Oleh: Puan Rushiha binti Mohd Ramli Guru Cemerlang SMK Kajang Utama Selangor Darul Ehsan

y Pengajaran

Definisi:Proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas yang melibatkan pelajar dan guru (Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub) Proses komunikasi, sains dan seni (Mok Soon Sang) Proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan (Baharom Mohamad & Iliyas Hashim) Proses pemilihan pasti (overt selection) dan susunan mengenai maklumat, aktiviti, pendekatan, dan media bagi membantu pelajar mengenal pasti matlamat pembelajaran (Baharuddin et.al)

y Pembelajaran. Definisi
Proses belajar bagi memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan (Kamus Dewan) Aktiviti mental, fizikal, atau rohani pada diri pelajar itu sendiri Perubahan tingkah laku yang agak tetap dan berlaku kerana pengalaman atau latihan yang diteguhkan Tidak melibatkan penguasaan fakta atau konsep bidang ilmu sahaja tetapi turut melibatkan perkara berkaitan emosi, kasih sayang, benci, hasad dengki dan kerohanian Tidak terbatas kepada apa yang dirancang tetapi turut melibatkan pengalaman di luar kawalan seperti kemalangan atau jatuh cinta pada pandangan pertama

Titik Tolak Tujuan Peranan Pelajar Peranan Guru Indikator Kejayaan

Tradisional Transmisi pengetahuan Perubahan Penerima pasif Pemberi maklumat Perubahan mengikut markah ujian

Pembelajaran Persekitaran Komunikasi Guru ± Pelajar Strategi Penyoalan Maklum Balas Struktur

Preskriptif Diarah guru Guru memperbaiki kesilapan Soalan tertutup Menentukan sama ada jawapan betul Masa dan rutin tetap

Berdikari-Reflektif Kekuatan dan kelemahan pelajar Membangunkan pelajar yang bertanggungjawab Pembuat keputusan yang aktif Pemudah cara Kebolehan mengaplikasi idea secara berdikari dan menetapkan matlamat sendiri Menyokong pengambilan risiko Kumpulan koperatif Dua arah, positif, spesifik dan regular Soalan terbuka Menggalakkan dan memuji Luwes ± input pelajar

Dalam proses pengajaran, komunikasi dan interaksi membentuk corak pembelajaran pelajar. Pakar dalam bidang pendidikan merumuskan terdapat empat corak interaksi yang berlaku iaitu: Guru ² pelajar Guru ² kumpulan Pelajar-pelajar dengan guru Pelajar ² pelajar Manakala dua model pengajaran yang melibatkan interaksi antara pelajar dan guru ialah: 3.1 Model Pengajaran Langsung 3.2 Model Pengajaran Tidak Langsung

3.1 Model Pengajaran Langsung
Model ini memperlihatkan situasi pendekatan berpusatkan guru. Proses ini berlaku apabila guru mengajar menggunakan kawalan yang ketat dengan guru aktif dan semua pelajar pasif. Perhubungan pelajar guru terbatas kepada pendengaran, pengamatan dan asimilasi sahaja. Corak model seperti ini menyekat kebebasan pelajar memberikan idea, pandangan dan pendapat. Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan pelajar pasif, malah suasana pembelajaran dalam kelas membosankan. Hal ini kerana keadaan percakapan guru sewaktu memberikan kuliah, arahan atau pun mengkritik pelajar mewujudkan suasana mengancam, kurang selamat dan tekanan kepada pelajar.

Kaedah Penerangan dan Perbincangan Kaedah Perbincangan

Kaedah Pembelajaran Secara Aktif

3.2 Model Pengajaran Tidak Langsung

Kaedah KumpulanKumpulan dan Guru

Kaedah Berkumpulan

3.2.1 Kaedah Penerangan dan Perbincangan Kaedah ini menggalakkan berlakunya komunikasi dua hala. Proses pengajaran dan pembelajaran ini mendorong penyertaan pelajar dan guru secara aktif. Suasana ini diwujudkan apabila guru menyoal pelajar dan pelajar memberikan jawapan atau respons kepada soalan guru.

3.2.2 Kaedah Pembelajaran Secara Aktif Situasi pembelajaran secara aktif selalunya berlaku ketika pembelajaran amali. Guru memberikan penerangan kepada konsep dan permasalahan, manakala pelajar bertindak menyelesaikan masalah melalui kerjasama secara berkumpulan sepanjang proses amali. Peranan guru sebagai pemudah cara yang membantu sebarang permasalahan yang timbul mengekalkan interaksi pelajar dengan guru.

3.2.3 Kaedah Berkumpulan Kaedah pembelajaran berkumpulan mengintegrasikan kepelbagaian bentuk komunikasi dan interaksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran ini membolehkan pelajar-pelajar dalam setiap kumpulan berinteraksi sesama sendiri di bawah pimpinan guru. Kaedah ini mewujudkan sikap kerjasama, toleransi dan tolong-menolong dalam kalangan pelajar tersebut. Kaedah ini turut mengasah kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, kreativiti, komunikasi, penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

3.2.4 Kaedah Kumpulan-Kumpulan dan Guru Kaedah ini mirip kepada situasi pembelajaran berkumpulan kerana interaksi masih wujud dalam kumpulan dan dengan guru. Perbezaaannya ialah apabila interaksi turut berlaku antara kumpulan dengan kumpulan lain. Melalui kaedah ini, proses pertukaran idea lebih bercambah, pembelajaran menjadi lebih dinamik dan pelajar lebih aktif. Menerusi kaedah ini guru berperanan sebagai pakar rujuk dalam pertukaran maklumat dan idea bagi mendapatkan keputusan lebih mantap.

