You are on page 1of 52

BAB 5 KESULTANAN MELAYU MELAKA

5.1 PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
• PENGENALAN:
Diasaskan oleh Parameswara tahun 1400.
Kesultanan Melayu Melaka merupakan kelangsungan kepada
kerajaan masyhur di Alam Melayu.
Berjaya memilih lokasi yang sesuai untuk mengasaskan
kerajaan.
Menjadikan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang unggul di
Alam Melayu.

PEMILIHAN LOKASI YANG STRATEGIK OLEH PARAMESWARA

• Membentuk kerajaan, iaitu di muara Sungai Bertam dikenali
sebagai Sungai Melaka.
• Pada asalnya, muara sungai ini merupakan sebuah
perkampungan nelayan dan tempat berjual beli serta
pertukaran barang dagangan.

1. LALUAN PERDAGANGAN:
Kedudukan Melaka di laluan perdagangan utama antara timur
dengan barat membolehkannya mengawal laluan kapal
dagang.

2. BENTUK MUKA BUMI:
Berbukit-bukau yang sesuai dijadikan benteng pertahanan dan
menjadi panduan kapal dagang.

3. BENTENG PERTAHANAN:
Pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisir pantai pula
menjadikannya sebagai benteng pertahanan dan pelindung
semula jadi yang sukar ditembusi oleh musuh.

4. TERLINDUNG ANGIN MONSUN:
Muara sungai yang terletak di Selat Melaka terlindung daripada
tipan angina monsun. Keadaan ini membolehkan kapal dagnag
datang dan berlabuh di pelabuhan Melaka dengan selamat.

2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA • PENGENALAN: Berkembang dari sebuah perkampungan nelayan dan akhirnya menjadi kerajaan yang masyhur. 5. sistem pentadbiran yang cekap dan sistem perundangan yang tersusun. . • FAKTOR KEGEMILANGAN: Faktor kepemimpinan raja yang berwibawa.

.

KETURUNAN RAJA PALEMBANG: Teks Sulalatus Salatin. Hak kuasa ini berpunca daripada beberapa sumber. pemerintah Melaka berasal daripada zuriat keturunan anak Raja Palembang yang dikatakan bersusur galur daripada Iskandar Zuikarnain. . 1. KEPEMIMPINAN RAJA Ketua pemerintah dan ketua kerajaan yang mempunyai kuasa tertinggi. Memberikan taraf kedudukan yang tinggi kepada Sultan Melaka dalam kalangan kerajaan lain di Alam Melayu.

Mengetuai hubungan diplomatik 4. Menyelaraskan kegiatan ekonomi 5. Ketua angkatan tentera 3. Menegakkan keadilan . 2. PERANAN YANG UNGGUL 1. Menjadi simbol符号 perpaduan dan kemakmuran繁荣 2. Menjadi Ketua Agama Islam 6.

lembing dan mahkota. nobat. Alat kebesaran diraja= cap mohor. Mengukuhkan kedudukan raja. Konsep daulat. digunakan semasa upacara istiadat pertabalan. DAULAT DAN ALAT KEBESARAN Kepimpinan raja dikaitkan dengan konsep daulat 造 化 dan derhaka 叛 逆 serta pelbagai institusi perajaan seperti adat istiadat istana dan alat kebesaran diraja. keris. . adat istiadat dan alat kebesaran menjadikan raja mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa. Rakyat mengakut kedaulatan raja dengan memberikan taat setia sepenuhnya dan tidak boleh menderhaka kepada raja. 3. Daulat= kuasa dan kewibawaan raja sebagai pemimpin. perkahwinan dan kemangkatan raja.

.

. Memerintah berdasarkan bidang kuasa yang ditetapkan mengikut Hukum Kanun Melaka. Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mansur Shah merupakan pemerintah yang mengutamakan keamana dan kebajikan rakyat. KEWIBAWAAN Raja memiliki ciri kepimpinan seperti adil. 4. Sultan Mansur Shah menasihatkan puteranya. berwibawa权威 dan mengambil berat terhadap kebajikan rakyat. menyiasat segala tuduhan dengan teliti dan bekerjasama dengan pegawai-pegawainya. Sultan Alauddin Riayat Shah supaya bersikap adil terhadap rakyat.

mukim dan kampung. . jajahan. SISTEM PENTADBIRAN 1. • Sultan dibantu oleh pembesar berempat. pembesar berlapan. pembesar enam belas dan pembesar tiga puluh dua (pentadbira kerajaan pada peringkat pusat. terdapat pembesar yang dilantik oleh pemerintah bagi membantu melicinkan pentadbiran. Sistem Pembesar Empat Lipatan: • Setiap peringkat pentadbiran. daerah.

Membekalkan tenaga tentera ketika perang dan menyediakan tenaga buruh melalui sistem kerah. Menjaga keamanan kawasan 2. TUGAS PEMBESAR Mewujudkan sistem pentadbiran yang berkesan seperti: 1. 2. . Mengutip cukai dan hasil lain melalui sistem serah 3.

3. Kawasan pembesar jajahan dan daerah pula dikenali sebagai kawasan pemakanan.• Pemerintah Melaka mengurniakan kawasan khas kepada pembesar untuk ditadbir. . Kawasan yang dikurniakan kepada pembesar berempat dikenali sebagai kawasan pegangan. Pembesar dibenarkan mengutip cukai di kawasannya dan menyerahkannya kepada pemerintah sebagai ufti. 2. Sebagai tanda untuk mendapat sokongan pembesar bagi mewujudkan pentadbiran yang mantap: 1.

Temenggung dan Laksamana. Dikenali sebagai Orang Kaya Berempat. . Mereka terdiri daripada Bendahara. Penghulu Bendahari.Pembesar berempat merupakan pembesar peringkat pusat yang merupakan tonggak utama pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

urusan jual beli dan kekeluargaan. HUKUM KANUN MELAKA: • ditulis semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. . • Hukum Islam berkaitan dengan jenayah. • Mengandungi 44 fasal berkaitan hak keistimewaan. tanggungjawab raja dan pembesar. SISTEM PERUNDANGAN 1. • Disusun semula secara teratur pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. • Mewujudkan keamanan dan menjamin keselamatan rakyat.

kiwi dan syahbandar. Menyebabkan aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar dan adil. Memberikan keyakinan kepada pada pedagang. Mengandungi 25 fasal menerangkan peraturan di laut. 2. UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA Ditulis semasa zaman Sultan Mahmud Shah bertujuan menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan. . Berkaitan juga tanggungjawab nakhoda. tertib berniaga dan tatacara berjual beli. anak kapal.

perwarisan harta dan perundangan. Membolehkan sistem perwarisan takhta berlaku secara teratur. . 3. Kuasa tertinggi terletak di tangan sultan atau raja. UNDANG-UNDANG ADAT Dikenali sebagai Adat Temenggung. perwarisan takhta. perkahwinan. iaitu takhta kerajaan diwarisi oleh anak lelaki yang sulung. Diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan. Berkaitan sistem penggantian sultan. Berkaitan sistem pemerintahan. Mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

ASPEK KEGEMILANGAN • Aspek pembentukan empayar. kemunculan sebagai pusat penyebaran agama Islam dan pusat perdagangan serta kejayaan menjalinkan hubungan luar dengan kerajaan lain. .

Terengganu dan Kelantan. • Kawasan taklukan di Sumatera pula ialah Siak. CARA PEMBENTUKAN EMPAYAR 1. Rokan. . Beruas. Kampar dan Rupat. • Kawasan taklukan di Semenanjung Tanah Melayu ialah seperti Kuala Linggi. Pahang. Penaklukan: • Menjamin keselamatan dan kemakmuran kesultanan Melayu Melaka.

. 2. Perkahwinan • Berlaku antara Sultan Melaka dengan puteri diraja kerajaan lain. • Perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan puteri Majapahit. • Mengukuhkan lagi hubungan persahabatan dan kekeluargaan antara kerajaan Melaka dengan kerajaan lain. Raden Galuh Cendera Kirana menyebabkan pengaruh Melaka semakin meluas.

• Raja yang berada di bawah naungan Melaka ditabalkan oleh Sultan Melaka. Naungan • Terdapat pemerintah kerajaan lain yang rela bernaung di bawah Kesultanan Melayu Melaka. . dan Kedah. • Antara kerajaan yang rela bernaung termasuklah Lingga. 3. Patani.

2. Majapahit dan Parsi. Politik: • Meluaskan wilayah dan jajahan takluk • Mengukuhkan hubungan dengan kerajaan yang ditakluk • Menyekat pengaruh kuasa serantau seperti Siam. rempah-ratus dan bijih timah untuk diperdagangkan di pelabuhan Melaka. • Menguasai perdagangan di Selat Melaka . • Mendapat bekalan seperti hasil pertanian. timah dan bantuan ketenteraan. Ekonomi: • Menerima hadiah dalam bentuk wang. Kepentingan Pembentukan Empayar 1. emas.

Kelantan. Sosial • Berlaku asimilasi budaya tempatan dengan budaya dari Arab. . Timur Sumatera dan Patani. 4. Perak. India. Agama • Mendorong usaha penyebaran agama Islam. 3. • Wujud masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai suku dan bangsa. China dan Alam Melayu. • Islam telah berkembang luas ke Pahang.

3. Pentadbiran Empayar 1. . Pemerintahan diketuai oleh pemerintah negeri berkenaan dan dibantu oleh pembesar tempatan. Pentadbiran Kawasan Naungan:  Kawasan yang mengakui ketuanan Melaka dan menghantar ufti. Pentadbiran Kawasan Jajahan:  Pemerintahan diketuai oleh pemerintah yang dilantik oleh Sultan Melaka. Pentadbiran Pusat:  Pusat pemerintahan dan pentadbiran di Melaka yang terletaknya tempat raja bersemayam. Raja dibantu oleh pembesar pusat. 2.

. • Pengislaman pemerintah menyebabkan Kesultanan Melayu Melaka muncul sebagai pusat penyebaran Islam. PUSAT PENYEBARAN AGAMA ISLAM • Kerajaan awal menerima pengaruh Islam = Samudera-Pasai dan Perlak.

. • Menjadikan agama Islam sebagai agam rasmi Kesultanan Melayu Melaka. Cara Penyebaran Agama Islam 1. Pengislaman Pemerintah: • Sultan Iskandar Shah pada tahun 1414 diikuti oleh para pembesar dan rakyat.

3. Kampar dan inderagiri tentang hal ehwal agama. Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusuf • Sultan Alauddin Riayat Syah menghantar ulama untuk mengajar Raja Pahang. . • Ajarah tasawuf dan sufi dikembangkan melalui ulama dari Timur Tengah dan India. Peranan Ulama dan Mubaligh • Pemerintah Melaka menghantar ke seluruh kawasan pengaruhnya. Perkahwinan • Perkahwinan Puteri Sultan Mansuh Shah dengan putera Raja Siak. 2.

• Mereka menyebarkan Islam ke kawasan lain yang disinggahi seperti Brunei. Perluasan Kuasa • Negeri naungan dan jajahan memeluk Islam sebagai tanda taat setia kepada pemerintah Melaka. 4. 5. Perdagangan • Melalui pedagang Arab. India dan China datng ke Melaka. Filipina dan Kepulauan Indonesia. . Mereka juga mempunyai sifat mubaligh yang mendorong penyebaran Islam.

KESAN PENYEBARAN ISLAM 1. madrasah. • Sultan Melaka menjadi penaung kepada aktiviti dakwah dan perbincangan kitab agama seperti Darul Manzum. masjid dan surau menjadi tempat mempelajari al-Quran dan ilmu tasawuf. . Tempat Pembelajaran: • Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. 2. Tumpuan Ulama: • Melaka menjadi tumpuan ulama dan pendakwah.

Persuratan • Dalam saduran karya sastera dari Arab dan Parsi seperti Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah. Pemerintahan dan Pentadbiran • Undang-undang Islam terkandung dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Bahasa Melayu menjadi bahasa persuratan dan bahasa penulisan. 3. Seiring dengan hal ini berlaku perkembangan tulisan jawi dan bahasa Melayu. • Jawatan mufti dan kadi diwujudkan untuk kelicinan pengurusan agama Islam. 4. . • Ulama memainkan peranan penting dalam hal pentadbiran.

. • Menjadi pusat pengedaran barangan dari timur dan barat ke Alam Melayu. PUSAT PERDAGANGAN • Berfungsi sebagai pelabuhan entrepot yang mengumpulkan barangan dari Alam Melayu. • Menyumbang kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

tembikar. • Barangan luar yang dibawa masuk ke Melaka ialah benang emas. kapur barus. wangian dan bahan makanan. hasil hutan dan rempah-ratus. batu delima. diperoleh daripada negeri naungan dan jajahan serta kawasan sekitar Alam Melayu. .1. • Kesannya = muncul sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan yang maju. Kedudukan strategik: • Terletak di laluan perdagangan antara India dengan China. 2. • Menyebabkan Melaka dikunjungi oleh pedagang dari dalam dan luar Alam Melayu. Pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai barangan: • Timah. emas. kain pelikat.

4. Burma. sagur. ghurab. penjajap. • Juga dikunjungi oleh Brunei. baluk. payar. Champa dan Annam. • Pedagang Pasai dan Jawa merupakan pedagang yangpaling ramai dari Alam Melayu. Luzon. Turki. Pusat Perkapalan: • Kapal kecil daripada perahu. . Pegu. Kemboja. Ceylon. Mesir. pedagang Arab.3. kakap. baling dan kelulus. Dikunjungi pedagang dari Dalam dan Laur Alam Melayu: • Pedagang paling ramai. lancing. China dan Gujerat. Parsi. sampan. • Kapal besar seperti Jong dan bahtera.

Syahbandar: • Pelabuhan diuruskan dengan teratur dan cekap oleh pegawai yang mahir dan berpengalaman. mengurus cukai dan menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal. sukat dan mata wang. • Tugas Syahbandar ialah mengurus pasar dan gudang. Pengurusan Perdagangan 1. . • Memeriksa alat timbang. menjaga kebajikan serta keselamatan pedagang. menjadi hakim di pelabuhan.

Cukai dan bayaran surat kebenaran berniaga di pelabuhan menjadi sumber pendapatan Kesultanan Melayu Melaka. Cukai perdagangan Pengurusan cukai pelabuhan yang rendah menarik pedagang ke Melaka. Dua jenis cukai. cukai tidak rasmi. . Kedua. 2. cukai rasmi. iaitu dalam bentuk hadiah. iaitu cukai import yang dikenali sebagai panduan. Pedagang dari China dan Jepun hanya dikehendaki memberikan hadiah yang nilainya sama dengan cukai lima peratus. Kadarnya berbeza-beza mengikut tempat asal pedagang.

Peringkat awal. timah. serbuk emas dan kulit siput (cowrie) Mata wang timah dikenali sebagai Calains. Mata Wang Pertukaran barangan dan mata wang. 3. tukaran nilaian seperti jongkong. . Mata wang emas dan perak. Perdagangan tukar barang dari China dan Alam Melayu dengan barangan dari Barat dan India. Terpahat nama Sultan Melaka yang memerintah . Mata wang dari Pasai Hormuz dan Cambay juga digunakan.

memastikan urusan perdagangan dapat dijalankan tanpa gangguan. 4. Pelayar dan penunjuk arah yang cekap kepada pedagang Tentera untuk menjamin keselamatan pedagang di perairan Melaka. . Orang Laut Taat setia kepada raja dan mengekalkan kestabilan kerajaan.

5. Tempat penginapan 6. . Gudang tempan menyimpan barang 2. Kemudahan tempat beribadat. Khidmat membaiki kapal 5. Kemudahan bekalan makanan dan minuman 4. Syahbandar yang menjaga kebajikan pedagang 7. Kemudahan pelabuhan  Pelbagai kemudahan menarik minat pedagang. Kemudahan pengangkutan 3. 1.

. • Dapat menjamin kestabilan dan keselamatan kerjaaan serta dapat mengekalkan penguasaannya terhadap perdagangan di Selat Melaka. Hubungan Luar • Dalam bentuk diplomatik dan perdagangan.

bahan makanan. Demak: Atas dasar kepentingan bersama dalam perdagangan dan penyebaran Islam. rempah-ratus dan tentera kepada Melaka. Berkongsi pendapat dan perbincangan berkaitan hal agama Islam. Pasai: Atas dasar sama taraf Diplomatik melalui perkahwinan Sultan Melaka dengan puteri kerajaan Pasai. . Membekalkan beras. iaitu Puteri Ratna Kaumala.1. 2. Membantu kemunculan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam.

Islam. Makasar: Menghantar utusan persahabatan ke Makasar. 4. Semakin rapat dengan kerajaan Makasar menghadiahi “Budak Raja” kepada Sultan Melaka. Dalam aspek perdagangan. . Mengukuhkan lagi persahabatan dengan Majapahit.3. Wilayah Melaka menjadi semakin luas dan tamatnya ancaman daripada Majapahit. kebudayaan dan kesenian. Majapahit: Perkahwinan pemerintah Melaka dengan Puteri Majapahit. perkapalan.

Ryukyu (Jepun) • Sultan Mansur Shah berutus surat dengan kerajaan Ryukyu berkaitan tingkah laku pedagangnya yang melanggar undang-undang di Melaka. 2. cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kepada Sultan Melaka. Mendapat naungan dan perlindungan daripada China.1. Dapat mengekalkan ancaman Siam. • Membantu meningkatkan lagi perdagangan dengan Melaka. Melaka mahu situasi menang- menang dengan Siam untuk mengekalkan kedaulatannya. China: Kunjungan utusan dikeutai oleh Yin Ching pada tahun 1403 dan Laksaman Zheng He pada tahun 1405 Pengurniaan payung kuning. .

Memperoleh bekalan kayu jati. Luzon. muncul sebagai pusat perdagangan dan pusat penyebaran Islam yang ulung di Alam Melayu. Gujerat. Siam: Atas dasar diplomatik dan perdagangan Menghantar utusan ke Siam diketuai oleh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera. beras dan bahan makana daripada Siam serta dapat menjamin keselamatannya. Parsi. Kesannya.3. Kerajaan Lain: Hubungan berbentuk perdagangan dengan Pegu. Mesir. Koromandel dan Bengal. Turki dan Arab. 4. .

• Kesultanan Melayu Melaka telah menggunakan beberapa strategi untuk menghadapi serangan Portugis. . • Terus berjuang untuk mengembalikan kedaulatannya. Pengakhiran kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di Melaka • Berakhir dengan kedatangan Portugis pada tahun 1511.

2. Masalah Perpaduan: Rakyat tidak bersatu padu Berlaku persaingan kuasa Askar upahan yang tidak setia kepada Melaka. rasuah dan penyelewangan Perbalahan sesama sendiri dalam kalangan pembesar. FAKTOR DALAMAN 1. Amalan pilih kasih. . Masalah kepimpinan: Kelemahan Sltan Mahmud Shah dan pembesar menyebabkan ketidakstabilan politik.

Serangan Portugis • Ingin mencapai matlamat kekayaan. • Mengawal perdagangan rempah. • Hubungan Melaka-Portugis bermula dengan kedatangan Lopez de Sequeira • Kegagalan rundingan menyebabkan Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque menyerang Melaka. . • Seangan berlaku sebanyak 3 kali. 10 Ogos 1511 dab 24 Ogos 1511. menyebarkan agama Krisitian dan menghapuskan penguasaan pedagang Islam. 25 Julai 1511. keagamaan dan kemasyhuran.

. Strategi Melaka menghadapi serangan Portugis. • Menggunakan lancaran dan perahu berapi • Pertahanan Melaka diperteguhkan di kawasan pantai dengan kayu-kayan dan pelbagai jenis meriam serta peti-peti berisi serbuk peluru • Tembakan meriam bertalu-talu dari pantai • Melaka menggunakan tentera bergajah bagi menghadapi serangan portugis.

pusat di Bentan dimusnahkan • Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar dan mangkat pada tahun 1528 . Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan • Sultan Mahmud Shah berundur dari Melaka ke beberapai wilayah naungan serta jajahannya kemudian bersemayam di Bentan. • Sultan Mahmud Shah melakukan 3 kali serangan tetapi gagal • Pada tahun 1562.