You are on page 1of 6

JENIS-JENIS AYAT

(AYAT SERUAN)
-NUR NADIAH BINTI MOHD SAKERI
AYAT SERUAN
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau
intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti
takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya.

Ayat seruan akan diakhiri dengan tanda seru ( ! ) .

Ayat seruan akan menggunakan kata seru di awal ayat.


Kata Seru Penggunaan Ayat Contoh

Aduh Untuk menyatakan perasaan sakit (a)Aduh, sakitnya gigiku!


dan kagum (b)Aduh, cantiknya rumahmu!

Aduhai Untuk menyatakan perasaan sedih (a)Aduhai, malangnya nasib diriku!

Ah Untuk menyatakan tidak setuju atau (a)Ah, saya tak mahu ikut kamu!
menolak sesuatu
(a)Amboi, mahal betul jam ini!
Amboi / Untuk menyatakan perasaan hairan (b)Wah, berani betul budak ini!
wah

Cis Untuk menyatakan perasaan marah (a)Cis, berani dia melawan kataku!
dan benci (b)Cis, kurang ajar betul budak ni!

Eh Untuk menyatakan perasaan hairan (a)Eh, bila kamu sampai!


atau terkejut (b)Eh, duit tu ada di sini tadi!

Nah Menyatakan perasaan marah/ (a)Nah, terimalah habuanmu!


tumpuan (b) Nah, ambillah buku kamu!
Menyatakan perhatian

Wahai Untuk menyatakan perasaan sayang, (a)Wahai adikku sayang!


tumpuan dan merayu (b)Wahaianak-anakku, hormatlah orang-orang
tua !
Kata Seru Penggunaan Ayat Contoh

Hai Untuk menegur seseorang atau (a)Hai, diamlah sikit!


menarik perhatian (b)Hai, sudah lama kita tidak bertemu

Bedebah Menyatakan perasaan marah (a)Bedebah, berani engkau berkata begitu


kepadaku!

Alahai Perasaan menghina atau (a)Alahai, itupun awak tak boleh buat!
memperkecilkan seseorang

Alamak Menyatakan perasaan terkejut (a)Alamak, banyaknya kerja belum dapat


disiapkan!
Oh
Menunjukkan perasaan Oh, aku lupa bawa wang hari ini!
terkejut,hairan,atau kecewa

Syabas
Menyatakan perasaan gembira Syabas, kamu telah menang!

dan mengucapkan tahniah


LATIHAN
Mengenal pasti kesalahan.
(i)Cis, tingginya bangunan Menara Kuala Lumpur ini!
(ii)Amboi, kamu dilarang melalui kawasan ini!
(iii)Syabas!, awak berjaya dalam temu duga.
(iv)Nah, saya tidak benarkan kamu datang ke rumah saya!
(v)Aduh! ke mana kamu hendak pergi.
Menentukan ayat yang betul dan salah.

BIL AYAT Betul /


Salah
(i)
Amboi, garangnya!
(ii)
Nah, ambillah wang ini!.
(iii)
Rumahku terbakar!
(iv)
Eh! Nasri rupanya yang datang.
(v)
Aduhai, malangnya nasib diriku ini!
(vi)
Cis! penderhaka rupanya lelaki itu.
(viii)