3.2.5 Kaedah Perbincangan Perbincangan dan sumbang saran ialah proses menjana minda dan emosi individu ke arah penyelesaian masalah, membuat keputusan, atau bagi mencapai kata sepakat dalam sesuatu hal, perkara atau isu. Melalui kaedah ini pelajar dikehendaki memainkan peranan yang aktif dalam mengulas, menyelesaikan serta membuat kesimpulan mengenai masalah atau isu. Justeru, kaedah ini sehaluan dengan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar.

Masalah: Pelaksanaan perbincangan secara bebas dan tradisional yang berlaku di dalam kelas tidak begitu berkesan kerana terdapat pelajar-pelajar yang pasif dan tidak begitu mahir mengeluarkan pendapat masing-masing. Keadaan ini lebih ketara apabila ada pelajar-pelajar bersifat ekstrovert yang selalunya akan menguasai perbincangan. Selain itu perbincangan secara bebas lebih sukar dikawal dan guru biasanya akan memainkan peranan lebih dari sepatutnya.

Cadangan: Gunakan teknik perbincangan 1-2-4 untuk mengatasi masalah yang wujud dalam perbincangan bebas serta menimbulkan interaksi menyeluruh dalam kelas. Peranan guru dalam variasi perbincangan ini adalah minima. Guru cuma merupakan fasilitator dan bebas bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain untuk membantu proses perbincangan.

3.2.5.1

Pelaksanaan Perbincangan 1-2-4
Berbincang secara berpasangan Berbincangan dalam kumpulan kecil (4-6 orang ahli)

Bekerja secara berseorangan

Sesi pleno

Perbincangan 1-2-4 melibatkan 4 tahap yang bermula dengan: 3.2.5.1.1 Tajuk Guru menyediakan tajuk-tajuk atau masalah yang sesuai dengan pelajar. Tajuk atau masalah yang dipilih seharusnya mempunyai kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar.

3.2.5.1.2 Satu Guru menerangkan masalah atau tajuk yang harus dibincangkan oleh pelajar terlebih dahulu. Pelajar diminta memikirkan isi atau penyelesaian yang dikehendaki berdasarkan pengalaman atau pengetahuan. Pelajar diminta mencatatkan pendapat masing-masing. Pada tahap ini, semua pelajar diminta menyelesaikan tugasan tanpa berbincang antara satu sama lain. Masa yang diberi untuk aktiviti ini adalah 5 minit sahaja

Tujuan: Memberi peluang kepada semua pelajar berfikir secara individu tanpa diganggu oleh perasaan, pengalaman atau pendapat orang lain. Dapat mengaitkan tajuk atau masalah perbincangan dengan pengalaman dan pengetahuan lalu. Menulis pendapat - proses pemikiran serta aliran pendapat menjadi lebih konkrit dan nyata yang secara langsung melatih pelajar berfikir secara lebih sistematik. Apa jua pengalaman dan pendapat yang ada dapat dilahirkan tanpa sebarang ancaman atau kritikan yang mungkin memutuskan aliran pemikiran.

3.2.5.1.3 Dua Selepas masa tamat, tiap-tiap individu diarah memilih seorang pelajar lain untuk membentuk pasangan. Apabila pasangan dibentuk kertas catatan ditukar antara satu sama lain. Setiap orang dikehendaki membaca kertas catatan orang lain dan membincangkan dan merumuskan persamaan dan perbezaan perndapat serta mengumpulkan isi perbualan pasangan masing-masing. Perbincangan berpasangan membantu memastikan semua pelajar aktif berbincang. Hal ini menolong pelajar yang bersifat pasif, introvert dan kurang keyakinan diri dalam aktiviti perbincangan untuk terlibat dalam sesi sol jawab tanpa tekanan. Setiap pasangan juga akan berasa lebih bertanggung jawab untuk mempertahankan kedudukan mereka kerana mereka terpaksa bergabung dengan pasangan yang lain kelak. Masa untuk tahap Dua adalah lebih kurang 10 minit sahaja.

3.2.5.1.4

Empat

Seterusnya setiap pasangan diminta bergabung dengan satu lagi pasangan untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada empat orang. Rumusan yang dibuat oleh setiap pasangan tadi ditukar dan perbincangan akan berlangsung dengan meneliti persamaan dan perbezaan rumusan-rumusan itu. Kumpulan dikehendaki membuat kesimpulan perbincangan kumpulan pula. Masa yang diperuntukkan untuk perbincangan kumpulan adalah 25 minit. Tahap ini merupakan tahap yang paling penting kerana di samping mengembangkan dan menambahkan idea-idea dalam kumpulan setiap ahli masih diberi peluang untuk memainkan peranan yang aktif. Oleh sebab setiap kumpulan biasanya terdiri daripada dua pasangan, maka idea-idea tidak mungkin di `outnumbered·. Hal ini akan memberi peluang kepada setiap pasangan untuk menjelaskan idea masing-masing.

3.2.5.1.5

Sesi Pleno

Bila masa tamat setiap kumpulan diminta menghantar seorang pelapor untuk melaporkan rumusan kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan diminta menyampaikan satu isi diikuti oleh kumpulan yang lain. Hal ini boleh berlangsung sehingga masa tamat atau semua isi telah dilaporkan. Rumusan kumpulan boleh dicatatkan pada papan tulis atau dipancanrkan menggunakan teknologi sedia ada dalam kelas. Sebaik-baiknya semua kumpulan diberi peluang membuat laporan jika masa mengizinkan. Pelajar-pelajar lain digalakkan untuk menyoal pelapor-pelapor jika ada keraguan. Akhir sekali, guru boleh membuat kesimpulan atau menambah isi jika perlu.

Penyoalan merupakan satu teknik yang digunakan dengan meluas oleh guru dalam usaha menyampaikan fakta, konsep dan prinsip sesuatu bidang ilmu serta meningkatkan pemikiran murid. Sejak beribu-ribu tahun guru telah menggunakan teknik penyoalan untuk menyampaikan pelbagai ilmu sama ada di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, mahu pun di universiti. Dalam satu kajian awal oleh Stevens (1912), didapati guru memperuntukkan 80% masa di sekolah menyoal murid. Kajian yang dijalankan oleh Leven dan Long (1981) mendapati guru bertanya 300 hingga 400 soalan sehari.

Kemahiran menyoal boleh menjadi salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang efektif di bilik darjah untuk menggalakkan interaksi antara guru dan murid serta murid dengan murid. Penyoalan berupaya mewujudkan iklim interaksi yang lebih merangsangkan merangsangkan murid untuk terus berminat dalam pelajaran mereka. Selain daripada itu, penyoalan berupaya mendapatkan maklumat dengan cara mencungkil pengetahuan murid, menolong mengulang kaji pelajaran yang lepas dan mengukuhkan pelajaran yang sedang disampaikan.

Penyoalan dapat merangsang murid berfikir secara kritis, analitis dan mendapat maklum balas yang logik dan tepat. Tambahan pula penyoalan dapat membantu menghubungkan di antara guru dengan murid dan menyatukan ahli-ahli kumpulan melalui interaksi. Apakah tujuan penyoalan? Menurut Morgan dan Saxton (1991) guru menyoal untuk melibatkan murid supaya lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sambil menilai pembelajaran dan membuka peluang untuk murid memberi pendapat dan buah fikiran mereka. Soalan memainkan peranan penting dalam bilik darjah untuk memberi murid peluang membina ilmu atau pengetahuan melalui asimilasi dan integrasi konsepkonsep baru (Hauser, 1990). Untuk mempertingkatkan kefahaman, murid tidak boleh dibiarkan pasif dalam bilik darjah dan perlu digalakkan lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Davis dab Murrell, 1994)

Jelasnya, kemahiran menyoal merupakan wahana utama interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk: Meneroka pengalaman dan pengetahuan pelajar Meningkatkan ingatan terhadap isi-isi pelajaran yang penting Tujuan ulangkaji Merangsang pemikiran pelajar dari tahap pengetahuan hingga tahap penilaian dan domain kognitif Merupakan teknik yang wujud hampir dalam semua proses pengajaran dan pembelajaran bermula daripada:

Peringkat Set Induksi
‡ Pada peringkat ini soalan digunakan untuk: mencungkil pengetahuan yang sedia ada pada murid, mengaitkan pelajaran lepas dengan pelajaran baru, menumpukan perhatian serta minat murid pada pelajaran yang akan diikuti.

Peringkat Perkembangan
‡ Pada peringkat ini soalan digunakan untuk: menduga kefahaman murid mengenai bahan pelajaran yang dibincangkan, memastikan penyertaan murid yang aktif, mengekalkan minat murid serta tumpuan perhatian mereka.

Peringkat Penutup

‡ Soalan pada peringkat penutup digunakan untuk membuat rumusan pelajaran & menguji kefahaman murid secara menyeluruh.

Teknik menyoal. Pembelajaran boleh dirangsang melalui teknik penyoalan. Teknik ini membolehkan guru menilai maklum balas secara berterusan. Guru perlu merancang terlebih dahulu bentuk soalan yang hendak dikemukakan dan guru tidak harus terikat sepenuhnya dengan soalansoalan secara spontan. Soalan-soalan yang ada kaitan dengan minat murid juga boleh digunakan. Soalan yang dikemukakan hendaklah:jelas dan mengandungi satu idea. ringkas supaya mudah diingati oleh murid. menepati masa , diminati, mencabar dan berkaitan dengan pengajaran. menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid. mengandungi lebih daripada jawapan ´yaµ Memandangkan penyoalan adalah cara yang berkesan untuk menggalakkan penyertaan murid secara aktif, guru perlu menggunakan soalan sekerap mungkin. Penyoalan boleh digunakan pada peringkat permulaan, perkembangan dan peringkat penutup pelajaran.

4.1

4.2

Prinsip-Prinsip Penyoalan: Soalan-soalan yang hendak dikemukakan hendaklah dirancang Soalan hendaklah bersesuaian dengan peringkat kebolehan murid Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar Perkataan atau istilah yang digunakan dalam soalan seharusnya difahami murid Beri peluang kepada murid memikirkan jawapan.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Tobin (1987), didapati guru tidak sabar menunggu jawapan yang diberi oleh murid lebih daripada 1.5 saat setelah bertanya sesuatu soalan. Horne (1982) melaporkan bahawa dengan memanjangkan masa guru menunggu jawapan daripada murid, penglibatan murid dalam kelas telah bertambah. Kadangkala guru tidak sedar betapa penting menunggu sebelum meminta murid lain menjawab atau guru sendiri yang memberi jawapan.

Wilen (2000) dalam satu kajian yang melibatkan 100 murid sekolah rendah melaporkan bahawa guru yang menunggu kira-kira 3 saat setelah soalan dikemukakan, jawapan yang diberi oleh murid lebih lengkap dan tepat. Murid lemah yang biasanya menjawab 'tidak tahu' telah mencuba memberi jawapan, walau kadang kala jawapan berkenaan tidak begitu tepat. Galakan untuk menjawab adalah kerana masa yang diberikan oleh guru untuk menjawab sesuatu soalan. Kesimpulannya, masa menunggu jawapan daripada murid memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian murid dalam pelbagai jenis mata pelajaran. Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa guru yang memberi murid lebih banyak masa untuk menjawab berjaya meningkatkan penguasaan sesuatu bidang ilmu serta menggalakkan penglibatan murid.

4.3 Amalan Penyoalan Berfokus: Dalam usaha memperkembangkan daya efektif pelajar, soalan-soalan yang sesuai, beraneka dan mencabar perlu dikemukakan supaya proses intelek pelajar sentiasa aktif. Soalan-soalan perlu berfokus kepada inkuiri supaya pelajar dapat berfikir untuk memahami konsep, faktor penyebab,membuat perbandingan, membuat ramalan dan menilai. Misalannya dalam mata pelajaran sejarah, pelajar akan mempelajari fakta-fakta tentang kaum-kaum zaman dahulu. Soalan seperti bagaimanakah kehidupan sesuatu kaum pada masa itu, apakah bahasa yang digunakan; apakah kemajuan yang dicapai oleh kaum itu; menggalakkan pelajar berfikir, menimbang sesuatu dan membuat rumusan dengan tepat.

Kaedah penyoalan juga bergantung kepada situasi dan menilai pengetahuan sedia ada dalam kalangan pelajar. Ada kala pelajar lain boleh diminta memberi rangsangan dalam membantu seseorang pelajar memberi jawapan yang tepat. Guru perlu sentiasa menggalakkan pelajar memberi idea tanpa memperdulikan jawapan itu betul atau salah. Penghargaan dan pengukuhan adalah amalan yang berkesan bagi menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4.3.1 Panduan Peneguhan: Pujian dan kemesraan yang ditunjukkan oleh guru dapat meningkatkan pencapaian murid-murid serta memupuk sikap yang positif Pengukuhan positi hendaklah digunakan secara jujur Peneguhan positif seperti memuji usaha murid adalah lebih berkesan berbanding peneguhan negatif seperti mengkririk atau menyindir murid 4.3.2 Objektif Kemahiran Peneguhan: Menarik perhatian murid-murid dalam pengajaran Menggalakkan murid-murid mencuba dengan lebih giat lagi Meningkatkan lagi pencapaian akademik murid-murid Keyakinan diri murid-murid dapat dipertingkatkan lagi

4.4

Penyoalan. 4.4.1 Aras soalan mudah ke tinggi. penggunaan perkataan padat, tepat dan mudah difahami. soalan berfokus kepada satu idea. soalan berfokus lebih daripada satu idea. 4.4.2 Alih hala soalan menghala soalan yang sama kepada murid yang lain. 4.4.3 Sebaran mengemukakan soalan secara rawak untuk meliputi seluruh kumpulan 4.4.4 Hentian (pause) berhenti seketika selepas mengemukakan soalan.

4.4.5 Memberi petunjuk memasukkan tanda saran (cues) isyarat yang membawa terus kepada jawapan. 4.5 Aras soalan. 4.5.1 Pengetahuan (ingat kembali) soalan yang hanya memerlukan murid mengigat kembali dan menyatakan semula keterangan yang telah dipelajari. 4.5.2 Kefahaman soalan menguji kefahaman murid mengenai suatu perkara. 4.5.3 Aplikasi soalan yang dapat murid menggunakan pengetahuan.

4.5.4 Analisa. Memerlukan murid mengkaji, mengintepretasi hasil, membuat huraian daripada hasil kajian dan dapat mengatur serta melahirkan pemikiran. 4.5.5 Sintesis Mengemukakan soalan yang melibatkan seorang atau beberapa orang murid dalam aktiviti kreatif, satu situasi yang membawa kepada penyatuan beberapa idea. 4.5.6 Penilaian Soalan yang memerlukan murid memberi hujah mengenai idea atau nilai dan memberi sebab untuk menyokong pertimbangan mereka.

4.6 Soalan aras tinggi. 4.6.1 Mencungkil. soalan yang membolehkan murid memikirkan jawapan yang lebih baik daipada jawapan yang telah diberikan. 4.6.2 Penjelasan memerlukan jawapan yang lebih jelas dan padat.

Rumusan:
Kemukakan soalan kepada seluruh kelas dan elakkan mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid Bentuk soalan hendaklah sentiasa berubah-ubah untuk menarik minat murid Pastikan soalan yang dikemukakan secara lisan dapat didengar oleh seluruh kelas Elakkan daripada mengemukan soalan mengikut turutan nama atau susunan tempat duduk Soalan yang dibentuk harus mendorong murid berfikir Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya Soalan hendaklah ringkas dan tepat Peneguhan memalui maklum balas segera mengenai jawapan

4.7 Kesan Kemahiran Menyoal ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran: Murid akan bertambah aktif dan akan mengemukakan soalan (dengan galakan guru) Menambahkan minat murid dan mengelakkan perasaan jemu Menguji pengetahuan sedia ada murid Mengenal pasti pemasalahan yang dihadapi murid Mengeratkan lagi hubungan guru-murid Murid lebih bersedia dan yakin menghadapi peperiksaan Membantu murid membuat ulangkaji dan membuat jangkaan terhadap tajuk-tajuk penting untuk peperiksaan

The "Five Ws" (and one H) were memorialized by Rudyard Kipling in his "Just So Stories" (1902), in which a poem accompanying the tale of "The Elephant's Child" opens with:

I Kee six honest serving-men: (They taught me all I knew) Their names are What and Where and When And How and Why and Who. I send them over land and sea, I send them east and west; But after they have worked for me, I give them all a rest. I let them rest from nine till five. For I am busy then, As well as breakfast, lunch, and tea, For they are hungry men:

But different folk have different views: I know a erson small She kee s ten million serving-men, Who get no rest at all! She sends 'em abroad on her own affairs, From the second she o ens her eyes One million Hows, two million Wheres, And seven million Whys!

Dalam bidang kewartawanan 5 W dan 1 H adalah maklumat asas untuk mendapatkan cerita penuh tentang µsesuatuµ. Hal ini kerana tidak ada satu pun soalan tersebut boleh dijawab hanya dengan ya atau tidak sahaja.
Who? Siapa yang terlibat? What? Apa berlaku? (Apa ceritanya) When? Bila perkara itu berlaku? Where? Di mana ia berlaku? Why? Kenapa ia berlaku? How? Bagaimana ia berlaku?

5.1

Aras Kognitif Soalan:

Jenis soalan yang ditanya memainkan peranan penting dalam perkembangan pemikiran murid. guru yang bertanya lebih banyak soalan aras kognitif tinggi akan dapat memperbaiki pencapaian serta proses pemikiran murid. Soalan aras rendah hanya meminta murid mengingat kembali fakta manakala soalan aras kognitif tinggi menggalakkan murid mengaplikasi konsep,membuat analisis serta sintesis. Kajian yang dijalankan oleh Hunkins (1969) mendapati bahawa kumpulan murid yang gurunya menggunakan banyak soalan aras kognitif tinggi berjaya mendapat markah yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan murid yang didedahkan kepada soalan aras kognitif rendah. Kajian ini telah dijalankan dalam kalangan 50 murid sekolah rendah yang mempelajari kajian sosial. Kleinman (1965) menjalankan kajian dalam kalangan 80 murid sekolah rendah yang mempelajari sains. Dapatan menunjukkan bahawa guru yang menggunakan soalan aras kognitif tinggi; markah muridnya dalam mata pelajaran sains telah meningkat berbanding dengan murid yang disoal menggunakan soalan aras kognitif rendah.

Mahlios dan D'Angelo (1990) mengkaji kesan aras kognitif soalan dalam pengajaran pendidikan moral mendapati bahawa prestasi murid telah bertambah baik apabila didedahkan kepada soalan aras kognitif tinggi. Kajian yang dijalankan melibatkan 70 murid sekolah rendah. Juga sikap murid terhadap pendidikan moral lebih positif apabila disoal dengan soalan aras kognitif tinggi. Dalam pengajaran pendidikan bahasa pula, murid yang diajar dengan kerap menggunakan soalan aras kognitif tinggi, selain pencapaian mereka meningkat, penglibatan murid dalam kelas telah bertambah baik dan soalan-soalan yang ditanya lebih bernas.
y Aras kognitif soalan yang ditanya oleh guru memainkan peranan

penting dalam mempengaruhi pencapaian murid dalam pelbagai jenis mata pelajaran. Soalan aras kognitif tinggi juga berjaya meningkatkan pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran. Penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga telah bertambah sehingga murid lemah turut digalakkan bertanya dan menjawab soalan.

5.2

Penyoalan dan Jenis-Jenis Soalan:

Penyoalan (teknik, jenis, taburan, gerak balas, dll) merupakan satu kemahiran penting bagi mewujudkan interaksi guru-pelajar. Soalan hendaklah dirancang dengan baik supaya pelajar berpeluang terlibat dalam berbagai-bagai jenis proses mental.Berbagai-bagai jenis soalan boleh digunakan, misalnya soalan: i. yang memerlukan daya ingatan; ii. yang memerlukan pemikiran yang analitikal; iii. yang memerlukan pemikiran kreatif; dan iv. yang memerlukan penilaian. Cara guru menyoal serta cara melayani soalan dan jawapan pelajar juga penting diberikan perhatian. i. Adakah guru menggunakan prinsip menyoal dengan betul? ii. Adakah guru menyebarkan soalan kepada seluruh kelas? Pada umumnya soalan boleh dibahagikan kepada soalan menumpu dan soalan mencapah. Soalan-soalan ini digunakan untuk tujuan tertentu.

5.2.1

Soalan Menumpu:

Jenis soalan ini berdasarkan kepada susunan beberapa soalan secara bersiri. Soalan jenis ini bertujuan untuk menumpukan idea atau hujah yang hendak diketengahkan. Contoh:Nyatakan 2 peringkat perkembangan penentangan Dol Said di Naning? Namakan 3 tokoh yang terlibat di dalam penentangan Dol Said di Naning? Perihalkan 2 peringkat perkembangan penentangan Dol Said di Naning. Terangkan bagaimana British boleh memenangi peperangan kali kedua ke atas Naning?

1. 2. 3. 4.

5.2.2

Soalan Mencapah:

Soalan jenis ini memerlukan daya pemikiran yang kritis, analitis dan rasional murid sebelum memberikan jawapan. Soalan bertujuan untuk mengalihkan perhatian murid dari satu hujah kepada hujah yang lain yang ada kaitan dengan hujah awal supaya pemahaman murid bertambah luas. Contoh:i. Mengapakah pada awal kebangkitan menentang penjajah tidak ramai orang menyertai penentangan tersebut? ii. Ceritakan apa akan berlaku jika penentangan berlaku serentak di seluruh Negeri-Negeri Melayu Bersekutu? iii. Pada pendapat anda, berikan alasan kesan daripada kebangkitan Hj Abdul Rahman Limbong di Terengganu pada tahun 1928.

6.1

Kaedah Pengajaran: 6.1.1 Simulasi:

Maksud: Situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja sama dengan situasi sebenar.

diwujudkan

Jenis Simulasi: a) Sosiodrama ² menggunakan skrip dan mengandungi konflik b) Main Peranan - Lakonan spontan tiada skrip diperlukan, tidak menggunakan skrip. Mengandungi keterangan ringkas dan pelajar memikirkan sendiri penyelesaian

Persediaan: i. Guru merancang ii. Guru menjelaskan secara ringkas mengenai situasi, masalah, peranan dan tempoh lakonan iii. Guru menyediakan skrip iv. Guru membimbing pelajar membuat keputusan Kelebihan: Pelajar berpeluang memikirkan jalan penyelesaian masalah dengan cepat Kemahiran pertuturan pelajar dapat dipertingkatkan Pelajar dapat belajar dalam situasi yang menyeronokkan dan menarik Pelajar dapat membincangkan dan menghayati nilai-nilai yang baik dalam lakonan Pelajar dapat menonjolkan bakat lakonan mereka

1. 2. 3. 4. 5.

6.1.2

Tunjuk Cara (Demonstrasi):

Maksud: Situasi pembelararan dengan guru menunjukkan cara melakukan sesuatu aktiviti atau memilih pelajar yang berpengalaman untuk melakukan aktiviti yang dikehendaki. Langkah-Langkah Tunjuk Cara: i. Perancangan ii. Pelaksanaan tunjuk cara iii. Latihan iv. Rumusan

Pelaksanaan Tunjuk Cara: a) Menyediakan peralatan yang diperlukan b) Memandang ke arah pelajar semasa tunjuk cara c) Menggunakan teknik untuk menarik perhatian pelajar Teknik Menyoal ² soalan mestilah jelas dan mudah difahami i. Menyusun aras soalan ii. Kemuka soalan dahulu iii. Berusaha mencungkil jawapan iv. Memberi masa secukupnya sebelum menjawab v. Memberi peluang kepada lebih daripada seorang vi. pelajar untuk menjawab Membuat penegasan kepada bahagian yang penting dalam tunjuk cara

6.1.3

Lawatan Sambil Belajar:

Maksud: Membawa sekumpulan pelajar ke tempat sebenar sebagai aktiviti sokongan pembelajaran Tujuan Lawatan: i. Membolehkan pelajar mendapat pengalaman sebenar dalam lawatan ii. Membolehkan pelajar membandingkan situasi sebenar dengan perkara yang dipelajari di dalam kelas iii. Mempelbagaikan aktiviti agar pelajar tidak mudah bosan iv. Mengeratkan hubungan pelajar dengan masyarakat

a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k.

Persediaan: Memilih tempat lawatan yang berkaitan dengan topik pelajaran Memohon kebenaran sekolah dan pejabat pendidikan daerah Menghubungi dan mendapat kebenaran lawatan daripada pihak yang ingin dilawati Menguruskan pengangkutan dan penginapan pelajar untuk lawatan Memberi taklimat kepada pelajar sebelum lawatan Menyediakan perlatan yang diperlukan Membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil mengikut topik Memastikan pelakar terlibat aktif dalam aktiviti kajian Memberi bimbingan kepada pelajar yang kurang faham Mengadakan sesi perbincangan mengenai aktiviti yang dilakukan semasa lawatan Aktiviti susulan

6.1.4

Pembelajaran Akses Kendiri:

Maksud: Suatu pendekatan pembelajaran yang memberi ruang dan peluang pelajar belajar secara kendiri.Pelajar menggunakan dan mengendalikan sendiri bahan-bahan pembelajaran. Keperluan: Hanya pelajar sendiri dapat melakukan pembelajaran secara optimum Terdapat ruang tiada guru yang dapat melakukannya untuk pelajar Setiap pelajar mempunyai minat, keperluan, sikap dan tahap kecerdasan dan kebolehan yang berbeza Pelajar yang lebih tahu menentukan sendiri strategi pembelajaran terbaik untuknya

a) b) c) d)

a. b. c. d. e. f.

Ciri-Ciri: Guru berperanan sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor Suasana pembelajaran fleksibel, selesa dan tanpa tekanan Bahan PAK dan bahan fasilitator mudah diakses Pemilihan bahan dan akvititi pembelajaran yang luas Kemudahan yang membolehkan pelajar belajar secara sendiri atau kumpulan Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan pelajar

6.2

Kaedah Pembelajaran: 6.2.1 Pembelajaran Inkuiri:

Pembelajaran berasaskan pendekatan inkuiri bukanlah sesuatu yang baru dan terdapat pelbagai definisi yang berkaitan dengannya. Philip (2004), menyatakan ¶sekiranya kita tanya kepada sepuluh orang pendidik yang berlainan untuk mendefinisikan ´inkuiriµ nescaya kita akan mendapat sebelas definisi yang berbeza tentangnya·. Pendekatan inkuiri di dalam pembelajaran boleh dilihat dalam pelbagai bentuk bergantung kepada bidang mata pelajaran yang dipelajari. Sebagai contoh dalam mata pelajaran sains, inkuiri mungkin akan melibatkan pelajar di dalam membuat penyiasatan dan menjelaskan sesuatu fenomena yang dianggap baru kepada mereka, atau pelajar dikehendaki menguji hipotesis secara saintifik di dalam ujikaji di makmal. Berdasarkan kepada Piawaian Pendidikan Sains Antarabangsa (National Research Council, (1996), pembelajaran sains melalui inkuiri merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh para pelajar dalam membina pengetahuan mereka dan memahami idea-idea saintifik seperti kaedah yang dilakukan oleh para saintis menyelidiki alam ini.

Dalam bidang sains sosial pula, melalui inkuiri pelajar mungkin dikehendaki menganalisa bahan-bahan dari sumber pertama yang dapat digunakan bagi menjelaskan serta memahami sesuatu kejadian di dalam peristiwa sejarah dan bagaimana mereka dapat mengaitkannya dengan keadaan yang berlaku pada hari ini. Carin dan Sund (1971) mendefinisikan inkuiri sebagai pembelajaran tidak langsung yang melibatkan aktiviti penerokaan dan penemuan yang berkaitan dengan proses untuk mendapatkan maklumat. Inkuiri berasaskan kepada penyoalan dan penyelesaian masalah di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti tersebut pelajar akan terlibat di dalam pemprosesan maklumat mental untuk mendapatkan kefahaman yang bermakna, dan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran mereka. Herron (1971) telah membahagikan pembelajaran secara inkuiri kepada empat aras. Aras-aras tersebut adalah bergantung kepada berapa banyak peranan yang diberikan kepada pelajar di dalam proses pembelajaran mereka. Semakin banyak peranan dimainkan oleh pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka semakin tinggi aras pembelajaran berasaskan inkuiri, dan begitulah sebaliknya.

Sekiranya semua masalah, prosedur, serta jawapan telah disediakan oleh guru dan pelajar hanya berperanan sebagai penerima sahaja di dalam pembelajaran mereka, maka ia tidak dianggap sebagai pembelajaran berasaskan inkuiri (pengesahan). Sebaliknya jika masalah, prosedur serta jawapan diberikan oleh pelajar sendiri dan guru hanya bertindak sebagai pembimbing maka ia merupakan pembelajaran berasaskan inkuiri pada aras yang paling tinggi (inkuiri terbuka). Sekiranya, guru menyediakan masalah dan prosedur sementara pelajar dikehendaki mencari jawapan berdasarkan prosedur yang telah disediakan, maka ia dikategorikan sebagai inkuiri berstruktur. Seterusnya jika guru hanya menyediakan masalah-masalah sementara pelajar sendiri yang menentukan prosedur serta memberikan jawapan terhadap permasalahan yang diberikan, maka pembelajaran tersebut dikategorikan sebagai inkuiri terbimbing.

Jadual 1: Em at Aras Pembelajaran Inkuiri (Herron, 1971)

ras I II III IV

Jenis Inkuiri
Pengesahan (Conformation) Inkuiri Berstruktur (Structured Inquiry) Inkuiri Terbimbing (Guided Inquiry) Inkuri Terbuka (O en Inquiry)

Penerangan
Pelajar mengesahkan rinsi - rinsi tertentu berdasarkan aktiviti enerangan oleh guru dan ke utusan sesuatu enyelidikan telah diketahui terlebih awal Pelajar melakukan enyelidikan berdasarkan soalan dan langkahlangkah yang telah ditentukan oleh guru Pelajar melakukan enyelidikan berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan oleh guru, dan emilihan langkahlangkah enerokaan ditentukan sendiri oleh elajar. Pelajar melakukan enyelidikan berdasarkan soalan-soalan dan langkah-langkah yang dibina dan ditentukan sendiri oleh mereka berdasarkan to ik-to ik yang tertentu.

Setiap pendekatan inkuiri mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Pendekatan inkuiri yang ingin digunakan seharusnya disesuaikan dengan bidang dan tahap pemikiran pelajar-pelajar yang terlibat. Sebagai contoh, inkuiri terbuka mungkin lebih sesuai untuk pelajar-pelajar di peringkat pengajian tinggi manakala inkuiri terbimbing mungkin lebih sesuai untuk pelajar-pelajar di peringkat sekolah. Inkuiri terbimbing adalah di antara pendekatan yang difikirkan lebih sesuai digunakan untuk membina bahan pengajaran berasaskan komputer yang ditujukan kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah.

Kesimpulannya, kepelbagaian dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu untuk membangunkan kemahiran menyoal kerana mahir hanya dalam satu kaedah pengajaran sahaja tidak menjamin seseorang guru itu boleh menangani secara bijak segala masalah dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana kepelbagaian kaedah membolehkan guru: Mengenal pasti dan memilih kaedah-kadah pengajaran yang dijangka berkesan dalam mencapai objektif pengajaran yang dirancang berdasarkan keperluan pelajar dan subjek yang diajar. Melaksanakan aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar. Mengelakkan diri daripada dibelenggu buku teks dan kaedah µchalk & talkµ semata-mata. Meningkatkan µrepertoireµ pengajaran kerana penguasaan pelbagai kaedah pengajaran menjadikan guru berdaya lentur dan dapat mengubah keadaan pengajaran bila dan dimana perlu berdasarkan situasi. Mewujudkan prinsip kepelbagaian sebagai rempah hidup di bilik darjah untuk mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran dan seterusnya keberkesanan pembelajaran pelajar itu sendiri.

Latar belakang pelajar Peringkat umur, pengalaman/pengetahuan sedia ada, minat Stail pembelajaran (kesediaan untuk belajar) Isi kandungan pelajaran Tajuk ² Konkrit? Abstrak? Mudah? Kompleks? Teori? Amali? Ulangan? Perkara baru? Objektif pengajaran Berapa dan bentuknya? Dalam domain taksonomi apa dan peringkat mana? Sumber pengajaran dan pembelajaran (ABM) Sedia ada di sekolah, boleh didapati dari sumber luar sekolah atau boleh disediakan guru dan pelajar? Peruntukan masa Berapa waktu? Berapa minit? Bila? Pagi? Tengahari? Petang? Stail pengajaran (kesediaan pengajaran) Latar belakang guru: pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan iltizam, kemahuan.

Pengajaran mer akan sat r ses aktiviti ang dis s n untuk membawa perubahan kepada pelajar. ebagai seorang guru, banyak amalan perlu dilakukan agar pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi berkesan dan bermakna kepada pelajar. uasana pembelajaran dan pengajaran guru akan menjadi hambar dan tidak bermakna kepada pelajar sekiranya mutu pengajaran dan pembelajaran tidak berada pada tahap yang memuaskan. al ini adalah kerana pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses menyampaikan ilmu pengetahuan. usteru, amalan pengajaran dan pembelajaran yang sempurna dan menyakinkan perlu disusun dengan mengutamakan objekti secarajelas, tepat serta mudah di ahami. trategi pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan sebaik mungkin supaya matlamat pengajaran tercapai malah pelajar dan guru akan sama-sama berasa puas setelah tamat satu-satu sesi pengajaran pembelajaran.

Kemahiran belajar Kemahiran ICT Kemahiran mengurus

Kemahiran berkomunikasi

kemahirankemahiran yang perlu diperolehi:

Kemahiran merancang

Kemahiran mengajar

Kemahiran berfikir

Kemahiran menilai

Kemahiran pemudah cara

(a) Kemahiran mengurus

- mengurus bilik darjah, murid, kemudahan fizikal, bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. (b)Kemahiran merancang - menentukan objektif pelajaran, memilih isi pengajaran, memilih strategi dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti pengajaran pembelajaran, memilih dan menyediakan pelajaran serta menyediakan dan mengurus kemudahan untuk menjalankan aktiviti pengajaran. (c) Kemahiran berfikir - kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses-proses pemikiran seperti banding-beza, menghuraikan dan lain-lain. (d) Kemahiran pemudah cara - fasilitator yang membimbing, memotivasi serta menggerakkan orang lain.

(e) Kemahiran mengajar - membentuk aktiviti pengajaran yang sistematik, menarik dan berkesan. (f) Kemahiran belajar - kebolehan menerima isyarat dengan tepat, memproses maklumat yang diterima, menyimpannya dalam stor ingatan dan mengaplikasikan untuk menyelesaikan masalah. (g) Kemahiran berkomunikasi - secara lisan atau bertulis. (h) Kemahiran menilai - mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (i) Kemahiran ICT - menggunakan teknologi maklumat.

Sepuluh cadangan amalan bermakna dan berkesan dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas:1. Merancang Persediaan Sebelum Mengajar sebelum memulakan

sesuatu sesi pengajaran. 2. Berkepakaran mengurus kelas atau bilik darjah yang merupakan tempat yang tetap untuk menjalankan sesi pengajaran pembelajaran. 3. Memberi Latihan, Penilaian dan Pentaksiran pada akhir sesi pengajaran pembelajaran dalam kelas. 4. Mengadakan sesi Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan bagi memastikan pencapaian pelajar yang berterusan. 5. Pemupukan dan Penerapan Nilai. 6. Amalan Penyoalan Berfokus dalam usaha memperkembangkan daya efektif pelajar. 7. Melatih pelajar Menguasai Kemahiran Belajar. 8. Pembelajaran Akses Kendiri. 9. Mengadakan Aktiviti Kritik SecaraTerbuka. 10. Proses Pengajaran.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful