DISEDIAKAN : AINUDDIN HANIF BIN KHIREL AZMAN MOHAMAD AZRIN BIN RUSDAN SITI HUMAIRAH BT BAHARULLAH NUR NADIA

BT ABDUL GAFFOR KHAIRIAH BT AMIR PISMP KS2 JAN 2009

PENDEKATAN KOMUNIKATIF

Pendekatan Komunikatif
Pendekatan ini melihat bahasa sebagai alat perhubungan yang menunjukkan makna dan penggunaan bahasa memainkan peranan penting. (Drumfit & Johnson, 1985) Melalui pendekatan komunikatif, tujuan pengajaran bahasa adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kecekapan komunikatif.

‡ Canale dan Swain (1981), kecekapan komunikatif ialah pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berhubung (pengetahuan sosiolinguistik dalam bahasa). ‡ Paulston (1974) ,mengaitkan kecekapan ini dengan peraturan sosial dalam penggunaan bahasa. ‡ Savignon (1978), kebolehan berfungsi dalam satu situasi komunikatif.

Pendekatan Komunikatif melihat bahasa dari beberapa aspek : 1) Bahasa ialah satu sistem untuk melahirkan makna 2) Fungsi utama bahasa adalah untuk interaksi dan perhubungan 3) Struktur bahasa yang digunakan mempunyai fungsi dalam konteks pengunaannya dalam perhubungan

4) Unsur utama bahasa bukan hanya sifat dan strukturnya tetapi maknanya dari segi fungsi bahasa dan maksudnya dalam pertuturan 5) Nahu dan struktur ayat yang digunakan sesuai dengan tempat, masa, sebab dan pengguna bahasa.

Prinsip Pendekatan Komunikatif :
1) Bahasa diperoleh dan dipelajari dalam konteks yang bermakna. Aktiviti yang dirancang untuk melibatkan pelajar mestilah mempunyai struktur bahasa yang sesuai dengan konteks komunikasi. 2) Bahan pengajaran mestilah merupakan hasil penulisan yang bermakna. Bahasa yang digunakan di dalamnya adalah bahasa dalam situasi sebenar.

3) Pengajaran disesuaikan mengikut kehendak dan minat pelajar. Pengajaran tertumpu kepada pelajar. 4) Penggunaan bahasa yang sebenar untuk komunikasi memerlukan kemahiran komunikatif. 5) Guru berperanan sebagai fasilitator, pengurus dan penasihat untuk menggalakkan pelajar mengambil bahagian.

Rujukan: Institut Bahasa, 1994. Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka.

TAMAT

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful