You are on page 1of 43

PENGARUH LUAR DALAM

MASYARAKAT DAN BUDAYA MELAYU


AHLI KUMPULAN:
Daniel Hoo
Viliana Kong
Sharon Wong
PENGENALAN
Antara pengaruh luar dalam masyarakat dan
budaya Melayu:
• Hindu
• Islam
• Nusantara
• Barat
PENGARUH HINDU DALAM
MAYARAKAT DAN BUDAYA MELAYU
Pengenalan
• Kebudayaan dan peradaban adalah satu kesatauan
yang kompleks yang mengandungi antaranya
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila,
undang-undang, adat resam dan lain-lain.
• Sebelum kedatangan Islam, agama, dan budaya
Hindu-Budha telah bertapak kukuh dalam masyarakat
alam melayu hingga berabad-abad lamanya. Agama
Hindu boleh dikatakan menjadi anutan kebanyakan
masyarakat atasan seperti golongan istana kerana
ianya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial
dan politik mereka sendiri. Manakala rakyat biasa
atau bawahan selalunya menganut dan memegang
kepada kepercayaan animisme.
Upacara Perkahwinan Atau Bersanding
• Dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin
dikatakan raja sehari dan diadakan upacara bersanding
sebagai kemuncak bagi upacara tersebut.
• Pasangan ini akan diletakkan di atas pelamin tanpa
bergerak-gerak. Upacara persandingan seolah-olah
menjadi satu kewajipan, sedangkan persandingan itu
merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan
Dewa Rama dan Dewi Sita dengan sebab inilah
pengantin baru digelar sebagai Raja Sehari.
• Penggunaan sirih pinang , beras kunyit merupakan
pengaruh Hindu dan penggunaan beras kunyit ialah
bertujuan memberi semangat kepada pengantin
berdasarkan kekuningan semangat padi.
Adat Melenggang Perut
• Diamalkan di kalangan keluarga diraja dan juga
rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh
bulan.
• Upacara ini dilakukan oleh Tuk Bidan dengan
tujuan untuk membuang garuh atau kecelakaan
ang mungkin menimpa ibu yang bakal bersalin.
• Ini adalah kepercayaan animisme pada unsur
ghaib. Di samping itu, adat ini juga bertujuan
membetulkan kedudukan bayi di dalam perut
ibunya.
• Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini
ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat
lahirkan anak dengan mudah dan selamat.
Adat Berinai
• Berinai dalam perkahwinan Melayu seakan menjadi
kewajipan.
• Istiadat berinai adalah antara tradisi dalam
perkahwinan Melayu yang boleh dikategiorikan kepada
tiga acara iaitu,berinai curi, berinai kecil dan berinai
besar.
• Walaupun unsur-unsur budaya ini di kekalkan namun
ianya disesuaikan dengan lunas-lunas agama Islam
kerana tidak bertentangan dengan lunas islam.
• Corak lukisan inai di atas tangan kalangan masyarakat
Melayu bermula sejak beberapa tahun sebelum ini.
Gaya terbaru ini adalah pengaruh daripada budaya
Hindu di India dan Islam di Pakistan, Mesir, Iran dan
Syria.
Adat Membelah Mulut Bayi
• Bagi upacara mencecah garam ke mulut kanak-
kanak, ia bersamaan dengan adat Hindu yang
mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi
yang di lakukan oleh Brahmin supaya bayi itu
panjang umur dan mendapat kebahagian di
dalam hidupnya. Bagi Islam, adat ini diganti
dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma.
Pembacaan mantera yang biasa dilakukan
sebelum adat itu dimulakan juga digantikan
dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-
Ikhas dan kemudian dibacakan doa.
Adat bersembah
• Pemujaan Raja secara melebih-lebih dalam
masyarakat Melayu selalu berlaku. Dahulu, ini
juga merupakan cerminan kepada pengaruh
Hindu dan Buddha dalam masyarakat Melayu
bah kan perkataan “Raja” itu sendiri pun
sudah memperlihatkanpengaruh Hindu yang
tebal.
• Begitu juga dari aspek pertabalan dan adat
istiadat Istana Melayu, terlihat lagi kekuatan
unsur Hindu dan Buddha dalam mencorakan
adat Melayu itu.
Kenduri Arwah
• Apabila ada sesuatu kematian dan selepas
kematian, mesti diadakan kenduri masuk
kubur pada hari ke-3 (makan serabai), kenduri
pecah perut pada hari ke-7, kenduri hari ke-40
iaitu roh berpisah dengan waris dan kenduri
hari ke-100, iaitu turun batu nisan dan bagi
roh itu memasuki dalam jemaahnya sebagai
ahli kulaur. Ini merupakan kepercayaan
penganut agama Hindu.
Upacara Kematian
• Apabila orang Melayu meninggal, bilah sudah
ditanam, akan ditabur bunga di atas kubur
tersebut.
• Ini juga adat agama Hindu. Kalau kita
perhatikan, orang Hindu yang mati sebelum
dibakar, akan diletakkan bunga ke atas
mayatnya.
• Hari ini, orang Melayu bukan sahaja menabur
bunga di atas kubur, bahkan mayat itu sudah
ditabur bunga di rumah lagi sebelum dibawa
ke tanah perkuburan.
Kesimpulan
• Perkara yang telah di senaraikan adalah
sebahagian daripada khurafat dan tahyul. Di
mana ia tidak mempunyai sebarang sandaran
agama sama ada Al-Quran, Sunnah, Ijmu atau
Qias. Oleh itu, sesuatu yang tidak mempunyai
sandaran adalah baru dan jika demikian, ia
adalah bidaah dan wajib dijauhi. Secara tidak
langsung ia akan menyelamatkan kita semua
dari dicemari oleh unsur-unsur khurafat yang
boleh membawa kepada syirik kepada Allah
SWT.
Pengaruh Islam dalam
Masyarakat dan Budaya
Melayu
• Sebagai ajaran yang lengkap, Islam turut
membawa transformasi dalam aspek sosial di
alam Melayu.
• Unsur-unsur kekastaan semakin terhakis
diganti dengan sistem keadilan dan
persamaan sesama insan.
• Wertheim berkata Islam telah menaikkan
harga diri golongan bawahan yang selama ini
tertindas dan terhina dalam sistem hindu.
• Budaya, cara hidup, amalan dan adat istiadat
orang-orang di alam Melayu turut menerima
trasformasi.
• Ia merupakan kesan daripada ajaran-ajaran yang
terdapat dalam Islam itu sendiri.
• Pengaruh akidah, syariah dan akhlak sedikit
demi sedikit mempengaruhi kehidupan seharian
mereka.
• Contohnya ialah sikap dan sifat orang-orang
Melayu yang hormat-menghormati, larangan
berbohong, menghormati orang tua, guru-guru,
bergotong-royong, konsep kejiranan dan
sebagainya.
• Selain itu, pakaian tradisional kaum Melayu
juga turut mempunyai pengaruh Islam iaitu
menepati ciri-ciri menutup aurat.
• Pengaruh tulisan arab juga disesuaikan
dengan tulisan masyarakat Melayu dengan
terhasilnya tulisan jawi.
• Mengikut Prof.Hamka, dengan tidak
mengabaikan jasa Acheh di zaman
kebesaran Pasai, dapatlah dicatat bahawa
Sultan Muhammad Shah, yang nama
Hindunya Permaisura dan lantik gelarnya
dikala mudanya Raja Kecil Besar itu, adalah
pembangunan utama dari adat istiadat
Melayu Islam.
• Pengalaman-pengalaman baginda dan
pandangannya tentang adat istiadat
Majapahit, Kerajaan Siam dan Kerajaan
Pasai, menimbulkan keinginan beliau
mengatur adat istiadat kerajaan dalam
bentuknya sendiri.
• Apatah lagi apabila baginda mendengar
peraturan-peraturan dalam Kerajaan
Hindustan, Parsi dan Arabia.maka terkenallah
adanya ‘Undang-undang Kerajaan Melaka’,
yang sampai kepada zaman-zaman terakhir
setengahnya masih terpakai pada beberapa
kerajaan Melayu.
• Beberapa peraturan (adat istiadat) yang
beliau gariskan:

 Pemakaian payung
 Raja bersemayam
 Menerima atau melepaskan utusan
 Raja melantik gelaran
 Raja berangkat
 Peraturan mengadap raja bernobat
 Raja mengadakan peralatan (jamuan
besar)
 Raja berangkat ke masjid
 Hari raya
 Larangan dan pantangan
• Di bawah pengaruh agama Hindu sebelum itu
keilmuan berasaskan elitisme dan pengajian
berlaku dalam kelompok yang ekslusif iaitu di
Istana-lstana sahaja.
• Pengaruh Islam kemudiannya telah
mengubah sifat elitisme warisan Hindu ini
kepada sifat popular.
• Pengajian telah berubah dari budaya Istana
yang eksklusif kepada budaya terbuka untuk
semua peringkat masyarakat walaupun Istana
masih memainkan peranan penting.
• Dari segi bahasa, selepas kedatangan Islam
bahasa Arab mula mengambil alih bahasa
Sanskrit.
• Huruf Arab telah digunakan bagi menggantikan
huruf Kawi dan Nagari.
• Dengan demikian, selepas kedatangan Islam
bahasa Melayu telah mengalami perubahan
yang pesat dengan peniruan kata-kata Arab
sehingga bahasa Melayu menjadi media
kepada ilmu pengetahuan seperti Teologi,
Falsafah, Etika dan sebagainya.
• Pengaruh Islam di Alam Melayu juga telah
memulakan tradisi penulisan buku-buku ilmu
pengetahuan dalam masyarakat Melayu.
• Ia merangkumi ilmu-ilmu Teologi, Falsafah,
Undang-Undang, Sejarah dan Perubatan.
• Dengan penulisan ini bahasa Melayu
mengalami proses pemodenan dan mulai
tersebar dengan meluas sehingga
menjadikannya lingua franca di Nusantara.
• Dengan memperkenalkan pengajian
Falsafah, pengaruh Islam di Nusantara telah
memperkenalkan pemikiran yang bercorak
rasional dan intelektual dalam masyarakat
Melayu.
• Pengaruh Islam telah mengubah penekanan
daripada unsur-unsur estetika dalam
kebudayaan Melayu seperti yang biasa
berlaku pada zaman Hindu kepada
pemikiran yang bercorak aqliyah.
• Di samping itu, Islam juga menekankan
unsur-unsur persamaan sosial, keadilan,
kemuliaan peribadi dan sebagainya.
• Dengan itu pengaruh Islam telah mengubah
pandangan orang Melayu daripada yang
bercorak mitologi fantasi kepada pemikiran
yang bercorak intelektual yang rasional dan
ilmiah.
Nusantara :
Konsep asal Nusantara :
Nusantara ialah sepatah kata majmuk yang berasal daripada dua perkataan
bahasa Jawa kuno :
 nusa (pulau)
 antara (lain)
Dalam penggunaan bahasa moden, istilah "Nusantara" merujuk kepada
lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang merangkumi
a. kepulauan Indonesia
b. Malaysia
c. Singapura
d. bahagian paling selatan Thailand
e. Filipina
f. Brunei
g. Timor Timur
h. Taiwan
i. ia tidak melibatkan daerah Papua New Guinea.
Istilah padanan untuk "Nusantara" dalam bahasa Malaysia ialah Alam Melayu dan
dalam bahasa Indonesia ialah "Nusantara" (kepulauan di antara), walaupun
istilah ini kini juga digunakan secara meluas di Malaysia.
Bahasa dan kebudayaan
• Kebanyakan bahasa yang dituturkan di wilayah Nusantara merupakan
sebahagian keluarga bahasa Melayu-Polinesia, termasuk bahasa
Tagalog yang dituturkan secara meluas di Filipina, bahasa Jawa yang
dituturkan di Pulau Jawa dan sudah tentunya, bahasa Melayu yang
dituturkan di Malaysia (yang dikenali juga sebagai Bahasa Malaysia),
Singapura dan Brunei (yang dikenali sebagai Bahasa Melayu). Bahasa
Indonesia juga berasal daripada bahasa Melayu dan dikenali sebagai
Bahasa Indonesia oleh orang tempatan karena penamaan bahasa
Indonesia mengikuti "Sumpah Pemuda tahun 1928".
• Seribu tahun dahulu, agama wilayah Nusantara ialah agama campuran
yang terdiri daripada agama-agama Hindu, Buddha, dan tradisi-tradisi
asli. Sejak dari masa itu, agama-agama yang baru, termasuk agama
Kristian dan terutamanya, agama Islam telah memantapkan
kedudukannya di sini.
