You are on page 1of 10

KEMAHIRAN

MEMFOKUS
AHLI KUMPULAN :
MOHD KHAIRUZZAMAN B. RAMLI
SALMEZAH BT SALIM
SITI ALSALIHAH BT YAACOB
WAN ZARINA BT WAN ZAHARI
DEFINISI : KEMAHIRAN MEMFOKUS

Memfokus bermakna memberi perspektif terhadap sesuatu yang baru sahaja


dinyatakan oleh klien. Ia membantu klien untuk menumpukan perhatian
kepada suatu isu dengan lebih tepat dan jelas justeru dapat mengelak dari
sesuatu kekeliruan serta ketidakpastian. Kemahiran ini membantu
pembimbing atau pengamal kaunseling mengarah trafik perbincangan
mengikut apa yang diinginkan bagi mencapai matlamat oleh klien (Mansur,
2010).
Menurut Abdul Ghani, 2003 dalam Mohamad Aziz Shah,
Mohamad Jazimin, Mohamad Nasir, Syed Sofian dan Md.
Noor, 2009, menyatakan bahawa kemahiran memfokus
menolong kaunselor memumpukan perbincangan kepada
suatu hal yang klien fikir berfaedah untuk diterokai. Ia
boleh digunakan apabila klien membincangkan beberapa
topik pada peringkat awal yang mengelirukan klien dan
kaunselor.
Menurut Ivey dan Morgan, 1997 dalam Mohamad Aziz Shah, dan
rakan-rakan, 2009, terdapat enam dimensi yang harus diberikan
semasa memfokus ;
Fokus kepada klien.
Fokus kepada masalah atau tema utama
Fokus kepada orang lain
Fokus kepada kaunselor
Fokus kepada isu yang sama atau kumpulan
Fokus kepada konteks budaya dan persekitaran
Memfokus juga menunjukkan pembimbing menyatakan minatnya terhadap
isu sedang diperbincangkan. Kemahiran memfokus membolehkan
pembimbing menggalakkan melihat kepada 'pokok' dan bukannya 'ranting'
yang melengkapkan pokok berkenaan. Ia juga sering digunakan apabila klien
kerap kali berpindah atau bertukar tajuk yang kemudiannya agak menganggu
pencapaian matlamat sesi. Kebanyakan klien melihat keluar dari dirinya
seperti berbincang tentang orang lain atau situasi yang diluar kawalannya.
Dengan menggunakan kemahiran memfokus, pembimbing atau pengamal
kaunseling boleh menarik balik perhatain dan fokus klien kepada dirinya serta
isu yang sedang diperbincangkan (Mansur, 2010)
Kemahiran memfokus boleh dilakukan samada memfokus kepada klien atau
memfokus kepada tema utama isunya. (Mansur, 2010).
Berfokus isu :
Contoh :
Di sini saya melihat ada beberapa isu yang dinyatakan oleh ahli,
jadi boleh tak kita pilih dulu satu isu yang kita nak bincangkan
dalam sesi ni
Berfokus ahli
CONTOH :
Lets stay with Sandy (Robert, Ed, Riley, Christine, 2012).
Saya nak kembali semula kepada apa yang Joe katakan sebentar tadi, sejak
bilakah kamu merasakan macam tu? (Robert, Ed, Riley, Christine, 2012).
HALANGAN DALAM MEMFOKUS
Menurut Ibrahim, 2002 dalam Mohammad Aziz Shah dan rakan-rakan, 2009, terdapat beberapa
hal yang menyebabkan berlakunya halangan dalam komunikasi yang tidak berkesan antara klien
dan kaunselor.:
kaunselor yang memerintah atau mengarah
Diskriminasi atau memilih.
Kaunselor kerap mencelah atau menyampuk
Kerap memberi arahan dan mengkritik
Fikiran kaunselor menerawang dan tidak fokus.
Gemar menyindir atau memuji klien secara berlebihan.
Suka menyiasat dan membuat penghakiman awal.
Terlalu keran nasihat
Gangguan luar.
CARA ATASI HALANGAN
Menurut Robert et al, 2012 ;
The leader also must be aware of where focus is and whether its need to be
shifted or to held.
The leader must aware of how deep the session is and may use a depth chart
to monitor the development of a session.
Before deepening the session, the leader should consider the purpose of the
group, the stage of the group, the phase of the session, the amount of time
left and how deep the focus group.
RUJUKAN
Mansur Abu Taib. (2010). Kemahiran Asas Kaunseling : Untuk Para Kaunselor. atas
talian file:///C:/Users/User/Downloads/fem3107_1299483089.pdf
Masson, R. L., Jacobs, E. E., Harvill, R. L., Schimmel, C. J. (2012). Group
Counseling Interventions and Techniques 7th Edition. Pacific Groves, CA :
Brooks/Cole.
Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip, Mohamad Nasir Bistamam, Ahmad Jazimin
Jusoh, Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper. (2009). Kemahiran Bimbingan
dan Kaunseling. Kuala Lumpur : PTS Publications.
Sapora Sipon. (2014). Kaunseling Kelompok Edisi Keempat. Nilai : Penerbit
Universiti Sains Islam Malaysia.

You might also like