You are on page 1of 65

PENATARAN FORMAT

INSTRUMEN PENTAKSIRAN BAGI


PEPERIKSAAN UPSR
MULAI TAHUN 2016
THE EGENCY RAJAH COURT HOTEL
KUCHING, SARAWAK
8HB-9HB OKTOBER 2015

MENGGARAP KECEMERLANGAN
PENATARAN FORMAT
INSTRUMEN PENTAKSIRAN BAGI
PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH
RENDAH (UPSR)
MULAI TAHUN 2016

MENGGARAP KECEMERLANGAN
MASIH JUGA DIKENALI SEBAGAI

BAHASA MELAYU
PENULISAN
KOD: 012/022/032
BAHASA MELAYU PENULISAN KOD KERTAS 012/022/032

BIL PERKARA FORMAT MULAI TAHUN 2016


1 Jenis Instrumen Subjektif

2 Jenis Item Respons Terbuka


Bahagian A - 1 soalan – mesti dijawab
Bilangan / Bahagian Bahagian B - 1 soalan – mesti dijawab
3
Soalan Bahagian C - 2 soalan
Jawab 1 daripada 2 soalan
Bahagian A - 10 markah
Bahagian B - 15 markah
4 Jumlah Markah
Bahagian C - 25 markah
Jumlah : 50 markah
5 Tempoh Ujian 1 jam 15 minit
 Pengetahuan dan Kefahaman Sistem
Bahasa
6 Konstruk  Kemahiran Aplikasi Bahasa
 Kemahiran Aplikasi Maklumat
 Kemahiran Kreatif dan Apresiasi Bahasa

7 Kaedah Penskoran Holistik


BAHASA MELAYU PENULISAN

JENIS INSTRUMEN

Subjektif
RESPONS BERASASKAN PANDANGAN / PERASAAN / PENDAPAT
YANG DIPENGARUHI OLEH SESUATU ATAU MELIHAT DAN MENILAI
SESUATU DARIPADA KACA MATA SENDIRI
JENIS ITEM : RESPONS
TERBUKA

• Menghasilkan atau mengolah sesuatu


idea secara asli/autentik (dapat dipercayai atau
dijadikan pegangan)

• Membuat pertimbangan dan


penilaian/rumusan tentang sesuatu
idea atau maklumat
RASIONAL RESPONS TERBUKA
• Memberi ruang kepada murid-murid untuk menjawab
dengan lebih bebas
• Murid bebas menentukan panjang atau pendek jawapan
serta gaya penulisan dan pendekatan yang difikirkan
sesuai, asalkan tidak terkeluar daripada konteks
dikehendaki
• Menguji pemikiran tahap tinggi ( analisis, sintesis dan
penilaian)
• Dapat mentaksir kebolehan murid (mengaitkan idea,
maklumat dan lain-lain dalam penulisan)
BAHAGIAN/BILANGAN SOALAN

Bahagian A : 1 soalan – mesti dijawab

Bahagian B : 1 soalan – mesti dijawab


Bahagian C : 2 soalan
Jawab 1 daripada 2 soalan
JUMLAH MARKAH

Bahagian A : 10 markah
Bahagian B : 15 markah
Bahagian C : 25 markah
Jumlah : 50 markah
TEMPOH UJIAN

1 jam 15 minit
KONSTRUK
(APA YANG DIUJI)

 Pengetahuan dan Kefahaman


Sistem Bahasa
 Kemahiran Aplikasi Bahasa
 Kemahiran Aplikasi Maklumat
 Kemahiran Kreatif dan Apresiasi
Bahasa
Pengetahuan dan
Kefahaman Sistem Bahasa
( TAHU DAN FAHAM)

- Mengingati semula perkara yang telah dipelajari


dan mengingati fakta-fakta serta memahami
sesuatu/ mentafsir/mempelajari/membuat
andaian tentang sistem bahasa yang dipelajari
khususnya yang terkandung dalam DSKP.

- menterjemah secara menulis dan membaca


dari satu aspek ke aspek yang lain mengenai
apa yang dipelajari
- Menyatakan sesuatu pernyataan, peristiwa lalu
atau konsep dengan olahan bahasa yang
tersendiri, mengubah susun atur konteks
asalnya atau meringkaskannya tanpa mengubah
makna tujuan asalnya.

- Menginterpretasi (mentafsir maklumat) graf,


carta, peta, jadual, dan seumpamanya kepada
bentuk lisan atau sebaliknya.

