Langkah Pengajaran Gagne

Disediakan oleh : Nadirah bt Kamarudzaman Misnah bt Suparjan Wahadatul Arta·iah bt Sa·audi Nur Nadia bt Bakim

9 langkah Pengajaran Gagne

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan 9 langkah gagne

‡ Mata Pelajaran ‡ Tahun ‡ Tajuk

: Sains Sekolah Rendah :3 : Haiwan

Langkah 1: Menarik Perhatian

Langkah 2 : Maklum Pelajar tentang Objektif
Aktiviti Pengajaran
Guru meminta murid membacakan objektif topik haiwan
Guru meminta murid meramal apa yang akan dipeajari

Aktiviti Pembelajaran
Murid mencatat perkara penting semasa guru memberi penerangan mengenai kesemua objektif sifat luaran haiwan

Strategi
Berpusatkan Guru

Pendekatan
Induktif (spesifik umum).

Teknik dan Kaedah
Perbincangan

Langkah 3 : Merangsang ingatan kembali pengetahuan sedia ada/ Pembelajaran lepas
Aktiviti Pengajaran
Guru melibatkan aktiviti berkumpulan + menyediakan model jenis haiwan + mengkehendaki murid melabel sifat luaran dan fungsi sifat luaran haiwan

Aktiviti Pembelajaran
Murid-murid bekerjasama di dalam kumpulan bagi menyiapkan tugasan yang melibatkan pelabelan sifat luaran haiwan dan pengkalsifikasi fungsi sifat luaran haiwan.

Strategi
Berasaskan bahan

Pendekatan
Induktif (spesifik umum).

Teknik dan Kaedah
Penyelesaian masalah

Langkah 4 : Mengemukakan bahan Rangsangan
Aktiviti Pengajaran
Guru menyediakan alat bantu mengajar seperti model, gambar rajah dan juga aktiviti mengenai sifat luaran haiwan

Aktiviti Pembelajaran
Murid menggunakan alat bantu mengajar bagi mengenal asti konsep sebenar sifat luaran haiwan

Strategi
Berdasarkan Bahan

Pendekatan

Teknik dan Kaedah
Simulasi model

Langkah 5 : Memberikan bimbingan Pembelajaran
Aktiviti Pengajaran
Guru menggunakan kaedah pengurusan grafik iaitu melalui penggunaan jadual yang membandingkan sifat luaran haiwan beserta fungsinya bagi jenis haiwan yang diberikan.

Aktiviti Pembelajaran
Murid melengkapkan jadual mengenai sifat luaran haiwan beserta fungsinya mengikut jenis haiwan yang berbeza

Strategi
Berasaskan tugasan/aktiviti

Pendekatan
Induktif(spesifik- umum)

Teknik dan Kaedah
Perbincangan

Langkah 6 : melaksanakan Perlakuan
Aktiviti Pengajaran
Guru memberikan latihan bertulis mengenai sifat luaran hai an seperti klasifikasisifat luaran berdasarkan hai an berbeza.

Aktiviti Pembelajaran
Murid menjawab latihan bertulis yang memerlukan pengklasifikasi sifat luaran haiwan beserta fungsinya

Strategi
Berasaskan tugasan

Pendekatan
Induktif(spesifik- umum)

Teknik dan Kaedah
Penyelesaian masalah

Langkah 7 : Guru memberi Maklum Balas
Aktiviti Pengajaran
Guru melakukan perbincangan mengenai latih tubi yang telah diberikan dan memberikan konsep yang betul kepada murid.

Aktiviti Pembelajaran
Murid bertanyakan kepada guru mengenai sebarang soalan yang tidak difahami

Strategi
Berdasarkan Bahan Berpusatkan Guru

Pendekatan
Induktif

Teknik dan Kaedah
Sesi Perbincangan

Langkah 8 : Tafsir Perlakuan Pembelajaran
Aktiviti Pengajaran
Guru melakukan ujian akhir secara ringkas mengikut aras kesukaran dengan memberikan gambar hai an

Aktiviti Pembelajaran
Murid menja ab mengikut kefahaman masing-masing tanpa bantuan daripada guru dalam bentuk penceritaan.

Strategi
Berpusatkan Murid

Pendekatan
Eklektif

Teknik dan Kaedah
Bercerita

Langkah 9 :Meningkatkan ingatan Pemindahan Pembelajaran
Aktiviti Pengajaran
Guru memperkenalkan satu tema iaitu haiwan dan ingin memberi contoh tambahan kepada tema + mengadakan aktiviti luar kelas dengan mengadakan lawatan ke zoo + beri murid tugasan

Aktiviti Pembelajaran
Murid bekerjasama membuat pemerhatia terhadap jenis haiwan yang dijumpai di zoo dan mengenal pasti sifat luaran haiwan

Strategi
Berasaska aktiviti

Pendekatan
Tematik

Teknik dan Kaedah
Bercerita

Model Pengajaran Yang Diaplikasi
Model pemprosesan maklumat

Model sosial

Model personal

Model pemprosesan maklumat
1. 2. 3. 4. Ingatan manusia sama seperti komputer boleh menyimpan maklumat. Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan. Boleh menjadi output melalui proses retrieval. Di dalam langkah pembelajaran gagne guru banyak melibatkan aktiviti di mana setelah guru memberikan maklumat dan info yang dikehendaki, murid akan diberikan aktiviti untuk mengingat kembali apa yang telah dipelajari dan ini dapat mengukuhkan pemahaman murid dan menyimpan maklumat dalam ingatan jangka panjang

Antara aktiviti pengajaran yang dilaksanakan oleh guru ..
1. Guru melibatkan aktiviti berkumpulan dimana model jenis haiwan diberikan kepada murid untuk dilabel dan diklasifikasikan mengikut sifat luaran haiwan dan fungsinya berdasarkan tayangan video ataupun mengikut pengetahuan sedia ada. 2. Guru melaksanakan latihan bertulis yang memerlukan murid untuk mengingat kembali apa yang telah dipelajari mengenai sifat luaran haiwan dan fungsinya berdasarkan jenis haiwan yang diberi. 3. Guru menggunakan kaedah pengurusan grafik iaitu melalui penggunaan jadual yang membandingkan sifat luaran haiwan beserta fungsinya bagi jenis haiwan yang diberikan kepada murid untuk dilaksanakan menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari

Model sosial
1. Dicipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran. 2. Bertujuan uuntuk membantu pelajar menajam fikiran melalui interaksi bersama dengan orang lain. 3. Membantu dalam memperkembangan perspektif individu dan kumpulan dalam menjelaskan idea. 4. Berdasarkan kepada model pembelajaran koperatif dimana murid bekerjasama untuk melaksanakan sesuatu demi mencapai matamat yang sama./

Antara aktiviti pengajaran yang dilaksanakan oleh guru ..
Guru melibatkan aktiviti berkumpulan di mana guru akan memberikan 1 set jenis haiwan dan soalan tugasan yang sama di dalam kumpulan masing-masing. Model jenis haiwan yang disediakan diselitkan sekali bersama dengan label bagi sifat luaran haiwan dan fungsi sifat luaran haiwan. Tugasan ini mengkehendaki murid untuk melabel sifat luaran haiwan yang diberi dengan betul dan menyatakan fungsi sifat luaran haiwan tersebut berdasarkan tayangan video yang telah dipertontonkan pada awal pembelajaran dalam aktiviti berkumpulan dan bekerjasama.

Model Personal
1. Terdiri daripada pendekatan untuk membentuk dan menyatu padukan aspek emosi serta intelek dalam melahirkan personaliti yang seimbang. 2. Melibatkan pembelajaran melalui kaunseling yang mana guru dianggap sebagai kaunselor dimana penekanan merupakan satu pakatan antara guru dan pelajar. 3. Tugas guru adalah sebagai pembimbing dan sebagai fasilitator untuk menggerakkan pelajar bagi mencapai matlamat kendiri.

Antara aktiviti pengajaran yang dilaksanakan oleh guru ..
Guru menggunakan kaedah pengurusan grafik iaitu melalui penggunaan Jadual yang membandingkan sifat luaran haiwan beserta fungsinya bagi jenis haiwan yang diberikan. Pada masa yang sama guru membimbing murid untuk membina makna dan pemahaman mereka berdasarkan apa yang telah murid pelajari supaya pemahaman murid mengenai sifat luaran haiwan beserta fungsinya bagi jenis haiwan yang diberikan adalah betul dan tidak lari dari konsep.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful