BEE

PJAH

CDA

LIM

MIMI

KECERDASAN INTERPERSONAL

Apakah kecerdasan interpersonal? Keupayaan memahami diri orang lain

Mudah bergaul & berinteraksi dengan orang lain

Memahami kehendak orang lain

CONTOH PERLAKUAN

Mampu bekerjasama dengan orang lain

Mampu mempengaruhi orang lain

Mudah menyesuaikan diri

Disenangi dan disukai

Bagaimana contoh aktiviti P&P yang boleh dilakukan terhadap murid yang mempunyai kecerdasan pelbagai interpersonal?

PERBINCANGAN
‡ Teknik pengajaran yg berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru ‡ Melalui teknik pengajaran ini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. ‡ Semasa perbincangan diadakan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik sambil guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat menyeluruh.

DEBAT
‡ Aktiviti debat ini merupakan salah satu aktiviti perbincangan yang bersifat kumpulan. ‡ Dalam aktiviti inilah, kemahiran interpersonal murid dapat dilihat iaitu apabila mereka saling bekerjasama dalam menyampaikan isi dan pendapat masing-masing di samping mendengar pendapat orang lain.

BERCERITA
‡ Aktiviti ini adalah aktiviti yang paling disukai oleh murid kerana pada peringkat umur 7 hingga 12 tahun, mereka cenderung untuk bercakap dan bercerita mengenai sesuatu perkara. ‡ Aktiviti ini adalah bersesuaian dengan murid yang mempunyai kemahiran interpersonal kerana mereka berpeluang untuk berinteraksi dengan orang lain melalui cerita yang disampaikan.

BERLAKON
‡ Melalui aktiviti ini, murid dapat melakonkan sesuatu watak yang dipegang dengan mendalami karekter watak tersebut. ‡ Lakonan memerlukan semangat jitu yang tinggi. Maka di sinilah kemahiran interpersonal murid dapat dilihat iaitu bagaimana dia dapat bekerjasama dengan orang lain untuk menjayakan sesebuah lakonan.

SEKIAN, TERIMA KASIH

RUJUKAN
‡ Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sh Fakhriah Syed Ahmad (2009), Murid dan Alam Belajar, Selangor Darul Ehsan, Oxford Fajar Sdn. Bhd. ‡ Kamaruddin Hj Husin (1988), Pedagogi Bahasa, Selangor Sarul Ehsan, Longman Malaysia Sdn. Bhd. ‡ Mok Soon Sang (2008), Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran, Kuala Lumpur, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful