You are on page 1of 15

Sesuatu yang menguji kemampuan dan

ketabahan seseorang ataupun sesuatu


organisasi.
KEKANGAN DALAM
MENGHABISKAN SILIBUS
Kebanyakkan guru telah menghadapi masalah dalam menghabiskan
silibus seperti mana yang telah ditetapkan.

Hal ini kerana penggunaan internat telah memerlukan masa yang


lebih untuk dilayari dan diakses walaupun para guru telah bersiap
sedia untuk menggunakan komputer dalam PdP.

Membina, membangun dan mengintegrasi sumber-sumber


multimedia agak sukar walaupun mempunyai kemahuan
menggunakan teknologi dalam pengajaran, mempunyai kemahiran
teknikal tetapi masa dan sumber yang terhad akan terus menjadi
penghalang utama dalam dunia digital. ( Wiburg, 1997 )
SIKAP NEGEATIF
GURU

Terdapat sebahagian guru telah sebati dengan kaedah tradisional dan


sukar untuk membuat penyesuaian dengan penggunaan ICT dalam PdP.

Kebanyakkan guru telah biasa dengan penggunaan kaedah tradisional


dalam PdP dan telah berada dalam zon selesa.

Sesetangah guru pula telah berasa susah dan tidak ingin untuk membuat
perubahan dalam kaedah yang telah digunakan dalam PdP.
KEKURANGAN
KEMAHIRAN ICT
Seseorang guru yang kompeten sekurang-kurangnya
menguasai kemahiran asas menggunakan komputer,
berkemahiran menggunakan perisian pemproses kata,
perisian pangkalan data, perisian hamparan elektronik,
perisian berkaitan statistik, grafik, menggunakan teknologi
Internet, laman web serta pengetahuan bagaimana komputer
berfungsi. ( Chao et al., 2003 )

Tidak ramai para pendidik yang memanfaatkan Internet


sebagai satu alternative yang menyediakan akses kepada
pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan
bahan pengajaran dan pembelajaran.
KEKURANGAN PRASARANA
DAN
BAHAN SOKONGAN

Kebanyakkan sekolah di Malaysia tidak mempunyai prasarana yang


lengkap dan seragam untuk kaedah PdP yang beroriantasikan ICT.

Antara prasarana adalah seperti :


Komputer
Kemudahan WIFI
Kestabilan mengakses Internet
Perisian perisian
SUMBER KEWANGAN
YANG TIDAK MENCUKUPI
Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber
kewangan yang mencukupi bagi membiayai
berbagai-bagai kos penggunaan teknologi
maklumat akan kembali kepada pembelajaran
konvensional.

Jurang ekonomi antara sekolah Bandar dan


luar Bandar telah menyebabkan perbezaan
bilangan prasarana yang diperolehi.
KEKANGAN DALAM
MENGHABISKAN SILIBUS
Penggunaan multimedia, khususnya powerpoint dan layar tayang boleh
memberikan kesan positif kepada perkembangan minat pelajar.

Menurut Unit Komputer Dalam Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia, penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun
atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.

Guru guru perlu membuat perancangan PdP yang bersistematik dan


berorientasikan kepada penggunaan ICT.
SIKAP NEGEATIF
GURU
Guru harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang
diamalkan selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam
konteks penggunaan teknologi maklumat.

Sikap guru yang positif akan lebih mendorong dan menggerakkan


penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. ( Robiah, 2003 )

Oleh itu, guru guru perlulah sentiasa berfikiran keterbukaan dan positif
apabila menghadapi cabaran serta berani untuk membuat perubahan yang
sesuai.
KEKURANGAN
KEMAHIRAN ICT
Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal
insan yang berkualiti, guru merupakan agen perubahan yang
penting.

Penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan guru adalah


dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran malah
daripada aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah.

Langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan


teknologi maklumat dijalankan untuk memantapkan guru-
guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi maklumat.
KEKURANGAN PRASARANA
DAN
BAHAN SOKONGAN
Pihak sekolah perlu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan
multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang
bersepadu dan sambungan Internet serta makmal komputer.

Dengan ini, guru sekolah berkenaan akan lebih berkeyakinan dan


bersedia untuk menjalankan PdP mereka dengan menggunakan
prasarana ICT sebagai bahan sokongan.
SUMBER KEWANGAN
YANG TIDAK MENCUKUPI
Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang
mungkin dihadapi dari semasa ke semasa.

Perancangan sekolah juga perlu mengambil kira perubahan


yang berlaku terutama penggunaan ICT.

Sekolah perlu merangka belanjawan pendidikan yang semakin


meningkat, khususnya perbelanjaan yang melibatkan
penggunaan kemudahan, peralatan dan perkakasan teknologi
maklumat.
KESIMPULANNYA
Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras
dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti
pendidikan bertaraf dunia dan juga berupaya membolehkan
pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di negara ini
menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing di peringkat
antarabangsa.

Para guru telah menghadapi pelbagai jenis cabaran melalui


penggunaan ICT dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
harian.

Namun begitu, sebagai seorang guru yang professional, kita


haruslah sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang
cabaran dengan pemikiran yang positif.

You might also like