You are on page 1of 52

Kandungan Kurikulum

Sains Dalam PAKK


Amirin sofi bin ismail
Nur zafirah binti dzulkiffli
Nurul ayunie binti bayuti
Kurikulum permata negara
PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN

Untuk perkembangan kanak-kanak yang


menyeluruh, pembelajaran menggunakan deria
adalah amat penting. Melalui deria kanak-kanak
meneroka alam sekelilingnya dengan lebih
bermakna.
Alam hidupan kanak-kanak menerokai tumbuh-
tumbuhan, haiwan, serangga, manusia, dinasour (haiwan
purba), benda-benda hidup
Alam bahan kanak-kanak menerokai bahan-bahan yang
terdapat di sekeliling mereka seperti batu, kayu, tanah, air,
udara, bahan kimia, susu, tepung, gula, garam, sabun, kertas,
kain, warna, bahan makanan
Alam fizikal terdiri daripada kejadian-kejadian alam
seperti hujan, panas, sejuk, angin, selain daripada menerokai
bentuk, saiz, corak, mesin, mainan, magnet, pergerakan,
tekanan, dan teknologi
Alam Semesta semua benda yang terdapat dalam alam,
seperti bukit, gunung, gunung berapi, lautan, sungai, tasik,
paya, langit, awan, hujan, pelangi, matahari, bulan, bintang
dan planet.
Objektif
Membina kemahiran penggunaan deria (penglihatan,
pendengaran, sentuhan, bau, dan rasa) secara
menyentuh, yang akan membolehkan kanak-kanak:
Meneliti dan mengamati pelbagai objek dan banda
dalam persekitarannya
Mengesan melihat dan mengecam pelbagai warna dan
bentuk dalam persekitaran
Melihat dan mendengar pergerakan dari jarak dekat
dan jauh
Menghubungkan sesuatu objek dengan aktiviti/fungsi
tertentu
Menanam perasaan ingin tahu
Membezakan pelbagai bunyi dan meningkatkan kepekaan deria
pendengaran
Membezakan warna dan objek yang berlainan
Membezakan bau yang pelbagai dan meningkatkan kepekaan
deria bau
Membezakan tektur permukaan melalui sentuhan
Meningkatkan kemahiran menumpukan perhatian, pengamatan
dan kemahiran berbahasa
Mengenali dan memahami alam kehidupan:
Kebolehan menamakan anggota badan, dan
fungsi-fungsinnya.
Membezakan objek hidup dan bukan hidup,
haiwan dan tumbuhan, tampat tinggal haiwan,
haiwan purba dan sebagainya.
Membina pemahaman mengenai alam fizikal:
Memahami pelbagai bentuk, saiz, corak, warna
dan kejadian-kejadian alam seperti hujan, panas,
sejuk, berangin, cuaca, banjir, dan lain-lain
Membina pemahaman mengenai mainan, mesin,
magnet, pergerakan, tekanan, dan teknologi
Membina kepekaan dan kesedaran tentang kewujudan
alam semester - bumi, bulan, matahari, bintang dan
planet, dan kewujudan bentuk-bentuk di muka bumi
seperti bukit, gunung, gunung berapi, lautan, sungai,
tasik, paya, awan, langit, hujan, matahari, bulan,
Membina kawalan neuorologi jari dan daya fokus
koordinasi tangan dan mata
Meningkatkan kemahiran berfikir secara awal saintifik,
menaakul, deduktif, kreatif, imaginatif, dan kebolehan
membuat analogi (perbandingan)
Menyedari dan mula memahami dan menghayati
tentang kegunaan teknologi dalam kehidupan
sehariandan menjadikan individu celik sains-teknologi.
Contoh aktiviti
Deria penglihatan- mengasing bahan mengikut
warna
Deria bau- buah-buahan, rempah ratus, serai,
daun limau purut, bunga
Deria sentuhan- main doh, pasir
Deria rasa- rasa makanan masam, masin, manis
dan tawar
Deria dengar- bunyi haiwan
Alam fizikal- main pasir (penyedok, bekas)
Alam bahan- magnet- benda tertarik dan tidak
tertarik
Alam semesta- lihat pelangi dan lukis
Alam hidupan- tanam pokok
(KSPK)
KURIKULUM STANDARD
PRASEKOLAH KEBANGSAAN
TUNJANG SAINS & TEKNOLOGI
SAINS AWAL
KANDUNGAN
SA 1.0 SIKAP SAINTIFIK
SA 1.1 Menunjukkan sikap saintifik dan
nilai murni
Contohnya, guru boleh mengajar konsep
asas dan sikap sains seperti: konservasi,
menghormati benda hidup dan
menghormati persekitaran
SA 2.0 KEMAHIRAN PROSES SAINS
SA 2.1 Membuat pemerhatian menggunakan
kelima-lima deria
SA 2.2 Mengelaskan objek
Mengelaskan objek mengikut:
Saiz
Warna
Bentuk
Tekstur
Berat
SA 2.3 Membuat pengukuran
Menggunakan unit bukan piawai.
SA 2.4 Membuat inferens
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4+ 5+
SA 2.4 Membuat inferens Murid boleh: Murid boleh:
SA 2.4.1 SA 2.4.2
Membuat Membuat
andaian yang andaian yang
mudah dan munasabah
munasabah berdasarkan
pemerhatian
SA 2.5 Meramal
SA 2.6 Berkomunikasi
SA 3.0 MENYIASAT ALAM HIDUPAN

SA 3.1 Mengenal pasti benda hidup dan


benda bukan hidup
SA 3.2 Memperoleh pengetahuan asas
tentang bahagian badan dan deria
manusia
SA 3.3 Membuat penerokaan ke atas
haiwan
SA 3.4 Membuat penerokaan ke atas
tumbuh-tumbuhan
SA 4.0 MENYIASAT ALAM BAHAN
SA 4.1 Meneroka sifat bahan
Aktiviti: tenggelam-timbul, mengenali proses
perubahan keadaan air, keterlarutan,
penyerapan, magnet

SA 5.0 MENYIASAT ALAM FIZIKAL


SA 5.1 Meneroka alam fizikal dalam kehidupan
seharian
Aktiviti : bermain bayang2, menyiasat
kegunaan cahaya matahari, kenali cuaca
Kurikulum Standard
Sekolah Rendah
(Tahun 1 & 2)
Standard Kurikulum Sains sekolah rendah
bertujuan untuk menyemai minat murid
terhadap sains dan teknologi serta
mengembangkan kreativiti murid melalui
pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai
ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan
nilai murni. Justeru murid mempunyai
landasan untuk mengaplikasikan sains dan
teknologi dalam kehidupan harian.
Pengetahuan Sains
Sains hayat
Sains fizikal
Sains bahan
Teknologi dan kehidupan lestari
Sains Hayat
Berkait dengan organisma hidup struktur
mereka dan proses kehidupan mereka,
organisasi dan hubungan antara satu sama lain
dan persekitaran mereka.
Contoh, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan
manusia.
Sains Fizikal
Sains Fizikal adalah bentuk sains yang
merangkumi ilmu fizik, ilmu kimia, astronomi
dan ilmu geologi yang menganalisis keadaan
semula jadi dan sifat-sifat jirim tenaga kuasa
dan bahan yang tidak hidup.
Sains Bahan
Merupakan sesuatu bidang antara disiplin
yang melibatkan ciri-ciri jirim dan penggunaan
jirim dalam pelbagai bidang sains dan
kejuruteraan. Sains ini mengaji hubungan
antara struktur bahan-bahan dan ciri-ciri
mereka.
Teknologi dan kehidupan lestari

Teknologi adalah suatu kemudahan yang digunakan


untuk memenuhi keperluan hidup manusia.
Kehidupan lestari merupakan amalan menggunakan
barangan atau perkhidmatan untuk memenuhi
keperluan asas supaya mencapai kualiti hidup yang
lebih tinggi dalam masa yang sama pula
mengurangkan penggunaan sumber asli, bahan
toksik dan pengeluaran bahan pencemar supaya
tidak menggugat keperluan generasi akan datang
Kemahiran Saintifik
Merupakan kemahiran yang penting untuk
menjalankan sebarang aktiviti mengikut
kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen,
penyelidikan dan projek merupakan aktiviti
yang menggunakan kemahiran saintifik.
Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran
proses sains dan kemahiran manipulatif.
KEMAHIRAN PROSES SAINS
Kemahiran yang membolehkan murid
mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan
secara bersistem. Kemahiran proses ini terdiri
daripada kemahiran yang mudah kepada yang
kompleks.

KEMAHIRAN MANIPULATIF
kemahiran psikomotor dalam penyiasatan
sains.
Kemahiran Berfikir
Berfikir adalah satu proses mental yang
memerlukan individu menggabungjalinkan
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada
pada dirinya bagi membolehkannya
memahami dan mencorakkan alam
sekelilingnya.
Sikap saintifik dan nilai murni

Selain mempunyai pengetahuan dan kecerdasan,


ahli sains mesti mempunyai tertentu sikap positif
dan nilai murni semasa menjalankan penyiasatan.

Antara sikap saintifik yang perlu diamalkan:


Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling
Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan
data
Bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan
rakan serta terhadap alam sekitar
Contoh nilai murni yang perlu diamalkan
termasuk:
Menyedari bahawa sains merupakan salah
satu cara untuk memahami alam
Menghargai dan mengamalkan kehidupan
yang bersih dan sihat
Menghargai keseimbangan alam semula jadi
Berhemah tinggi dan hormat menghormati
Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan
Aplikasi Pengetahuan Dan Kemahiran Sains
Dalam Kehidupan Seharian
Kemahiran sains:
Meramal- mengangkat pakaian di ampaian apabila
melihat langit gelap
Membuat perkaitan- Menggunakan kanta pembesar
untuk membuat api
Menanam pokok dan memberikan keperluan asas seperti
cahaya, air, udara yang mencukupi
Mengelas - Melipat baju dan menyusunnya dari besar ke
kecil
Belajar tentang kesihatan dan penyakit- pengambilan
makanan yang berkhasiat
Mengelas- pinggan mangkuk, susu dan garfu,
pisau
Memerhati- Pencairan ais
Mengukur menggunakan nombor- menyukat gula
untuk membuat air menggunakan sudu
Memakai sarung tangan semasa mengutip
sampah

You might also like