You are on page 1of 22

PENYELIDIKAN TINDAKAN

PENYATAAN
TAJUK FOKUS KAJIAN
MASALAH

SOROTAN OBJEKTIF/
METODOLOGI PERSOALAN
LITERATUR
KAJIAN

CADANGAN
DAPATAN KAJIAN PERBINCANGAN KAJIAN
SETERUSNYA
TAJUK
PENYATAAN MASALAH
 Murid-murid menganggap matapelajaran ini tidak penting. Mereka lebih meminati
matapelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Bagi mereka Matematik dan
Sains adalah matapelajaran yang menarik dan menyeronokkan.
:
 Aktiviti yang dijalankan semasa proses pembelajaran amat membosankan mereka
kerana kesemua aktiviti hanyalah mewarna kertas fotokopi yang mengandungi
gambar-gambar.

 Kebanyakan murid kelas ini merupakan anak orang berada dan galakan ibu dan
bapa mereka adalah terhadap matapelajaran teras.

 Masa matapelajaran Pendidikan Seni Visual sering digantikan dengan


matapelajaran lain seperti Matematik.
FOKUS KAJIAN
• Fokus pengkaji adalah untuk membantu menarik minat dan
meningkatkan kreativiti murid terhadap matapelajaran Pendidikan Seni
Visual.

• Jadi pengkaji tetah memilih kejuteraan pop up untuk diaplikasi dalam


aktiviti menggambar. Disebabkan kebanyakan murid kelas ini amat
meminati matapelajaran Matematik dan Sains, jadi pengkaji berasakan
kejuruteraan pop up merupakan kaedah yang sesuai dengan mereka.

• Ini kerana kejuruteraan itu sendiri telah mendukung maksud kepandaian


atau perbuatan mereka sesuatu dengan menggabungkan pengetahuan,
matematik, dan pengalaman untuk merekabentuk sesuatu objek dalam
sesuatu proses (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).

•Kepelbagaian jenis pop up yang diaplikasikan dalam setiap aktiviti akan


membantu menarik minat dan kreativiti murid terhadap matapelajaran ini
khususnya dalam aktiviti menggambar.
SOROTAN KAJIAN
(Modul Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah
(PGSR) Ijazah Sarjana Muda Perguruan Matematik,
2011).

Seni dalam kejuruteraan pop up boleh ditafsirkan


sebagai lukisan interaktif dalam bentuk tiga dimensi.
Unsur-unsur kreativiti dalam pop up dapat
dikembangkan dengan memasukkan elemen-elemen
alam semulajadi seperti flora dan fauna. Sejajar
dengan itu, pelajar akan dapat mengembangkan
kreativiti mereka melalui aktiviti ‘hands-on’ khususnya
dalam aktiviti menggambar.
SOROTAN KAJIAN

Robert Sabuda (2006)


Kejuruteraan pop up merupakan seni yang dihasilkan
dalam bentuk sebuah kad atau buku. Kandungan di
dalam bahagian kad atau buku tersebut dapat
bergerak dan memiliki unsur 3 dimensi serta
memberikan visualisasi cerita yang lebih menarik
SOROTAN KAJIAN
Rizal Kapandi (2012)
Kejuruteraan pop up ialah salah satu kejuruteraan
kertas dan jika dibandingkan dengan kad atau buku
cerita yang biasa, seni pop up khususnya melalui kad
atau buku pop up yang mengaplikasi asas seni dan
prinsip rekaan dapat memberikan kenikmatan ketika
membaca cerita dan meransang kreativiti murid untuk
berfikir.
METODOLOGI KAJIAN
1. Perancangan

Mencari maklumat mengenai


kaedah baru dalam proses
pengajaran dan pemebelajaran
Pendidikan Seni Visual.

Merancang aktiviti “My Pop Up


Artwork”

2.Tindakan
4.Refleksi
Aplikasi Menjalankan aktiviti “My Pop
Mengenalpasti masalah yang Up Artwork”.
kejuruteraan pop
timbul selepas pemerhatian dan
merancang tindakan seterusnya. up melalui Membuat pemerhatian
“Program terhadap keberkesanan
My Pop Up aktiviti.
Artwork’’

3.Pemerhatian

Mencatat pemerhatian

Penelitian dokumen

Ujian

Temubual
OBJEKTIF / PERSOALAN KAJIAN

Objektif Persoalan
Menarik minat murid untuk menjalankan Adakah aplikasi kejuruteraan pop up
aktiviti menggambar dengan aplikasi dapat menarik minat murid untuk
kejuruteraan pop up. menjalankan aktiviti menggambar ?

Meningkatkan kreativiti murid dalam Adakah terdapat peningkatan kreativiti


penghasilan karya aktiviti menggambar murid dalam penghasilan karya aktiviti
dengan aplikasi kejuruteraan pop up. menggambar dengan aplikasi
kejuruteraan pop up?
Meningkatkan pengetahuan unsur seni Adakah terdapat peningkatan
reka murid dari aspek : pengetahuan unsur seni reka murid dari
aspek :
•Unsur seni garisan
•Unsur seni warna •Unsur seni garisan
•Unsur seni warna
Kaedah Huraian
Penilaian

Pemerhatian  Pemerhatian dijalankan oleh pengkaji sebelum, semasa dan selepas aktiviti. Tumpuan
pemerhatian merangkumi aspek :
 Persediaan murid sebelum menjalankan aktiviti seperti persediaan membawa alatan dan
bahan.
 Tingkah laku murid seperti riak wajah, ketekunan dan penglibatan aktif semasa aktiviti
dijalankan.
 Bilangan karya yang berjaya disiapkan selepas pelaksanaan
 Instrumen pemerhatian tidak berstruktur digunakan dan dianalisis dengan
mempersembahkan dalam bentuk nota lapangan.

 Dilakukan selepas setiap aktiviti dijalankan.


Penelitian  Bertujuan untuk mengesan dan menilai hasil akhir karya responden selepas menjalankan
Dokumen aktiviti.
 Hasil karya akan dianalisis dengan merujuk rubrik yang telah ditetapkan.

 Ujian dijalankan oleh penyelidik sebelum, semasa dan selepas aktiviti. Tumpuan ujian
Ujian merangkumi pengetahuan asas responden
 Bertujuan untuk menguji pengetahuan responden dari aspek :
i. Unsur seni garisan
ii. Unsur seni warna
 Ujian pencapaian seperti ujian kuiz akan digunakan dan dianalisis menggunakan borang
senarai semak.

Temubual  Temubual dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas responden selepas aktiviti


dijalankan.
 Bertujuan untuk menilai keberkesanan aktiviti yang dipilih.
 Hasil temubual direkod dalam transkrip perbualan bersama refleksi pengkaji
DAPATAN KAJIAN
Soalan 1 : Adakah aplikasi kejuruteraan pop up dapat menarik minat murid
untuk menjalankan aktiviti menggambar ?
35

30
Bilanagn Responden
25

20

15

10

0
Gembira Ketekunan Penglibatan aktif
Siri 1 19 15 20
Siri 2 22 18 22
Siri 3 26 26 29
Siri 4 29 28 29
Siri 5 30 30 30

Rajah 2. Graf Pemerhatian Tingkah Laku Responden


Semasa Menjalankan Aktiviti
DAPATAN KAJIAN
Soalan 2 : Adakah aplikasi kejuruteraan pop up dapat meningkatkan kreativiti
dalam penghasilan karya aktiviti menggambar ?
30

25

Bilangan Responden
20

15

10

0
siri 1 siri 2 siri 3 siri 4 siri 5
Lemah 8 4 2 0 0
Sederhana 22 25 24 24 15
Cemerlang 0 1 4 6 15

Rajah 2. Graf Pemerhatian Tingkah Laku Responden


Semasa Menjalankan Aktiviti
DAPATAN KAJIAN
Soalan 3 : Adakah terdapat peningkatan pengetahuan asas seni reka murid dari
aspek unsur seni garisan dan unsur seni seni warna?
Peratus (%) Peningkatan Prestasi Responden
Sebelum Selepas

93.3

83.3
80

66.6 66.6

46.6

36.6
30
26.6

13.3

Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5

Rajah 3 . Graf Bar Peratus Peningkatan Preastasi Responden


PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
Objektif 1 : Menarik minat murid untuk menjalankan aktiviti menggambar
dengan aplikasi kejuruteraan pop up.

•Dari aspek tingkah laku, responden mula menunjukkan riak wajah yang
gembira semasa pengkaji menjalankan aktiviti.

•Responden juga begitu tekun menjalankan aktiviti agar dapat menghasilkan


sebuah karya yang menarik.

•Pengkaji juga mendapati, 3 orang responden yang sebelum ini sering


mengasingkan diri kini mula melibatkan secara aktif dan meminta pertolongan
pengkaji atau responden lain sekiranya menghadapi masalah.

•Peningkatan bilangan ini dalah disebabkan oleh responden sudah mula


meminati aktiviti yang dijalankan.
PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

•Dari aspek tingkah laku, responden mula menunjukkan riak wajah


yang gembira semasa pengkaji menjalankan aktiviti.

•Responden juga begitu tekun menjalankan aktiviti agar dapat


menghasilkan sebuah karya yang menarik.

•Pengkaji juga mendapati, 3 orang responden yang sebelum ini sering


mengasingkan diri kini mula melibatkan secara aktif dan meminta
pertolongan pengkaji atau responden lain sekiranya menghadapi
masalah.

•Peningkatan bilangan ini dalah disebabkan oleh responden sudah


mula meminati aktiviti yang dijalankan.
PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

• Dapatan kajian ini selari dengan pendapat yang diutarakan oleh Lee
(1991) yang mendapati bahawa minat memainkan peranan yang
penting dalam mempengaruhi kesediaan belajar dan pencapaian
pelajar.

• Ini adalah kerana pelajar akan berminat dalam perkara yang


dipelajarinya akan mencapai prestasi yang cemerlang. Abu Bakar
(1994) pula menyatakan seseorang yang berminat dalam perkara yang
dipelajari, lazimnya akan menunjukkan kesungguhan dan pencapaian
yang tinggi.

• Keseronokan belajar akan meningkatkan minat dan boleh


dipertingkatkan lagi dengan penyertaan dan dorongan guru, dan rakan-
rakan di dalam proses pembelajaran.
PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
Objektif 2 : Meningkatkan kreativiti murid dalam penghasilan karya aktiviti
menggambar dengan aplikasi kejuruteraan pop up.

• Bagi objektif kedua pula, pengkaji telah membuat analisis pemerolehan data
melalui penelitian dokumen. Analisis penelitian dokumen yang dikategorikan
adalah cemerlang, sederhana dan lemah.

• Berdasarkan analisis data, jelas menunjukkan peningkatan ketara responden


dalam penghasilan karya seni. Seramai 15 orang responden mendapat
markah cemerlang dan 15 orang lagi mendapat markah dalam kategori
sederhana pada siri terakhir aktiviti dijalankan berbanding pada siri pertama
iaitu seramai 8 orang yang dikategorikan dalam pencapaian lemah, 22 orang
responden hanya dalam kategori pencapaian sederhana dan tiada yang
mendapat pencapaian cemerlang.

• Peningkatan prestasi semakin meningkat setiap kali satu siri selesai


dijalankan oleh pengkaji. Contohnya, pada siri kedua, seramai 25 orang
responden dikategorikan dalam pencapaian sederhana dan hanya 4 orang
dalam kategori lemah. Terdapat seorang responden yang berjaya
menghasilkan karya dengan baik dikategorikan sebagai cemerlang.
PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

•Peningkatan prestasi ini disebabkan responden mula berfikir dengan kreatif


untuk menghasilkan karya seni yang menarik. Selain itu, responden juga
sudah mula mengaplikasi pengetahuan asas seni yang telah diterapkan oleh
pengkaji semasa proses penghasilkan karya seni. Penglibatan yang aktif
responden semasa menjalankan aktiviti juga menjadi salah satu faktor
peningkatan prestasi mereka.

• Hal ini selari dengan pandangan Calvin Taylor (1959) iaitu kreativiti boleh
ditingkatkan melalui aktiviti penghasilan. Kreativiti melalui proses penghasilan
adalah merujuk kepada kecekapan dan keupayaan seseorang pelajar dalam
menghasilkan karya.

• Dalam peringkat ini pendidik perlulah membantu pelajar bagi tujuan


penambahbaikan kemahiran yang sedia pada mereka kepada satu kaedah
yang lebih sistematik dan terancang dengan sempurna. Ketika ini peranan
pendidik sangat penting kerana pelajar memerlukan bimbingan bagi
mengenal pasti kaedah dan pendekatan yang sempurna dan sesuai dalam
proses menghasilkan karya yang baik.
PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
Objektif 3 : Meningkatkan pengetahuan unsur seni reka murid dari aspek unsur
seni garisan dan unsur seni warna.

•Keputusan ujian yang telah dijalankan telah menunjukkan peningkatan


pengetahuan asas seni reka responden dari aspek pengetahuan asas seni
garisan dan warna.

•Sebelum aktiviti dijalankan, hanya 9 daripada 30 orang responden yang dapat


menjawab dengan tepat soalan pertama iaitu jenis garisan. Namun selepas
program dijalankan, 20 daripada 30 orang responden dapat menjawab soalan
dengan tepat. Terdapat peningkatan prestasi dari 30 % kepada 66.6 %.
Responden juga berupaya melukis pelbagai jenis garisan seperti garisan
lurus, garisan bergerigi dan sebagainya.

•Bagi soalan kedua iaitu soalan berkaitan fungsi garisan pula, seramai 4 orang
responden yang dapat menjawab dengan tepat dan selebihnya hanya
membiarkan tempat jawapan kosong.
PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
• Soalan ketiga iaitu unsur seni warna pula, responden menunjukkan
peningkatan ketara iaitu hanya dari 14 orang responden yang dapat
menjawab soalan tersebut sebelum aktiviti dijalankan meningkat kepada 28
orang responden selepas kesemua aktiviti selesai dijalankan. Responden
juga berjaya menyebut pelbagai jenis warna seperti jenis warna asas, warna
harmoni dan warna panas. Peningkatan prestasi responden adalah
dari 46.6 % kepada 93.3 %.

• Bagi soalan yang keempat iaitu fungsi warna pula, seramai 11 orang
responden berjaya menjawab sebelum program dijalankan. Namun terdapat
peningkatan kepada 24 orang responden yang berjaya menjawab dengan
tepat selepas program dijalankan. Peningkatan prestasi adalah dari 36.6 %
kepada 80%.

• Peningkatan ketara juga jelas pada soalan kelima iaitu lambang warna.
Responden menunjukkan peningkatan ketara iaitu hanya dari 8 orang
responden yang dapat menjawab soalan tersebut sebelum program
dijalankan meningkat kepada 25 orang responden selepas program
dijalankan.
PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

• Dapatan kajian ini selari dengan pandangan Ainon Mohd dan


Abdullah Hassan (1999) iaitu apabila kita memiliki ilmu pengetahuan
yang mendalam, dalam sesuatu bidang barulah kita dapat
menghasilkan idea yang asli dan bermanfaat.

• Ilmu mendorong kreativiti untuk menghasilkan jenis-jenis idea yang


menentang kebiasaan dalam sesuatu bidang. Ilmu yang mendalam
pula berguna untuk mencipta hasil kerja terakhir yang tinggi mutunya.
Ilmu pengetahuan membolehkan otak memikirkan perkara yang lebih
besar.

• Rumusnya, pengetahuan-pengetahuan baru yang diperoleh


menyebabkan responden menjadi semakin kreatif dalam mengolah
idea, menggunakan media serta menerapkan elemen-elemen asas
seni reka dan diaplikasi semasa penghasilan hasil karya.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

•Pengkaji berharap agar aplikasi kejuruteraan pop up dalam matapelajaran


Pendidikan Seni Visual dapat diperluaskan bagi murid tahun 2 dan tahun 1.

•Pengkaji juga ingin mencadangkan bahawa aktiviti ini dilakukan secara


koperatif supaya lebih banyak idea dapat dikembangkan melalui kerjasama
antara kumpulan. Pembelajaran secara koperatif dapat menerapkan nilai
pendidikan dalam diri setiap murid dan menggalakkan mereka berkomunikasi
dengan baik bersama murid lain dalam suasana yang kondusif.

•Selain itu, aplikasi kejuruteraan pop up ini boleh dikaji terhadap keempat-
empat bidang dalam Pendidikan Seni Visual. Aplikasi kejuruteraan pop up
dalam keempat-empat bidang tersebut diharap dapat meningkatkan lagi
penguasaan murid dari segi teknik dan kemahiran seperti kemahiran
mewarna, menggunting dan menampal melalui aktiviti yang dijalankan.

•Disamping itu, pengkaji juga berharap dapatan kajian daripada program ini
dapat menjadi panduan dan rujukan kepada guru Pendidikan Seni Visual yang
lain demi memartabatkan kecemerlangan matapelajaran Pendidikan Seni
Visual.