- Menjelaskan maksud perkataan dengan konteks


penggunaannya dalam suatu puisi
- Membuat kesimpulan awal daripada
pemerhatian, pengetahuan dan pengalaman

- Membuat ramalan berdasarkan set data atau


graf

- Membuat jangkaan berdasarkan sebab dan


tindakan dalam sesuatu set komunikasi
Kemahiran Aplikasi Bahasa
- Kebolehan atau kepandaian menggunakan
bahasa dari segi kosa kata, kata (imbuhan,
penggandaan, pemajmukan), idea, ayat,
tanda baca dan pengolahan.

- Kebolehan menulis dan membaca (celik huruf)


dan kepandaian menggunakan pengetahuan
bahasa serta ilmu bahasa dalam pelbagai
situasi dengan mengaitkannya dalam kehidupan
seharian yang berkaitan dengan diri, sekolah,
keluarga dan masyarakat.
Kemahiran
Aplikasi Maklumat
- Kebolehan atau kepandaian menggunakan
maklumat, konsep, idea, prinsip, teori, hukum,
prosedur dan seumpamanya yang telah
dipelajari serta perlu digunakan dalam sesuatu
situasi yang baharu

- Mengenal pasti tugasan soalan/menentukan apa


diperlukan/mengenepikan perkara yang tidak
berkaitan/menyusun semula dalam bentuk atau
corak yang mudah diselesaikan
- Menerangkan suatu fenomena yang baharu
dan meramal apa yang berlaku

- Memberi justifikasi terhadap sesuatu tindakan


atau keputusan dalam masalah yang baharu
dengan melibatkan keupayaan murid
Kemahiran Kreatif dan
Apresiasi Bahasa
- Kebolehan/kepandaian/kemampuan
menghasilkan atau mencipta sesuatu karya
yang baharu/ sesuai/asli

- Berani menjanakan idea yang pelbagai dan


baharu tanpa dikongkong oleh idea lama

- Berfikir dalam arah dan hala yang baharu


- Menggunakan imaginasi untuk sampai ke satu
penyelesaian masalah, cabaran, persoalan atau
tugasan

- Penghargaan/pengiktirafan serta penghayatan


nilai dalam berbahasa

- Berupaya membuat kupasan atau menghasilkan


bahan yang mempamerkan penguasaan serta
kebitaraan dalam bahasa Melayu

- Penggunaan kata dan kosa kata yang


bersesuaian
KAEDAH PENSKORAN

HOLISTIK
MEMINDAHKAN
MAKLUMAT
( 10 markah )
Menulis ayat dengan
peluasan subjek atau
peluasan predikat dalam
pelbagai situasi

 Memindahkan maklumat

 Soalan bergambar

 Bina lima ayat – (Tiada had bilangan patah


perkataan tetapi terhad kepada 5 ayat sahaja)

 Bahan rangsangan – graf, carta, gambar bersiri/


tunggal, peta pemikiran, dll
RUBRIK PENSKORAN JAWAPAN BAHAGIAN A [10 markah]
PERINGKAT KRITERIA
i. Penggunaan ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik/
tugasan.
ii. Setiap ayat ada peluasan subjek/peluasan predikat.
CEMERLANG iii. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas dan sesuai
dengan bahan grafik/tugasan.
iv. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.
i. Penggunaan ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik/
tugasan.
ii. Setiap ayat ada peluasan subjek/peluasan predikat.
BAIK iii. Penggunaan kata dan kosa kata yang baik serta sesuai
dengan bahan grafik/tugasan.
iv. Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca tetapI
tidak menjejaskan ayat.
i.Penggunaan ayat tunggal/kurang gramatis tetapi sesuai
dengan bahan grafik/tugasan.
MEMUASKAN ii. Penggunaan kata/kosa kata yang terhad tetapi masih sesuai
dengan bahan grafik/tugasan.
iii. Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.
i. Ayat masih sesuai/ayat tidak sesuai/tidak berkaitan dengan
PENCAPAIAN bahan grafik/tugasan.
TAHAP ii. Penggunaan kata/kosa kata yang tidak sesuai dengan bahan
MINIMUM grafik/tugasan.
iii. Tidak menguasai kemahiran ejaan dan tanda baca.
BAHAGIAN A
MARKAH YANG DICADANG

• CEMERLANG: 09-10
• BAIK: 06 - 08
• MEMUASKAN; 04 - 06
• PTM: 01 - 03
TULIS LIMA AYAT TENTANG AKTIVITI YANG
TERDAPAT DI DALAM GAMBAR DI BAWAH
[10 markah]
[ Masa dicadangkan : 15 minit ]

Gambar di bawah menunjukkan cara-cara penjagaan kesihatan.


Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara menjaga kesihatan
berdasarkan gambar.
PERSOALAN ?
• BOLEHKAH KITA MEMBINA AYAT
CERITA DAN AYAT PENYATA UNTUK
SOALAN BAHAGIAN A
• BOLEH
Contoh Ayat PENYATA

PANDUAN MENJAWAB BAHAGIAN A


SUBJEK penegasan KATA KERJA KETERANGAN

Kita mestilah bersenam setiap


hari

Kita haruslah berjumpa dengan


doktor

Kita perlulah membasuh tangan


sebelum makan

Kita hendaklah menutup makanan

Kita patutlah membuang sampah


ke dalam tong
sampah
Contoh Ayat PENYATA

1. Kita hendaklah rajin bersenam setiap hari untuk menjaga


kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat.
2. Kita perlu menjalani pemeriksaan doktor agar dapat
menghindari penyakit dan hidup sihat sentiasa.
3. Kita haruslah membasuh tangan sebelum makan agar
kuman tidak mencemar makanan yang hendak dimakan.
4. Kita mestilah menutup makanan supaya tidak terdedah dan
dihinggapi oleh lalat.
5. Kita patut membuang sampah ke dalam tong sampah agar
kawasan sekeliling sentiasa bersih .
Contoh Ayat

1. Kita hendaklah rajin bersenam setiap hari untuk menjaga


kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat.
2. Kita perlu menjalani pemeriksaan doktor agar dapat
menghindari penyakit dan hidup sihat sentiasa.
3. Pastikan kebersihan tangan sebelum makan dengan membasuh
menggunakan sabun agar kuman tidak merebak.
4. Makanan perlu ditudung agar tidak dihinggapi lalat yang boleh
membawa penyakit.
5. Sampah-sarap perlu dibuang ke dalam tong sampah yang
bertutup untuk mengelak daripada dihurungi lalat dan
berselerak.
Contoh Ayat cerita

1. Beberapa orang pelajar sedang bersenam di padang untuk


menjaga kesihatan badan.
2. Encik Ali berjumpa doktor setiap enam bulan untuk
menjaga kesihatannya.
3. Kita haruslah membasuh tangan sebelum makan agar
kuman tidak mencemar makanan yang hendak dimakan.
4. Kita mestilah menutup makanan supaya tidak terdedah dan
dihinggapi oleh lalat.
5. David membuang sampah ke dalam tong sampah agar
rumahnya sentiasa bersih.
[10 markah]
[ Masa dicadangkan : 15 minit ]

Gambar di bawah menunjukkan sebuah keluarga yang bahagia


Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.

KELUARGA BAHAGIA
KELUARGA BAHAGIA
[10 MARKAH ]
[ MASA DICADANGKAN : 15 MINIT ]

GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN SUASANA DI KANTIN SEKOLAH.


TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG PERATURAN-PERATURAN
YANG PERLU DIPATUHI DI KANTIN.

PERATURAN DI KANTIN
PERINGATAN!!!!!!
• JANGAN GUNA PENANDA WACANA
UNTUK MEMBINA AYAT DALAM
BAHAGIAN

A
CARA MENNYEMAK BAHAGIAN A

1. Kita hendaklah rajin bersenam setiap hari untuk jaga


kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat.
2. Kita perlu menjalani pemeriksaan doktor agar dapat
menghindari penyakit dan hidup sihat sentiasa
3. Pastikan kebersihan tangan sebelum makan dengan
membasuh menggunakan sabun agar kuman tidak merebak.
4. makanan perlu ditudung agar tidak dihinggapi lalat yang
boleh membawa penyakit.
5. Sampah-sarap perlu dibuang ke dalam tong sampah yang
bertutup untuk mengelak daripada dihurungi lalat dan
berselarak.

Berapa markahnya cikgu?


6 / 10
CARA MENYEMAK
BAHAGIAN A

• ANALITIK
MENULIS ULASAN
( 15 markah )
Menulis ulasan tentang bahan sastera dan bukan
sastera yang dilihat dan dibaca dengan jelas
menggunakan ayat yang gramatis

 Mengulas
Memberikan pendapat atau pandangan atau
rumusan yang bertepatan / bersesuaian/
relevan / berdasarkan stimulus
 Rumusan keseluruhan bahan
 Pandangan pro atau kontra
 Taksiran kandungan
 Kupasan – bentuk deskriptif
 Huraian – pengembangan idea
 Nilai – amalan baik/faedah
 Pengajaran – mesej yang diperoleh
 Mengulas bahan sastera dan bukan sastera
 50 hingga 80 patah perkataan dalam perenggan
 Bahan rangsangan – grafik atau bukan grafik.
Bahan grafik – gambar bersiri,
gambar tunggal, carta, iklan,
poster,peta pemikiran, peta
minda dan sebagainya
Bahan bukan grafik – petikan
cerita, dialog, surat, rencana,
laporan dan sebagainya
RUBRIK PENSKORAN JAWAPAN BAHAGIAN B [15 markah]

PERINGKAT KRITERIA

i. Idea menepati tugasan.


ii. Ulasan idea sangat jelas, tersusun dan menarik.
iii. Penggunaan ayat yang gramatis berdasarkan bahan
CEMERLANG rangsangan/tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai
dengan bahan rangsangan/tugasan.
v. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.

i. Idea menepati tugasan.


ii. Ulasan idea jelas, tersusun dan menarik.
iii. Penggunaan ayat yang gramatis berdasarkan bahan
BAIK rangsangan/tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang baik serta sesuai
dengan bahan rangsangan/tugasan.
v. Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca.
RUBRIK PENSKORAN JAWAPAN BAHAGIAN B [15 markah]
PERINGKAT KRITERIA

i. Idea masih menepati tugasan.


ii. Ulasan idea ringkas dan mudah.
iii. Penggunaan ayat yang kurang gramatis berdasarkan
MEMUASKAN bahan rangsangan/tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana tetapi
masih sesuai dengan bahan rangsangan/tugasan.
v. Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.

i. Idea kurang menepati/tidak menepati tugasan.


ii. Ulasan idea kurang menepati/tidak menepati tugasan.
PENCAPAIAN iii. Penggunaan ayat yang kurang/tidak gramatis
berdasarkan bahan rangsangan/tugasan.
TAHAP
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad/tidak sesuai
MINIMUM dengan bahan rangsangan/tugasan.
v. Tidak menguasai kemahiran penggunaan ejaan dan tanda
baca.
BAHAGIAN B
MARKAH YANG DICADANG

• CEMERLANG: 13 – 15
• BAIK: 09 – 12
• MEMUASKAN; 05 -08
• PTM: 01 - 04
MENULIS ULASAN

PERSOALAN?

BERAPA PERENGGAN YANG SESUAI?

BOLEHKAH MELEBIHI 80 PATAH


PERKATAAN?
[ 15 markah ]
[ Masa dicadangkan : 25 minit ]

Gambar di bawah menunjukkan poster tentang penjagaan kesihatan.


Tulis ulasan penjagaan kesihatan tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
PENDAHULUAN- Gambar menunjukkan poster tentang penjagaan
kesihatan.terdapat pelbagai cara untuk menjaga kesihatan.

PENANDA WACANA KATA BANTU/ ISI TERSURAT ISI TERSIRAT/


PENEGASAN HURAIAN
Antaranya, kita hendaklah bersenam setiap
hari
Selain itu, kita seharusnya berjumpa dengan
doktor
Di samping itu, kita disarankan membasuh tangan
supaya sebelum makan

Seterusnya, kita mestilah menutup makanan

Akhirnya kita juga perlu membuang sampah


ke dalam tong
sampah
Penutup/kesimpul
an
CONTOH MENULIS ULASAN

Gambar menunjukkan poster tentang cara-cara menjaga


kesihatan.Terdapat pelbagai cara untuk menjaga kesihatan.
Antaranya,kita hendaklah bersenam setiap hari agar tubuh
badan kita sentiasa sihat dan cergas.Selain itu,kita seharusnya
berjumpa dengan doktor untuk memeriksa kesihatan supaya
tidak dijangkiti sebarang penyakit.Di samping itu,kita
disarankan membasuh tangan sebelum dan selepas makan untuk
mengelak daripada dijangkiti kuman.Seterusnya,kita mesti
menutup makanan agar tidak dihinggapi oleh lalat.Akhirnya,kita
perlu membuang sampah ke dalam tong sampah supaya kawasan
sekeliling sentiasa bersih.
Kesimpulannya,amalkan budaya menjaga kesihatan agar hidup
sentiasa sihat dan selamat. 93 patah perkataan
Peta bulatan di bawah menunjukkan tentang pertanian organik.
Tulis ulasan kamu tentang kebaikan pertanian organik dalam bentuk
perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

makanan berkualiti tinggi

Makanan yang
Pertanian Mengawal
selamat Organik rumpai
dan perosak

Proses kitar semula sisa


pertanian, sisa dapur, dan najis
haiwan secara biologikal
Pokok kelapa dikenali sebagai pokok seribu guna.
Tulis ulasan tentang keistimewaan pokok kelapa dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan
Pokok kelapa dikenali sebagai pokok seribu guna.
Tulis ulasan tentang keistimewaan pokok kelapa dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan
Tulis ulasan tentang telivisyen berdasarkan maklumat yang diberi
dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah
perkataan

Televisyen merupakan alat sebaran am yang popular pada masa


kini. Telivisyen yang ada di pasaran terdiri daripada pelbagai
jenama dan reka bentuk serta fungsi yang pelbagai. Boleh
dikatakan setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah
telivisyen. Televisyen memberi input yang bermanfaat kepada umum
. Namun kemudahan yang disediakan oleh alat sebaran ini
mendatangkan keburukan kepada penggunanya.
Baca puisi di bawah dengan teliti.
Tulis ulasan kamu tentang cara menjaga keselamatan berdasarkan puisi
dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan

Ketika ke Sekolah Aku patuhi pesan ayah dan ibu


Ketika kaki ini mengorak Usah berlari, tatapilah buku
langkah ke gedung ilmu Di tangga aku tidak berdiri
Tangan ayah dan ibu Di tingkap aku tidak jengahi
Kukucup pohon restu Ketika gedung ilmu kulihat
Ketika menaiki bas dengan tenang
Berbaris aku tidak terlepas Roda bas kutunggu berhenti
Kuamati waspada langkah Tidak kumahu mengundang tragedi
Agar tidak sumbang tingkah Ketika kaki ini menjejak ke
Ketika bas membelah jalan gedung ilmu
Etika berhemah aku Tangan kuangkat tanda kesyukuran
biasakan Aku selamat dalam perjalanan
MENULIS KARANGAN
( 25 markah )
Menghasilkan penulisan kreatif jenis imaginatif
dan deskriptif menggunakan bahasa yang
menarik dengan betul

 Karangan Berformat atau Tidak Berformat


 Panjang karangan antara 80 hingga 120 patah
perkataan
RUBRIK PENSKORAN JAWAPAN BAHAGIAN C [25 markah]
PERINGKAT KRITERIA

i. Idea menepati tugasan.


ii. Pengolahan idea sangat baik dan penyampaian yang
jelas, tersusun dan menarik.
iii. Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis serta
CEMERLANG
bertepatan dengan tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta
sesuai dengan tugasan.
v. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.

i. Idea menepati tugasan.


ii. Pengolahan idea yang baik dengan penyampaian yang
jelas dan menarik.
iii. Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis serta
BAIK bertepatan dengan tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang baik serta
sesuai dengan tugasan.
v. Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca
tetapi tidak menjejaskan karangan.
RUBRIK PENSKORAN JAWAPAN BAHAGIAN C [25 markah]

i. Idea masih menepati tugasan.


ii. Pengolahan idea yang ringkas dan mudah dengan
penyampaian yang kurang menarik.
MEMUASKAN iii. Penggunaan ayat kurang gramatis tetapi berkaitan
dengan tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang sederahana.
v. Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.

i. Idea kurang menepati/tidak menepati tugasan.


ii. Pengolahan idea yang tidak jelas /tidak tepat/tidak
berkaitan dengan tugasan dan penyampaian tidak
PENCAPAIAN menarik.
TAHAP iii. Penggunaan ayat tidak gramatis / tidak menepati
MINIMUM tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad.
v. Tidak menguasai kemahiran penggunaan ejaan dan
tanda baca.
BAHAGIAN C
MARKAH YANG DICADANG

• CEMERLANG: 22 - 25
• BAIK: 16 - 21
• MEMUASKAN; 09 - 15
• PTM: 01 - 08
[ 25 markah ]
[ Masa dicadangkan : 35 minit ]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.


Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.


Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah
perkataan.

Soalan 1

Kamu telah dipilih untuk menyampaikan ucapan sempena


sambutan Hari Guru di sekolah kamu.
Tajuk ucapan kamu ialah ‘Cara-cara Menghormati Guru’.
Tulis ucapan kamu itu selengkapnya.
ATAU
Soalan 2
Takkan kubiarkan
Walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur
Nyamanlah Arjuna Beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kaubuka mata
Semua tak serupa

Dua rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu Arjuna Beta.
Lirik tersebut menggambarkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
Seorang ibu sanggup berkorban dan melakukan apa saja demi keselamatan
dan kesejahteraan anak tersayang.
Berdasarkan maksud lirik lagu itu, tulis cerita tentang kasih sayang
seorang ibu.
Tulis karangan kamu itu selengkapnya.
SEKIAN, TERIMA KASIH
Buah cempedak di luar pagar ,
Ambik galah tolong jolokkan;
Saya juga baru belajar,
Kalau salah tolong maafkan.