TOPIK 3 PERKAEDAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU

PENDEKATAN
Kumpulan andaian yang saling berkaitan. y Mencerminkan suatu pandangan atau falsafah yang berkaitan dengan proses P&P. y Terdapat tiga pendekatan yang digunakan dalam proses P&P kesusasteraan.
y

Sejarah Sosiopsikologi dan emosi Diduktik dan analitik

y Faktor sejarah mempunyai pengaruh besar terhadap jenis.PENDEKATAN SEJARAH Terbentuk berdasarkan teori bahawa karya sastera perlu dilihat berdasarkan latar belakangnya. persoalan dan cara penghasilan karya sastera. y Karya sastera dilihat sebagai himpunan rentetan peristiwa yang berlaku kepada seseorang watak. y .

Cerminan sosial dan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap psikologi dan emosi ahli-ahli masyarakat itu sendiri.PENDEKATAN SOSIOPSIKOLOGI DAN EMOSI y y y y y Realiti kepada peranan sastera. Karya sastera menjadi pembentuk cita rasa dan nilai dalam masyarakat tersebut. . Mengkaji aspek naluri dan kejiwaan watak yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Melihat karya sastera sebagai peristiwa yang boleh dikaitkan dengan psikologi dan emosi manusia yang digambarkan dalam sesebuah karya sastera.

Unsur-unsur intrinsik lebih penting.PENDEKATAN DIDUKTIK DAN ANALISIS (INTRINSIK) y y y y y y Berdasarkan teori bahawa unsur-unsur extrinsik sematamata bukanlah penyebab maka sesuatu karya sastera itu terhasil. Karya sastera dinilai berdasarkan ketepatan atau kebolehan pengarangnya memaparkan mesej berdasarkan peristiwa yang dieksploitasi itu. Membolehkan pelajar melihat karya sastera secara objektif dan analitik. . Unsur-unsur ekstrinsik hanyalah boleh digarap untuk penghasilan karya sastera. Menganggap peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam karya sastera hanyalah sebagai suatu aksi yang boleh dieksploitasi sebagai bahan karya.

kemas dan bersistem. global dan eklektik . y Merupakan alat yang membolehkan pengajaran berjalan secara teratur. y Terdapat tiga kaedah pengajaran : y Analisis struktural Menghayati-mengalami Berfokus. sesuai dengan pendekatan yang dipilih.KAEDAH PENGAJARAN Perancangan bagi melaksanakan sesuatu perkara supaya pelaksanaan perkara itu berjalan lancar.

imaginasi dan emosi yang berkaitan antara satu sama lain. karya sastera diajar melalui struktur bahan itu sendiri. Contohnya. y Antara ciri-ciri kaedah ini : Kajian bahan sastera dibuat secara induktif Perlukan pembacaan secara rapi dan terperinci Pemahaman terhadap karya berkait rapat dengan struktur karya. cereka akan diajar berdasarkan strukturnya iaitu tema. y . plot.KAEDAH ANALISIS STRUKTURAL Bertitik tolak daripada anggapan bahawa bahan sastera ialah penghasilan buah fikiran yang mengandungi pengalaman. perwatakan dan sebagainya. y Berdasarkan kaedah struktural.

Pengajaran berorientasikan aktiviti. Pelajar cuba menghayati atau menikmati bahan sastera dengan cara mengaitkan bahan sastera dengan pengalaman sedia ada.KAEDAH MENGHAYATI-MENGALAMI MENGHAYATIy y y y Berasaskan anggapan bahawa setiap individu mempunyai pengalaman tersendiri dalam hidup mereka. Antara ciri-ciri utama kaedah ini : Pelajar akan membaca karya sebelum pengajaran. . Aktiviti pengajaran bertumpu kepada soal jawab secara kritis. Amat sesuai digunakan untuk pengajaran genre sastera yang berbentuk cereka. Bahan sastera merupakan rakaman pengalaman manusia yang diolah dalam bentuk cerita. drama dan sebagainya.

Terdapat satu tajuk isi pelajaran yang menjadi fokus utama.KAEDAH BERFOKUS. Diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Menumpukan pengajaran kepada dua fokus. fokus utama dan fokus sampingan. manakala aspek-aspek lain yang berkaitan menjadi fokus sampingan. . Fokus-fokus ini tertumpu kepada kandungan isi pelajaran yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran. GLOBAL DAN EKLEKTIK y Kaedah Berfokus Pengajaran yang menekankan aspek tertentu dalam sesebuah karya.

Dalam P&P. GLOBAL DAN EKLEKTIK y Kaedah Global Berdasarkan andaian bahawa karya sastera itu ialah hasil kesatuan daripada pelbagai elemen. Kebiasaannya diikuti dengan kaedah separa global yang menjuruskan kajian kepada aspek tertentu dalam karya tersebut. Digunakan sebagai aktiviti pemanas dalam pengajaran seterusnya. pengkajian terhadap karya dibuat berdasarkan analisis kepada aspek-aspek yang membangunkan karya tersebut secara keseluruhan dan spontan.KAEDAH BERFOKUS. Dikatakan tidak dapat mendalami sesuatu aspek sastera secara terperinci. .

KAEDAH BERFOKUS. Guru boleh menggunakan kreativiti mereka untuk disesuaikan dengan pelajar sasaran. . Tidak terikat kepada mana-mana kaedah tertentu. GLOBAL DAN EKLEKTIK y Kaedah Eklektik Kaedah yang menggabungkan semua ciri terbaik dalam pelbagai kaedah lain.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&P Adaptasi. . Cerpendra dan Mestamu y Adaptasi Mengubah atau mereka bentuk sesuatu genre sastera kepada bentuk lain yang difikirkan lebih menarik. cerpen atau nyanyian. guru boleh mengadaptasi sajak tersebut kepada bentuk drama. Untuk memudahkan pelajar memahami isi sesebuah sajak. Deklamasi.

