You are on page 1of 17

SYAIR

BIDASARI
NAME : AMY TAN YIE
KELAS : 4 BETA
MAKSUD
RANGKAP 1

Pengenalan kisah seorang raja yang


memerintah Negeri Kembayat.
Pengarangnya hanya mahu dikenali
sebagai fakir sebagai tanda merendah
diri. Tujuan hikayat supaya menjadi
contoh dan perbandingan kepada
pembaca.
RANGKAP 2
Di sebuah negeri terdapat seorang
pemerintah, iaitu sultan yang gagah
perkasa lagi bijaksana. Baginda raja
dahulukala yang cemerlang (pada
peringkat awal sebelum dilanggar
geroda). Keadilan baginda telah
menggamit kedatangan para pedagang
dan orang soleh (pelajar ilmu agama yang
merantau).
RANGKAP 3
Kegagahan dan kelangsungan
pemerintahan baginda memang
mengkagumkan. Sesaat pun baginda
tidak mengalami kesusahan. Namun,
tiada sesiapa yang tahu sama ada
keadaan itu akan berkekalan atau
sebaliknya.
RANGKAP 4
Sultan yang bijaksana bertambah berseri
apabila menempuh alam perkahwinan.
Selang beberapa bulan, permaisuri pun
hamil.
RANGKAP 5
Setelah beberapa tahun memerintah
negara dengan bahagia dan aman
sentosa, dugaan mala petaka datang
melanda. Baginda terpaksa berundur dari
istana.
RANGKAP 6
Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor
burung raksasa melayang di ruang
angkasa negeri Kembayat. Geroda, iaitu
helang besar (seperti dalam epik
Hindu,Visynu: dalam syair dieja
sebagai gurda) melanggar Kembayat
sehingga menimbulkan huru-hara dan
kemusnahan.
RANGKAP 7
Geroda melakukan serangan dengan
suara yang bergema luar biasa. Sekalian
rakyat negeri Kembayat berada dalam
keadaan huru-hara dan kekalutan.
Seluruh negeri dilanda duka lara dan
lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah
tujuan.
RANGKAP 8
Ketika itu baginda sedang bersemayam di
singgahsana sambil menerima
menghadap pembesar dan rakyat jelata.
Keadaan huru-hara bagaikan di medan
peperangan jelas kedengaran. Baginda
bertitah dengan nada yang tegas tentang
perkara cemas apa pula yang berlaku.
TEMA
Cabaran yang dihadapi oleh
seorang raja ketika
memerintah negara
PERSOALAN
Keadilan dan kesaksamaan seseorang
pemerintah dalam mentadbir negara.
Kasih sayang dalam perhubungan ahli
keluarga.
Bencana atau musibah yang datangnya
tidak boleh diramal.
BENTUK
Syair terikat dan tidak bebas.
Mempunyai 8 rangkap.
Bilangan baris sama bagi setiap rangkap,
iaitu ada empat.
Setiap baris mempunyai 3-5 patah kata.
Setiap baris mempunyai 9-13 suku kata.
Rima akhir syair ialah aaaa
GAYA BAHASA
Repetisi / perulangan : beberapa
Metafora :takhta kerajaan
Simile : mendengar gempar seperti
perang
Inversi : Dengarkan tuan suatu
riwayat
Bahasa istana : takhta baginda
NILAI
Nilai ketaatan
Rakyat Kembayat taat kepada sultan pemerintah.
Nilai tanggungjawab
Raja negeri Kembayat bertanggungjawab
mentadbir negeri.
Nilai keprihatinan seorang pemimpin
Seseorang perlu prihatin dengan kesusahan yang
ditanggung oleh orang lain.
PENGAJARAN
Kita hendaklah menjalankan tugas dan
amanah dengan penuh keadilan.
Kita perlulah melunaskan
tanggungjawab yang diberikan dengan
penuh berhemah.
Kita haruslah menumpahkan seluruh
taat setia kepada pemimpin yang adil
dan saksama
SEKIAN
TERIMA
KASIH

You might also like