BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT – Yayasan Pekida Malaysia

Fakta dan penguatkuasaan undang-undang Siber di Malaysia

Musbri Bin Mohamed Pengurus Besar Yayasan PEKIDA Malaysia ( 457496V)

Hari itu dalam sejarah 
Masihkah kau ingat, suatu waktu dulu, komputer adalah satu makhluk hijau (warna skrin la) yang amat digeruni oleh sebilangan ‘makhluk yang boleh berfikir’? Apa dah jadi pada hari ini? ‘Makhlukmakhluk’ yang sama kini berebut-rebut pula hendak memiliki komputer. Sebabnya, ‘nak masuk kat Internet!’.  Begitulah besarnya pengaruh Internet. Yang takut dulu, tiba-tiba jadi berani kerana takut ketinggalan kapal dan dicop ‘obsolete’ macam komputer XT atau Apple IIe dan yang sezaman dengannya. So, that is the sejarah part of it.  Anda tak teringin ke nak 'masuk' sama? Kalau nak masuk, jom! 

INDIA

PC anda BRUNAI

INDONESIA

Yayasan Pekida Malaysia
Kami adalah NGO. Daripada sudut perundangan Yayasan Pekida Malaysia ( YPM ) adalah sebuah badan bukan kerajaan. Ianya adalah sebuah yayasan yang berperanan sebagai badan kebajikan dan amal yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah Syarikat Awam ( Jaminan ). Lesen YPM adalah dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Malaysia. Perjalanan, pengurusan dan pengawalan YPM adalah sebagaimana tercatat di dalam :( a ) Memoranda YPM, ( b ) Artikel YPM ; dan ( c ) Peraturan Kecil YPM.

NGO Definition
• The World Bank defines NGOs as "private organizations that pursue activities to relieve suffering, promote the interests of the poor, protect the environment, provide basic social services, or undertake community development" (Operational Directive 14.70) In wider usage, the term NGO can be applied to any non-profit organization which is independent from government. NGOs are typically value-based organizations which depend, in whole or in part, on charitable donations and voluntary service. Although the NGO sector has become increasingly professionalized over the last two decades, principles of altruism and voluntarism remain key defining characteristics.

Size and influence of NGO sector (World Bank stats)
• Since the mid-1970s, the NGO sector in both developed and developing countries has experienced exponential growth • Over the past several decades, NGOs have become major players in the field of international development • From 1970 to 1985 total development aid disbursed by international NGOs increased ten-fold • In 1992 international NGOs channeled over $7.6 billion of aid to developing countries • It is now estimated that over 15 percent of total overseas development aid is channeled through NGOs. While statistics about global numbers of NGOs are notoriously incomplete, it is currently estimated that there is somewhere between 6,000 and 30,000 national NGOs in developing countries. CBOs across the developing world number in the hundreds of thousands.

Era IT
Agen mengubah rakyat ke arah celik maklumat dan ilmu pengetahuan

INDIVIDU YANG KAYA MAKLUMAT • • • • • • • • Membina ilmu agama Berkomunikasi Berbahas Bertutur dengan lancar Membuat bandingan Meramal Berfikir secara kritikal Memberi pelbagai contoh

• • • • • • • •

Memberi contoh terkini Membuat keputusan Menjadi bebas Berani bercakap Berani menghadapi apa-apa situasi , topik dan krisis Percaya diri sendiri Tidak hipokrit Berfikiran terbuka

Kemahiran maklumat
• Kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi dunia berasaskan maklumat. • Kemahiran yang dimaksudkan adalah kemahiran yang membolehkan seseorang mengakses, menilai dan menggunakan maklumat dari sumber yang berbagai untuk memenuhi keperluan maklumat.

ELEMEN DALAM BUDAYA KEMAHIRAN MAKLUMAT

inovatif

organisasi berceta k

individui

Budaya o maklumat

keusahawan

kreatif Sumber elektronik

KEMUNCULAN Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka.

Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman memainkan alat yang penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, bahan-bahan media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti Internet. Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakan negara mempunyai peruntukan undang-undang yang mengawal percetakan dan kandungan televisyen. Bahan media yang tradisional juga dibatasi oleh had geografi. Penyebaran buku, makalah dan surat khabar memerlukan kos, tenaga manusia, infrastruktur jalan dan kemudahan kenderaan. Kesemua faktor ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan pengawalan maklumat.

Di Malaysia juga, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai.

Pengawal seliaan bahan-bahan media dan cetak adalah satu praktis yang sudah lumrah di negara kita, juga di negara lain. Dengan perkembangan Internet, timbullah tanda tanya sama ada Internet harus dikawal selia atau tidak. Namun pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah yang positif untuk tidak menapis dunia siber. Ini termaktub dalam rang undang-undang jaminan yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia dengan syarikatsyarikat Koridor Raya Multimedia. Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun peruntukan di bawah akta tersebut yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku.

Untuk menarik pelaburan asing yang berstatus MSC Malaysia telah memperkenalkan sebuah senarai yang dikenali sebagai Rang Jaminan (Bill of Guarantees) yang antara jaminannya ialah tiada pernapisan internet. Selain Malaysia banyak negara lain mengambil langkah yang sama contohnya Indonesia, India, Mexico dan boleh dikatakan semua negara maju tidak menapis internet. Tidak menapis internet bermakna semua orang boleh menggunakan internet dengan bebas ini termasuklah penjenayah siber. Oleh itu tidak bermakna dirangka undang-undang jenayah siber. Beberapa contoh peristiwa akibat tiada penapisan internet : melalui alam siber Zapatista National Liberation Army di Mexico semakin bertenaga dalam menegakkan perjuangan mereka , aktivis siber di Indonesia berjaya menumbangkan rejim Suharto pada bulan Mei 1998, Pelampau Hindu yang merobohkan masjid pada awal tahun 1990-an dan menyerang penganut Kristian pada akhir tahun 1990-an terdiri daripada golongan pekerja di India yang menggunakan kaset video dan Internet untuk menyebarkan mesej serta tragedi 11 Sept juga menggunakan komunikasi internet.

Kebebasan bersuara yang sedia ada seharusnya tidak disalahgunakan. Tetapi malangnya penyalahgunaan Internet berleluasa pada masa ini. Langkah-langkah perlu diambil dan dikenal pasti supaya Internet terus kekal sebagai alat komunikasi yang unggul pada abad ini. Antara perbualan-perbualan yang boleh membawa ancaman kepada masyarakat dan patut dikawal adalah bahan lucah, judi siber, fitnah dan gangguan seksual.

Amerika Syarikat berhasil mencipta pelbagai mitos tentang dirinya, iaitu superhebat dan ketidaktersentuhan melalui pelbagai sistem yang dibangunkannya. Akan tetapi serangan teroris pada tanggal 11 September 2004 telah mematikan New York dan Washington buat sementara waktu, sekali gus meruntuhkan pelbagai mitos tentang negara polis dunia itu. Peristiwa tersebut membayangkan terrorisme kini berkembang dalam paradigma, strategi, dan taktiknya ke arah hiperterrorisme, iaitu terrorisme yang menguasai dan memanfaatkan pelbagai teknologi seperti, pengamatan, sibernatik, dan simulasi. Akibatnya, pergerakkan terroris tidak lagi dapat dibatasi oleh sempadan geografi. Dengan memperkudakan kemampuan dan kelemahan teknologi, mudah sahaja kemusnahan total dilakukan.

Keunggulan Internet sebagai alat komunikasi yang canggih seharusnya tidak dipandang sebagai satu ancaman. Kebebasan bersuara yang sekarang dipraktikkan dalam dunia siber di Malaysia mampu membawa banyak kesan yang positif. Ia dapat melahirkan rakyat yang celik dan cerdik, yang terdedah kepada perkembangan, pemikiran, ideaidea yang terkini dan ini menyemarakkan lagi budaya ilmu dan fikir di kalangan masyarakat.

Pengendali blog tidak mungkin dapat menyediakan berita asal seumpama akhbar dan televisyen kerana kos penyediaan berita terlalu tinggi dan perlukan latihan rasmi, katanya. "Sekali sekala, mungkinlah kita (penulis blog) ada maklumat eksklusif." Kekuatan media tradisional ini menjadikan kumpulan prokerajaan tidak bersaing di ruang siber. "Mereka lebih bergantung pada akhbar dan televisyen (untuk menyampaikan pandangan rasmi)," katanya, sambil mengutip satu tinjauan Merdeka Center, sebuah badan bebas kajian pendapat di Kuala Lumpur, yang menunjukkan hampir 70 peratus pengguna media Melayu bergantung pada media elektronik dan cetak.

Pengaruh media Internet sekarang jauh lebih baik daripada perkembangan era ketegangan politik pada 1998-2000, susulan pemecatan dan pemenjaraan Cikgu Anwar. Blog gejala baru teknologi maklumat yang muncul sekitar tahun 2001 dan 2002. Penggunaan Internet, termasuk jalur lebar, juga semakin meluas berbanding lapan tahun lepas. "Akan datang, mungkin 20 tahun lagi, kempen utama politik di Malaysia berpusat di Internet," kata Raja Petra, dengan menyebut perkembangan di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input,pemerosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar:Penipuan Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer. Kecurian maklumat. Capaian secara tidak sah keatas sistem Menyalin perisian secara tidah sah. Pengintipan Judi siber Skim cepat kaya Pornografi Pengodam atau "Hacker" Penyebaran virus

Jenayah komputer merujuk kepada penyalahgunaan peralatan komputer bagi merosakkan, mencuri, atau mengubah data dalam komputer bagi tujuan tertentu. Jenayah komputer sukar dibuktikan atau dikesan disebabkan kehilangan data atau penyalinan data berlaku secara maya dan tidak dapat dibuktikan secara fizikal. Selain itu jenayah komputer juga berbeza antara satu kawasan ke kawasan lain. Tambahan lagi, perkembangan perhubungan data antarabangsa terutama sekali internet telah menyebabkan tugas polis menjadi semakin sukar.

Contoh contoh jenayah komputer ialah: Penipuan ( komputer ) yang dilakukan dengan mengubah rekod rekod komputer. Spamming Memasuki atau mengubah program atau data tanpa kebenaran Pencerobohan (komputer) Perisikan perindustrian Menghasil dan menyebarkan virus komputer Teknik Salami iaitu perbuatan mencuri wang berulang kali pada kuantiti yang sangat kecil. Pintu Trojan Cetak Rompak

Kempen politik tidak sihat melalui kemudahan siber, terutama khidmat pesanan ringkas (SMS) sukar dibendung kerana ketiadaan peruntukan khusus dalam undang-undang serta kesukaran mendapatkan bukti. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata keadaan ini menyebabkan pihak berkuasa tidak boleh bertindak dengan berkesan walaupun penghantaran mesej berbentuk hasutan dan fitnah adalah satu kesalahan. Katanya, penerimaan undang-undang siber Malaysia oleh masyarakat dunia bergantung kepada kesanggupan negara menerima dan mengikut standard dan kepakaran antarabangsa. “Kerajaan sentiasa menggalakkan usaha menambah ilmu pengetahuan mengenai undang-undang siber. Profesion perundangan perlu bersedia menerima teknologi, memahami isu semasa dan sentiasa bersedia memperbaharui pengetahuan dalam undang-undang siber,” katanya.

Pergerakan Puteri UMNO Selangor menggesa kerajaan mengenakan syarat kepada pembekal perkhidmatan Internet di tempat- tempat awam seperti kafe siber supaya memasang penapis internet. Ketua Puteri UMNO Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim Othman berkata, ini bagi memastikan pengguna terutama golongan muda tidak dapat melayari laman-laman web yang boleh memudaratkan mereka.

Ada pihak pula mencadangkan pendaftaran kafe siber diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menentukan pengawalan lebih berkesan. Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bandar Majlis Belia Melaysia (MBM), Norizan Sharif menentang kerana menganggap tindakan seumpama itu akan mewujudkan tanggapan salah di kalangan organisasi korporat luar, malah bertentangan dengan piagam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang menjamin penyaluran maklumat secara bebas, tanpa ditapis. Beliau berkata, langkah sedemikian secara langsung membantut perkembangan dunia teknologi maklumat khususnya Internet yang memang memanfaatkan masyarakat termasuk generasi muda jika digunakan sebaik-baiknya. "Pemimpin masyarakat dan ibu bapa harus melihat Internet secara positif dan akur kepada fungsinya sebagai wadah pendidikan yang cukup berkuasa," kata Norizan.

Prof Madya Mohd Safar Hashim dari Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata bahan pornografi boleh ditapis dan disekat daripada kanak-kanak manakala mereka yang menyebar bahan berunsur fitnah dan khabar angin yang menjejas ketenteraman awam boleh dikesan dan dikenakan tindakan undang-undang. "Cuma, untuk membuktikan kesahihan sesuatu berita atau mengesan sumber berita di Internet agak sukar berbanding yang disiarkan akhbar. Namun, sudah ada orang yang dihadapkan ke mahkamah kerana menyebarkan berita angin, yang menjejas ketenteraman negara di Internet," kata Safar.

Datuk Noh berkata, kekurangan dalam menguatkuasakan undangundang siber bermakna pihak berkuasa boleh menggunakan undangundang lain seperti ISA – yang membolehkan seseorang ditahan tanpa dibicarakan – jika terdapat kebimbangan bahawa aktiviti individu tertentu boleh mengancam keselamatan negara. “Dalam situasi serta teknologi maklumat hari ini, mungkin undangundang siber tidak sekukuh mana. Mereka yang mengancam keselamatan negara melalui aktiviti IT mereka, boleh dibawa ke mahkamah – dan jika kita boleh dakwa, kita akan mendakwa mereka di mahkamah,” tambahnya. Timbalan Menteri itu juga berkata bahawa ISA boleh digunakan ke atas penggodam komputer jika terdapat kekurangan bukti untuk mendakwa mereka di mahkamah, dan jika mereka disyaki mengakses maklumat sulit kerajaan secara haram. “Mereka yang menggodam rahsia kerajaan ini mungkin sukar dibawa ke mahkamah atas alasan kekurangan bukti. Mereka ini juga boleh ditahan di bawah ISA,” ujarnya.

Undang-undang siber tidak boleh kita harapkan untuk melindungi kita dari ancaman jenayah komputer. Dalam dunia tanpa sempadan, serangan mungkin dilakukan beribu-ribu batu jauhnya ataupun dari orang yang di sebelah kita dan amat malang sekali kita sukar mengenali siapa mereka dan dari mana mereka menyerang kita. Walau bagaimanapun kita kena mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer kita sendiri. Lengkapkan diri kita dengan ilmu tentang komputer dan mungkin kita boleh lindungi sistem komputer kita dengan perisian yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker, anti-spyware dan apa saja perisian keselamatan yang lain.