You are on page 1of 19

BAHAGIAN ADAB:

TAJUK: ADAB BERNIAGA

ISI KANDUNGAN :
1. MAKSUD BERNIAGA
2. GALAKAN BERNIAGA
3. ADAB – ADAB BERNIAGA
4. CIRI – CIRI PENIAGA YANG BAIK
5. HIKMAH MENGAMALKAN ADAB BERNIAGA
1. MAKSUD BERNIAGA
• Dari segi bahasa ialah berdagang atau berjual beli.
• Dari segi istilah pula ialah pertukaran harta dengan harta berdasarkan syarat – syarat
terntentu.
1. Syarat sah harta yang boleh digunakan untuk berjual beli dalam islam :
• Semua jenis barangan yang bernilai menurut pandangan syarak
• Bukam daripada benda yang diharamkan olh agama iiiislam
2. Konsep berniaga dalam Islam:
• Berpegang kepada prinsip tolong – menolong dan bersatu padu antara penjual dengan
pembeli
• Penjual dan pembeli mestilah mengutamakan nilai akhlak mulia seperti jujur dan
bertanggungjawab
• Memeastikan barangan dijualam dan urursan pembelian adalah halal serta menepati syarak
• Tidak melakukan penipuan dan penyelewengan sama ada oleh penual atau pembeli
2.GALAKAN BERNIAGA
2. Hukum menjalankan perniagaan jual beli ialah Harus
Allah SWT berfirman: ‫ِي‬ ْ ‫الر ٰبوا ََل يَقُ ْو ُم ْونَ ا ََِّل َك َما يَقُ ْو ُم الَّذ‬ ِ َ‫اَلَّ ِذيْنَ يَأ ْ ُكلُ ْون‬
‫ّللاُ ْالبَ ْي َع‬
ٰ ‫الر ٰبوا ۘ َوا َ َح َّ ْۤل‬ ِ ‫شي ْٰط ُن ِمنَ ْال َم ِس ۗ ٰذ ِل َك بِاَنَّ ُ ٌه ْم قَالُ ْۤ ْوا اِنَّ َما ْالبَ ْي ُع ِمثْ ُل‬ َّ ‫طهُ ال‬ ُ َّ‫يَت َ َخب‬
ٰ ‫ف ۗ َوا َ ْم ُر ٗه اِلَى‬
ۗ ِ‫ّللا‬ َ َ‫سل‬ َ ‫ظة ِم ْن َّربِ ٖه فَا ٰ ٓ ْنتَهٰ ى فَلَهٗ َما‬ َ ‫الر ٰبوا ۗ فَ َم ْن َجا ٓ َء ٗه َم ْو ِع‬ ِ ‫َو َح َّر َم‬
َ‫ار ۚ ُه ْم ِف ْي َها ٰخ ِلد ُْون‬ِ َّ ‫ن‬ ‫ال‬ ‫ب‬
ُ ْٰ‫ح‬‫ص‬ َ ‫ا‬ ‫ك‬
َ ‫ئ‬
ِ ‫ول‬ ُ ‫ا‬َ ‫ف‬ ‫د‬ ‫ا‬‫ع‬
َ َ َ َ ْ
‫ن‬ ‫م‬ ‫و‬ allaziina ya`kuluunar-ribaa
1. Pandangan Islam Terhadap Perniagaan laa yaquumuuna illaa kamaa yaquumullazii yatakhobbathuhusy-
syaithoonu minal-mass, zaalika bi`annahum qooluuu innamal-
• Islam amat mengalakkan umatnya bai'u mislur-ribaa, wa ahallallohul-bai'a wa harromar-ribaa, fa
berniaga man jaaa`ahuu mau'izhotum mir robbihii fantahaa fa lahuu maa
salaf, wa amruhuuu ilalloh, wa man 'aada fa ulaaa`ika ash-
• Rasulullah SAW sendiri sebelum dilantik haabun-naar, hum fiihaa khooliduun"Orang-orang yang
menjadi rasul pernah menjadi wakil memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul
prniaga kepada khadijah r.a Syam melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan
terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian
• Malah terdapat dalam kalangan sahabat ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya
baginda yang memiliki gedung yang berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah
brsar di Mekah dan Madinah seperti menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
Abdul Rahman bin auf dan Uthman bin Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan
Affan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba),
maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman
itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada
Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil
riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya."(QS.
Al-Baqarah 2: Ayat 275)
Bukti islam menggalakkan umatnya melibatkan diri
dalam perniagaan :
• Berniaga adalah perkerjaan yang amay mulia di sisi islam
• Rasulullah SAW dan sahabat sendiri bekerja sebagai peniaga
• Bidang keusahawanan dan perniagaan merupakan pintu rezeki yang
utama
• Allah sendiri amat menyukai hambanya yang bekerja dan tidak
berdiam diri ( menganggur)
Perbezaan Antara Jual beli dengan RIBA!!!!!

1.Jual Beli 1. RIBA


• Hukumnya Harus • Hukumnya haram
• Tujuannya membantu / • Tujuannya menindas orang
menolong miskin
• Di samping mendapat • Mendapat keuntungan
untung,juga dapat berniat berganda
menolong ( sedekah)
3. Adab – Adab BERNIAGA
1. Adab berniaga yang digariskan oleh islam untuk diamalkan semasa
berjual beli

• Amanah
• Ihsan
• Kerjasama
• Tekun
• Menjauhi perkara yang haram
• Melindungi hak penjual dan pembeli
Maksud Amanah dalam jual beli
• Amanah bermaksud penjual dan pembeli bersikap jujur dan tidak
menipu dalam perniagaan
• Contoh sikap amanah :
1. Penjual tidak boleh mencampurkan buah yang baik dengam yang
buah yang busuk
2. Penjual tidak boleh menjual barang yanh elok dam tidak elok
dengan harga yang sama
3. Penjual tidak boleh menjual sesuatu barang dengan harga yang
terlalu mahal / tinggi
4. Pembeli hendaklah mengembalikan semula baki yanh tersilap kira
kepada penjual
Maksud IHSAN dalam jual beli
• Ihsan bermaksud penjual melaksankan perniagaan sebaik mungkin
dan tidak mementingkan keuntungan semata mata dengan
mengutamakan kerberkatan Allah
• Cara mengamalkan sifat ihsan dalam jual beli
1. Berjual beli dengan niat untukendapat keberkatan Allah
2. Berjual beli dengan memperolehi keuntungan yanh sewajarnya
Maksud KERJASAMA dalam jual beli :
• Kerjasama bermaksud penjual dan pembeli hendaklah bertolak ansur
jika timbul sebarang perkara yanh tidak diingini
• Contoh sikap kerjasama
1. Bertolak ansur dalam urusan tawar menawar harga
2. Memberikan pembeli berkaitan barang yang dijual
Maksud MENJAUHI PERKARA YANG HARAM
• Maksudnya ialah penjual hendaklah menjauhi perkara yang haram
selama menjalakan perniagaan atau menjauhi perniagaan yang
haram
• Contoh menjauhi perniagaan yang haram
1. Menipu dalqm timbangan dan sukatan
2. Menjalankan muamalat riba
3. Menjual barang yang diharamkan seperti nombor ramalan dan
dadah
4. Menyorok barang keperluan
5. Menjual arak dan khinzir
Bentuk penipuan yang srring berlaku dalam
perniagaan sekarang :
• Menipu timbangan dan sukatan
• Mencampurkan barang yang baik dengan yang busuk
• Menyorok barang keperluan
• Skim cepat kaya
Maksud MELINDUNGI HAK PENUAL DAN
PEMBELI
1. Ialah penjual dan pembeli hendaklah saling melindungi hak
masing – masing
2. Contohnya penjual hendaklah memberi peluang secukupnya
kepada pembeli untuk membuat pilihan semasa membeli sesuatu
barang
4. Ciri – Ciri Peniaga Yang Baik

1. Sifat peniaga yang baik menurut islam


• Bersikap tolak ansur khususnya berkaitan dengan harga
• Bersifat jujur dan amanah
• Menjauhi penipuan
• Tidak terlalu mementingkan keuntungan
• Mengamalkan akhlak mulia semasa berurusniaga
• Merendahkan harga untuk mendapatkan pahala dan keredaan Allah
2. Cara untuk mendapatkan keberkatan dalam perniagaan
• Tidak menipu atau mengurangkan dalam timbangan dan sukatan
• Tidak menipu pembeli dengan menjual barang yang tidak elok
• Tidk menjual barang dengan harga yang terlalu mahal berbanding
harga pasaran
• Niat berniaga semata mata untuk menolong orang susah dan miskin
• Berurusniaga dengan barang yang dihalalkan oleh syarak
5. Hikmah Mengamalkan Adab Berniaga
1. Tujuan islam menggariskan beberapa adab untuk diamalkan semasa
berjual beli :
• Untuk memastikan perniagaan dapat dijalankan dengan baik
• Mengelakbtimbul sebarang penipuan dalam urusan jual beli
• Menghindari perbalahan antara penjual dengan pembeli
1. Kelebihan / Faedah mengamalkan adab – adab berjual beli
• Melakhirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera
• Tidak berlaku lagi penindasan yang diperolehi diberkati Allah
• Perniagaan yang dijalankan bertambah maju dan berkembang
• Menambahkan lagu keimanan dan ketakwaan Allah
1. Akibat tidak mengamalkan adab berniaga ketika menjalankan urusan
jual beli
• Melahirkan masyarkat yanh sering bergaduh dan bermusuhan
• Sering berlaku penipuan serta penindasan terutama kepada orang miskin
• Menyebabkan perbalahan antara penjual dan pembeli
• Keuntungan yang diperolehi tidak diberkati Allah
• Perniagaan yang dijalankan tidak bertahan lama dan merosot kerana
tidak diredai oleh Allah
RUMUSAN

• Perniagaan sama ertu dengan jual beli iaitu pertukaran barangan


dengan barangan atau dengan mata wang mengikut syart – syarat
tertentu
• Kejujuran dan keikhlasansemasa berniaga adalah dituntut oleh
Allah SWT dan dijanjikan pahala kepada peniaga yang menjalankan
dengan ikhlas dan jujur mengikut cara syariat Islam
SOALAN!?!?!?!?!?!?!?!?!?
1. Nyatakan dua sebab jual beli dihalalkan
2. Jelaskan perbezaan antara jual beli dengan riba
3. Senaraikan empat adab berniaga
4. Jelaskan dua usaha untuk berniaga dengan cara Islam
5. Nyatakan Maksud HARTA yang diharuskan dalam Islam
TAMAT