You are on page 1of 9

KESAN BUNYI

CERITA PAK TANI


Pada suatu pagi yang cerah dan nyaman, burung
berkicau-kicauan. Pak Tani berjalan menuju ke
bendang. Tanpa melengahkan masa, Pak Tani mula
bekerja. Beberapa ketika, hujan renyai-renyai mula
turun. Tanpa menghiraukan hujan, Pak Tani terus
bekerja. Tiba-tiba guruh berdentum. Hujan semakin
lebat. Pohon-pohon bergoyang ditiup angin kencang.
Pak Tani berlari untuk mencari tempat berteduh. Tidak
lama kemudian, hujan pun reda. Pelangi muncil di kaki
bukit. Pak Tani pun menyambung kerjanya.
CERITA PAK TANI
Cerita Kesan bunyi
Pada suatu pagi yang cerah dan nyaman, burung loceng
berkicau-kicauan.
Pak Tani berjalan menuju ke bendang. Kayu Tik Tok
Tanpa melengahkan masa, Pak Tani mula Botol Plastik
bekerja.
Beberapa ketika, hujan renyai-renyai mula turun. Plastik
Tanpa menghiraukan hujan, Pak Tani terus Botol Plastik
bekerja.
Tiba-tiba guruh berdentum. Hujan semakin lebat. Drum samping /
Plastik
Pohon-pohon bergoyang ditiup angin kencang. Tiup botol
Pak Tani berlari untuk mencari tempat berteduh. Kayu Tik Tok
Tidak lama kemudian, hujan pun reda. Pelangi Chimes
muncil di kaki bukit.
Pak Tani pun menyambung kerjanya. Botol Plastik
MISTERI SELEKOH
TOK MAT
KUMPULAN 1
Pada suatu hari, Azrul terkejut dari tidurnya apabila jam
locengnya berbunyi menunjukkan jam pukul 4 dan telah
masuk waktu asar. Azrul pun bangun dan pergi ke surau
dengan menunggang motosikalnya untuk solat.
Beberapa minit kemudian, Azrul pun sampai ke dalam
surau dan terus mendirikan solatnya. Selesai
mengaminkan doa, Azrul pantas menuruni anak tangga
surau untuk pulang ke rumah. Dia perlu segera sampai
di rumah untuk menolong isterinya menyiapkan nasi
lemak dan kuih muih sebagai sumber rezeki mereka.
KUMPULAN 2
"Hai Azrul.awal lagi takkan dah nak balik...marilah berborak
dulu" tegur Luqman yang sedang memotong kayu menggunakan
gergaji ketika melihat Azrul sudah berada di atas motor. "Tak
bolehlah Man..aku kena balik nak siapkan nasi lemak dan kuih-
kuih tu..kasihan isteri aku buat kerja sorang-sorang, bukan
macam korang "balas Azrul. "Ha jaga-jaga sikit rul kang terjumpa
langsuir "celah Saiful cuba menyakat. "Ala Saiful tu cerita zaman
pelita minyak tanah. Sekarang zaman moden..mana ada lagi
semua tu" "Cakap besar nanti jumpa baru tau!" dalam deruman
enjin motorsikalnya Azrul masih dapat mendengar tempelakan
Saiful kepadanya dan degupan jantungnya semakin berdegup
kencang, tapi dia buat tak tahu saja. Malas nak melayan karenah
mereka. Yang penting dia segera sampai di rumah.
KUMPULAN 3
Dia bukan mahu cakap besar, sudah berbulan dia berulang alik
ke kawasan perumahan Taman saujana untuk menghantar kuih
kepada penjaja di situ dan seringkali itulah juga dia melalui
Selekoh Tok Mat yang dikatakan keras dengan langsuir yang
menjelma dengan suaranya disitu. Namun dia tidak pernah
terserempak. Sering juga telinganya mendengar cerita
berkenaan langsuir di situ namun apabila ditanya kepada yang
membawa cerita, mereka menafikan pernah menjumpainya
sendiri sambil menutup mulutnya..(Shhhhhhhh)... Sekadar
mendengar cerita dari orang lain. Jadi, pada Azrul cerita itu
sekadar dibuat untuk menakutkan orang yang melalui selekoh itu
pada malam hari dengan bunyian burung hantu.
KUMPULAN 4
"Esok pagi abang keluar awal sikit kata Azrul kepada
isterinya ketika sedang membasuh daun pisang untuk
dijadikan pembungkus nasi lemak. "Kenapa pula? Kan
masih sempat abang keluar macam biasa? "tanya
isterinya. Bos abang suruh datang awal. Jawab Azrul
sambil mengetuk paku di dinding. Ketika balik dari kerja,
Azrul mengalami kerosakkan pada motorsikalnya dan
lebih merisaukan adalah motorsikalnya rosak di selekoh
tok mat. Tanpa berfikir panjang Azrul terus bergegas lari
dari tempat tersebut.
KUMPULAN 5
Ketika di simpang rumahnya, dia ternampak seorang perempuan
sedang berdiri di sebelah pokok pisang dan memanggilnya dengan
nada tertawa.. Jantung Azrul terus berdegup dengan sangat kuat.
Beberapa saat kemudian perempuan tersebut mengejar Azrul sambil
membawa loceng dan Azrul terus berlari ketakutan menuju ke
rumahnya. Dia pun mengetuk pintu rumah. Kemudian, dia mendapati
pintu rumahnya tidak berkunci dan dalam keadaan gelap. Tiba-tiba
ada bunyi wisel yang kuat dan ketika itu juga lampu terbuka.rupa-
rupanya, Azrul dipermainkan oleh isteri dan kawan-kawannya iaitu
Saiful, Luqman dan juga bosnya sempena hari jadi Azrul yang ke 27.
Azrul terperanjat dan tidak dapat berkata apa2cerita yang didengari
oleh Azrul selama ini adalah rekaan Saiful semata-mata kerana
hendak mempermainkan Azrul sempena Hari jadinya.

You might also like