You are on page 1of 75

ALATAN TANGAN MEMOTONG

• Untuk menyediakan kayu kepada saiz yang dikehendaki.


• Untuk memotong kayu mengikut bentuk yang dikehendaki.
GERGAJI
1) GERGAJI KERAT
• Digunakan khas untuk mengerat kayu secara melintang ira kayu.
• Mempunyai gigi berbentuk pisau di hujungnya & tepi hadapannya
bersudut antara 70 darjah – 80 darjah kepada garisan giginya.
• Bilangan giginya 5 hingga 9 batang bagi setiap 25mm
• Panjang antara 550 – 700 mm.
2) GERGAJI BELAH
• Membelah kayu yang telah digergajikan mengikut / selari dengan ira
kayu.
• Mempunyai gigi yang berbentuk serupa dengan mata pahat & tepi
hadapannya bersudut tepat dengan garis giginya.
• Mempunyai bilangan gigi antara 3 hingga 6 bilah bagi setiap 25 mm.
• Tiga jenis : sederhana,kecil dan besar
• Penggunaan bergantung kepada ketebalan kayu yang hendak dibelah.
• Panjang antara 600mm hingga 700mm.
CARA – CARA MENGGUNAKAN GERGAJI
TANGAN

1) Condongkan gergaji 45˚ daripada benda kerja


apabila mengergaji belah.
2) Condongkan 60˚ daripada benda kerja apabila
mengergaji kerat.
3) GERGAJI PUTING

• Mempunyai mata yang nipis yang terpaksa diperkuatkan oleh jalur


logam (patil keluli) di belakang matanya.
• Mempunyai gigi – gigi yang halus sesuai untuk memotong kayu –
kayu yang kecil.
• Biasanya penahan tepi digunakan semasa menggergajikan
• Mempunyai mata kecil antara 12 hingga 14 bilah setiap 25 mm.
• Kegunaan : Untuk mengerat secara lurus untuk membuat tanggam.
GERGAJI PUTING
GERGAJI LENGKUNG HALUS
• Mempunyai mata yang sangat halus dipasang pada bingkai logam yang
tegak.
• Panjang matanya ialah 150 mm.
• Untuk membuat lengkung yang sempit pada papan nipis pada bahagian
dalam dan luar.
GERGAJI BAJANG

• Serupa dengan gergaji putting,tetapi lebih kecil.


• Giginya lebih kecil iaitu 18 hingga 22 bagi setiap inci
• Digunakan untuk membuat tanggam yang pemasangannya lebih
ketat dan tepat
GERGAJI TEBOK

• Bermata halus dan berbentuk tirus.


• Panjangnya 300 mm hingga 450 mm.
• Digunakan untuk memotong benda kerja yang lurus dan
melengkung dibahagian dalaman
GERGAJI EKOR TIKUS

• Mata gergaji lebih halus daripada mata gergaji tebok.


• Tiga jenis mata yang boleh ditukar
• Bersaiz lebih pendek iaitu 200 mm hingga 400 mm.
• Untuk memotong / mengerta benda keras yang lurus atau
melengkung di bahagian dalam yang lebih sempit.
PAHAT
1) PAHAT PELUBANG ATAU PAHAT KUKUH
• Dibuat dengan matanya yang tebal supaya tahan diketuk dengan gandin
semasa mebuat lubang atau kerja – kerja kasar.
• Sudut menajamkan mata menggunakan batu asah pula antara 30˚ hingga 35˚
• Semasa mencanai,matanya mestilah bersudut 20˚ hingga 25˚.
2) PAHAT PERAUT ATAU PAHAT TEPI SERONG

• Mata pahatnya serong pada bahagian tepinya & serongan itu adalah lebih panjang
dan nipis.
• Matanya tebal dibahagian tengah dan nipis pada bahagian tepi.
• Tidak sekuat pahat pelubang.
• Lebar matanya antara 3mm hingga 50mm.
• Sudut menajamkan mata pahat ini ialah 25 ˚.
• Sesuai untuk mengemaskan tanggam dan acuan yang mempunyai pelbagai ukiran
• Gandin diperlukan semasa mengetuk pahat ini.
PAHAT TEPI SERONG
3) PAHAT MATA BULAT
• Digunakan untuk mendapat permukaan yang melengkung.
• Bersaiz antara 3mm hingga 40mm.
4) PAHAT BENTUK POTONGAN INTAN
• Menyerupai intan
• Bahagian hujungnya tirus.
• Membuat lengkung dalam kerja ukir – mengukir.
LANGKAH – LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MEMAHAT

• Pastikan pahat yang digunakan bersesuaian.


• Pastikan kepala pahat tidak berbentuk cendawan.
• Pastkan mata pemotong pahat tajam.
• Pastikan berat tukul bersesuaian dengan benda kerja.
• Pastikan mata tukul dan kepala pahat tidak berminyak.
• Pastikan mata tertumpu pada mata pahat sewaktu memahat.
• Pastikan pahat dipegang dengan cara yang betul semasa memahat.
CARA MENAJAMKAN MATA PAHAT
• Sering digunakan akan menjadi tumpul.
• Boleh ditajamkan semula dengan menggunakan mesin canai.
• Pastikan pahat itu tidak ditekan terlalu kuat atau terlalu lama pada roda
mesin pencanai.
• Setelah dicanai,mata pahat hendaklah dicelup ke dalam minyak penyejuk
bagi tujuan penyejukkan.
• Tujuan penyejukkan : Bagi mengelakkan mata pahat kehilangan
bajaannya.
MEMBERSIHKAN KEPALA PAHAT BERBENTUK
CENDAWAN

• Bertujuan untuk mengurangkan pantukan ketika diketuk.


• Lama-kelamaan akan menjadi bentuk cendawan.
• Kerana terpaksa menampung berat tukul dan tenaga pemahat
• Boleh dibersihkan guna mesin canai
ALAT PEMOTONG KACA(ROLLING GLASS CUTTER)

• Memotong kaca
JENIS ALAT PEMOTONG KACA

1) Pemotong Kaca Berlian


2) Pemotong Kaca Oftalmik
3) Pemotong Kaca Roller
4) Pemotong kaca kompas
1) PEMOTONG KACA BERLIAN

• Bingkai di mana seluruh kaca berlian disisipkan.


• Pada gilirannya,dikenakan pada plastik atau kayu.
• Boleh memotong kaca yang memiliki ketebalan sehingga 10mm
• Boleh memotong hamper 10.000m kaca.
2) PEMOTONG KACA OFLAMIK/MINYAK

• Dilengkapi dengan fungsi bekalan pelincir automatik.


• Pelincir terletak pada pemegang
• Untuk mengurangkan geseran roller
• Minyak untuk melancarkan kerja pemotongan
• Memotong ketebalan sehingga 20mm
• Boleh memotong 5000m kaca
• Wajar menjadikan tajam.
3) PEMOTONG KACA ROLLER

• Diperbuat daripada aloi tungsten pepejal dengan kobalt


• Ada pilihan 6,3, atau 1 roll
• Boleh memotong kaca dengan ketebalan 1 hingga 5mm
• Tidak kurang daripda 350mm
4) PEMOTONG KACA KOMPAS

• Untuk membuat bulatan ideal/bujur


• Terdiri daripada :
• Pemotong minyak – skala yang dapat diselaraskan
• Penyedut – membaiki kompas pada kaca
PEMOTONG PERSPEK

• Memotong perspek dan bahan plastik.


GUNTING BESI

1) Gunting Lurus
• Untuk memotong kepingan logam nipis sehingga tolok SWG

2) Gunting Lengkuk

3) Gunting Layang
2) Gunting Lengkuk
• Memotong lengkuk luar dan dalam.

3) Gunting Layang
• Terdapat kiri,kanan dan lurus.
• Matanya bergigi
• Lebih kuat
• Boleh memotong berbagai bentuk
ALATAN MEMBENTUK

1)KIKIR
• Sejenis alat tangan yang diperbuat daripada keluli yang
bermutu tinggi
• Fungsi : Memotong,,menipis dan melicinkan permukaan bahan
kerja membentuk lengkung
• Cara penggunaan : Kikir bahagian yang ingin dikikir sehingga
rata atau dapat bentuk yang diinginkan.
• Prosesnya dinamakan mengikir.
PENGELASAN KIKIR
Panjang
• Diukur dari hujung ke bahunya.
• Antara 100mm hingga 400mm dengan kadar tambahan 50mm.

 Bentuk
• Berbentuk segi empat sama,segi empat tepat,segitiga tirus,bulat dan separa bulat.
PENGELASAN KIKIR

 Jenis Potongan Gigi


• Empat jenis potongan gigi kikir
JENIS POTONGAN GIGI

a) Gigi Selari
• Dipotong condong pada sudut 65˚ hingga 85 ˚ pada permukaan kikir.
• Digunakan untuk kerja – kerja penyudahan.

b) Gigi Bersilang
• Dipotong pada sudut 45 ˚
• Digunakan untuk kerja – kerja am.
• Logam dapat dibuang dengan mudah.

c) Gigi Lengkung
• Digunakan untuk membuang bahan-bahan yang sangat lembut seperti timah
• Membolehkan bahan yang dipotong keluar dengan mudah.

d) Gigi Parut
• Untuk membuang bahan-bahan yang lembut dengan cepat.
JENIS KIKIR
• Untuk menghasilkan sesuatu kerja dengan tepat,cepat dan dengan permukaan
yang licin.
a) Kikir Pipih Tirus
• Digunakan dalam kerja – kerja am yang melibatkan berbagai – bagai jenis kerja
yang berlainan.
• Dikelaskan kepada gred kasar,sederhana,halus dan sangat halus..
• Giginya dipotong bersilang intan dan terdapat gigi lurus pada kedua – dua belah
tepi.
b) Kikir Pipih Kasar
• Digunakan untuk kerja – kerja penyudahan rata.
• Gred kikir pipih kasar terdiri daripada gred kasar hingga sangat halus.
c) Kikir Belah Rotan
• Digunakan untuk menyudahkan bahagian-bahagian yang telah siap.
• Gigi pada permukaan yang melengkung berbentuk silang.
• Digredkan kepada kasar,halus dan sangat halus.
d) Kikir Bulat
• Kadangkala disebut kikir bentuk ekor tikus.
• Untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan lubang yang melengkung.
• Terdiri daripada kasar hingga sangat halus.
• Berbentuk lurus dan bersilang.
e) Kikir Segiempat Sama
• Digunakan untuk membesrkan lubang yang berbentuk segiempat sama secara kasar.
• Boleh digunakan untuk mengikir lurah atau alur berbentuk segiempat saama
• Digredkan kasar sehingga sangat halus.
f)Kikir Segitiga
• Digunakan untuk mengikir sudut-sudut dalam yang tajam.
• Digunakan untuk membersihkan penjuru ynag bersudut.
• Giginya bersilang.
g) Kikir Pipih Nipis
- Digunakan untuk mengikir celah – celah yang nipis seperti untuk memotong
celah pada kunci.
- Tirus pada hujung tetapi tebalnya sama pada keseluruhan panjangnya.
- Terdapat dengan panjang yang terhad iaitu 100mm,150mm,dan 200mm.
- Giginya bersilang dan grednya daripada kasar hingga sangat halus.
h) Kikir Bentuk Pisau
- Digunakan untuk menajamkan gigi – gigi yang terdapat pada gergaji dan alat
– alat pemotong.
- Bentuknya sama seperti pisau dengan bersudut 15˚.
- Grednya kasar hingga sangat halus.
 GAYA MENGIKIR

• Memerlukan kemahiran yang tinggi.


• Semasa berdiri kaki mestilah renggang.Kaki kiri ke hadapan dan kaki
kanan terletak lebih kurang 45cm hingga 50cm ke belakang.
• Tinggi benda kerja mestilah sesuai supaya kerja mengikir dapat dilakukan
dengan berkesan.
• Ketinggian yang sesuai ialah lebih kurang 100 sentimeter(1 meter).
GAYA MENGIKIR

• Semasa mengikir,tekan kikir pada benda kerja dan gerakkan tangan dan
badan.
• Tekanan dikenakan ke atas kikir semasa kikir itu disorongkan ke hadapan.
• Lepaskan tekanan dikenakan semasa kikir itu ditarik ke belakang.
• Gigi kikir itu dibentuk hanya untuk memotong ke hadapan sahaja dan akan
menjadi tumpul jika dikenakan tekanan semasa menarik ke belakang.
• Boleh disesuaikan mengikut kedudukan benda kerja serta jenis benda
kerja.
GAYA MENGIKIR
CARA DAN GAYA MEMEGANG KIKIR

• Bergantung pada cara mengikir yang dilakukan sama ada mengikir


biasa,mengikir berat,mengikir rata dan mengikir jitu.
• Terdapat 4 cara dan gaya memegang kikir.
a) Mengikir biasa – untuk kerja – kerja am(biasa).
b) Mengikir berat – untuk membuang logam yang banyak daripada benda kerja.
c) Mengikir rata – untuk mengikir rata.
a) Mengikir biasa – Untuk kerja – kerja am(biasa)
b) Mengikir berat
c) Mengikir rata
MENGIKIR MELINTANG

• Dillakukan sekali-sekala untuk menentukan sama ada permukaan yang


dikikir itu rata atau tidak.
MENGIKIR RATA

• Semasa mengikir rata,permukaan yang dikikir hendaklah


sentiasa diliputi oleh kikir.
MENGIKIR TARIK

• Semasa mengikir tarik,tekanan pada kedua-dua tangan hendaklah sama


dan pastikan kedudukan kedua dua tangan stabil.
• Digunakan untuk menyudahkan benda kerja supaya kelihatan licin dan
cantik.
• Digunakan untuk mengikir logam yang nipis.
• [
MENGIKIR PENJURU BULAT

• Mula – mula kikir kasar melintang dan kemudian kikir bahagian penjuru
yang bulat pula.
MENGIKIR PERMUKAAN MELENGKUNG

• Permukaan yang melengkung boleh dikikir dengan kikir


segiempat dan seterusnya disudahkan dengan kikir belah
rotan.
MENGUJI KERATAN PERMUKAAN

• Permukaan yang dikikir rata mestilah sentiasa diuji supaya bahagian-


bahagian yang tinggal dan rendah boleh dibetulkan.
• Boleh dilakukan dengan menggunakan pembaris keluli ataupun sesiku L.
MENGUJI PERMUKAAN BERSUDUT TEPAT

• Untuk menguji sama ada permukaan itu bersudut tepat


atau tidak
• Mengikir dan menguji sudut tepat bukanlah satu perkara
yang mudah.
• Harus berhati – hati supaya tidak mengikir terlalu rendah
sesuatu penjuru itu
• Kerana ini akan menyebabkan keseluruhan permukaan
terpaksa direndahkan ke paras yang sama.
PENJAGAAN KIKIR
• Dijaga dengan baik untuk menjamin hasil kerja
yang memuaskan
• Membolehkan kikir tersebut tahan lebih lama
• Terdapat beberapa panduan untuk menjaga
kikir.
PANDUAN UNTUK MENJAGA KIKIR

1) Sebelum menggunakan kikir,pastikan kikir itu dipasang


dengan hulu yang baik dan sesuai.
• Terdapat dua jenis hulu iaitu hulu biasa dan hulu khas.
PANDUAN UNTUK MENJAGA KIKIR

2) Kikir mestilah sentiasa dalam keadaan bersih.


• Kerak –kerak besi yang dibiarkan melekat pada kikir akan merosakkan
kikir dan juga permukaan yang sedang dikikir.
• Boleh dikikirkan menggunakan berus kikir ataupun kertas kikir.
PANDUAN UNTUK MENJAGA KIKIR

3) Selepas digunakan,kikir hendaklah disimpan dengan cermat supaya tidak


mudah rosak.
4) Disusun berasingan.
5) Jangan gunakan kikir selain untuk tujuan mengikir.
6) Gunakan kikir yang sesuai dengan sesuatu bahan yang tertentu.Kikir yang
lebih halus digunakan untuk bahan yang lebih keras.
7) Elakkan kikir daripada terkena air atau minyak.
KETAM

• Mengetam kayu kasar hampir kepada saiz yang dikehendaki.


• Digunakan dalam proses membentuk.
• Terdapat 8 jenis ketam.
1) KETAM KASAR

• Terdiri daripada jenis kayu atau logam.


• Digunakan untuk mengetam permukaan kayu secara kasar kepada saiz
yang diperlukan dengan cepat.
• Panjangnya antara 355-380mm.
2) KETAM PELICIN

• Berukuran 203 – 228 mm.


• Mata keluli yang tajam dan lurus selebar 37mm hingga 62mm
• Untuk mengetam permukaan kayu selepas diketam dengan ketam kasar
kepada saiz yang lebih tepat.
3) KETAM TETINGKAT

• Dibina khas untuk membuat tetingkat pada tepi atau hujung kepingan kayu.
• Terdapat pelbagai jenis dan bentuk.
• Boleh didapati untuk kerja khas seperti ketam tetingkat berlaras,ketam
tetingkat mata hujung dan ketam tetingkat mata tepi.
4) KETAM PANGKAS

• Untuk mengetam penghujung atau pangkal kayu secara melintang ira.


• Untuk membuat kerja – kerja penyudah
• Bersaiz kecil,panjangnya ialah 170mm dan lebarnya 50 mm.
5) KETAM LURAH

• Dibina dengan mata yang seumpamanya bagi membina lurah atau saluran
yang selari di sepanjang ira kayu dengan jarak yang tertentu dari tepi kayu.
• Mempunyai satu penahan di bahagian tepi yang boleh dilaraskan untuk
menetapkan jarak dari tepinya.
6) KETAM GOLEK

• Digunakan untuk mengetam bahagian tepi permukaan kayu kecil yang


cembung
• Diperbuat daripada logam.
• Bermata lengkung ataupun lurus.
KETAM PANCAGUNA

• Besar dan berat


• Digunakan untuk membuat tetingkat dan lurah
• Diperbuat daripada logam
• Mempunyai mata pemotong pelbagai saiz.
CARA MENGETAM KAYU
BELIUNG

• Untuk membentuk dan melicinkan kayu potong kasar


TUKUL BESI WARRINGTON
• Menukul paku,membentuk logam,dan menekan kayu hiasan dan venir.
GANDIN

• Mengetuk pahat
• Pemasangan tanggam
• Membentuk logam kepingan supaya tidak mencalar dan kemek
SEKIAN,TERIMA KASIH

• JIKA ADA APA-APA KEKURANGAN ATAU KESILAPAN DALAM


PEMBENTANGAN SAYA,TOLONG MAAFKAN SAYA.