JFEA 2376 ANIMASI KESENIAN MELAYU

Kuliah 1: Pengenalan Animasi

1.1: DEFINISI ANIMASI
‡ Simon 1995: Usaha untuk memaparkan suatu lakaran yang mana setiap satu daripada lakaran tersebut mempunyai sedikit perbezaan untuk menghasilkan satu pergerakan secara berterusan. ‡ Neo & Neo 1997: Satu teknologi yang membolehkan imej pegun kelihatan seolah-olah hidup, dapat bergerak dan bercakap. ‡ Teknologi yang membolehkan SUATU SIRI IMEJ PEGUN kelihatan SEOLAHOLAH bergerak. ‡ Persistence of Vision: objek yang dilihat dipetakan pada retina mata dan objek tersebut kekal pada retina untuk suatu tempoh tertentu.

‡ Dua jenis animasi: dua dimensi (2D) dan animasi tiga dimensi (3D) 2D: Melibatkan grafik yang dibangunkan melalui proses melukis 3D: Melibatkan pemodelan (tidak membabitkan proses melukis)
2D 3D

‡ Kepentingan animasi dapat menerangkan sesuatu yang mustahil dan rumit (dalam proses pengajaran dan pendidikan). Iklan Hiburan Simulasi

‡ Animasi tidak boleh wujud tanpa grafik. Kenapa? ‡ Juru animasi memerlukan grafik bagi menghasilkan animasi. Oleh itu, sebelum animasi dibangunkan, grafik perlu terlebih dahulu dihasilkan.

1.2: DEFINISI GRAFIK
‡ Maklumat dalam bentuk visual yang terdiri daripada elemen seni berikut: Garisan (line), Rupa (shape), Warna (colour), Bentuk (form), Jalinan permukaan (texture).

1.2.1: Elemen dalam rekaan
‡ GARISAN Diertikan sebagai titik yang bergerak. Dikategorikan kepada tiga bahagian: a) Jenis garisan : lurus / melengkung / bersudut b) Arah garisan : melintang / menegak / condong c) Kualiti garisan : Bagaimana garisan dilukis ? (smooth, thin, thick, ) ‡ RUPA Terhasil daripada garisan Titik pertemuan antara titik mula dengan titik tamat.

‡ WARNA Elemen yang paling penting kerana mampu mempengaruhi mood dan suasana. ‡ BENTUK Objek yang mempunyai ruang, lebar, panjang dan kedalaman. Bentuk asas: Silinder, kiub, piramid, sfera. ‡ JALINAN PERMUKAAN Sifat permukaan yang memberikan kesan apabila disentuh . Jenis jalinan: Boleh sentuh dan boleh lihat.

TUGASAN 1
‡ Nyatakan 2 perbezaan yang anda lihat ada antara animasi 2D dengan 3D. ‡ Berikan 5 contoh cerita animasi 2D dan 5 contoh cerita animasi 3D. ‡ Cari dan buat salinan (fotostat / taip semula) sebuah cerita rakyat Melayu.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful