You are on page 1of 31

FAKULTI : PENDIDIKAN DAN PENGAJIAN BAHASA PENGAJIAN : DIPLOMA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN PRASEKOLAH) MATA PELAJARAN : PROFESIONALISME GURU KOD

: ETD 2152
NAMA

TAJUK : SULTAN IDRIS TRAINING COLLEGE ( SITC ) NO. MATRIK NO. FON

MARKAH

NURUL ATIQAH BINTI ABD GHANI NURUL NASZLINA BINTI MOHAMAD NASIR SITI FATIMAH NOOR BINTI MUKASIM NUR HIDAYAH BINTI AYOB

3101024901 3101025121 3101025051 3101022951

013-2577055 013-4599493 014-5668970 017-3942151

EN. HJ ABD WAHID RAHMAN

MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS atau dikenali sebagai SULTAN IDRIS TRAINING COLLEGE (SITC).

BANGUNAN SULUH BUDIMAN

O.SEJARAH SITC y Penubuhan SITC diilhamkan oleh R. Winstedt pada tahun 1917 y SITC dirasmikan pada 29 November 1922 oleh Sir W. . George Maxwell y sempena nama Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Mursidul Adzam Shah y Maktab yang dinamakan The Sultan Idris Training Collge for Malay Teachers yang dikenali dengan nama ringkasnya sebagai SITC telah dirasmikan oleh Sir George Maxwell.

y Sejarah penubuhan UPSI bermula dengan cadangan R. .O. Pesuruhjaya Tinggi British telah mengumumkan untuk menubuhkan sebuah Maktab Pusat yang besar bagi guru-guru Melayu sebagai kenang-kenangan kepada Almarhum Sultan Idris Ibni Almarhum Raja Iskandar. Setelah mendapat persetujuan Sultan Abdul Jalil Perak. Winstedt untuk memusatkan maktab-maktab perguruan Melayu. Maktab yang dinamakan The Sultan Idris Training Collge for Malay Teachers yang dikenali dengan nama ringkasnya sebagai SITC telah dirasmikan oleh Sir George Maxwell. Perak. Ketua Setiausaha Negara pada 29 November 1922.

sebelum wujud beberapa institusi pengajian tinggi lainnya. SITC kemudiannya seolah-olah menjadi Pusat Kehidupan Intelektual Melayu dengan penuntut-penuntut yang datang dari segenap pelosok Semenanjung. Keunggulan SITC membentuk pelajar dan pelajaran Melayu terbukti sehingga selesai Perang Dunia Kedua.TUJUAN PENUBUHAN y Tujuan asal maktab ini ditubuhkan adalah untuk melatih guru- guru untuk sekolah-sekolah Melayu. . bahkan hingga beberapa tahun selepasnya. Pertemuan penuntut-penuntut Melayu ini secara langsung atau tidak langsung telah menyedarkan mereka tentang tanggungjawab meninggikan tahap pelajaran anak-anak Melayu dan membawa kepada perkembangan golongan terpelajar Melayu yang bersemangat kebangsaan. disamping itu pihak British juga berharap lepasan SITC akan dapat digunakan sebagai tenaga pekerja mereka.

y Tempat yang dipilih juga seharusnya berdekatan dengan rangkaian kereta api.LOKASI SITC y SITC didirikan di satu kawasan lembah yang subur di atas tanah seluas 64 hektar di kaki Banjaran Titiwangsa. y Satu tapak seluas 63 ekar telah dibeli di Tanjong Malim dengan harga RM49. jalan raya dan berhampiran dengan sungai dan komposisi penduduknya haruslah sederhana ramai.00.000. .

KURIKULUM SITC y Tertumpu kepada pengetahuan asas keguruan di samping kraftangan dan pertanian. perkebunan dan Bahasa Melayu sendiri. anyaman. y Sir Wolffe juga menyarankan agar pelajar-pelajar patut mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang pertanian. latihan jasmani. .

pengetahuan am dan agama. ilmu tanaman. y Mata pelajaran yang diajar bagi satu-satu waktu pengajaran adalah selama 45 minit . ilmu alam. anyaman bakul. kaedah mengajar. tawaraikh dan hikayat. lukisan. bahasa.sambungan y ilmu geometri. ilmu kesihatan. tulisan.

W.R. Abdul Rahman Hj Muhyiddin. Olaguera (Manila) dan Lebai Jaafar Abdul Rashid (guru al-Quran). Ghrist. M. Hanafiah Md Saman. Dussek (Pengetua). Holgate. . D. Abdul Hadi. Noordin Hj Harun.TENAGA PENGAJAR SITC y Jumlah tenaga pengajarnya pula adalah seramai empat orang berbangsa Eropah. Mohamad Said Hj Hussin.B.O. Mr. W. y Mereka ialah O. seorang guru anyaman dari Manila dan seorang guru al-Quran dari Matang.T. Ibrahim Dato Muda Linggi. tujuh orang guru Melayu. Sir Williams.H. Mohammad Hashim Hj Taib.

Dussek yang berasal dari England y Pada tahun 1958. T. iaitu Zainal Abidin Ahmad.sambungan y Guru-guru ini pada asalnya merupakan tenaga pengajar dari Maktab Perguruan Matang yang telah ditutup dan sebahagiannya dari Maktab Perguruan Melaka. SITC buat pertama kalinya anak tempatan dilantik sebagai Pengetua. y Pengetua pertama telah memulakan tugas di SITC iaitu O. .

cemerlang dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta meneraju perubahan global .V ISI Menjadi Universiti yang bitara.

penerbitan. penyelidikan. perundingan dan khidmat masyarakat.MISI Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran. dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara .

MOTO AGAMA DIJUNJUNG. TAMADUN DIPIMPIN .

LAGU SITC IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN ibu kandung suluh budiman obor di malam gelap bina budi penyebar tekad pancaran semangat waja ibu kandung suluh budiman ibu pujaan kami yang berjaya pada masyarakat hidup gagah berani ibu kandung suluh budiman dengarlah sumpah sumbangsih nan suci selagi hayat dikandung badan kami tetap berbakti .

Para pelajarnya berpindah ke Kuala Kangsar. pelajar-pelajar diarahkan pulang ke kampung masing-masing. SITC dibuka semula. ia telah dijadikan Markas Tentera Jepun. Selepas perang. . Semangat kebagsaan mula bercambah subur di SITC dan para pelajar semakin berani menuntut hak-hak mereka sehingga berlaku tunjuk perasaan pada 10 Disember 1949 dan SITC ditutup selama 3 bulan ekoran dari peristiwa itu.SEMASA PERANG DUNIA KE-2 y Semasa Perang Dunia Kedua. SITC telah dijadikan Hospital Tentera British dan kemudiannya setelah tentera British berundur. kali ini dengan para pelajar yang lebih bersemangat. Apabial perang mula merebak.

Pada 13 Januari 1975. iaitu setelah 5 tahun dihuni oleh pemuda-pemuda Melayu.SELEPAS MERDEKA y Menjelang Kemerdekaan 1957. sekali lagi SITC merakamkan sejarah dengan pengambilan masuk 140 pelajar puteri. SITC turut mencatatkan sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya anak tempatan dilantik sebagai Pengetua. . iaitu Zainal Abidin Ali. y Pada tahun 1958. SITC telah dapat menyediakan segolongan intelek Melayu yang berjiwa kebangsaan dan ini penting untuk mengsisi ruang kemerdekaan.

BANGUNAN LAMA SITC .

iaitu bahagian bawah diperbuat daripada batubata sementara bahagian atasnya diperbuat daripada kayu.RUMAH PENGETUA Bangunan Rumah Tamu ini dahulunya pernah dijadikan rumah kediaman pengetua berbangsa Inggeris. Reka bentuk bangunan ini mirip kepada reka bentuk Inggeris. Pada masa sekarang rumah ini dijadikan Rumah Tamu UPSI dan telah digazetkan sebagai aset MPN . Ia telah diubah suai dan dicat baru pada tahun 2002 supaya kelihatan lebih menarik. Ia terletak di bahagian selatan sekali berhampiran dengan Sungai Bernam. Rumah ini dibina dua tingkat.

nama-nama bahagian bilik telah ditukar iaitu Asrama D kepada Tun Perak. . Asrama E kepada Tun Seri Lanang dan Asrama F kepada Hang Tuah. Anjung Tun Seri Lanang dan Anjung Hang Tuah. Asrama E dan Asrama F. Di dalam setiap bilik pula terdapat sebuah bilik ketua bilik (bahagian depan) dan penolong ketua bilik (bahagian tengah bilik). Asrama ini berbentuk Geometri atau bangunan bercabang tiga yang mana akan menempatkan Asrama D. Di bangunan ini juga terdapat satu ruang legar yang dinamakan perserian.176 meter persegi. Ia mempunyai 3 anjung iaitu Anjung Tun Perak. Bangunan ini juga diwartakan sebagai aset Muzium Pendidikan Nasional. Sekarang dijadikan makmal Matematik. Setiap bilik boleh memuatkan lebih kurang 30 orang pelajar. makmal Kaunseling dan bilik-bilik tutor dan pensyarah. Bangunan ini juga digunakan sebagai asrama kepada pelajar-pelajar yang boleh memuatkan 60 hingga 70 orang pada satu-satu masa. Bangunan ini siap dibina sepenuhnya pada tahun 1930. Pada awal tahun 1940. Bangunan ini dibina agak lewat sikit berbanding dengan Bangunan Suluh Budiman iaitu setelah asrama Tadah Utara siap.TADAHAN SELATAN Bangunan ini mempunyai keluasan lantai 2.

. Di bangunan ini juga terdapat satu ruang legar yang dinamakan perserian. Bangunan ini telah diwartakan sebagai aset Muzium Pendidikan Nasional. Di dalam setiap bilik pula terdapat sebuah bilik ketua bilik (bahagian depan) dan penolong ketua bilik (bahagian tengah bilik). Ia mempunyai 3 anjung iaitu Anjung Bendahara Seri Maharaja. Sekarang bangunan ini dijadikan makmal komputer dan makmal pengajaran mikro/bilik kawalan dan bilik-bilik guru Fakulti Bahasa. Asrama B dan Asrama C. Anjung Pateh Gajah Mada dan Anjung Munsyi Abdullah. Bangunan ini berbentuk Geometri atau bangunan bercabang tiga yang mana akan menempatkan Asrama A.TADAHAN UTARA Bangunan ini mempunyai keluasan 2. Bangunan ini telah dibina bersama-sama dengan Bangunan Suluh Budiman yang mana akan digunakan sebagai asrama kepada pelajar-pelajar dan siap dibina sepenuhnya pada tahun 1930. nama-nama bilik telah ditukar iaitu Asrama A kepada Bendahara Seri Maharaja. Bangunan ini juga dikenali dengan nama µGajah Menyusu¶ kerana bentuknya segitiga dan bersambung-sambung antara satu sama lain. Pada awal tahun 1940.176 meter persegi. Setiap bilik boleh memuatkan lebih kurang 30 orang pelajar. Asrama B kepada Patih Gajah Mada dan Asrama C kepada Munsyi Abdullah.

Ianya diperbuat daripada kayu dan menyerupai rekabentuk sekolah-sekolah zaman penjajahan British. Terdapat beberapa buah lagi Sekolah Latihan untuk kegunaan pelajar-pelajar SITC/MPSI ini seperti Sekolah Kebangsaan Kalumpang dan Sekolah Kebangsaan Slim Village.PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK Bangunan asal Sekolah Latihan Tanjong Malim. Sekolah Latihan ini dikelolakan oleh pihak Maktab. kemudiannya ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim ini mempunyai keluasan 1. Setelah UPSI ditubuhkan. bangunan ini dijadikan Pusat Asuhan Kanak-kanak UPSI hingga sekarang. Sekolah ini dinamakan Sekolah Latihan kerana guru-gurunya yang terdiri daripada pelajarpelajar yang berlatih mengajar. Guru-gurunya terdiri daripada pelajar-pelajar SITC/MPSI kecuali Guru Besar yang digajikan oleh Pejabat Pelajaran. pekerja dan anak-anak penduduk tempatan. Guru Besarnya yang pertama ialah Cikgu Lembang. Anak-anak murid terdiri dari kalangan anak-anak pensyarah. Sekolah ini dibuka pada tahun 1930. .177 meter persegi.

Pada November 1983.852 meter persegi. perpustakaan berpindah ke bangunan baru dan bangunan ini diubah suai lagi untuk dijadikan Pusat ICT UPSI dan kekal di situ hingga sekarang. Pembinaannya dibuat oleh tukang-tukang yang dibawa dari tanah Jawa dan buruh mahir berbangsa Cina. Dewan Makan ini sekali lagi dijadikan Perpustakaan UPSI setelah UPSI ditubuhkan pada 1998 dan beroperasi di situ sehingga Oktober 2003. Pembinaannya juga melibatkan orang perseorangan dan syarikat swasta di England. Perpustakaan Za'ba telah berpindah ke tingkat atas Bangunan Suluh Budiman dan kekal di situ sehingga akhir tahun 1998. Pada September 1996. lalu diberi nama Perpustakaan IPSI. Ia boleh memuatkan lebih kurang 400 orang pelajar dan Ianya dibina pada 1919 serentak dengan Bangunan Suluh Budiman dan siap sepenuhnya pada tahun 1922. India dan Indonesia.DEWAN MAKAN Bangunan Pusat ICT yang dahulunya adalah Dewan Makan Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) dan SITC ini terletak di antara asrama Tadah Utara dan Tadah Selatan. Dewan Makan ini diubahsuai dan dijadikan Khutub Khanah SITC/MPSI setelah SDAR berpindah ke Seremban. Nama ini kemudiannya bertukar menjadi Perpustakaan Za'ba sempena Sambutan Perayaan 75 Tahun SITC/MPSI/IPSI pada tahun 1994. Di bangunan inilah Khutub Khanah MPSI beroperasi dan memberikan khidmatnya kepada penuntutpenuntut hinggalah institusi ini dinaik taraf menjadi Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) pada tahun 1987. . Bangunan ini telah diwartakan sebagai aset Muzium Pendidikan Nasional. Bangunan ini lebih mirip kepada reka bentuk Belanda ala Studhuys House di Melaka bagi memperingati pemerintahan Belanda. Bahan-bahan binaan seperti atap genting dibawa dari England. Pada Disember 2004. Keluasan lantainya ialah 1.

TOKOH-TOKOH SITC .

dan Penterjemah Kanan di Pejabat Pelajaran. Pejabat Pelajaran Negeri-Negeri. Johor Bahru. Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. y Kerjayanya sebagai guru bahasa Melayu bermula di English College. y Beliau pernah menjadi penterjemah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. .ZAINAL ABIDIN ( ZA BA ) y Beliau dilahirkan di Seremban. Kuala Lumpur. y Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (bidang bahasa Melayu dan Arab) dari Universiti London (1953).

O. y Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku : (i) Ilmu Mengarang Melayu (1934) (ii) Pelita Bahasa Melayu I (1940) (iii) Pelita Bahasa Melayu II (1940) .sambungan y Beliau menubuhkan Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) bersama-sama dengan pengetuanya.T. Dussek (1924).

y Malah beliau dianugerahi bintang Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Datuk dan kemudiannya Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong (1962). gelaran Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya (1959) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (Jun 1973).sambungan (iv) Pelita Bahasa Melayu III (1940) (v) Daftar Ejaan Melayu (1941) y Za ba diberi gelaran Pendeta dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru (1956). .

Perak pada 26 Januari 1926. y Mempunyai rekod pelajaran yang cemerlang sehingga beliau dianugerahkan hadiah pelajaran Queen s Scholarship . y Beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Anderson.AMINUDDIN BAKI y Telah dilahirkan dalam keluarga sederhana yang kuat beribadat di Chemor. Ipoh.

beliau telah dilantik menjadi Ketua Penasihat Pelajaran ketika beliau berusia 36 tahun. . y Beliau juga memberi sumbangan dalam aneka bidang. budaya dan kemasyarakatan. Contoh : bidang bahasa. Beliau juga merupakan tokoh penting dalam peloporan gerakan pelajar terutamanya GPMS.sambungan y Aminuddin Baki bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris. y Pada tahun 1961.

y Kerajaan menaikkan tarafnya kepada peringkat yang lebih tinggi sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1 Mei 1997.KESIMPULAN y Pada 21 Februari 1987. . y Kedudukan tarafnya lebih tinggi daripada maktabmaktab perguruan yang lain dan diberi kuasa mengendalikan Kursus Sijil Lanjutan Pergurusan dan Diploma Lepas Sijil. SITC telah dinaikkan taraf sebagai Institusi Pendidikan Sultan Idris (IPSI).

SEKIAN. TERIMA KASIH ..