• Kebudayaan di wilayah ini kini dipengaruhi oleh banyak agama.
Agama Islam merupakan agama yang terutama, khususnya
a) Indonesia
b) Brunei
c) Malaysia
d) di kalangan orang Melayu di Singapura
e) di Mindanao
f) kawasan Filipina selatan
• Agama Katolik merupakan agama terutama di Filipina dan Timor
Timur. Di Semenanjung Malaysia terdapat juga banyak penganut
agama Buddha dan Kristian daripada berbilang mazhab,
bersama-sama orang Hindu. Agama Hindu ialah agama utama di
Pulau Bali.
Konsep Nusantara
• Istilah "Nusantara" boleh merujuk kepada perkara-perkara yang
berlainan, bergantung kepada konteksnya.
• Nusantara sebagai Konsep Kebudayaan.
• Digunakan dalam konteks kebudayaan, istilah "Nusantara" secara
amnya merangkumi pulau-pulau Asia Tenggara dan sebilangan wilayah
benua yang berjiran yang bahasa-bahasa Melayu-Polinesia serta
budaya-budaya berkait merupakan budaya yang terutama.
• Malaysia (termasuk tanah besar Malaysia), Filipina, dan pulau-pulau
negara Indonesia (kecuali New Guinea), kesemuanya termasuk dalam
konsep Nusantara.
• Secara linguistik, konsep ini boleh diperluas untuk merangkumi pulau-
pulau Taiwan dan Madagascar kerana bahasa asli kedua-dua pulau ini
juga merupakan sebahagian bahasa Austronesia.
Kerajaan-kerajaan Jawa :
• Kitab Negara kertagama mencantumkan wilayah-wilayah "Nusantara", yang
pada masa sekarang dapat dikatakan merangkumi sebahagian besar wilayah
modern Indonesia (Sumatra, Kalimantan, Nusa Tenggara, sebahagian Sulawesi
dan pulau-pulau di sekitarnya, sebahagian Kepulauan Maluku, dan Papua
Barat) ditambah wilayah Malaysia, Singapura, Brunei dan sebagian kecil Filipina
bahagian selatan.
• Secara morfologi, kata ini adalah kata majumuk yang diambil dari bahasa Jawa
Kuna atau Sanskrit nusa ("pulau") dan antara ("gugusan"). Sedangkan
Nuswantara berasal dari kata nusa ("bangsa-bangsa") swa (yang
"mandiri/merdeka") anta ("suci/ anak dari dewa/ keturunan mulia") dan tara
("kesatria kebenaran").
• Di bawah Kerajaan-kerajaan Jawa, istilah "Nusantara" ialah istilah yang paling
luas antara tiga istilah yang digunakan untuk menghuraikan lingkungan
pengaruh raja-raja Jawa:
• "Negara Agung"' digunakan untuk menghuraikan kawasan di sekitar ibu kota
yang tertakluk kepada pengaruh raja secara langsung;
• "Mancanegara" digunakan untuk kawasan-kawasan yang
budayanya adalah serupa dengan kebudayaan Jawa, tetapi
terletak di luar lingkungan pengaruh langsung raja. Ia umumnya
termasuk pulau-pulau Madura, Bali, dan mungkin juga Lampung
dan Palembang.
• "Nusantara" ialah kawasan di luar pengaruh kebudayaan Jawa
tetapi masih dituntut oleh raja-raja Jawa sebagai tanah jajahan
mereka, dengan raja kawasan-kawasan tersebut diperlukan
membayar ufti kepada raja Jawa.
Penggunaan moden :
• Walaupun istilah "Nusantara" sememangnya digunakan untuk
merujuk kepada wilayah-wilayah Indonesia, istilah ini secara
amnya kini dipergunakan dengan erti kata yang sebenarnya dari
segi konsep kebudayaan yang dihuraikan di atas.
Pengaruh Barat dalam
Kebudayaan Melayu
• Pengaruh barat dalam kebudayaan Melayu
sememangnya sangat jelas. Pengaruhnya boleh
dilihat dari aspek ekonomi, sosial, kesenian,
politik dan lain-lain.
Pengaruh Ekonomi Barat
• Mengamalkan sistem ekonomi secara kapitalis
yang menjadikan faedah (riba) sebagai asasnya.
• Contohnya dalam berhutang, penghutang
dikenakan faedah sebanyak beberapa peratus dari
jumlah yang dipinjam. Ini sebenarnya menindas
penghutang dengan faedah yang dikenakan.
Pengaruh Ekonomi Barat
• Mengamalkan sistem ekonomi secara kapitalis
yang menjadikan faedah (riba) sebagai asasnya.
• Contohnya dalam berhutang, penghutang
dikenakan faedah sebanyak beberapa peratus dari
jumlah yang dipinjam. Ini sebenarnya menindas
penghutang dengan faedah yang dikenakan.
• Sistem ini adalah gabungan sistem ekonomi
sosialis dan kapitalis.
• Ekonomi masyarakat Malaysia juga dibahagikan
mengikut bangsa semasa pemerintahan barat
yang mengamalkan dasar “pecah dan perintah”.
• Ini menyebabkan berlaku jurang perbezaan
ekonomi antara orang Melayu, Cina, dan India.
Pengaruh Politik Barat:
• Barat telah memperkenalkan sistem demokrasi.
• Sistem ini telah berjaya menghapuskan sistem
feudal Melayu zaman itu yang mengamalkan
Pemerintahan Beraja.
• Demokrasi mengutamakan suara rakyat dan
rakyat berkuasa penuh dalam penentuan
pemimpin mereka.
• Terdapat pelbagai jenis demokrasi yang
diperkenalkan oleh barat antaranya Demokrasi
Berparlimen.
• Malaysia telah mengamalkan Demokrasi
Berparlimen sejak mendapat kemerdekaan
daripada British.
• Demokrasi Berparlimen ini diamalkan di bawah
pentadbiran Raja Perlembagaan.
Pengaruh Sosial Barat:
• Pengaruh lebih kepada cara berfikir yang dianggap
moden iaitu berfikiran terbuka.
• Pemikiran yang terbuka contohnya masyarakat
sudah kurang mempercayai tentang perkara-
perkara yang digelar pantang larang, petua dan
lain-lain dan sesetengah orang menganggapnya
sebagai karut.
• Barat juga mengamalkan sosial kekeluargaan
tidak sesuai diamalkan oleh kita. Sebagai contoh,
barat mula mengiktiraf bersekedudukan tanpa
nikah, pasangan sejenis, keibubapaan tunggal
dan lain-lain.
• Perkara ini tidak sesuai sama sekali dengan
masyarakat Islam di Malaysia.
• Barat cuba mencari alternatif lain menggantikan
institusi kekeluargaan dan antara alternatif yang
dicadangkan ialah bersekedudukan tanpa nikah,
pasangan sejenis, keibubapaan tunggal,
kehidupan berkelompok, dan didikan anak
secara professional (Eliot, 1986).
• Perkara ini melanda masyarakat timur termasuk
Malaysia secara perlahan-lahan, namun institusi
kekeluargaan masyarakat Islam di Malaysia masih
utuh dengan berlandaskan Islam.
Pengaruh Kesenian Barat:
• Dunia mula diperkenalkan dengan aliran-aliran
muzik barat yang pelbagai antaranya kumpulan-
kumpulan artis yang beraliran rock, balada, pop,
jazz, dan lain-lain.
• Setiap aliran ini mempunyai identiti dan imej yang
tersendiri.
• Seni hiburan barat ini menjadi ikutan negara lain
termasuklah Malaysia.
• Ini telah menyebabkan seni tradisional sudah
mula dipinggirkan sehingga ke hari ini.
• Seni reka bentuk pula, boleh dilihat dari
bangunan-bangunan yang dibina dengan reka
bentuk yang dianggap moden oleh orang ramai.
• Contohnya, Menara Berkembar Petronas
contohnya, dibina dengan berkonsepkan silinder
yang diideakan oleh barat.
KONKLUSI
• Budaya dan masyarakat Melayu pada hari ini
telah dipengaruhi oleh pelbagai pengaruh luar.
• Ini bermaksud pengaruh luar seperti Hindu,
Islam, Nusantara dan Barat telah
menyumbang kepada wujudnya masyarakat
dan budaya Melayu yang unik ada hari ini.
• Oleh itu, generasi muda diseru untuk
meneruskan budaya dan amalan mereka yang
tersendiri ini.