You are on page 1of 16

Iktibar daripada Tamadun India:

Pandangan semesta dan nilai-


nilai yang relevansi kepada
Malaysia
Membincangkan kepercayaan, sifat penerimaan,
toleransi dan nilai-nilai yang wujud dalam
tamadun tersebut
Nilai-nilai murni
Pandangan semesta yang diterima
secara umum

Sejarah India yang dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu zaman purba,
zaman pertengahan dan zaman moden atau masing-masing dikenali
sebagai Zaman Hindu, Muslim dan British, telah menyaksikan
kedatangan pendudukan-penduduk baru dan kemunculan budaya,
tradisi, agama, falsafah, bahasa, idea dan sistem baru.
Iktibar daripada pandangan semesta tamadun India adalah dapat
mengharmonikan kecenderungan berkonflik dan lain-lain unsur
kepelbagaian fenomena di Malaysia.

-menekankan sifat perpaduan pada satu peringkat dan


sifat majmuk-relativisme pada peringkat lain
-pandangan semesta membenarkan seseorang memilih
cara berfikir dan melakukan tindakan sendiri

Oleh itu, dalam tamadun India, mereka bersedia untuk menerima pelbagai
sistem, corak kehidupan sosial dan kepercayaan.
Asas pandangan semesta India yang asal

a) Sikap menerima kepelbagaian


b) Sikap menerima perbezaan
c) Sikap menerima kontradiksi dalam tradisi sosiobudaya di Malaysia

-menekankan hakikat bahawa terdapat cara berfikir , cara hidup dan cara
membuat sesuatu yang berbeza dan alternatif walaupun ia bertentangan antara
satu sama lain

Dijadikan iktibar bagi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan berlainan
kepercayaan serta agama
Sifat Penerimaan
Kepelbagaian dalam masyarakat menyumbangkan unsur-unsur kontradiksi seperti
kebaikan-keburukan, toleransi-tidak bertoleransi, perpaduan-tidak perpaduan dan
sebagainya.

Masyarakat India tidak berpecah belah atau tidak menimbulkan keadaan huru hara
walaupun beberapa perubahan dilakukan dengan kekerasan dan bukan secara
sukarela
Dalam aspek agama, terdapat pelbagai kepercayaan, amalan dan falsafah
dianggap sebagai unsur realiti agama

Cth: dewa-dewi politeistik dianggap sebagai penjaga nilai-nilai mnusia


seperti kesihatan, kekayaan, panjang umur, kemasyhuran dan kejayaan
dan mereka boleh merayu kepada dewa-dewi supaya mengurniakan
nilai-nilai ini.

Pengikut tradisi Hindu tidak melihat apa-apa jua kontradiksi


kerana mereka hanya melihat kesahan berhubung dengan
tujuan

Kesesuaian dan kekuatan


Masyarakat India kekal dengan pandangan, unsur dan amalan Hindu.

Cth: prasangka-prasangka kasta, ketidakbenaran perkahwinan semula


balu, penyembahan patung dan amalan upacara diteruskan.

*Kontradiksi dengan ajaran Islam adalah ketara kerana amalan-amalan


tersebut amat bertentangan dengan ajaran Islam

Kesimpulan kecil: Penerimaan unsur-unsur perbezaan dalam agama


membawa kesan positif bagi masyarakat India yang tidak mengalami
sebarang pengolakan agama dalam sejarahnya
Sifat toleransi dan nilai-nilai relevansi kepada
Malaysia
1. Kepercayaan kepada Tuhan
 Kepercayaan terhadap satu entiti yang melampaui batasan pemikiran dan
kesedaran manusia
 Mementingkan konsep ketuhanan dengan merujuk tradisi falsafah mereka sejak
Zaman Vedik

Di Malaysia, rakyat berpegang teguh kepada prinsip “Kepercayaan kepada


Tuhan” yang merupakan prinsip pertama dalam Rukun Negara

-kebebasan menganuti agama berdasarkan kepercayaan masing-masing


Kunci kepada keamanan dan
kestabilan ekonomi negara
2. Perpaduan
 Tamadun India mempunyai masyarakat yang terdiri daripada masyarakat
berbilang kaum dan agama
 Penting bagi kerajaan untuk memupuk hubungan erat

Di Malaysia, rakyat hidup bersama dengan harmoni tanpa menghiraukan


perbezaan masing-masing.

Rakyat yang bersatu padu mampu


*menjana kemajuan sesebuah negara
*menjamin keamanan negara
*membawa ekonomi stabil
Nilai-nilai dalam Tamadun India

Dharma

Kepercayaan
Perpaduan
kepada Tuhan

Nilai-
nilai

Satya Karma

Ahimsa
Dharma

• menandakan sifat benar individu dan masyarakat


• berfungsi sebagai konsep semula jadi.
a)Dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan bagi
menentukan apa yang harus dilakukan oleh siapa.

b)Dharma individu memerlukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang


mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan.

Dharma yang dikaitkan dengan tugas, tanggungjawab dan aturan


memberi makna kepada manusia iaitu memberi individu identiti dan
makna kepada peranannya dalam kehidupan keseluruhan.
Kepercayaan kepada Tuhan

-Kepercayaan kepada satu entiti yang melampaui batasan pemikiran dan kesedaran
manusia merupakan asas sistem pemikiran agama orang-orang Hindu.

*Pemikiran falsafah India menyarankan setiap orang menyedari warisan kedewaan


mereka dan menerusi ini, mereka akan menyedari tentang tiadanya pembatasan dari
segi geografi,bangsa, dan agama.

Hal ini telah menjadi faktor utama untuk


• menyatupadukan umat manusia di dunia
• memecahkan segala bentuk perbezaan yang membelenggui kita
• meningkatkan umat manusia kepada status yang sebenar sebagai anak-
anak kekal abadi
Karma Semua perbuatan manusia
sewaktu hidupnya di dunia

• prinsip asas bagai semua aliran pemikiran falsafah dan agama di India
• merujuk kepada jumlah perbuatan, ucapan, pemikiran dan tindakan seseorang dalam
kehidupan ini akan menentukan kedudukannya dalam kelahiran semula.

Perbuatan yang baik membantu seseorang inidividu mengumpulkan punya karma


dan perbuatan sebaliknya menyebabkan pengumpul dan pava karma.

Kepercayaan bahawa seseorang yang mempunyai banyak pava karma akan lahir semula
dalam keadaan di mana beliau terpaksa menghadapi penderitaan menyakinkannya
supaya tidak membuat sesuatu yang tidak baik. Jadi, hal ini menggalakkan setiap
manusia berbuat baik kepada semua makhluk di dunia ini supaya menentukan bahawa
dalam kelahiran semula kehidupannya adalah selesa.
Ahimsa
• tidak melakukan kekejaman,
• prinsip asas yang dtekankan oleh ajaran Upanishad, Buddhisme dan Jainisme.
• Ditegaskan oleh pemikiran falsafah India bahawa orang yang mencari kebenaran mesti
mempunyai kuasa untuk mengawal emosi-emosi dan keinginan, beransur- ansur
melepaskan diri dari ikatan kepada badan.
• Tindakan melakukan kekejaman bukan sahaja melibatkan manusia tetapi juga
makhluk-makhluk lain. Oleh yang demikian, amalan tidak memakan daging menjadi
satu unsur penting dalam budaya India sejak zaman purba.

Agama Buddhisme menganggap ahimsa sebagai prinsip terpenting dalam ajarannya. Di


dalam semua benda yang bernyawa wujudnya roh dan perbuatan membunuh benda itu
bererti mengganggu roh yang bersemadi dalam badan itu. Ini dianggap sebagai perbuatan
dosa yang menyebabkan pengumpulan pava karma yang menjauh individu dari mencapai
nirvana atau pelepasan.
Satya
Undang-undang kehidupan yang kekal abadi, tidak berubah, mentadbir duniawi dan
terdapat dalam sifat semulajadi manusia ialah kebenaran atau satya.
• Dipercayai bahawa wujudnya suatu kuasa di peringkat duniawi dan kewujudannya
dirasai oleh manusia, dan dianggap sebagai kuasa kebaikan iaitu satya.
• pengetahuan benar yang merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan yang benar, ucapan
dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan.
• digunakan bagi cara dan tujuan kerana kedua-dua ini dianggap sama. Tuhan merupakan
objek pencarian dan seseorang yang mengamalkan ucapan, pemikiran dan tindakan yang
benar akan mencapainya. Kesucian merupakan cara yang amat penting dalam mencapai
sesuatu tujuan.

Doktrin karma yoga iaitu bertindak tanpa mengharapkan hasil daripadanya merupakan salah satu ajaran
penting dalam falsafah India dan adalah sama dengan satya. Tindakan yang benar/baik dianggap sebagai
pencapaian separuh kebenaran (yang merupakan tujuan dasar manusia), tidak memerlukan kita bimbang
terhadap hasil tindakan. la bersabit dengan seseorang yang mempunyai tujuan yang mulia dan cara bertindak
yang dianggap benar.
Perpaduan

***Negara India mengandungi masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama, dan adalah
penting kepada kerajaan untuk menggalakkan hubungan erat dan keharmonian
masyarakat. Sejarah India menggambarkan pemerintah-pemerintah mengeratkan
hubungan antara Hindu dan MusSim dan pemerintah-pemerintah yang melakukan
sebaliknya.