sistem pentadbiran agar lebih sistematik.
Sistem raja berkuasa mutlak.
Melantik sami sebagai perdana menteri, bendahari
sebagai penyimpan akaun pendapatan negara dan
mengutip cukai bersama dengan kerani-kerani yang
menyimpan rekod-rekod cukai yang akan datang dari
bahagian empayar.
Membahagikan wilayah empayar kepada 4 bahagian
dan setiapnya diletakkan di bawah seorang ahli
kerabat diraja dan diberi kedudukan sebagai wizurai.
Melantik pegawai-pegawai baru yang dikenali
sebagai dharma mahmatra untuk meneliti dan
mengkaji hubungan yang harmonis wujud antara
manusia dengan manusia yang lain.
Mengamalkan dasar luar negeri yang berasaskan
hubungan diplomatik dengan negara jiran.
Beliau menolak amalan charavatin dan
peperangan menyelesaikan masalah.
Seni Bina
Banyak kuil-kuil dibina pada zaman beliau dipengaruhi
oleh ajaran buddha.
Bangunan-bangunan dibina menggunakan batu.

Ketenteraan
Asoka tidak agresif selepas menganut ajaran buddha.
Beliau lebih suka bersikap toleransi dan perikemanusiaan.
CHANDRA GUPTA II
Zaman Gupta digelar Zaman Klasik atau Zaman
Keemasan kerana kebudayaan Hindu semakin
kukuh di kawasan utara India.
Dinasti Gupta menjadi semakin penting selepas
Chandra Gupta II berkahwin dengan seorang
puteri Lichchavi, suatu puak ternama dan
mengambil gelaran Maharajadhiraja.
Puteranya, Samudra Gupta yang menaiki takhta
pada tahun 335 telah meluaskan kawasan
pengaruhnya sehingga raja-raja di timur dan
selatan tunduk serta membayar ufti.
Mengekalkan kerajaan Hindu, memulihkan
konsep devaraja dan asamedha, meneruskan
hubungan luar dan mendirikan pentadbiran
yang cekap.
Chandra Gupta II yang menerajui kepimpinan pada
tahun 380 telah menewaskan kerajaan Shaka dan
merampas kawasan barat India tetapi kawasan
Deccan di bawah dinasti Vakataka tidak dapat
ditakluki.
Puteri Chandra Gupta II dikahwinkan dengan raja

Vakataka, Rudrasena II, dan hubungan


persahabatan terus dikekalkan.
Rudrasena II meninggal dunia 5 tahun kemudian

dan balunya memangku takhta kerajaan dari tahun


390-410.
Kerajaan Vakataka menjadi sebahagian empayar

Gupta.
Tokoh-tokoh Jepun
Minamoto Yorimoto
Ashikaga Takauji
Tokugawa Ieyasu
Maharaja Mutsuhito
MINAMOTO YORIMOTO
(ZAMAN KAMAKURA)
Pemimpin yang paling berkuasa di Jepun.
Mengambil gelaran Sei-I Taishogun (Panglima).

Beliau mendirikan ibu negerinya di Kamakura


dan mewujudkan era baru dalam sejarah
tamadun Jepun iaitu Zaman Kamakura (1185-
1331M)
SUMBANGAN MINAMOTO
YORIMOTO
Segi politik:
Memperkenalkan pemerintahan yang berbentuk
ketenteraan.
Memperkenalkan sistem feudal.
Segi kebudayaan:
Maharaja dan golongan bangsawan yang
meneruskan adat-adat tradisional aristokrasi.
Suatu jenis kebudayaan baru yang sedang
dipopularkan di kalangan golongan pewira.
Segi ekonomi:
Penggunaan peralatan untuk pertanian-
peningkatan hasil pengeluaran pertanian dan
pembuatan.
Lebihan hasil pengeluaran- kemunculan pasar dan
kedai.
Peningkatan perniagaan- pertumbuhan ekonomi
wang dan pertukaran wang sehingga membawa
kepada perbandaran baru.
Peningkatan aktiviti pertukangan tangan.
Mendorong kemunculan pedagang-pedagang dan
kemudiannya membentuk persatuan-persatuan
perdagangan. (guilds)
ASHIKAGA TAKAUJI
(KESYOGUNAN ASHIKAGA)
Melancarkan pemberontakan dan penentangan
terhadap kerajaan diraja. (keluarga imperial)
Melantik dirinya sebagai Sei-I-Taishogun dan
mengasaskan Kesyogunan Ashikaga.
SUMBANGAN ASHIKAGA TAKAUJI
Segi ekonomi:
Pembaharuan dalam bidang pertanian dan bidang

perindustrian.
Sistem pengairan diperkenalkan.

Pembuatan dan pengeluaran tembikar dan

perlombongan terutama emas, perak dan tembaga


semakin meningkat.
Kesan:

Muncul organisasi yang serupa dengan persatuan

atau guilds yang berperanan memonopoli


pengeluaran dan pemasaran sebarang barangan.
Pertumbuhan ekonomi wang.
Segi kebudayaan:
Pavillion Emas (Kinkaku) di Kitano, Kyoto dan Pavillion
Perak (Ginkaku) di Higashiyama, Kyoto yang dibina oleh
Ashikaga Yoshimitsu dan Adhikaha Yoshimasa.
Dua pelukis terkenal iaitu Tosa Mitsunobu dan Kano
Motonobu.
TOKUGAWA IEYASU
(KESYOGUNAN TOKUGAWA)
Merupakan sekutu paling berkuasa kepada
Hideyoshi semasa zaman Sengoku Jidai.
Kematian Hideyoshi membuka peluang kepada
Tokugawa Ieyasu menguasai politik di antara
tahun 1603 sehingga 1616 dan kemudiannya
mengasaskan Kesyogunan Tokugawa.
Pemimpin teragung di Jepun pada kurun ke-17

dan merupakan pemerintah kerajaan tentera


paling lama (1603-1867).
SUMBANGAN-SUMBANGAN
Membawa zaman kestabilan dan keamanan yang
berlangsung selama hampir 200 tahun kepada
negara Jepun, dan mengamalkan sistem
feudalisme.
Bidang politik, dasar pemencilan Jepun
dilaksanakan dengan menutup pintu kepada
dunia luar selama 200 tahun.
(cetus Pemberontakan Shimbara di Kyushu yang dianggap oleh
Bakufu sebagai pemberontakan penganut Kristian Jepun
terhadap pemerintahan Kesyogunan Tokugawa)
Segi ekonomi, menggalakkan perdagangan terutama
dengan perdagangan asing dan membuka pintu
kepada kemasukan semula agama Kristian.
Bidang pendidikan, masyarakat Tokugawa
merupakan golongan berpelajaran.
Sekolah-sekolah elit didirikan untuk anak-anak
samurai, dan terdapat hampir 60000 sekolah-sekolah
kampung (terakoya) didirikan terutama untuk
menampung keperluan pendidikan anak-anak petani.
MAHARAJA MUTSUHITO
Seorang maharaja yang terbaik dan digelar
Meiji.
Pelbagai perubahan yang telah dilakukan oleh
Maharaja Meiji ke atas Jepun bagi
memodenkannya serta mengikut perubahan
zaman.
SUMBANGAN-SUMBANGAN
Pelbagai perubahan yang telah dilakukan oleh
Meiji ke atas Jepun bagi memodenkannya serta
mengikut perubahan zaman.
Memindahkan ibu negara dari Kyoto ke Edo dan
kemudiannya dari Edo ditukar kepada Tokyo.
Menghapuskan sistem feudal, iaitu menjelang
tahun 1871, sistem politik feudalism ditamatkan
dengan menghapuskan sistem clans dan uji.
Memperkenalkan sistem pemerintahan yang
lebih terbuka.
Golongan samurai dibenarkan menceburi bidang

lain seperti berniaga.


Segi pendidikan:
Jun 1868, Meiji memberikan kebebasan dan
penekanan kepada kepentingan mencari ilmu
pengetahuan khusus dari Barat.
Tahun 1871, Jabatan Pendidikan ditubuhkan dan
aspek pendidikan awal dan menengah ditekankan.
Kesan, majoriti rakyat Jepun celik huruf dan cekap
dalam bidang teknikal serta bersedia menerima
pembangunan.
Segi infrastruktur:
Pembaharuan material dilakukan antaranya ialah
bandar Yokohama dan Kobe telah dibangunkan
dengan reka bentuk Barat.
Pembinaan jalan kereta api dibina pada tahun 1872,
iaitu sepanjang 18 batu dan pada tahun 1897
sepanjang 3000 batu.
Sosial:
Mementingkan kehidupan sosial masyarakat.
Menyerapkan ajaran-ajaran buddha dalam pentadbiran.
Asoka menyatakan bahawa rakyatnya perlu mengikut atau
menganut ajaran buddha untuk kedamaian. Perintah-
perintah ini diukir di tiang-tiang batu yang dikenali sebagai
Asoka adicts.
Banyak membina infrastruktur untuk kemudahan
rakyatnya.
Memberi kemudahan pendidikan kepada semua lapisan
masyarakat melalui dasar pelajaran terbuka.
Sekian,
Terima Kasih!!

You might also like