You are on page 1of 35

HUBUNGAN

ETNIK
Malaysia: Kesepaduan
dalam Kepelbagaian

Mahyuddin Khalid & Mohd Ashrof Zaki Yaakob


Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian

Sebuah Negara, Dua Imaginasi


Isi Kandungan

Sosiologikal: Antara Perpaduan Hasil Pembelajaran


atau Kesepaduan
Hubungan Etnik di Malaysia Menjelaskan konsep perpaduan dalam
Kesepaduan Sosial: kepelbagaian (unity in diversity).
Pandangan Alternatif untuk Menjelaskan konsep kesepaduan
Memahami Hubungan Etnik di sosial (social cohesion).
Malaysia Menjelaskan dinamika hubungan etnik
Memahami Hubungan Etnik di Malaysia.
daripada Perspektif Kesepaduan Memahami bahawa hubungan antara
Sosial etnik dipengaruhi oleh unsur etnik serta
Unsur-unsur Kesepaduan Sosial juga unsur-unsur sosial yang lain.

2
Pengenalan

Masyarakat dunia masa kini dicirikan berdasarkan kepelbagaian dari segi etnik, agama,
taraf sosioekonomi, gender, dsbnya.
Contoh negara multibudaya Malaysia, USA, Kanada, UK, UAE, Indonesia, Jepun, China, India,
dll.
Kepelbagaian yang semakin rencam pada masa kini perlu diurus dengan baik demi
kesejahteraan rakyat sesebuah negara.

3
Sebuah Negara, Dua Imaginasi Sosiologikal:
Antara Perpaduan atau Kesepaduan

Di Malaysia, sepanjang 57 tahun merdeka, banyak yang ditonjol dan diketengahkan


adalah konflik, namun hubungan etnik yang positif sebenarnya lebih banyak.
Oleh itu, konsep kesepaduan sosial diutarakan untuk menjelaskan fenomena yang
berlaku di Malaysia.
Maksud perpaduan dan kesepaduan dari perspektif :
Epistemologi
Ontologi
Memahami perpaduan dalam konteks cogan kata perpaduan dalam kepelbagaian.
Memahami konsep kesepaduan sosial menerusi pemahaman konsep takrifan harian,
sebelum perpaduan dapat dicapai.

4
Konsep Perpaduan dalam Kepelbagaian

Psikologi Sosial Antropologi-sosiologi Ontologikal

Rasa kesatuan Mengurus dan Mengurus dan


merentasi menyusun menyusun
pemisahan fizikal perbezaan sosial perbezaan untuk
sedia ada mewujudkan
keamanan dan
kestabilan bagi
meraih
kesejahteraan
material.

5
Konsep Perpaduan dalam Kepelbagaian

Ringkasnya, perpaduan adalah:


Proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki perasaan cinta dan
bangga kepada tanah air.
Unity is uniformity atau 'perpaduan ialah kesamaan atau kesatuan
Satu bangsa, satu agama, satu bahasa, satu negara, yang juga merupakan kata-kata slogan.
Hanyalah suatu gambaran tentang suatu masyarakat yang sempurna yang tidak mungkin
menjadi kenyataan
Yang lebih realistik adalah kesepaduan atau cohesion.

6
Kesepaduan

Keadaan yang wujud dan terus dinikmati oleh sebilangan besar masyarakat dunia ialah
kesepaduan.
Kesepaduan ialah:
Fenomena sosial yang berasaskan keinginan kepada perpaduan yang mempengaruhi anggota
masyarakat untuk mengambil ikhtiar dan menjalankan kegiatan yang menjurus kepada
perpaduan

7
Antara Perpaduan dan Kesepaduan

Ungkapan perpaduan dalam kepelbagaian sudah menjadi kebiasaan dalam


kehidupan seharian rakyat Malaysia.
Ungkapan ini mengangkat dan sekaligus memuji kemampuan kelompok manusia yang
berbeza-beza tapi dapat hidup dalam sebuah masyarakat

8
Kesepaduan

Jika timbul sebarang konflik akibat perbezaan sosial yang sedia ada, para anggotanya
akan segera mencari jalan penyelesaian melalui perundingan dalam pelbagai cara dan
bentuk.
Umumnya, melalui perundingan akan terhasilkan persetujuan, kompromi dan tolak ansur.
Namun, konflik tetap ada tapi dalam keadaan terkawal kerana anggota masyarakat
amnya menolak keganasan sebagai jalan penyelesaian.
Konsep kesepaduan adalah lebih realistik dalam konteks Malaysia.
Oleh itu, konsep kesepaduan sosial diutarakan untuk menjelaskan fenomena yang
berlaku di Malaysia.

9
Kesepaduan Sosial:
Pandangan Alternatif untuk Memahami Hubungan Etnik di
Malaysia

Kerangka konseptual yang memaparkan hubungan etnik di Malaysia sebagai rapuh,


mudah retak dan penuh dengan ketegangan adalah berorientasikan/berdasarkan
konflik sahaja.
Perspektif yang digunakan pengkaji-pengkaji hubungan etnik untuk memahami masalah
hubungan etnik di Malaysia ialah polarisasi, segregasi, ketegangan, persaingan,
persengketaan, perpecahan dan perbezaan.
Namun, realitinya tahap kehidupan harian masyarakat awam berada dalam
kesepaduan sosial yang relatifnya bersifat aman dan stabil.

10
Konsep Kesepaduan Sosial

Suatu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap perpaduan yang
seharusnya pula mempengaruhi para anggota masyarakat tersebut untuk merungkai
pelbagai ikhtiar dan kegiatan yang dianggap sebagai prasyarat mencapai perpaduan.

Kegiatan dan
Kesepaduan pengalaman Perpaduan
harian

(Realiti yang (Gambaran


telah ideal yang
dikecapi) ingin dicapai)
11
Kesepaduan Sosial

Konflik, pertentangan dan saling bertanding memang ada dan sering muncul di kedai
kopi, di ruang blog, internet dan lain-lain.
Ada juga kalanya konflik ini berakhir dengan kekerasan fizikal tapi ia bersifat lokal dan
terkawal serta tidak merebak.
Kehidupan harian masyarakat awam di luar kawasan konflik tetap berterusan dalam
suasana aman dan stabil.

12
Paradigma Kesepaduan Sosial

Takrifan harian
Pengalaman individu & kumpulan.
Paradigma Contoh: Melayu tak semestinya

kesepaduan
cakap BM dan amal budaya
Melayu.

sosial lebih
memberi Takrifan autoriti
tumpuan Bersifat tetap.
Contoh: Takrifan Melayu dalam
kepada Perlembagaan berbahasa
Melayu, agama Islam dan amal
budaya Melayu.

13
Takrifan Harian

Takrifan harian oleh masyarakat awam kemungkinannya lebih anjal, cair, rencam,
pelbagai dan terdapat tolak ansur, akomodasi serta saling memahami dalam kalangan
mereka untuk memastikan kehidupan seharian mereka dapat diteruskan dengan aman
tanpa sebarang konflik.
Paradigma kesepaduan sosial memberi pengiktirafan terhadap takrifan harian kerana
dalam konteks hubungan etnik takrifan harian adalah pelekat sosial yang menjadikan
masyarakat Malaysia yang majmuk, pelbagai dan rencam ini secara sosialnya
bersepadu.

14
Memahami Perspektif Hubungan Etnik

PERSPEKTIF KONFLIK
Kelihatannya banyak perselisihan

PERSPEKTIF KESEPADUAN
SOSIAL
Dapat dilihat dalam hubungan
saling terkait dan kebergantungan
kehidupan seharian pelbagai
etnik

15
Meneliti Hubungan Etnik daripada Perspektif
Konflik

Pembentukan ilmu kolonial yang sarat dengan ideologi orientalisme


Bersifat tetap dan cenderung membezakan ciri-ciri sosial masyarakat
Warisan pembentukan kolonial bertujuan membezakan kumpulan masyarakat
Media massa kerap mempotretkan hubungan etnik di Malaysia dalam perspektif yang
sempit - membangkitkan sentimen etnik atau agama dalam laporan berita.

16
Memahami Hubungan Etnik daripada
Perspektif Kesepaduan Sosial

Sisi positif dalam memahami hubungan Kewujudan kesepaduan


sosial disumbang secara
etnik, lebih adil dan menyeluruh
Tidak menafikan konflik, tetapi tidak
memfokuskan padanya
Yakin kesepaduan sosial wujud, dan
top-down bottom-up
berusaha mengukuhkannya

Iaitu hasil interaksi dan


jalinan hubungan yang
Iaitu hasil tindakan kerajaan
berlaku di peringkat
yang diterapkan kepada
masyarakat awam dalam
masyarakat
kehidupan harian tanpa
campur tangan kerajaan

17
Hubungan Etnik di Malaysia

Mengikut Sejarah Malaysia, selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, pada 1945, terdapat
tiga era penting.
Pola hubungan etnik di Malaysia memperlihatkan pola turun naik dalam hubungan etnik
tetapi pada amnya, keadaan di Malaysia aman damai dengan hubungan etnik yang
harmoni.

18
Fasa-fasa dalam Hubungan Etnik di Malaysia

Era
Era Konflik (1945- Era Stabil Tapi Kesepaduan
1960) Tegang (1961-1970) Sosial (1971-
kini)

19
Era Konflik (1945-1960)

Pasca Perang Dunia Kedua


Selepas perang tamat, keadaan hidup rakyat sangat sukar
Membuka kepada potensi negatif dan masalah.
Konflik yang berlaku:
Konflik etnik Cina dan Melayu Bintang Tiga memburu orang Melayu yang bekerja dengan
Jepun. Kesan: banyak nyawa terkorban.
Pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946 ketidakpuasan hati orang Melayu. Pada 31
Januari 1948 Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dan Malayan Union dibubarkan.
Berlaku rusuhan pekerja2 ladang , didalangi oleh Bintang Tiga. Kemuncaknya tiga orang
pengurus ladang keturunan Eropah di Sungai Siput dibunuh.
Darurat diisytiharkan selama 12 bulan, tamat pada 31 Julai 1960.

20
Era Konflik (1945-1960)

Usaha pihak British meredakan ketegangan yang berlaku:


Meningkatkan keselamatan mereka yang terlibat dalam rusuhan ditahan. Bintang Tiga diburu.
Perundingan etnik melalui Communities Liaison Committee (CLC) pada 1949 bersama dalam
penggubalan perlembagaan yang menjadi asas kepada kerangka tolak ansur etnik (ethnic
bargaining) di Tanah Melayu.
Pembangunan Lima Tahun 1950-1955 memperbaiki keadaan ekonomi dan membangunkan
negara.

21
Era Stabil Tapi Tegang (1961-1970)

Pembentukan Malaysia 1963


Tanah Melayu bergabung dengan Sabah dan Sarawak.
Tidak disenangi oleh Soekarno, Presiden Indonesia membawa kepada konfrontasi Malaysia-
Indonesia.
Pada 21 Julai dan 3 September 1964 berlaku rusuhan kaum antara etnik Cina dan
Melayu di Singapura (yang masih anggota Malaysia pada waktu itu).
Singapura dan Malaysia berpisah pada 9 Ogos 1965.
Peristiwa 13 Mei 1969
Rusuhan kaum di Kuala Lumpur, selepas pilihan raya.
Etnik Melayu tidak puas hati dengan keadaan ekonomi mereka.

22
Era Stabil Tapi Tegang (1961-1970)

Perang Dingin masih berlaku 10 tahun selepas tamatnya darurat.


Implikasinya: Malaya yang merdeka pada 1957 dan Malaysia yang dibentuk pada 1963
terpaksa menangani cabaran terhadap kesepaduan sosial yang sudah ada tapi perlu
berhati-hati dengan ancaman keganasan komunis.
Ini bermakna keadaan stabil tapi tegang bermaksud pelbagai cabaran masih wujud
untuk menguji kesepaduan sosial yang dibina oleh rakyat.

23
Era Stabil Tapi Tegang (1961-1970)

Pembentukan Malaysia merupakan satu lagi kejayaan pengaplikasian prinsip tolak ansur
etnik yang diamalkan sejak 1947.
Rusuhan etnik 13 Mei 1969 dikatakan telah mengorbankan kira-kira 250 orang dan selepas
itu pelbagai usaha diambil untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.
Antaranya ialah usaha top-down seperti penubuhan dan pengenalan:
Majlis Perundingan Rakyat.
Jabatan Perpaduan Negara
Rukun Negara.
Dasar Ekonomi Baru (DEB).

24
Era Kesepaduan Sosial (1971-kini)

40 tahun selepas peristiwa rusuhan etnik 13 Mei 1969, suasana di Malaysia terus aman,
stabil dan harmoni.
Slogan perpaduan dalam kepelbagaian dan perpaduan nasional adalah suatu
harapan positif terhadap suatu masa depan yang lebih gemilang.
Yang jelas pada rakyat Malaysia ialah sebarang perbezaan sosial antara mereka mesti
diselesaikan dengan aman kerana kos melepas sebarang konflik adalah terlalu tinggi
pada individu, etnik, wilayah dan negara Malaysia amnya.

25
Era Kesepaduan Sosial (1971-kini)

Kunci kesepaduan sosial Malaysia adalah kematangan rakyatnya.


Keterbukaan rakyat menyuarakan rasa tak puas hati mereka merupakan satu lagi
perilaku rakyat Malaysia pada peringkat takrifan harian atau everyday-defined iaitu
they talk conflict, they walk cohesion. Ini bermaksud mereka terus berdebat tentang
hal-hal yang tak betul.
Perilaku ini merupakan satu kegiatan psikososial sihat iaitu lebih suka meluahkan perasaan
daripada menyimpan hal itu dalam hati.

26
Masyarakat Pelbagai Etnik di Malaysia

Jawa, Bugis, Melayu, Minangkabau, Acheh, Baba


SEMENANJUNG Nyonya, Hakka, Hokkien, Gujarati, Tamil, Telegu,
Siam, Serani, Mah Meri, Temiar, Jah Hut, dll.

Bajau, Bisaya, Cina, Dusun, India, Kadazan, Murut,


SABAH Lundayeh, Suluk, Sino-kadazan, Tinagas, Tobiling,
Kagayan, Kedayan, dll.

Bakaten, Balau, Berawan, Cina, Iban, India,


SARAWAK Kelabit, Kedayan, Melanau, Melayu, Penan,
Kayan, Sino-bumiputera Sarawak, dll.

27
Masyarakat Pelbagai Etnik di Malaysia

Malaysia mempunyai
lebih daripada 70
Jumlah penduduk kumpulan etnik
Malaysia pada
tahun 2013:
30 juta Jika ditambah dengan
(Jabatan Perangkaan Malaysia)
kelompok yang mewakili
sub-etnik, kumpulan
bahasa dan dialek:
melebihi 200 kumpulan

28
Potret Hubungan Etnik di Malaysia

Campuran pelbagai etnik secara tidak langsung menggalakkan perspektif bahawa


hubungan etnik di Malaysia adalah rapuh, mudah retak dan cenderung kepada
ketegangan dan konflik.
Namun, Malaysia terus kukuh, maju dan membangun malah disegani.
Keadaan aman damai telah melahirkan kestabilan politik, sosial dan ekonomi yang
membolehkan rakyat pelbagai etnik hidup bersama dan bebas daripada konflik kaum
yang kerap dan berpanjangan.
Dengan komposisi etnik, agama dan bahasa yang kompleks, rakyat Malaysia hidup
bermasyarakat serta mencapai pembangunan.
Kestabilan dan keamanan ini diiktiraf oleh Global Peace Index (2011) yang
menyenaraikan Malaysia sebagai negara yang ke-19 paling stabil dan aman di dunia.

29
Global Peace Index (2011)

Kedudukan Negara Kedudukan Negara


Negara Negara
Paling Aman di Dunia Paling Aman di Dunia
1 New Zealand 11 Ireland
2 Iceland 12 Qatar
3 Jepun 13 Sweden
4 Denmark 14 Belgium
5 Republik Czech 15 Jerman
6 Austria 16 Switzerland
7 Findland 17 Portugal
8 Kanada 18 Australia
9 Norway 19 Malaysia
10 Slovenia 20 Hungary

30
Dinamika Hubungan Etnik
Perbandingan antara Malaysia & Sri Lanka (1945-2011)

MALAYSIA

1948 - 1960 1964 1969 2001

1945 2011

1940-1950 1951-1960 1961-1970 1971-1980 1981-1990 1991-2010

SRI LANKA
KEAMANAN ditakrif sebagai the absence of violence (Global Peace Index 2011). Konflik berdarah berlaku di Malaysia dan Sri Lanka semenjak 1945.
Bukti menunjukkan bahawa keadaan kesepaduan sosial mendominasi hidup di Malaysia, manakala di Sri Lanka didominasi oleh pertumpahan
darah, meragut lebih dari 100,000 nyawa. Untuk sebuah analisis perbandingan terbaik sila lihat, Sirimal Abeyratne, Economic Development and 31
Political Conflict: Comparative Study of Sri Lanka and Malaysia, South Asia Economic Journal 9:2(2008): 393-417.
Unsur-unsur Kesepaduan Sosial

Proses runding sosial melalui 4 (4A) unsur ini lebih cenderung kepada bentuk positif iaitu
merujuk kepada interaksi dan hubungan yang membentukkan kesepaduan sosial hari ini
walaupun mereka berbeza etnik, latar belakang, agama, bahasa dan budaya.

Akomodasi
Akulturasi
Asimilasi
Amalgamasi

32
Unsur-unsur Kesepaduan Sosial

Dalam proses rundingan sosial, unsur-unsur seperti akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan
asimilasi sentiasa berlaku di peringkat yang berbeza sebagai mekanisme untuk terus
mengekalkan toleransi etnik, penerimaan terhadap perbezaan dan kesepaduan sosial
yang wujud pada hari ini.
Rakyat Malaysia di peringkat masyarakat awam tidak mudah terpengaruh untuk
bertindak secara melulu, emotif dan menggunakan kekerasan terhadap isu-isu yang
ditimbulkan.
Masyarakat Malaysia di peringkat awam telah pun sedikit sebanyak terikat dengan suatu
bentuk kesepaduan sosial yang baik dan organisasi sukarelawan masyarakat dan individu
daripada pelbagai etnik dan agama.

33
Kesimpulan

Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah, terutama jika terdapat usaha sedar
berpunca daripada tindakan authority-defined dan topdown yang dapat melengkapkan
dan menjamin kelangsungannya dan meningkatkan daya ketahanan dalam sesebuah
masyarakat majmuk
Lebih tepat untuk kita mengungkapkan keadaan ini sebagai kesepaduan dalam
kepelbagaian(cohesion in diversity) dan bukan perpaduan dalam
kepelbagaian(unity in diversity).
Perpaduan adalah work-in progress kerana ia merupakan sasaran pencapaian yang
masih belum tercapai

34
Terima Kasih

Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian

35