You are on page 1of 18

Pendekatan Behaviorisme

Pengenalan
 Pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam diri
seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman.
 Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dilahirkan
sehingga sukar untuk membezakan antara pemebelajaran
dengan tumbesar kerana kedua-duanya saling berkaitan.
 Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas tingkah laku
manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur.
 Ahli-ahli psikologi Behavioris berpendapat sesuatu benda yang
wujud adalah benda yang kita boleh tengok dan perhatikan.
 Kita tidak dapat melihat pemikiran tetapi kita dapat membuat
pemerhatian terhadap perlakuan manusia.
 Mereka berpendapat tingkah laku melambangkan pembelajaran
berulang dan bagaimana proses pembelajaran berlaku.
 Di antara tokoh-tokoh Behaviorisme ialah ahli pelaziman klasik-
Ivan Pavlov, J.B. Watson dan ahli pelaziman operan-
E.L.Thorndike dan B.F.Skinner
Teori Pelaziman Klasik
Pavlov
 Pavlov merupakan pelopor konsep pelaziman klasik.
 Penerima hadiah nobel atas kajiannya dalam proses penghadaman.
(At this time, his investigations dealt mainly with digestion in dogs)
 Pada penghujung tahun 1800an dan awal 1900an, Pavlov telah
mengkaji proses penghadaman dalam anjing dalam masa dan
kadar penghasilan air liur haiwan tersebut.
 Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak bals.
 Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa
pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan
dengan gerak bals.
 Pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini dikenali
sebagai pelaziman klasik.

 3 peringkat pelaziman berlaku, iaitu:


 Sebelum Pelaziman
 Semasa Pelaziman
 Selepas berlakunya Pelaziman
Prinsip Pelaziman Klasik Pavlov
(Generalisasi, Diskriminasi, Penghapusan)

 Generalisasi
 -rangsangan yang sama akan
menghasilkan tindak balas yang
sama.
 Contoh: Seseoprang yang risau dalam
subjek Kimia akan digeneralisasikan
subjek Biologi kerana kedua-dua
subjek mempunyai perkaitan yang
sama.
Diskriminasi

 Diskriminasi berlaku apabila individu


bertindak balas terhadap rangsangan yang
tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan
yang lain.
 Dalam kajian terhadap anjing, didapati
anjing tersebut hanya bertindak balas
apabila mendengar bunyi loceng sahaja
tetapi tidak pada bunyi selain dari loceng.
 Contoh: Seseorang tidak risau untuk
mengambil subjek Sejarah atau Bahasa
Melayu kerana ia berbeza daripada subjek
Sains.
Penghapusan

 Penghapusan berlaku apabila rangsangan


terlazim yang tidak disertai dengan
rangsangan tidak terlazim.
 Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak
disertakan rangsangan tak terlazim
(daging).
 Dalam hal ini, maka lama-kelamaan bunyi
loceng tadi tidak akan merangsang anjing
tadi untuk mengeluarkan air liur.
 Tindak balas akhir akan terhapus dan
prinsip ini dikenali sebagai penghapusan.
Teori Pelaziman Klasik
Watson
 Kajiannya: emosi manusia juga boleh dilazimkan
secara klasik.
 Kajian ke atas seekor tikus putih dan kanak-kanak
Albert 11 tahun.
 Pada mulanya Albert tidak takut melihat tikus putih.
 Tetapi apabila satu bunyi kuat dikeluarkan serentak
dengan kemunculan tikus tersebut, Albert takut dan
menangis.
 Watson menyarankan, guru boleh mempengaruhi
pengalaman pembelajaran murid dengan menentukan
rangsangan yang akan didedahkan kepada murid dan
jenis gerak balas yang akan dihasilkan.
Teori E.L. Thorndike
 Ahli behavioris pertama yang mengemukakan konsep
‘pelaziman operan’.
 Kajiannya ke atas kucing, ayam, anjing dan monyet.
 Contoh: kucing di dalam sangkar – makanan diletak di luar
sangkar.
 Kucing cuba dapatkan makanan -pembelajaran cuba jaya.
Berulang kali berjaya membuka selak pintu sangkar untuk
mendapatkan makanan.
 Melalui eksperimen, Thorndike berpendapat bahawa
pembelajaran berlaku hasil gabungan antara S-R iaitu
Stimuli (rangsangan) dan Responses (tindak balas)
 Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia
dikawal oleh hukum tertentu yang disebut hukum
pembelajaran.
 Hukum-hukum pembelajaran dibahagikan kepada tiga
hukum:
 Hukum Kesediaan
 Hukum latihan
 Hukum Kesan
a) Hukum Kesediaan

 Apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan


sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi
kepuasan kepadanya.
 Sekiranya tidak melakukannya ia akan menimbulkan
perasaan dukacita dan kalau dipaksa melakukannya
ia akan menghasilkan pembelajaran yang tidak
sempurna.
 Rumusannya, hukum kesediaan merujuk kepada
kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada
sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar.
 Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek utama,
kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan
kesediaan kognitif.
b) Hukum Latihan

 Menurut Thorndike, perkaitan antara rangsangan dan


tindak bals (R-G) akan bertambah kukuh melalui
latihan yang diulang-ulang.
 Seseorang individu akan menguasai kemahiran jika
latihan diadakan.
 Contoh: Rumusan Matematik –jika pelajar selalu
mengulangkajinya, dia akan dapat mengingatinya
dengan mudah.
 Hukum latihan menyatakan bahawa satu tingkah laku
akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan
dilemahkan tanpa pengukuhan.
 Hukum latihan ini sangat sesuai digunakan bagi
latihan hafalan.
c) Hukum Kesan

 Hukum Kesan menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan


diiukuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang
menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan
meningkat dan sebaliknya.
 Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan
dan gerak bals akan bertambah kukuh jika terdapat kesan
yang menyeronokkan.
 Kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian
antara R-G.
 Contoh: jika dalam eksperimen Thorndike, kucing
mendapat kejutan elektrik apabila keluar dari sangkar,
kesannya tentulah menyekitkan dan ia tidak akan
mempunyai motivasi untuk keluar dari sangkar.
 Rumusannya, jika tingkah laku diikuti dengan kepuasan, ia
akan diulang tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan ia akan
lenyap.
Teori pelaziman Operan Skinner

 B.F. Skinner sependapat dengan Pavlov tetapi menyatakan


bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa
yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks
daripada perlakuan yang mudah.
 Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan
binatang seperti tikus dan burung merpati.
 Skinner telah menghasilkan ‘Skinner Box’ di mana tingkah
laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan
gerak balasnya dihitungkan.
 Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori
pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.
 Menurut Skinner (1953) dalam teori pelaziman opean gerak
balas boleh dikuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak
diulang) jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak
balas itu ditunjukkan.
Peneguhan

 Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk


menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi.
 Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis iaitu
peneguhan positif dan peneguhan negatif.
 Peneguhan Positif- ialah memberikan sesuatu ganjaran
setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan
perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.
 Contoh: kata-kata pujian, senyuman, menepuk bahu pelajar
dan memberi hadiah.
 Peneguhan positif boleh diberikan secara berterusan atau
dalam bentuk berkala.
 Peneguhan berterusan bermaksud, peneguhan akan
diberikan selepas setiap reaksi yang diingini ditunjukkan.
 Peneguhan berkala pula ialah peneguhan yang diberikan
selepas satu jangka masa yang ditetapkan.
 Peneguhan berkala pula dapat dibahagikan kepada
peneguhan berkala tetap dan peneguhan berkala berubah.
Kesan Peneguhan Positif

 -mendorong murid menghasilkan kerja


bermutu tinggi.
 Peneguhan mestilah jelas dan sistematik.
 Memuji secara ikhlas
 Memuji dengan cepat
 Memuji tingkah laku yang spesifik
 Memuji usaha dan cuba jaya
 Memuji tanpa pilih kasih
 Memuji jawapan atau respon yang spontan.
Peneguhan Negatif

 Peneguhan negatif ialah rangsangan serta


merta yang tidak selesa atau menyakitkan
yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku
ditunjukkan.
 Contoh: bapa yang memarahi anak yang
tidak menyiapkan kerja rumah yang
diberikan oleh guru.
 Oleh kerana jemu leteran bapa, maka anak
itu dapat membuat kerja sekolahnya.
 Tindakan anak (membuat kerja rumah)
menghapuskan rangsangan yang tidak
diingini. (leteran bapa)
Hukuman

 Hukuman ialah satu proses atau tatacara untuk


melemahkan atau mengurangkan berulangnya
tingkah laku yang tidak diingini.
 Tegasnya, hukuman adalah kesan negatif yang
membawa kepada pengurangan dalam kekerapan
berlakunya tingkah laku tersebut.
 Hukuman dibahagikan dalam 2 bentuk:
 A) Hukuman Persembahan (Presentation punishment)
-menakutkan pelajar (Larian padang)
 B) Hukuman Penyingkiran (removal punishment)
-(tidak membenarkan anak menonton tv)
Prinsip Premack

 Ia mengaitkan aktiviti yang kurang


diminati dengan aktiviti yang lebih
diminati untuk mengukuhkan tingkah
laku terhadap aktiviti yang kurang
diminati.
 Grandma’s Rule yang berasaskan :
“Kamu boleh keluar bermain selepas
kamu habiskan sayu-sayuran ini”
 Contoh: Selepas aktiviti Matematik
boleh bawa murid untuk bermain
komputer, misalnya.
Pelupusan

 Perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan


lupus dengan sendirinya.
 Prinsip-prinsip Behaviorisme telah
diaplikasikan dalam pengajaran melalui:
 A) satiation-murid yang berjalan dlm kelas
 B) time-out-murid yang baling kertas
 C) shaping-murid diajar kemahiran kecil utk
membentuk kemahiran baru cn: Penulisan
karangan
 D) Desensitize-mengurangkan rasa takut
atau fobia tentang peperiksaan sebagai
contohnya.
“Lambaian Malar Hijau”

Selagi Jiwa Dikandung Badan

 Teruskan perjuangan!

You might also like