.TEKNIK DAN AKTIVITI P&P y Deklamasi Membaca puisi dengan nada. intonasi suara dan gaya yang sesuai. Untuk menjadikan deklamasi lebih menarik. pelajar perlu memahami dan menghayati puisi yang akan dideklamasikannya.

Teknik ini memaksa pelajar mendalami dan menghalusi isi petikan dan mengubahnya kepada skrip drama.TEKNIK DAN AKTIVITI P&P y Cerpendra Mengubah suai petikan cerpen kepada bentuk drama. . Pelajar terpaksa mengkaji dengan teliti aspek perwatakan. latar tempat dan masa. persoalan dan tema yang terdapat dalam cerpen tersebut.

mendeklamasi dan melagukan puisi tersebut. Terdapat dua aktiviti berjalan secara serentak iaitu. . sama ada baris demi baris atau rangkap demi rangkap. seorang pelajar akan mendeklamasi dan seorang lagi akan melagukannya.TEKNIK DAN AKTIVITI P&P y Mestamu Mendeklamasikan puisi dan melagukannya tanpa muzik. Jika teknik ini dibuat secara berpasangan.

kemudian pelajar ini ditempatkan di kerusi yang diletakkan di hadapan kelas. Improvivasi dan Pemaduan Seni ‡ Kerusi Panas ‡ Boleh digunakan untuk pengajaran aspek watak dan perwatakan dalam sesebuah karya sastera. .TEKNIK DAN AKTIVITI P&P Kerusi Panas. ‡ Pelajar lain diminta menanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan watak yang dipegang oleh pelajar di kerusi panas. ‡ Seorang pelajar akan diminta menghayati dan mendalami watak dalam sesebuah cerita. ‡ Pelajar tersebut akan menjawabnya berdasarkan cerita atau peristiwa dalam karya sastera tersebut.

. yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam genre sastera yang diajarkan. Para pelajar diminta menyediakan skrip secara berkumpulan bagi menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan cerpen. konflik dan peleraian dalam cerpen berkenaan.TEKNIK DAN AKTIVITI P&P y Improvivasi Lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&P y Pemaduan Seni Penggunaan unsur seni untuk menghidupkan petikan dalam karya sastera. Contohnya. . dan pada masa yang sama pelajar lain melukiskan gambaran watak dan mungkin sekumpulan pelajar lain menyanyikan fakta mengenai watak tersebut. pengajaran aspek perwatakan dalam sesebuah novel boleh dibuat dengan cara melakonkan aksi watak tersebut. Seni-seni yang dipilih itu digunakan dengan serentak pada masa yang sama.

Guru perlu menegaskan tentang penggunaan intonasi yang sesuai dalam pembacaan tersebut. Lakonan. Pelajar diminta membaca skrip drama secara bergilir-gilir atau berdasarkan watak yang dikhaskan. . Dialog.TEKNIK DAN AKTIVITI P&P Baca Drama. Melodi dan Nyanyian y Baca Drama Untuk mengajarkan isi dan persoalan yang terdapat dalam drama. Kaligrafi.

Pelajar diminta mengingati semula dialog atau petikan dalam drama atau novel.TEKNIK DAN AKTIVITI P&P y Lakonan Untuk memudahkan pelajar mengingati dan menghayati sesuatu karya sastera. kemudian mereka diminta melakonkan petikan tersebut mengikut pemahaman dan penghayatan mereka sendiri. .

pelajar boleh diminta menuliskan nama-nama watak mengikut gaya dan kreativiti masing-masing. Tumpuan pelajar akan terarah kepada mana-mana watak yang sedang dituliskannya dan ini akan memudahkan perbincangan tentang aspek tersebut yang dibuat selepas itu.TEKNIK DAN AKTIVITI P&P y Kaligrafi Seni tulisan yang boleh digunakan untuk memotivasikan pelajar memberikan fokus terhadap objektif pengajaran. . Dalam pengajaran aspek perwatakan dalam novel misalnya.

Pelajar diminta menulis dan melafazkan dialog-dialog pilihan mereka dengan gaya dan intonasi yang sesuai. Pengajaran akan diteruskan dengan perbincangan antara guru dan pelajar.TEKNIK DAN AKTIVITI P&P y Dialog Dimulakan dengan pemilihan dialog-dialog daripada bahan yang dikaji. . Kesungguhan perlu ditekankan supaya pelajar membaca dialog tersebut dengan gaya yang menarik. yang merupakan soal jawab yang berkaitan dengan isu yang sedang dibincangkan. Aktiviti ini akan menyebabkan pelajar tertumpu kepada isi yang akan dibincangkan.

Pelajar lebih mudah mengingati fakta yang bermelodi. Fakta atau isi yang akan diajarkan digubah dalam bentuk melodi yang indah. Digunakan untuk memudahkan pelajar mengingati sesuatu isi atau fakta.TEKNIK DAN AKTIVITI P&P y Melodi Nada dan ritma yang enak didengar atau dibacakan. berbanding fakta yang disampaikan secara tradisional. .

Fakta tersebut disebut seperti menyanyikan lagu yang dipilih itu. Isi atau fakta yang akan diajarkan digubah seperti rangkap nada sesuatu nyanyian yang popular. Teknik ini akan menjadi lebih menarik jika diiringi muzik ¶minus one· lagu berkenaan.TEKNIK DAN AKTIVITI P&P y Nyanyian Teknik ini hampir sama dengan melodi. .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful