You are on page 1of 11

BAHASA BERSIFAT UNIK

Bahasa bersifat unik bermaksud tiap-tiap


bahasa mempunyai bentuk dan struktur tertentu
seperti binaan ayat, susunan huruf yang mmbentuk
perkataan dan golongan kata seperti kata nama dan
kata kerja. Contahnya dalam Bahasa melayu, jatuh dan
terjatuh mempunyai bentuk dan makna yag
berbeza.semua bahasa mempunyai bentuk dan struktur
tetapi mempunyai huraian yang tersendiri.

Bahasa bersifat unik juga dikaitkan dengan cara


kita memperolehi bahasa itu, iaitu bukanlah seperti
mewarisi ciri-ciri fizikal keluarga. Bahasa merupakan
sesuatu yang perlu kita pelajari secara tidak langsung
daripada ahli keluarga dan masyarakat di sekeliling kita.
Ciri-ciri bahasa bersifat unik melalui perbandingan
bahasa yang digunakan manusia dengan bahasa
digunakn oleh haiwan seperti berikut:-

a) Lisan dengaran
- bahasa manusia merupakan system
berhubung
- dihasilkan antara mulut dan telinga yang
bertentangan dengan penglihatan dan
pancaindera lain.
- haiwan hanya ada beberapa bunyi yang
hampir seragam untuk meyampaikan sesuatu
mesej.
b) Penyebaran dan saluran
- manusia menghasilkan bahasa melalui pertuturan
dan diterima oleh pendengar melalui alat pendengaran
dan disebarkan.
- haiwan tidak menyebarkan maklumat.

c) Pendengaran berterusan
- manusia mempunyai system pendengaran
yang aktif
- boleh mendengar apa-apa sahaja bunyi
- haiwan mengeluarkan bunyi isyarat
berterusan tetapi tidak semuanya diberi
respon oleh haiwan lain.
d) Peranan silih berganti
- manusia menggunakan bahasa sebagai penutur dan
pendengar pada satu masa serta memahaminya.
- haiwan tidak mempunyai peranan dan bahasa yang
digunakan tidak sama antara sepsis jantan dan betina.

e) Maklumat balik
- manusia boleh menganalisis semula apa yang
didengar atau dibaca.
- Proses ini tidak berlaku pada haiwan.

f) Pengkhususan
- bunyi-bunyi unjuran manusia ditutrkan khusus untuk
sesuatu tujuan
- bunyi haiwan hanya satu tujuan iaitu untuk
keperluan biologi
g) Sematik
- makna yang terkandung dalam bunyi-bunyi yang
dihasilkan manusia mengikut konteks dan situasi
sebenar, tidak seperti bunyi yang dihasilkan haiwan
h) Arbitari
- ujaran manusia yang merupakan hubungan antara
tanda dengan benda bersifat arbitari.
- bentuk perkataan boleh berubah bagi merujuk
kepada benda yang sama
- bahasa haiwan tidak berbentuk arbitari
i) Kreatif
- bahasa manusia boleh menyatakan pelbagai
perkara, idea da konsep yang abstrak
- haiwan mempunyai bunyi yang terhad dan tidak
berubah
j) Penyampaian
- manusia menggunakan bahasa sebagai sistem
perhubungan untuk menyampaikan maklumat
- haiwan sebaliknya.

k) Produktif
- bahasa manusia terdiri daripada bunyi-bunyi yang
pelbagai
- manusia boleh menghasilkan ujaran yang tidak
terhad, tidak sperti haiwan
l) Pembelajaran
- bahasa manusia diturunkan dari generasi ke
generasi melalui pengajaran dan pembelajaran
- haiwan akan terus berkomunikasi walaupun
terpisah daripada kumpulan sejenisnya.
BAHASA BERSIFAT
SEJAGAT
Setiap bahasa mempunyai sejagat atau
universal iaitu sesuatu bahasa itu boleh
dituturkan dan dipelajari oleh sesiapa sahaja di
dunia ini. Bahasa bersifat sejagat bukan
bermaksud mempunyai satu bentuk bahasa
sahaja yang dituturka oleh semua orang. Hal ini
kerana bahasa secara ilmiah berpotensi untuk
berbeza dan beraneka.
a) Bunyi bahasa
- Bunyi bahasa merupakan sifat bahasa yang paling
asas.
- Semua bahasa di dunia terdiri daripada bunyi-
bunyi bahasa yag dihasilkan alat-alat artikulasi
manusia
- Bunyi-bunyi bahasa disusun secara sistematik
untuk menghasilkan mesej yag bermakna daripada
seseorang kepada seseorang
- Manusia dapat menghasilkan pelbagai bentuk
bunyi bahasa yang tidak terhad banyaknya.
- Bunyi-bunyi bahasa ini berbeza antara satu
bahasa dengan bahasa yang lain.
b) Makna
- Setiap bahasa yang dituturkan di dunia ini mempunyai
makna yang dapat difahami oleh penutur dan pendengar
bunyi bahasa dan gabungan perkataan dalam ayat dapat
menghasilkan makna
- Ayat-ayat mempunyai makna leksikal dan struktural
yang dapat difahami berdasarkan konteks
berdasarkan konteks tersebut, makna ayat akan lebih
jelas
- Ada perkataan yang membawa makna konkrit atau
tersurat dan ada juga perkataan yang membawa makna
abstrak atau tersirat
- Tersurat dan tersirat ialah aras makna bagi setiap
bahasa.

You might also like