You are on page 1of 18

AKTA PENDIDIKAN 1996

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(PENGGAL, HARI DAN CUTI SEKOLAH)
1998 P.U (A) 197
CUTI PERISTIWA

P.U. (A) 197:

Peraturan 3. Tafsiran Cuti Peristiwa


Ertinya hari yang tiada pendidikan
Dijalankan disebabkan oleh apa-apa
perayaan atau majlis rasmi sekolah;
Hari Ganti

Peraturan 3. Tafsiran Hari Ganti


Ertinya hari yang pendidikan
hendaklah dijalankan di sekolah
bagi menggantikan hari yang
pendidikan tidak dapat
dijalankan atas apa-apa sebab
yang diluluskan oleh Pendaftar,
CUTI UMUM
Peraturan 5, Sekolah hendaklah
menurut semua Hari Kelepasan Am
Persekutuan dan Hari Kelepasan
Am Negeri yang diwartakan bagi
negeri di mana terletaknya sekolah
itu, yang jatuh pada hari sekolah
semasa penggal sekolah.
Bilangan Hari Persekolahan

Peraturan 6 (1) Hari Sekolah bagi


mana-mana satu tahun hendaklah
tidak kurang daripada satu ratus
sembilan puluh hari.
HARI GANTI
Peraturan 6 (2) Guru Besar atau
Pengetua hendaklah mengadakan hari
ganti jika mendapati bahawa hari
sekolah bagi sekolahnya adalah
kurang daripada satu ratus sembilan
puluh hari.
CUTI PERISTIWA
Peraturan 7 (1) Guru Besar atau
pengetua dengan kelulusan Pendaftar,
boleh memilih hari tertentu sebagai cuti
Peristiwa yang hendaklah tidak
melebihi empat hari bagi mana-mana
satu tahun;
Subperaturan (2) Cuti peristiwa itu
tidak boleh diambil bagi maksud
melanjutkan cuti penggal sekolah.
PEMBERITAHUAN CUTI
Peraturan 9. Guru besar atau pengetua
hendaklah memberitahu ibu bapa murid
secara bertulis mengenai hari ganti, cuti
penggal sekolah dan cuti peristiwa .
KUASA MENUTUP SEKOLAH
Peraturan: 10 (1) Guru Besar atau
pengetua mempunyai kuasa untuk
menutup sekolah bagi satu tempoh
tertentu jika berlaku darurat atau
bencana alam.
Subperaturan:(2) Penutupan sekolah
di bawah Subperaturan (1),
hendaklah diberitahu kepada
Pendaftar secara lisan dan bertulis
dengan seberapa segera yang praktik
dan hari sekolah itu ditutup
hendaklah diganti dengan hari yang
lain.
CUTI PERISTIWA
Cuti Peristiwa boleh dipohon

Sehari sebelum atau selepas perayaan


Selepas majlis rasmi sekolah
ISU CUTI PERISTIWA / PERAYAAN

1. Menukar Tarikh Cuti peristiwa


Kemukakan permohonan ke Sektor
Pengurusan Sekolah serta beri salinan
kepada Ketua Nazir dan PPD Masing-
masing.
Sertakan bukti kehadiran murid dan guru
pada tarikh yang ditukar.
2. Cuti Peristiwa hanya diberi 1 hari sahaja
bagi satu peristiwa atau perayaan.

3. Bagi tahun 2016 tidak ada Cuti Ganti


kerana Perayaan Utama telah diberikan Cuti
Perayaan. Walaubagaimanapun Sekiranya
ada siaran dari KPM maka sekolah boleh
mengemukakan permohonan Cuti Ganti.
4. Cuti Peristiwa yang dipohon hendaklah
mengambil kira yang melibatkan semua
warga sekolah iaitu guru dan murid terlibat
dalam program sekolah.

5. Cuti Peristiwa yang diambil tidak


melibatkan Pengetua/Guru Besar dan AKP
( Tidak bercuti )

6. Cuti Ganti bagi bencana alam atau


keselamatan wajib dipohon kecuali ada
surat siran dari KPM / JPN.
PROSES / PROSUDER PERMOHONAN
CUTI PERISTIWA DAN PERAYAAN

1. Sekolah hendaklah mengisi data


permohonan di excel seperti format yang
dibekalkan.
2. Pengetua/Guru Besar hendaklah
mengemukakan surat permohonan atau
surat iringan bersama borang permohonan
cuti seperti dalam borang permohonan
yang dibekalkan secara bertulis.
3. Permohonan dan data permohonan
hendaklah dihantar ke PPD masing-masing.

4. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah


mengumpul data dan meggabungkan data
serta hantar permohonan ke JPNS ( SPS)
bersama dengan surat permohonan.
5. Tarikh penghantaran PPD ke JPNS pada
atau sebelum 31 Januari 2016.

6. Surat Iringan PPD bersama dengan senarai


sepadu.
ANALISIS CUTI PERISTIWA
DAN CUTI PERAYAAN 2016
CUTI JENIS CUTI KUMPULAN B
CUTI TAHUN BARU CINA CUTI YANG 10.02.2016
08.02.2016 DIPERUNTUKAN
11.02.2016
09.02.2016 OLEH KPM
12.02.2016
CUTI HARI RAYA AIDIL CUTI YANG 04.07.2017
FITRI DIPERUNTUKAN
05.07.2016
06.07.2016 OLEH KPM
07.07.2016 08.07.2016

CUTI HARI DEEPAVALI CUTI YANG 28.10.2016


29.10.2016 DIPERUNTUKAN
31.10.2016
OLEH KPM
01.11.2016
ANALISIS PERMOHONAN CUTI PERISTIWA DAN CUTI
PERAYAAN MENGIKUT PPD BAGI TAHUN 2015
JUMLAH
BIL PPD MEN REN
KESELURUHAN
1 PPD Keningau 7 66 73
2 PPD Pitas 3 12 15
3 PPD Beaufort 11 43 54
4 PPD Beluran 3 8 11
5 PPD Kinabatangan 4 2 6
6 PPD Kota Belud 7 53 60
7 PPD Kota Kinabalu 22 53 75
8 PPD Kota Marudu 7 22 29
9 PPD Kuala Penyu 3 17 20
10 PPD Kudat 9 33 42
11 PPD Kunak 1 6 7
12 PPD Lahad Datu 12 45 57
13 PPD Nabawan 0 9 9
14 PPD Papar 7 45 52
15 PPD Penampang 5 27 32
16 PPD Ranau 9 53 62
17 PPD Sandakan 20 50 70
18 PPD Semporna 8 39 47
19 PPD Sipitang 4 21 25
20 PPD Tambunan 3 21 24
21 PPD Tawau 22 66 88
22 PPD Telupid 3 18 21
23 PPD Tenom 6 51 56
24 PPD Tuaran 9 68 77

You might also like