BAB 3

 

KREATIVITI & INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

• • • • • •

Komponen2 utama dlm proses kreatif, cara membangunkan kreativiti Kaedah2 menjana kreativiti. 4 halangan kpd kreativiti serta jenis2 inovasi Mitos2 berkaitan inovasi & prinsip2 inovasi Konsep keusahawanan tekno & u’wan tekno. Prospek bidang sains & teknologi kpd u’wan

PENGENALAN
 DUNIA

BIZ. PERSAINGAN SENGIT – PERLU K & I  Keupayaan berkreatif & inovatif harus ada pd u’wan utk menjadikan biz beliau terus beroperasi & berdaya saing. Lebih kreatif: lebih kompetitif  K&I – membolehkan u’wan berada selangkah kehadapan berbanding pesaing

PENGENALAN

KEUPAYAAN BERKREATIF & BERINOVATIF MERUPAKAN KUNCI “SURVIVAL” SESEBUAH BIZ – Eg. U’WAN BOLEH KALAH JIKA PESAING LEBIH DAHULU MENGAPLIKASI KAEDAH2 BARU YG LEBIH K & INOVATIF; JIKA PESAING MENJADI LEBIH CEKAP,CEPAT & PRODUKTIF, JIKA MEREKA LEBIH MAMPU MENGELUARKAN PRODUK2 YG LEBIH MENARIK, BERMUTU & MEMIKAT P’GUNA.

Definisi Kreativiti
 “Penghasilan

idea yg dapat meningkatkan keefisyenan & keberkesanan sesuatu sistem” (K&H, 2004)

“ Kebolehan menjana idea yg baru serta dapat menggunakan idea tersebut utk menyelesaikan permasalahan yg dihadapi.” (Mohd Azhar, 2001)
EFISYEN (CEKAP) – EG. PENGGUNAAN SUMBER2, MASA & RUANG SECARA OPTIMUM AGAR KOS JADI MINIMUM SETERUSNYA DAPAT LEBIH OUTPUT DRP INPUT ; EFEKTIF (BERKESAN)- BERUPAYA CAPAI SESUATU MATLAMAT YG DITETAPKAN

Kreativiti
2 Aspek utama kreativiti adalah proses & manusia. Proses berorientasikan matlamat dan digunakan utk mencari jalan penyelesaian kpd masalah. Manusia pula adalah sumber yg boleh mengenal pasti jalan penyelesaian tersebut.  Kaedah yg guna utk menyelesaikan masalah adalah pelbagai. Eg, manusia kadangkala mengadaptasikan bentuk penyelesaian masalah drp pengalaman lampau, tetapi adakalanya mereka sendiri yg mencipta formula/kaedah yg baru

Idea jarang tercetus secara kebetulan, selalunya idea terhasil melalui proses kreatif. Proses kreatif biasanya melalui 4 fasa (Kuratko & Hodgetts, 2004) iaitu: 1. Pengumpulan pengetahuan atau latar belakang 2. Proses inkubasi 3. Pengalaman idea 4. Penilaian & pelaksanaan

Proses Kreatif

PROSES KREATIF
Fasa 1: Pengumpulan Pengetahuan atau Latar belakang Proses kreatif bermula dgn menyelidik & mengumpul maklumat berkaitan sesuatu masalah. Ia boleh dilakukan melalui pemerhatian, pembacaan, perbualan, menghadiri mesyuarat, bengkel, seminar dll.  TUJUAN: UTK MENYERAP SEBANYAK MUNGKIN MAKLUMAT YG BERKAITAN, DARI PELBAGAI SUDUT/PANDANGAN

PROSES KREATIF
Fasa 2: Proses Inkubasi  Proses inkubasi berlaku apabila u’wan cuba merehatkan minda mereka drp proses persediaan di fasa satu.  Di dalam fasa ke 2 ini, u’wan akan cuba menghabiskan masa dgn aktiviti2 yg tiada kaitannya dgn permasalahan mereka. MEMBIARKAN MINDA “SEPARA-SEDAR” BEKERJA MENGHUBUNG-KAIT SEGALA MAKLUMAT YG TELAH TERKUMPUL (WALAUPUN SEMASA TIDUR !!).

PROSES KREATIF
Contoh aktiviti2 yg boleh berlaku dlm proses inkubasi:  Perkara2 yg melapangkan fikiran seperti berkebun, memasak, mengemas rumah, memandu memancing dll.  Bersenam, bersukan seperti bermain golf, badminton dll.  Berfikir & berangan2.  Bermeditasi & beryoga.

PROSES KREATIF
 Fasa

3: Pengalaman Idea Fasa ini adalah fasa yg paling menyeronokkan apabila u’wan mula mendapat idea & jalan penyelesaian masalah. Proses ini juga dikenali sebagai faktor eureka. Idea biasanya datang ketika u’wan melakukan aktiviti2 inkubasi. Kadangkala, idea datang secara tiba2.  Namun, idea2 atau jawapan yg wujud ini masih berbentuk kasar (RAW IDEA)

PROSES KREATIF
Eg. cara2 yg boleh dilakukan utk mempercepatkan proses pengalaman idea (faktor eureka):  Mempraktikkan hobi.  Bekerja di dlm persekitaran yg menenangkan.  Tidak terlalu memikirkan masalah.  Meletakkan buku nota di sebelah katil utk catatkan idea2 sebelum atau sesudah bangun dari tidur.  Berehat sebentar apabila penat bekerja.

PROSES KREATIF
 Fasa

4: Penilaian dan Pelaksanaan FASA INI ADALAH FASA PALING SUKAR & MENCABAR BAGI U’WAN. PERLU DISIPLIN DIRI, SABAR & KEYAKINAN.  IDEA DINILAI, DIUBAH SUAI & DIUJI, KEMUDIAN IDEA DILAKSANAKAN  PERLU JUGA BERFIKIRAN TERBUKA & FLEXIBLE UTK MENAMBAH BAIK IDEA DGN MENGAMBIL KIRA FEEDBACK & PANDANGAN2 BARU

KAEDAH MENJANA IDEA KREATIF  Kumpulan Fokus
Kaedah kumpulan fokus telah mula digunakan sejak 1950an lagi. Gunakan seorang moderator yg akan melontarkan soalan2 mudah kpd peserta utk meransang idea & mendapatkan tindak balas. Biasanya, kumpulan perbincangan akan dibahagikan kpd 8-14 peserta yg terdiri drp pelbagai bidang kemahiran. Setiap kumpulan akan membentangkan pendapat mereka & kumpulan2 yg lain akan memberi komen.

KAEDAH MENJANA IDEA KREATIF

Percambahan Fikiran (Sumbangsaran) Kaedah percambahan fikiran membolehkan individu meningkatkan kreativiti melalui pertemuan dgn individu lain. Dijalankan secara berkumpulan di mana idea2 baru akan dijana ke atas produk & pasaran tertentu.
DIPERKENAL OLEH ALEX OSBORN “APPLIED IMAGINATION” 1962.

.

Percambahan Fikiran
Kaedah percambahan fikiran perlu dijalankan di dlm suasana yg menyeronokkan & bebas drp tekanan. Terdapat 4 peraturan penting yg harus diingat apabila menggunakan kaedah ini: Tidak membenarkan komen2 negatif serta kritikan. Kebebasan idea adalah digalakkan. Lebih banyak idea adalah lebih baik. Kombinasi idea adalah digalakkan

KAEDAH MENJANA IDEA KREATIF

Analisis Masalah Inventori Teknik ini cuba menyelesaikan masalah dgn memfokus kpd masalah yg wujud pd sesuatu produk. Individu yg mewakili pengguna akan disediakan senarai masalah produk secara umum. Seterusnya, mereka dikehendaki mengenal pasti & membincangkan produk yg mempunyai masalah tertentu. Melalui kaedah ini, masalah sesuatu produk akan dapat dikenal pasti & seterusnya idea2 baru berkaitan produk tersebut akan dapat dijana dgn mudah. Analisis masalah inventori ini juga boleh digunakan untuk menguji idea produk baru.

HALANGAN KPD KREATIVITI
 Lambat

Bertindak Kehidupan pada masa sekarang penuh dgn ketidaktentuan, ketidakjangkaan & memerlukan manusia berfikiran pantas. Teknologi yg sering berubah2 memerlukan manusia cepat bertindak serta bersedia mempelajari sesuatu yg baru supaya mereka tidak ketinggalan.

HALANGAN KEPADA KREATIVITI
 Pemikiran

Stereotaip Kebanyakan manusia tak berani melakukan sesuatu yg berbeza & mengandaikan setiap situasi perlu berlaku di dlm situasi & kaedah yg sama. Mereka cenderung berfikiran stereotaip & takutkan perubahan. Menurut Edward de Bono (1970), manusia mesti mengubah pemikiran mereka utk meningkatkan kreativiti. Hanya pemikiran yg sedia berubah sahaja akan dapat menjana idea & inovasi baru. (ubah paradigma, think outside the box)

HALANGAN KEPADA KREATIVITI
Takutkan 

Risiko

Terlalu takut kpd risiko kegagalan & kerugian, bimbang dikritik, malu adalah penghalang kpd daya kreativiti & inovasi usahawan.

PERSEKITARAN YG KREATIF
 Di

antara ciri2 persekitaran organisasi yg kreatif adalah seperti berikut: Pihak pengurusan yg memberi kepercayaan kpd pekerja. Tidak terlalu mengawal pekerja. Saluran komunikasi organisasi yg terbuka. Berkomunikasi dgn individu/kumpulan di luar organisasi. Pekerja yg mempunyai kepelbagaian personaliti. Bersedia menerima perubahan.

PERSEKITARAN YANG KREATIF
Seronok

bereksperimen dengan idea. Tidak takut menerima kesan drp kesilapan yg dilakukan. Menilai prestasi pekerja berdasarkan merit. Menggunakan teknik2 penjanaan idea seperti kaedah percambahan fikiran & sebagainya. Mempunyai sumber kewangan, pengurusan, sumber manusia & masa yg mencukupi utk mencapai matlamat yg ditetapkan.

INOVASI DLM KEUSAHAWANAN
Inovasi merupakan fungsi utama di dalam keusahawanan.  Definisi Inovasi “ Inovasi adalah proses di mana u’wan menukarkan

peluang2 perniagaan ke dlm bentuk idea yg boleh dipasarkan ”

“ INOVASI ADALAH PROSES TRANFORMASI IDEA KREATIF KE APLIKASI YG BERGUNA” (K&H, 2004)

PERLU GUNA KEDUA2 BELAH OTAK UTK INOVATE
Otak Kiri * Lisan * Analitikal * Abstrak * Rasional * Logikal * Linear Otak Kanan * Bukan lisan * Sintesis * Melihat analogi * Tidak rasional * Gerak hati * Imaginasi

JENIS2 INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN
 Jenis2

Inovasi a.Penciptaan Penciptaan ialah rekacipta produk atau proses baru yang asli dan belum pernah dicuba oleh orang lain. Contohnya penciptaan kapal terbang (Adik beradik Wright), Lampu mentol (Thomas Edison) dan Telefon (Alexander Graham Bell).

JENIS INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN
b. Pengembangan  Pegembangan ialah penggunaan aplikasi yg berbeza ke atas produk atau proses yang sedia wujud. Contohnya KFC (drp ayam goreng kpd pelbagai produk) , Telekom Malaysia (telefon analog – digital – 3-G), Nokia (drp 1st generation handphone hingga kini :pelbagai ciri inovatif)

JENIS INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN
c. Duplikasi Duplikasi ialah replikasi ke atas produk/proses sedia ada. Ia bukanlah peniruan 100%, tetapi penambahbaikan ke atas sesuatu produk dgn sentuhan kreatif u’wan utk bersaing dlm pasaran. Contohnya dulu Toyota meniru kereta US; Pepsi, barangan elektrik ditiru drp jenama2 terkenal.

JENIS INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN
d. Sintesis Sintesis ialah gabungan konsep & faktor sedia ada ke dalam formulasi baru. Ia juga boleh diaplikasikan ke atas penciptaan sedia ada. Contoh: Tuku refleksi (haba & urutan), kertas bersabun (kertas & sabun), internet (komputer & sistem telekomunikasi).

Next Slides Sumber2 Inovasi
a. Situasi di luar Jangkaan Inovasi boleh berlaku tanpa dirancang & dijangka. Inovasi sebegini akan memberi kejutan kpd penciptanya. Contohnya, penciptaan komputer pada asalnya hanyalah untuk kegunaan ketenteraan, tetapi inovasi di luar jangkaan menjadikan komputer bukan sahaja sebagai alat untuk memberi maklumat tetapi juga alat untuk berhibur (games, music, video), alat komunikasi, alat pengajaran & pembelajaran dll.

Sumber2 Inovasi
b.Ketaksamaan (mencabar kebiasaan) Ketaksamaan berlaku apabila adanya jurang pemisah di antara jangkaan dan realiti. Misalnya, perkhidmatan penghantaran bungkusan biasanya dilakukan pada waktu siang hari sahaja dan bukan 24 jam sehari. Namun demikian, FedEx telah mencabar kebiasaan ini dengan memperkenalkan perkhidmatan penghantaran bungkusan malam. FedEx pernah dijangka akan mengalami kerugian dengan pertambahan kos yang dilakukan. Namun demikian, jangkaan itu meleset sama sekali apabila FedEx ternyata berjaya memberi inovasi kepada perkhidmatan mel dan mendapat sambutan di luar jangkaan.

Sumber2 Inovasi
c. Keperluan Proses Keperluan proses berlaku bila usahawan cuba untuk memenuhi permintaan yg semakin meningkat. Usahawan akan berinovasi selaras dengan kehendak pasaran. Contohnya, peningkatan di dalam permintaan makanan organik dan penggunaan komputer akan turut mengembangkan inovasi dlm industri makanan kesihatan dan penggunaan komputer, mesin2 pengeluaran yg lebih inovatif.

Sumber2 Inovasi
d. Perubahan Pasaran & Industri Perubahan pasaran & industri berlaku bila sikap pengguna berubah, teknologi bergerak pantas, pertumbuhan industri dan sebagainya. Contohnya industri minuman ringan berorientasikan kesihatan.Lahirlah Light Coke, susu rendah lemak, minuman ringan rendah kalori, minuman berasaskan herba dll.

Sumber2 Inovasi
e. Perubahan Demografi Perubahan demografi berlaku apabila terjadinya perubahan trend populasi, umur, pendidikan, pekerjaan, lokasi geografi dan sebagainya. Perubahan demografi dapat memberi peluang2 perniagaan kpd usahawan. Misalnya, peningkatan bilangan wanita yg bekerja memberi peluang2 perniagaan kepada usahawan yg mengusahakan pusat penjagaan kanak2, makanan segera.

Sumber2 Inovasi
f. Perubahan Persepsi Lahir daripada intepretasi masyarakat terhadap sesuatu fakta dan konsep. Contohnya, persepsi masyarakat terhadap berat badan berlebihan akan mengakibatkan penyakit, dan meningkatkan kepekaan masyarakat terhadap pentingnya alat bantuan senaman di rumah, makanan rendah lemak “fat burner” dll.

Sumber2 Inovasi
g. Konsep Berasaskan Pengetahuan Inovasi bersumberkan kegiatan R&D. Ia adalah berasaskan pengetahuan di mana produk yang dihasilkan adalah daripada kajian, pemikiran baru, kaedah baru serta pengetahuan yang baru. Penciptaan biasanya memerlukan jangkamasa yang lama untuk dipasarkan kerana ia memerlukan pengubahsuaian, pengujian dan sebagainya.

MITOS DALAM INOVASI
Mitos 1 - Inovasi adalah dirancang & dijangkakan  Mitos ini ternyata berdasarkan konsep lama organisasi di mana sebarang keputusan berkaitan inovasi adalah tanggungjawab jabatan R&D sahaja (yang telah membuat perancangan rapi sebelum inovasi dilaksanakan)  Fakta – Inovasi tidak boleh dijangka dan dirancang kerana ia berlaku tidak kira masa dan buah fikiran untuk berinovasi juga tidak terhad hanya kepada jabatan yang bertanggungjawab kerana idea boleh dikeluarkan oleh sesiapa sahaja.

MITOS DALAM INOVASI
Mitos 2 – Penyediaan spesifikasi teknikal perlu diberi keutamaan (utamakan dokumentasi & prosedur)  Fakta –Usahawan perlu sentiasa mementingkan percubaan & pengujian terhadap produk yg akan dipasarkan & tidak terlalu menghabiskan banyak masa dengan penyediaan dokumentasi prosedur dan sebagainya.

MITOS DALAM INOVASI
Mitos 3 – Kreativiti bergantung kepada mimpi dan angan-angan  Fakta – Penginovasi adalah individu2 yang praktikal yang cuba membuat perubahan kepada peluang2 yang ada di alam nyata. Mereka bukan sekadar bermimpi dan berangan2, tetapi cuba merealisasikan mimpi menjadi kenyataan.

MITOS DALAM INOVASI
Mitos 4 – Perlaksanaan projek di dalam kumpulan yang besar akan melahirkan inovasi yang baik berbanding kumpulan yang kecil.  Fakta - Mitos di atas adalah kurang tepat kerana pada masa sekarang banyak syarikat besar menggalakkan pekerjanya bekerja di dalam kumpulan2 yang kecil di mana idea lebih senang untuk dijana.

MITOS DALAM INOVASI
Mitos 5 – Teknologi adalah penggerak kepada inovasi dan kejayaan syarikat.  Fakta – Sebenarnya pengguna & pasaran adalah merupakan penggerak inovasi yang utama. Kajian menunjukkan, inovasi berasaskan pasaran dan kehendak pengguna mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk berjaya.

PRINSIP2 INOVASI
 

Berorientasikan tindakan Penginovasi mestilah aktif mencari idea baru, peluang dan sumber inovasi Memastikan produk, proses serta perkhidmatan yang dihasilkan adalah ringkas dan difahami Pengguna sepatutnya memahami inovasi yang dilakukan ke atas sesuatu produk. Menghasilkan produk, proses dan perkhidmatan yang berasaskan pengguna Penginovasi perlu mengaitkan pengguna dengan produk yang diinovasikannya supaya konsep dan idea yang dihasilkan dapat diterima oleh pengguna. Bermula dengan inovasi yang ringkas

PRINSIP INOVASI

Jangkaan yang tinggi Jangkaan terhadap inovasi mestilah tinggi dengan memfokuskan kepada posisi di dalam pasaran. Cuba/uji/ulang semula Inovasi perlu mengikuti peraturan cuba, uji dan ulang semula. Peraturan ini dapat mengisi kekangan dan kelemahan di dalam penghasilan produk, proses dan perkhidmatan. Belajar daripada kesilapan Bukan semua inovasi akan menempa kejayaan. Banyak inovasi yang gagal. Namun demikian, kegagalan daripada inovasi yang pertama akan menghasilkan inovasi baru yang lebih mantap.

PRINSIP INOVASI

Ikut jadual yang ditetapkan Setiap inovasi perlu mengikuti jadual yang ditetapkan. Kadangkala, projek yang dijalankan mungkin lambat atau melepasi jadual. Walau bagaimanpun, jadual tetap penting sebagai aras perancangan dan penilaian projek inovasi. Memberi ganjaran kepada pencetus idea dan aktiviti berinovasi Prinsip ini adalah penting untuk memberi motivasi kepada individu yang mencetuskan idea kepada inovasi. Aktiviti berinovasi juga perlu diberi ganjaran dan penghormatan. Ini bermaksud, pihak pengurusan perlulah bertoleransi serta bersedia menerima kegagalan di dalam inovasi. Kerja, kerja dan kerja Prinsip ini ringkas tetapi adalah tepat untuk merangkumkan ke semua prinsip-prinsip di atas. Inovasi mementingkan tindakan dan bukannya semata-mata bergantung kepada kebijaksanaan.

TEKNOUSAHAWAN

Definisi Tekno Usahawan keusahawanan tekno itu adalah bidang keusahawanan yang mengaplikasi dan menggunapakai teknologi di dalam pengeluaran produk, pengurusan perniagaan dan pembuatan keputusan berkaitan perniagaan. Manakala usahawan tekno pula adalah usahawan yang menggunakan teknologi di dalam perlaksanaan perniagaannya.

TEKNOUSAHAWAN

Kerajaan Malaysia dengan bantuan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) banyak membuka peluang kepada usahawan2 dan memberi galakan kepada usahawan untuk menceburi bidang sains dan teknologi untuk diaplikasikan dalam perniagaan. Salah satu dasar yang diperkenalkan oleh MOSTI adalah Dasar Sains dan Teknologi Kebangsaan yang ke 2 dengan memberi fokus utama kepada perkara-perkara berikut:

TEKNOUSAHAWAN

Meningkatkan keupayaan dan kapasiti negara di dalam pengambilalihan serta penyelidikan dan pembangunan teknologi. Menggalakkan kerjasama di antara organisasi awam dan industri serta di antara firma tempatan dan firma luar negara di dalam kerjasama teknologi.

TEKNOUSAHAWAN
Meningkatkan perpindahan pengetahuan ke dalam produk, proses dan perkhidmatan untuk memberi nilai tambah kepada industri.  Memposisikan Malaysia sebagai penyedia teknologi di dalam bidang bioteknologi, bahan berteknologi, pengeluaran berteknologi, mikroelektronik, teknologi maklumat dan komunikasi, aeroangkasa, tenaga kuasa, farmasi, teknologi nano dan fotonik (teknologi sains pengcahayaan melibatkan transmisi maklumat melalui cahaya, fiber optik dan teknologi laser).

Bidang Sains & Teknologi di dalam Keusahawanan
a. Bioteknologi Biologi membawa maksud kajian sains tentang benda hidup, manakala teknologi adalah penggunaan sains utk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk yg bermanfaat utk manusia. Gabungan biologi & teknologi menghasilkan bioteknologi yg bermaksud teknik atau proses yg melibatkan penggunaan sains yg berkaitan dgn benda hidup seperti mikro organisme, haiwan atau tumbuhan utk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk yg bermanfaat kpd manusia.

Kronologi Bioteknologi Moden
TAHUN 1930an 1960an 1970an 1980an 1994an 1997 Abad ke 21 PRODUK BIOTEKNOLOGI Antibiotik penisilin Teknologi molekul Teknik kejuruteraan genetik Hormon insulin manusia Tomato transgenik lambat masak Klon binatang pertama-kambing biri-biri (Dolly) Penjujukan DNA genom manusia yang lengkap telah diperoleh.

Bioteknologi
dalam Industri Permakanan Bioteknologi dapat membantu penghasilan makanan yang berkhasiat dan bervitamin. Misalnya, penghasilan beras yang mengandungi beta-carotene adalah salah satu sumber vitamin A. Bioteknologi di dalam Bidang Perubatan Bidang perubatan turut mendapat sentuhan bioteknologi. Misalnya, penghasilan insulin melalui teknologi DNA Rekombinan untuk merawat penyakit kencing manis. Bioteknologi dan Alam Sekitar Bioteknologi sangat berguna di dalam merawat dan mengawal pencemaran alam sekitar yang terhasil melalui bahan-bahan buangan dan industri yang bertoksik.
Bioteknologi

Bioteknologi
Bioteknologi

dalam Pertanian

1. Pengklonan Pengklonan melibatkan proses penghasilan anak-anak pokok atau penghasilan haiwan daripada tisu pokok atau haiwan berkenaan yang sama kandungan genetiknya dengan induk, bertujuan untuk menghasilkan jumlah pokok atau haiwan yang lebih banyak.

Bioteknologi
2. Kacukan atau Hibrid Proses hibrid melibatkan pemindahan genetik secara semula jadi drp dua organisme yg sama utk menghasilkan anak baru. Eg. tumbuhan transgenik yg menggunakan kaedah bioteknologi adalah:  Tomato lambat masak  Kacang soya yang menerima gen enzim drp bakteria  Kapas B+ yg mempunyai ketahanan drp serangan larva serangga.  Betik yg mempunyai ketahanan drp serangan virus.  Beras emas yg menerima enzim penghasilan beta karoten.  Kambing polly yg menerima gen manusia utk membantu pembekuan darah. Digunakan utk membantu pesakit hemofilia.

Agro teknologi
 Agro

teknologi merupakan penggunaan teknologi di dalam pertanian yg berbentuk tanaman, haiwan peliharaan & tenusu. Di Malaysia amnya, perkembangan dapat dilihat dalam agro teknologi, misalnya di dalam penghasilan padi yg dahulunya hanya ditanam 2 kali setahun, tetapi dgn penyelidikan & teknologi terkini, penanaman padi telah dapat ditingkatkan kpd 3 kali setahun dgn benih padi yg lebih baik & bermutu.

Agro teknologi
 Teknologi

Nuklear dalam Pertanian Bidang pertanian menggunakan teknologi nuklear dlm menghasilkan kepelbagaian baka baru yg lebih berkualiti melalui proses radiasi bagi menghasilkan tumbuhan mutan yg lebih berkualiti. Teknologi nuklear juga telah digunakan utk mengenal pasti kandungan sisa racun serangga & dlm industri asas tani utk pemprosesan makanan.

Tekomunikasi & Teknologi Maklumat

Bagaimana Telekomunikasi Bermula di Malaysia? 1870an, peralatan telegraf telah diperkenalkan sebagai salah satu alat komunikasi. Telegraf digunakan bertujuan utk membolehkan pegawai2 British berkomunikasi dengan dunia luar. Alat ini telah telah diperkenalkan & dipatenkan oleh Samuel Morse. Seterusnya, telegraf telah diperkenalkan di Malaysia pada 1874 & dipasang buat kali pertama di kediaman residen British di Perak.

Telekomunikasi & Teknologi Maklumat

Teknologi Komputer di Malaysia Teknologi komputer mula dicipta oleh J. Presper Ecker Jr. & John W. Mauchly. Teknologi komputer elektronik pada ketika itu bersaiz besar menyamai saiz sebuah bilik. Tetapi kini, komputer telah dibangunkan dengan teknologi perisian & cip. Melalui teknologi komputer, banyak permasalahan manusia dapat diselesaikan. Penubuhan MSC telah mencetus pelbagai kemajuan seperti penubuhan Bandar Cyberjaya pada tahun 1999 - sebuah Bandar pintar.

Telekomunikasi & Teknologi Maklumat

Manfaat kepada Usahawan Teknologi komputer juga turut memberi manfaat kepada bidang kesihatan apabila telekesihatan mula diperkenalkan. Usahawan juga mendapat peluang2 biz melalui teknologi perisian & perkakasan serta dapat memberi peluang pekerjaan kepada 40,000 penduduk. Malaysia juga telah dapat mengeksport produk ICT berupa cip komputer yg bernilai RM1.5 bilion. Banyak syarikat yg telah mendapat status MSC & telah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM7.21 bilion pada tahun 2004.

Automotif
 Sektor

automotif merupakan industri penting kpd ekonomi Malaysia. Sumbangan sektor ini kpd ekonomi negara adalah besar, serta berkait rapat dengan sektor pembuatan & perkhidmatan. Penubuhan Proton pada tahun 1985 diikuti dengan Perodua pada tahun 1993 bertindak sebagai pemangkin kepada perkembangan sektor automotif. Turut menyebabkan perkembangan industri komponen automotif.

Automotif
 Sektor

Automotif di Malaysia Pada masa ini, sektor automotif di Malaysia terdiri daripada beberapa pihak terbabit yang merentasi keseluruhan rantaian nilai sektor ini. Terdapat empat pembuat kenderaan penumpang & komersial termasuk Proton dan Perodua. Berdasarkan rekod prestasi perkembangan & kestabilannya selama ini, sektor automotif di Malaysia mempunyai potensi yg besar untuk berkembang pada masa hadapan.

Automotif

Program Pembangunan Vendor Program Pembangunan Vendor (PPV) yang telah dilancarkan pada tahun 1988 yang bermatlamat membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS) sebagai vendor yang menjadi pengilang dan pembekal komponen serta perkhidmatan kepada syarikat besar tempatan dan syarikat multinasional (MNCs) dengan kerjasama bank dan institusi kewangan.

Aeroangkasa

Penglibatan Malaysia sebagai pengguna teknologi angkasa bermula dengan pembinaan stesen bumi satelit yang pertama pada penghujung tahun 60-an yang dikendalikan oleh Jabatan Penyiaran Malaysia. Pada tahun 1995, program mikrosatelit kebangsaan, TiungSAT-1, telah dilancarkan dengan rasminya. Program ini merupakan langkah penting bagi Malaysia berpindah daripada pengguna kepada pengeluar teknologi angkasa sebagai satu bidang strategik negara.

Aeroangkasa
 Usahawan

dan Industri Aeroangkasa Kebelakangan ini, beberapa syarikat Malaysia sama ada di peringkat awal menubuhkan syarikat usaha sama bagi pembuatan bahagian & komponen bagi kontraktor utama ataupun telah sedia menyerahkan beberapa set bahagian2 yg dibuat di Malaysia bagi kontraktor2 utama. Oleh itu, industri aeroangkasa Malaysia sememangnya tidak asing lagi dgn pendekatan perkongsian bestari, malahan boleh berbangga menjadi antara yg pertama melaksanakan pendekatan tersebut di negara ini.

BIODATA USAHAWAN TEKNO MALAYSIA

Suhaimi Sulaiman (Pengarah Urusan Suhaimi Sulaiman Omnimedia) Suhaimi Sulaiman adalah personaliti TV yang terkenal. Beliau mula mempelajari kerja-kerja penyiaran di TV3. Di TV3 beliau menyandang beberapa jawatan seperti wartawan penyiaran, editor, penerbit, pengurus pembangunan dan pakar kandungan kreatif. Selepas meninggalkan TV3, Suhaimi memulakan syarikatnya sendiri yang diberi nama Suhaimi Sulaiman Omnimedia bersamasama dengan rakan-rakannya daripada TV3. Beliau turut mengendalikan online talk shows untuk TV Cyberjaya secara streaming. Beliau percaya bidang penyiaran pada masa hadapan akan berkembang dengan menggunakan teknologi streaming.

BIODATA USAHAWAN TEKNO MALAYSIA

Mark Chang (Ketua Pegawai Eksekutif JobStreet.com) JobStreet.com adalah di antara syarikat dotcom yang berjaya di Malaysia. Ia diasaskan oleh Mark Chang, seorang jurutera mekanikal. JobStreet.com telah dimulakan pada tahun 1997. Ia kemudiannya telah berkembang denga meluas ke negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Singapura, Filipina, India dan Indonesia.

BIODATA USAHAWAN TEKNO MALAYSIA

Premesh Chandran (Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysiakini) Malaysiakini adalah antara laman berita alternatif yang telah dimulakan tahun 2001. Pengasasnya adalah Premesh Chandran dan editor Steven Gan. Menurut Premesh, pada awalnya adalah amat sukar untuk mengaut keuntungan daripada perniagaan berasaskan kandungan secara online. Walau bagaimanapun, beliau amat bersyukur kerana laman Malaysiakini masih lagi utuh dan kekal sehingga sekarang.

KESIMPULAN
 Persekitaran

perniagaan pada masa kini adalah dinamik & u’wan terpaksa berhadapan dgn perubahan teknologi yg begitu pantas. U’wan perlu menghadapi cabaran2 ini utk menangani ekonomi moden. Globalisasi, kemajuan internet, era maklumat turut memberi cabaran kpd u’wan di dlm persaingan pasaran. Persaingan yg ada membuatkan u’wan perlu mempunyai kreativiti & berinovasi bagi menyesuaikan diri dgn pantas kpd perubahan pasaran.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful