You are on page 1of 27

FASLIATIN BT THAZALI D20091034871 KUMPULAN A KELANA SISWA II SEMESTER 1 SESI 2010/2011

‡ Dikenali sebagai Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) ‡ Teknik menyelamatkan nyawa sewaktu kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut. ‡ Ia merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar.

Dengan bernafas untuk mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh, penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. Jika CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan banyaknya selepas 5 minit pertama 

Menurut Persatuan Palang Merah Amerika (American Red Cross), terdapat lebih kurang 1.5 juta manusia dirawat setiap tahun kerana serangan jantung ataupun jantung terhenti.  Kedaan jantung terhenti bukan hanya disebabkan oleh serangan jantung, tetapi oleh kemalangan seperti lemas atau kejutan elektrik.  Di Malaysia 30% daripada kematian yang yang disahkan di hospital-hospital kerajaan adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular.  Daripada kematian ini, terdapat juga yang berlaku di luar hospital, biasanya dalam masa dua jam pertama selepas wujudnya gejala-gejala sakit jantung. 

CPR termasuklah pernafasan bantuan mulut ke mulut (ataupun pernafasan bantuan dengan cara lain) dan tekanan dada. Dengan cara ini darah yang mengandungi oksigen akan terus mengalir ke otak dan organ-organ penting hingga rawatan perubatan sewajarnya tiba untuk memulihkan jantung.

GARIS PANDUAN BARU CPR
1. Meninggalkan prosedur pengambilan nadi pesakit yang mengalami serangan jantung kerana mereka selalu mendapatkan nadi dengan cara yang salah. 2. Membersihkan saluran udara mangsa yang tercekik yang tidak sedarkan diri dilakukan dengan menekan dada mangsa. 3. Memeriksa tanda-tanda edaran yang lain seperti pernafasan, batuk atau sebarang pergerakan sebelum membuat keputusan untuk melakukan CPR.

3. Untuk merawat pesakit tercekik (dewasa) yang tidak sedarkan diri, penyelamat yang bukan tergolong daripada ahli perubatan profesional boleh memulakan CPR yang standard dengan tekanan pada dada dan bukannya mengenakan tekanan pada abdomen ataupun menggunakan jari untuk membersihkan saluran udara. 4.Menggunakan tekanan yang kuat pada abdomen atau lebih dikenali sebagai Heim-Lich Maneuver - akan tetap digunakan untuk mangsa yang masih sedar.

Perubahan-perubahan lain berdasarkan garis panduan baru
1. Penyelamat yang memberi CPR perlu memberikan 15 tekanan pada dada, berselang-seli dengan 2 bantuan pernafasan. Garis panduan lama mempunyai nisbah pernafasan yang berbeza dan penekanan pada dada berdasarkan pada bilangan pambantu yang ada ketika itu. Pelaksanaan CPR untuk bayi, kaedah 2 ibu jari dengan tangan membulat di kawasan dada adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah lama yang disarankan, iaitu menggunakan dua jari. Penggunaan dadah penghalang sumbatan yang baru adalah disarankan apabila bantuan perubatan profesional telah tiba, termasuklah saranan mengenai dadah mana yang patut digunakan.

2.

3.

SEBELUM CPR 1. Tentukan kesedaran mangsa: Goncangkan bahu mangsa perlahanlahan. Sebutkan dengan kuat ,Adakah anda O.K? 2. Hubungi bantuan (hubungi 999)

CPR AWAL ‡ Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan iaitu pemeriksaan ABC sebelum melakukan CPR.

A~Airway (Saluran Pernafasan)

PEMERIKSAAN ABC

C~Circulation (Peredaran Darah)

B~Breathing (Pernafasan)

1.SALURAN PERNAFASAN
A ² AIRWAY Tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka. Langkah-langkah: i. Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara. ii. Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut. Contohnya gigi palsu yang pecah.

2.PERNAFASAN 
B ² BREATHING  Untuk mendengar bunyi nafas dan merasa hembusan nafas.  Langkah ² langkah: i. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. ii. Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan tesebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas dan merasa hembusan nafas. iii. Mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada. (Kaedah 3M=Mendengar, Merasa, Melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke mulut.

KAEDAH PEMULIHAN NAFAS (MULUT KE MULUT)
1. 2. Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.Tentukan mulutnya terbuka. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan. Berhenti seketika dan biarkan udara keluar dari paruparu mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi. Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 3. buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit.

3.

4.

CATATAN
1. Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa. Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa. Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau sebagainya. Anda mungkin perlu memberi rawatan mangsa yang tercekik

2.

3.

4. sekiranya mangsa tidak sedar tetapi bernafas dan tiada tanda-tanda trauma, anda perlu meletakkan mangsa mengiring dalam posisi pemulihan. 5. Jika jantung mangsa masih berdegup, anda perlu ;  pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka  beri pernafasan bantuan. 6. Jika jantung mangsa tidak berdegup beri tekanan dada

3.PEREDARAN DARAH 
C ² CIRCULATION  Untuk mengekalkan peredaran darah. Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri.  Langkah ²Langkah: i. memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati (cuaran xiphoid).

RINGKASAN
Saluran pernafasan Pernafasan Peredaran Darah
‡ Baringkan mangsa. Dongakkan kepala mangsa ‡ Tolak dagunya ke atas dan tolak dahi mangsa ke bawah. ‡ Lihat pernafasan mangsa.Bernafasletak mangsa dalam kedudukan pemulihan.Tidak bernafas-beri bantuan pernafasan.
‡ Kenalpasti denyutan nadi mangsa. ‡ Jika tiada nadi, teruskan CPR, bermula dengan tekanan dada. Jika ada nadi tanpa pernafasan , berikan satu pernafasan setiap 5 saat

CPR UNTUK KANAK -KANAK & BAYI

SEKIAN, TERIMA KASIH