You are on page 1of 21

KULIAH 2 PROJEK

SENI
SEJARAH KELAHIRAN PEMIKIRAN KREATIF
PM. DR. SIM CHEE CHEANG
Sejarah Pembangunan Pemikiran
Kreatif
Sejarah kelahiran pemikiran kreatif boleh dikesan melalui perubahan sikap
masyarakat kepada konsep kreatif.
-Pada awal zaman Yunani, konsep seni tidak melibatkan kebebasan tetapi keakuran
kepada peraturan. Persepsi seni orang Yunani berkaitan dengan “techne” atau
teknik. Hanya dengan kemasukan tamadun Roman barulah seni dikaitkan dengan
imaginasi dan inspirasi yang dulu dikhaskan kepada genre puisi sahaja.
- Ini sebab macam Plato, orang Yunani menganggap alam sebagai sesuatu yang
sempurna dan seorang pelukis hanya meniru kesempurnaan itu dan sebarang
keinginan untuk ‘mereka” sesuatu yang luar daripada “kebiasaan” dianggap salah
atau menentang kesempurnaan tersebut.
-Pada zaman pertengahan (Kristian), seni dikatakan adalah sesuatu kraftangan dan
tidak sesuai dengan pemahaman mereka tentang “creation” (latin) yang
membawa maksud “dicipta dari ketiadaan” iaitu hak Tuhan sahaja.
(sambung)
 Puisi adalah satu genre dalam seni yang dianggap sesuatu “rekaan” yang
tidak terikat dengan peraturan alam sebab bahasa tiada tandingan dalam
alam penglihtaan Seni Muzik pula hanya diiktirak sebagai satu tindakan
menghibur dan tidak mempunyai kebebasan untuk mereka dan dipanggil
‘nomoi” iaitu undang-undang. Dalam seni visual kebebasan dihadkan kepada
“proportion” sahaja yang Polycitus kata merujuk kepada bahagain badan
manusia yang dikenali sebagai “the canon” (ukuran). Plato pula berpendapat
bahawa satu seni yang baik perlu mengikut model universal dan kekal
sepanjang hayat.
 Puisi diiktiraf sebagai sesuatu yang hasil rekacipta sebab ia bukan imitasi reality
tetpi membawa satu keadaaan di antara kebenaran dan ketidakbenaran.
 Cuma dalam zaman Renaissance, manusia mula menyuarakan kebebasan
untuk merekacipta. Perkataan “kreativiti” mula diperkenalkan oleh seorang
pemuisi Poland iaitu Maciej Kazimierz tetapi masih pada genre puisi sahaja.
 Selama 1 abad kreativiti manusia tidak diktiraf sebab dianggap kreativiti hanya
kepunyaan Tuhan Mahakuasa. Sehingga abad ke-19 seni visual baru diiktiraf
sebagai satu hasil kreatif dan genre lain bukan.
 Hanya dalam abad ke20-an konsep kreativiti berkembang kepada bidang
sains dan alam sekitar.
(sambung)
 Pemuisi Poland Maciej Kazimiercz (1595-1640) iaitu puisi Latin
terakhir dalam sejarah puisi Latin telah menulis dalam puisinya
bertajuk De Perfecta Poeisi bahawa seorang pemuisi mencipta,
membina dan merekacipta sesuatu yang baru seperti Tuhan.
 Pada abad ke 17, Andre Fiben (1617-95) telah mengiktirafkan seni
visual sebagai sesuatu pereka kedua selepas Tuhan yang
membantu menyempurnakan alam.
 Pada abad ke18 semakin ramai seniman mula merujuk kepada
rekaan sebagai hasil imaginasi manusia. Joseph Addison seorang
pemuisi UK, pernah mengakui bahawa “imaginasi adalah sama
seperti rekaan”. Voltaire seorang pemuisi yang lain pula
mengatakan seorang pemuisi yang sebenar adalah seorang yang
kreatif.
 Pada abad ke-19, seni visual betul2 diberi pengiktirafan sebagai
satu hasil kreatif dan genre lain bukan.
(sambung)
 Pada abad ke-20an, semua bentuk seni dianggap hasil daripada
kreativiti dalam seseorang. Ini sebab konsep ini telah ditelitikan oleh
bidang sains yang termasuk psikologi yang mempopularkan ide
konsep kreatif.
 Di antara pelopor konsep kreativiti yang terkenal adalah Alex
Osbourne yang memperkenallkan “brainstorming”, Atshuller yang
membawa konsep ini kepada cara menyelesaikan masalah dan
“lateral thinking” / “pemikiran lteral” yang diperkenalkan oleh
Edward De Bono sejak 1960an hingga hari ini.
Definisi “Kreativiti”
Kreativiti merujuk kepad satu fenomena di
mana sesuatu yang baru dan bernilai
terbentuk. Benda yang dibentuk mungkin
sesuatu yang fizikal atau metafizikal seperti
satu idea, satu teori, satu skor muzik, pantun,
joke atau sesuatu mesin atau penulisan
serta seni visual.
Model Proses Kreatif
 Mengikut Graham Wallas (Art of Thought,1926)yang telah mempeloori
model proses kreatif yang pertama, proses tersebut melibatkan 5 tahap
iaitu:
 (i) persediaan – satu keadaan di mana seorang individu didedahkan
kepada permasalahan dan isu yang timbul dan minda dia akan cuba
melihat permaslahan tersebut daripada pelbagai perspective atau
dimensi.
 (ii) Inkubasi merujuk kepada masa di mana individu tersebut meresap
permaslahan itu kedalam minanya sevara tidak sedar tetapi tidak
dapat dilihat dari luar
 (iii)Intimasi adalah satu keadaaan di mana individu berasa dia akan
mendapat satu jawapan kepada permasalahan.
 (iv) illuminasi adalah masa di mana jawapan itu dimanifestasikan
dalam bentuk verbal dan individu itu sedar akan tindakan dia.
 (v) verifikasi adalah tahap terakhir di mna idea itu disahkan dan
deterangkan serta diapplikasi.
Cara Mengukur Kreativiti
 “Empat C" model oleh James Kaufman dan Beghetto
 1. Mini C – merujuk kepada jenis kreativiti yang membolehkan
pembelajaran transformatif yg melibatkan interpretasi personal
pengalaman, perlakuan dan pengamatan seseorang.
 2. little-c - jenis kreativiti yang digunakan dalam menyelesaikan
masalah harian dan expresi kreatif
 3. Pro-C - merujuk kepada jenis kreativit yang digunakan dalam arena
professional dam kerjayanya.
 4. Big-C - sesuatu persembahan kreativiti yang diangap berimpak
besar dalam bidang yang dipelopori individu yang kreatif tersebut.

 Pengasasnya jenis kreativit telah membolehkan analisis atas jenis


kreativiti yang digunakan. Contohnya Big-C dan Little C selalu
digunakan untuk menilai teori kreatif. Ada juga pertambhan kepada
ukuran 4 C ini iaitu h-kraetiviti yang merujuk kepada tambahan
komponen sejarah dan p-kreativiti yang merujuk pula kepada
“personal” kreativiti oleh Margaret Boden.
Teori Kreativiti
 Pelbagai jenis penyelidikan sudah dilakukan terutama dalam bidang pskiologi
dan sains kognitif untuk menentukan penjanaan idea kreatif. Ada di Antara
seperti Graham Wallas merupakan satu proses; ada juga yang melahirkan
teori kelahiran idea kreatif:
 1. Inkubasi – seperti yang disarankan oleh Graham Wallas
 2. Pemikiran dan convergent dan divergent
 3. Kognitif yang Kreatif
 4. Interaksi Explisit dan Implisit
 5. Cantuman Konseptul
 6. Teori “Honing”
 7. Pemikiran Imaginasi Harian
Inkubasi
 Inkubasi merujuk kepada tindakan yang sengaja menjauhi diri
daripada fokus atau bahan yang tersasar. Masa di mana seseorang
itu menjauhi diri daripada bahan sasarannya membolehkan
mindanya untuk “lupakan” tugasnya. Ini membolehkan idea-2
berlainan untuk masuk dan akhirnya bercantum dengan bahan
tersasar.
Pemikiran Convergent dan
Divergent
 J. P. Guildford merujuk kepada teori pemikiran ini sebagai satu cara
pemikiran di mana pemikiran “convergent” berfokus pada
kelahiran satu cara penyelesaian masalah yang “betul”, “biasa”
dan yang diharapkan. Sebaliknya pemikiran “divergent” adalah
pemikiran yang mencari penyelesaian masalah dengan cara luar
jangkaan. Biasanya pemikiran “divergent” juga dirujuk sebagai
“fluid intelligence” – sesuatu yang tidak tetap dan susah untuk
ditangkap.
Contoh:
Kognitif dan Kreatif
 Pada tahun 1992 seorang yang bernama Finke dan rakan-rakanya
telah mereka suatu teori penghasilan konsep kreatif yang
melibatkan Geneplore model.
 Geneplore membahagikan penghasilan idea kreatif kepada dua
bahagian yang bermula dengan fasa generatif. Ia melibatkan
penghasilan konstruk mental dahulu yang dipanggil stuktur
“preinventive”. Fasa ini akan dikuti oleh fasa “Exploratory” di mana
konstruk mental ini akan digunakan oleh minda untuk melahirkan
idea kreatif. Ini menjelaskan cara minda kita boleh melahirkan idea
luar biasa dengan bahan atau struktur yang biasa.
Contoh – Mengambil sebuah gambar yang
memang mencerminkan etnik dan menarik
perhatian orang.
Interaksi Explicit dan Implisit
 Teori ini yang lebih dikenali sebagai Teori EII yang diasaskan oleh Helle
and Sun. Teori ini sebenarnya mengabungkan semua aspek dan
konsep incubation Wallas dan teori eksplisit dan implisit Finke. Teori ini
mempunyai 5 asas:
 Perbezaan antara ilmu eksplicit dan implist yang hidup bersama
 Penglibatan proses implicit dan eksplist dalm melakukna kesegalaan
 Persembahan redundant ilmu eksplisit dan implisit
 Integrasi hasil proses implisit dan eksplisit;
 Proses yang mempunyai dua arah
Teori ini membantu dalam mengasaskan satu teori kelahiran kreativiti
melalui cantuman proses-2 yg sudah dinyatakan oleh pengasas lain.
Contoh
Blending Konseptul
 Di perkenalkan oleh Arthur Koestler dalm bukunya bertajuk “The Act
of Creation” yang mengunjurkan konsep “Bisociation”. Ia melihat
idea kreatif sebagai hasil daripada pertemuan dua kerangka
rujukan yang berlainan. Ini menjadi asas kepada perspective yang
diambil oleh Sains kognitif yang melihatnya sebagai satu “blending”
dengan metafora, analogi dan dan pemetaan struktur.
Teori Honing
 Teori ini dikembang oleh Liane Gabora yang melihat kelahiran kreativiti
sebagai satu hasil pandangan dunia berasaskan perancangan
pendirian dan pembaikan pendirian yang natural.
 Hasil kreatif dilahirkan sebab proses “honing” apabila dua atau lebih
pandangan dunia bergabung. Teori ini menekan hasil visual yang
merupakan gabungan 2 pandangan dunia yang berlainan yang asyik
memperbaiki konsep2 lama yang terkandung dalam dunia
pandangan berlainan tersebut.
 Teori ini menganggap dalam interaksi antara pandangan dunia
berlainan lahirlah assosiasi yang familiar dan juga yang baru. Inilah
sebabnya kadang-2 sebuah idea kreatif mempunyai banyak potensi
tetapi belum direalisasikan. Cara ia akan direalisasikna bergantung
keapda kekuatan pengalaman dalam kerangka pandangan dunia
berlainan.
 Teori ini digunakan untuk menilai hasil kreatif pelukis atau pengarca
yang menghasilkan lukisan dan arca yang mempunyai persamaan
dan dikatakan “gaya” seniman tersebut.
Pemikiran Imaginasi Harian
 Pemikiran harian diiktira sebagai sesuatu yang tidak berasaskan
fakta dan ini dikatakna adalah alternative kepada reality kita.
 Pernah dikatakan proses menghasilkan sesuatu yang bertentangan
dengan reality kita adalah sama dengan penghasilan fakta reality
kita.
TUTORIAL 2
 Baca article Edward De Bono bertajuk “Serious Creativity” dan bincang
teknik “Lateral thinking”nya. Nyatakan kekuatan teknik kelahiran idea
kreatif berbanding dengan teori kelahiran kreatif seperti di bawah:
1. Inkubasi – seperti yang disarankan oleh Graham Wallas
2. Pemikiran dan convergent dan divergent
3. Kognitif yang Kreatif
4. Interaksi Explisit dan Implisit
5. Blending Konseptul
6. Teori “Honing”
7. Pemikiran Imaginasi Harian