You are on page 1of 6

JENIS-JENIS

MIKROORGANISMA

NAMA AHLI ;
ATHIRAH
NAZIERA
SYAKIRAH
TUAN
BAKTERIA
Organisma unisel yg wujud dlm bentuk kokus (sfera),
vibrio (koma), basilus (rod/silinder) atau pilin ( spirilum).
Organisma heterotrof, parasit, saprofit, & autotrof.
Dinding sel bakteria terdiri drpd polimer disebut
peptidoglikan.
Ada membran plasma & DNA yg tidak diselaputi oleh
membran nukleus.
DNA berbentuk bulat & terbenam dlm sitoplasma.
Sesetengah bakteria dibalut oleh kapsul berlendir di luar
dinding sel untuk perlindungan tambahan.
Kebanyakan bakteria membentuk spora dlm keadaan
persekitaran yg tidak sesuai
Contoh : Lactobacillus sp. dan Streptococcus sp.
ALGA
Organisma autotrof seperti tumbuhan dlm alam Protista.
Mempunyai klorofil, kloroplas & dinding sel berselulosa tetapi
tidak mempunyai daun, batang & akar.
Kebanyakan alga merupakan organisma akuatik.
Sesetengah mempunyai flagelum untuk bergerak di dlm air.
Contoh : fitoplankton, Pleeurococcus sp. Dan Spirogyra sp.
KULAT
Kulat merupakan organisma heterotrof unisel/multisel yg tidak
berklorofil.
Dinding selnya terdiri drpd kitin.
Badan kulat yg disebut sbg miselium mengandungi banyak
benang halus/filamen yg disebut hifa.
Contoh kulat yg mengandungi hifa : Mucor sp.
Yis ialah kulat unisel yg tidak mengadungi hifa.
Kulat ialah saprofit yg merembeskan enzim yg menguraikan
bahan organik kpd molekul ringkas sebelum menyerapnya.
PROTOZOA
Organisma unisel.
Mempunyai nukleus, sitoplasma, dan membran
plasma.
Berupaya menjalankan proses hidup seperti
respirasi, pemakanan, pembiakan & perkumuhan.
Bergerak dgn flagelum, silium atau psedopodium
VIRUS
Mikroorganisma yg paling ringkas & seni yg hanya boleh dilihat
menerusi mikroskop elektron.
Virus tidak dapat digolongkan dlm mana-mana alam kerana
virus bukan organisma bersel.
Terdiri drpd kapsid yg menyelaputi RNA/DNA.
Tidak mempunyai membran plasma, sitoplasma dan
mitokondrion.
Dapat dihablurkan & ditulenkan.
Di luar sel perumah, virus tidak melakukan sebarang proses
hidup & tidak boleh membiak dgn sendiri.
Virus perlu menjangkiti & menggunakan sel hidup untuk
membiak.
Wujud sebagai hablur kimia di luar sel perumah.
Contoh : bakteriofaj & virus mozek tembakau.